Professional Documents
Culture Documents
Perluasan Kuasa Melaka
Perluasan Kuasa Melaka
Perluasan Kuasa Melaka
1. Perluasan kuasa bermaksud sesebuah kerajaan yang kuat akan meluaskan kuasa dan
pengaruhnya ke jajahan lain untuk membentuk sebuah empayar
2. Melalui perl;uasan kuasa, sesebuah kerajaan itu akan menjadi makmur dan maju
kerana dapat menguasai hasil ekonomi dari jajahan yang ditaklukinya
Cara-cara Perluasan kuasa
Perluasan Kuasa Melalui Peperangan
1. Kerajaan Melayu Melaka mula menjalankan dasar perluasan kuasa pada zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
2. Bendahara Tun Perak adalah orang yang bertanggungjawab menjalankan dasar
perluasan kuasa kerajaan Melayu Melaka
3. Kerajaan Melayu Melaka menjalankan dasar perluasan kuasa ini dengan melancarkan
serangan ke atas wilayah lain
4. Antara kawasan yang ditakluki oleh Melaka ialah merangkumi Pahang, Pantai Barat
Semenanjung dari Perak hingga ke Johor, Singapura, Kepulauan Riau Lingga,
Kampar dan sebahagian besar Pantai Timur
5. Setelah menguasai wilayah-wilayah tersebut untuk mengekalkan kuasanya Kerajaan
Melaka telah menyerahkan wilayah-wilayah ini kepada pembesar-pembesar yang
banyak berjasa
6. Sebagai contoh, Pahang yang ditakluki telah diserahkan kepada Sri Bija Diraja untuk
mentadbir wilayah tersebut
7. Kejayaan perluasan kuasa ini disebabkan oleh kebijaksanaan sultan mengatur
stratregi serta dibantu oleh askar yang berani dan sanggup berkorban
c. Ekonomi Melaka semakin bertambah pesat kerana semua perdagangan jajahan takluk
dikehendaki melalui pelabuhan Melaka sahaja
2. Penaklukan dan perluasan kuasa menjadikan Melaka semakin kuat dan maju
kerana kerajaan Melaka dapat menguasai kekayaan wilayah yang diajajah dan
ditaklukinya
3. Perluasan kuasa ini juga membolehkan agama Islam dapat disebarkan ke wilayah-
wilayah yang di bawah kuasa Melaka
4. Melaka juga telah berjaya membentuk sebuah empayar yang luas dan merupakan
penyambung keagungan kerajaan Srivijaya
7. Sebagai seorang rakyat, kita seharusnya berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh
kerajaan Melaka