Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

GIG1012

UNIVERSITI MALAYA

PEPERIKSAAN IJAZAH SARJANA MUDA (KURSUS UNIVERSITI)

SESI AKADEMIK 2019/2020 : SEMESTER II

GIG1012: Falsafah dan Isu Semasa

Jun 2020 Masa : 2 Jun – 9 Jun 2020

ARAHAN KEPADA CALON :

1. Calon dikehendaki mematuhi arahan yang dinyatakan di


bawah.

2. Calon dikehendaki menjawab satu (1) sahaja soalan esei


pendek dengan tidak melebihi 1000 patah perkataan.

3. Calon mesti menggunakan template jawapan (softcopy) yang


dilampirkan dan menghantarnya di SPEcTRUM di bawah
kumpulan kuliah pensyarah masing-masing.

4. Tempoh penghantaran jawapan adalah tujuh hari bermula


dari tarikh soalan dipaparkan di SPEcTRUM (Sila rujuk Masa
yang dinyatakan di atas).

5. Plagiarisme adalah dilarang sama sekali. Ia akan


menjejaskan markah calon sekiranya didapati berlaku.

6. Pastikan Nama, No. Matrik, Kad Pengenalan dan Kumpulan


Kuliah diisi dengan betul.

7. Isi jawapan di dalam template (kotak) yang disediakan.


Calon boleh menambah halaman jika ruang tidak mencukupi.

1
GIG1012

8. Gunakan Jenis tulisan (font) Arial, Saiz 11, Jarak langkau


(spacing) 1.5.

9. Isikan nombor soalan yang dipilih di bahagian Nyatakan


nombor soalan di bawah.

Isikan maklumat dengan betul

Nama ONG ZHI QIAN

No Matrik Baru dan 17204014 OIA190040


Lama
No. Kad Pengenalan 001216020444

Kumpulan Kuliah 6

2
GIG1012

Arahan: Pilih dan jawab satu soalan sahaja

Soalan Esei Pendek:

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan bermatlamat melahirkan insan


yang seimbang, sempurna dan melahirkan warganegara Malaysia
yang baik. Huraikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang mampu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. (markah 30)

2. Ilmu Falsafah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu teoritikal,


praktikal dan falsafah baru. Terangkan secara terperinci bahagian
ilmu falsafah praktikal (Amaliyyah). (markah 30)

Nyatakan nombor soalan : 1

3
GIG1012

Falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau


pandangan yang benar, rasional dan bernas. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) telah digunakan di Malaysia bertujuan menjadi
panduan bagi semua aktiviti pendidikan. Matlamat FPK adalah
melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik,
percaya dan patuh kepada tuhan,berilmu pengetahuan dan
berfikiran kreatif dan rasional, berkeupayaan memberi sumbangan
kearah menambahkan kemakmuran masyarakat dan nergara. Pada
pandangan saya, matlamat pendidikan negara yang paling penting
adalah untuk melahirkan warganegara yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dalam unsur intelek mempunyai kemahiran asas 3M iaitu
membaca,menulis dan mengira. FPK dari segi intelek dapat
melahirkan warganegara yang mencintai ilmu pengetehuan,
sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran,
sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang
benar. Dengan unsur intelek, pemikiran pelajar akan berubah
dengan mengikut perkembangan semasa dan tidak hanya
menerima apa shaja yang disampaikan oleh guru serta malas untuk
berfikir dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Dalam FPK,
seseorang yang memiliki unsur intelek ialah seseorang yang dapat
berfikiran kreatif, inovatif dan kritis. Dengan kualiti-kualiti tersebut,
FPK pasti dapat melahirkan generasi muda yang dapat bersaing
dengan insan-insan luar negera supaya negara kita dapat berdiri
4
GIG1012

sama tinggi,berduduk sama rendah dengan negara yang moden.


FPK boleh memastikan generasi muda dapat memikirkan sesuatu
perkara dengan lebih kritis dan tidak mudah terpesong oleh sumber
yang tidak sahih. Tujuan melahirkan insan yang berintelek boleh
dicapaikan dengan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
dalam ICT.
Kecerdasan emosi sebagai keupayaan untuk mengiktiraf
perasaan sendiri dan perkara lain-lain bagi mendorong diri kita
sendiri dan menjayakan pengurusan emosi diri. Kecerdasan emosi
merangkumi beberapa aspek iaitu pengendalian diri, semangat dan
ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan
bertahan menghadapi kegagalan. Dalam konteks pendidikan,
kecerdasan emosi merupakan salah satu perkara yang penting
dalam mencapai kejayaan. Dengan memiliki kemampuan untuk
mengawal emosi, apabila seorang pelajar mengalami kegagalan
dalam pelajaran, dia akan mampu mengawal keadaan dirinya
secara positif dengan memotivasikan dirinya sendiri serta
menganalisis kelemahan dirinya sendiri. Perkembangan emosi yang
sempurna mampu mengawal tingkah laku yang baik. Aspek emosi
penting dalam pembelajaran (pelajar) kerana kecerdasan emosi
dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi pembelajaran seseorang
pelajar. Seterusnya, memberi implikasi ke atas pencapaian
akademik pelajar. Keupayaan pelajar yang dapat mengawal emosi
membolehkan mereka menghadapi pelajaran dengan lebih baik
tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur kerisauan. takut gagal atau
5
GIG1012

tidak yakin pada diri sendiri. Aspek emosi dalam pendidikan (guru)
juga merupakan aspek yang penting selain pelajar. Seorang guru
yang baik seharusnya mempunyai kecerdasan emosi dengan
mengawal perasaan diri dan tidak mudah meradang dalam
sebarang situasi, guru juga harus bersifat sabar, berkebolehan
memotivasikan diri sendiri. Secara ringkas, unsur emosi merupakan
sesuatu unsur yang penting dalam melahirkan generasi muda yang
memiliki semangat kekitaan dan perpaduan, tenang dan kawal
semasa menghadapi sesuatu masalah.
Rohani membawa maksud batin yang berkaitan dengan roh,
rohaniah ataupun jiwa. Rohani menjurus kepada amalan
keagamaan seperti kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Unsur rohani dalam FPK boleh ditanamkan dalam hati generasi
muda dengan menekankan pendidikan agama dan pendidikan
moral. Generasi muda dapat menyedarkan tuhan sebagai pencipta
alam semesta dan kewujudan benda-benda di sekelilingnya.
Unsur rohani merupakan unsur yang penting kerana
seseorang yang kuat emosi dan ketahanan mentl dapat
menghadapi cabaran dan masalah dalam dunia pendidikan.
Seseorang yang berpegang teguhh kepada agama dalam
menyelesaikan masalah dengan sabar dan memiliki nilai-nilai murni
yang baik. Seseorang yang mempunyai unsur kerohanian akan
berpegang teguh dan mengamalkan ajaran agama masing-masing.
Secara tidak langsung, gejala negatif dalam kalangan pelajar di
sekolah seperti gangsterisme,ponteng sekolah,vandalism akan
6
GIG1012

berkurangan. Pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab dan


mengamalkan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia dalam kehidupan
seharian.Dengan ini, seseorang akan berfikir sebelum bertindak
kerana orang tersebut akan bertanggungjawab atas perbuatannya
dan tidak akan menghasilkan suasana yang berkucar-kacir. Dengan
unsur rohani pasti dalam membantu pencapaian akademik pelajar
dan menujukkan perkembangan positif. Hal ini demikian kerana,
pelajar dapat belajar dalam suasana pembelajaran yang selesa dan
baik.
Dari segi jasmani iaitu pendidikan dicapai menerusi aktiviti-
aktiviti jasmani yang melibatkan otot-otot dan sendi yang
dikemukakan dalam FPK. Aktiviti-aktiviti tersebut bertujuan untuk
melahirkan individual yang bukan sahaja otak cerdas dan juga
badan cergas. Dalam unsur tersebut, ia terbahgi kepada aspek
kognitif, aspek afektif dan aspek psikomotor. Yang pertama, dalam
aspek kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri
daripada elemen kreativiti, penyelidikan, perkaitan, kebolehan,
pengamatan dan pengukuhan.Sebagai contoh, sebelum mengikuti
pendidikan luar, pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan
sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin.
Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti
pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti dengan lebih
cekap dan berkesan. Selain itu, dalam aspek aferktif yang tertumpu
kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial.
Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi dan dapat
7
GIG1012

dipupukan melalui pendidikan jasmani kerana hubungan akan


terjalin ketika melakukan aktiviti secara berpasukan ataupun
semasa menjalankan aktiviti luar. Pendidikan Jasmani adalah suatu
medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Hal ini
demikian kerana, ia akan mendorong seseorang menjalinkan
persahabatan dengan rakan-rakan semasa melibatkan diri dalam
sesuatu aktiviti. Ini akan membantu seseorang menjadi lebih pandai
bergaul dengan orang lain berbanding dengan orang yang tidak
menerima pendidikan jasmani. Aspek psikomotor yang memberi
tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu
dipamerkan. Dengan pendidikan jasmani, ia akan melahirkan
seorang yang kuat lentur, mempunyai daya tahan kardiovaskular,
ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Secara ringkas, pendidikan
jasmani haru diajar mengikut FPK kerana membantu
membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan
kecergasan seseorang individu, membantu individu mencapai
kesihatan yang optimum dan memberi sumbangan kepada
masyarakat.
Konklusinya, FPK adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Oleh ity, peranan guru
amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam
FPK. Kerjasama pihak pelaksana dan pihak NGO dalam pendidikan
8
GIG1012

dapat menjayakan transformasi pendidikan mengikut FPK. Saya


yakin bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan
FPK adalah bergantung kepada semua aspek seperti aspek-aspek
kemimpinan,budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum,guru dan juga
disiplin.

9
GIG1012

10
GIG1012

11
GIG1012

TAMAT
END

12

You might also like