Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat

Hal Jawatankuasa Kesihatan Sekolah Kali Kedua 2020


Sekolah Kebangsaan Jelai 1 ( Felda ) 73480 Gemas, Negeri Sembilan

Tarikh : 24 Jun 2020


Masa : 11:00 pagi
Tempat : BILIK GERAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 1
Pengerusi : TUAN HAJI HELMI BIN ISMAIL ( GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM )

KEHADIRAN:
1. Tn. Hj. Mohamad Walial’Ashikin Bin Halim
2. Tn. Hj. Helmi Bin Ismail
3. En. Norizan Bin Md Noh
4. En. Mohd Asri Bin Ujang
5. En. Mohd Hadayat Bin Khamim
6. En. Mehad Bin Mahzan
7. En. Mohamad Bin Ibrahim
8. En. Mohd Azli Bin Musa
9. En. Mohd Faizal Bin Abu Bakar
10. En. Mohd Khaizal Bin A. Karim
11. En. Mohd Nazarudin Bin Ramli
12. En. Muhammad Amirul Bin Mohd. Noor
13. En. Nur Arif Bin Zainudin
14. En. Nik Mohamad Aizat Addin Bin Jalaludin
15. En. Roniza Bin Rodi
16. En. Tuan Rosli Bin Tuan Ab Rahman
17. En. Yusri Bin Abdullah
18. Pn. Azilayani Binti Che Soh
19. Pn. Haryani Binti Abd Halim
20. Pn. Jamilah Binti Naik
21. Pn. Najwa Binti Mohd Rozmi
22. Pn. Norarinah Binti Karis
23. Pn. Norzapura Binti Mohd. Yunus
24. Pn. Nurhayati Idayu Ling Abdullah
25. Cik Nor Adiba Binti Md Sukor
26. Pn. Norlela Binti Jaafar
27. Pn. Rohana Binti Yaakob
28. Pn. Rohasima Binti Ramli
29. Pn. Rosfa’izah Binti Abu Sari@Sa’ari
30. Pn. Siti Hawa Binti Sopian
31. Pn. Siti Norakmar Bt Omar
32. Cik Siti Wahidah Binti Zabbri
33. Pn. Suhaizalmi Binti Salleh
34. Pn. Zuraida Binti Mohd Sahidan
35. Pn. Zamratul Kausar Binti Che Sahed

1
Agenda :
1. Perutusan Pengerusi
2. Pembentangan Laporan / Isu / Perbincangan
3. Hal-hal lain
4. Penutup

2
1. Perutusan Pengerusi

1.1 Ucapan salam dan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke mesyuarat
pengurusan kurikulum kali pertama bagi persediaan tahun 2020.

2. Pembentangan Laporan / Isu / Perbincangan

2.1 Laporan Unit Kebersihan, Keceriaan Persekitaran dan Anti Denggi

2.1.1 Memaklumkan mengenai pembersihan kawasan sekolah untuk pembukaan semula


selepas sesi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2.1.2 Memaklumkan mengenai penambahan bilangan sinki di sekitar kawasan sekolah


bagi memudahkan pembasuhan tangan murid di sekolah.

2.1.3 Memaklumkan mengenai pelabelan arah pergerakan murid di sekitar kawasan


sekolah khusunya di dalam kelas.

2.2 Laporan Unit Rawatan, Kesihatan dan Kebersihan Diri

2.2.1 Memaklumkan bahawa bilik rawatan dikenali sebagai bilik isolasi yang akan
digunakan untuk menempatkan murid yang didapati suhu badan melebih 37.5
Celcius.

2.2.2 Memaklumkan mengenai prosedur kemasukan murid dan guru ke dalam bilik isolasi
menggunakan imbasan kod QR dan buku catatan.

2.2.3 Cecair sanitasi tangan disediakan di dalam setiap kelas, bilik-bilik khas dan kantin.

2.2.4 Memaklumkan mengenai prosedur pengawalan murid jika disyaki bergejala


Covid-19.

2.2.5 Memaklumkan bahawa guru-guru dan murid-murid perlu memakai pelitup muka
ketika berada di dalam kawasan sekolah dan amalkan membasuh tangan
menggunakan sabun yang disediakan.

2.2.6 Memaklumkan mengenai penerimaan pistol pengesanan suhu dan dua set pakaian
Personal Protective Equipment ( PPE ) oleh pihak PPD untuk kegunaan sekolah.

2.3 Laporan Unit Kantin

2.3.1 Memaklumkan mengenai prosedur tempahan makanan murid-murid yang akan


diambil oleh guru-guru kelas pada setiap pagi.

2.3.2 Memaklumkan mengenai cadangan menu harian murid-murid dan penetapan harga
makanan dan minuman sebanyak RM2.50.

3
2.3.3 Memaklumkan mengenai pelabelan arah pergerakan murid-murid ketika mengambil
makanan di kantin dan pergiliran kelas-kelas ketika sesi pengambilan makanan di
kantin.

3. Hal-hal lain

3.1 Memaklumkan mengenai penyediaan stok pelitup muka kepada guru dan murid
murid.

3.2 Memaklumkan mengenai tanggungjawab guru kelas untuk menyampaikan makluman secara
atas talian melalui medium Whatsapp kepada ibu, bapa dan penjaga mengenai prosedur
kehadiran murid-murid ke sekolah mengikut SOP norma baharu.

4. Penutup

4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan perkongsian maklumat sepanjang
mesyuarat pada kali ini. Amatlah diharapkan agar semua pihak dapat melaksanakan segala
amanah yang telah disampaikan dalam mesyuarat ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12:00 tengah hari.

You might also like