Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 19

PENGELOLAAN PERTANDINGAN

Pengenalan
1. Pertandingan merupakan satu cara menentukan pemenang dalam
sesuatu aktiviti dalam semua bidang kokurikulum.
2. Antara pertandingan yang biasa diadakan ialah pertandingan kawad kaki,
perkhemahan, pertolongan cemas, membuat gajet dan sebagainya yang
boleh dilaksanakan dalam bidang unit beruniform.
3. Pertandingan kuiz, perbahasan, syarahan,drama, pameran, membaca,
dikir barat pula boleh dilaksanakan dalam bidang persatuan dan kelab.
Manakala, pesta liga, pesta tahunan dan sebagainya boleh dilaksanakan
dalam bidang sukan dan permainan.

Tujuan Pertandingan dalam Aktiviti Kokurikulum:


1. Memotivasikan pelajar untuk berlatih dan berusaha supaya memenangi
pertandingan tersebut.
2. Menentukan pencapaian seseorang pelajar.
3. Membuat pemilihan untuk pertandingan-pertandingan yang lebih tinggi.
Contohnya, pertandingan di peringkat sekolah untuk memilih wakil ke
pertandingan peringkat daerah dan seterusnya.
4. Membentuk sikap positif di kalangan pelajar.
5. Mengasah bakat dan kebolehan pelajar dalam kokurikulum.

SISTEM PERTANDINGAN

Pelbagai jenis pertandingan boleh dilaksanakan dalam aktiviti kokurikulum bagi


menentukan kemenangan. Jenis pertandingan yang dilaksanakan oleh sesebuah
persatuan di peringkat sekolah atau daerah bergantung pada:
1. Peraturan-peraturan asas persatuan.
2. Kesesuaian acara yang dipertandingkan.
3. Kumpulan yang menyertai pertandingan.
4. Peringkat pertandingan.
Sebagai contoh, pertandingan bola sepak di peringkat sekolah boelh diadakan
secara kalah mati atau liga mengikut rumah sukan. Pertandingan perbahasan da
syarahan boleh dilaksanakan secara sekali gus bagi menentukan pemenang.
Beberapa jenis pertandingan yang boelh dilaksanakan dalam aktiviti kokurikulum
di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Antaranya iaalh:
1. Pertandingan sekali gus (keputusan berdasarkan markah tertinggi).
2. Pertandingan kalah mati.
3. Pertandingan kalah mati dengan sagu hati.
4. Pertandingan kalah mati dua kali.
5. Pertandingan bentuk piramid.
6. Pertandingan liga.
7. Pertandingan separuh liga.
8. Pertandingan bentuk tangga.
9. Pertandingan bentuk corong.
10. Pertandingan bentuk serombong.

Sistem Sekali Gus


1. Sesuatu pertandingan boleh dilaksanakan sekali sahaja atau sekali gus.
2. Pertandingan-pertandingan yang diadakan dalam bidang unti beruniform
boleh dolaksanakan mengikut sistem ini. Anatra pertandingan tersebut
ialah perkhemahan, kawad kaki, pertunjukan pentas ‘geng show’,
memasak, pandu arah dan sebagainya.
3. Dalam pertandingan ini, semua kumpulan yang bertanding akan diberi
markah berpandukan kriteria dan bahagian yang telah ditetapkan
berdasarkan acara yang dipertandingkan.
4. Seterusnya, kumpulan yang mendapat markah tertinggi diisytiharkan
sebagai pemenang. Contohnya, kriteria yang boleh diberikan markah bagi
pertandingan kebudayaan seperti jadual berikut:

Kumpulan Dialog / Mesej Pakaian Kerjasama Jumlah


Plot 40% 30% 20% 10% 100%
Rajawali 30 25 16 8 79
Helang 29 24 14 7 74
Merak 33 26 18 9 86
Pipit 32 25 17 8 82
Belatok 29 23 15 7 75
Murai 28 23 14 7 72

Dalam jadual di atas, pemenang pertama ialah kumpulan Merak, tempat kedua
ialah Pipit dan tempat ketiga ialah Rajawali.

Pertandingan Liga
1. Lazimnya, sistem pertandingan liga dilaksanakan dalam pertandingan
bidang sukan dan permainan.
2. Pertandingan ini lebih praktik dijalankan bagi menentukan pasukan yang
terbaik dalam sesuatu kejohanan.
3. Antara permainan yang diadakan dalam sistem liga ialah bola sepak, hoki
dna bola keranjang.
4. Sistem pertandingan liga boleh dijalankan apabila tempoh masa untuk
menentukan kemenangan adalah lama atau panjang. Ini kerana sistem ini
memerlukan banyak pertandingan. Contohnya, sebuah sekolah
mempunyai empat buah rumah sukan, sebanyak enam pertandinagn atau
perlawanan akan dilaksanakan seperti jadual:
Pasukan A B C D
A x x x
B x x x
C x x x
D x x x

(x) Jadual perlawanan dalam sistem liga

5. Satu jadual pertandingan liga perlu dibuat dan disusun untuk mengelakkan
pertembungan perlawanan.
6. Penyusunan pertandingan bagi kumpulan atau peserta angka genap
(contohnya empat pasukan, enam pasukan, lapan pasukan) adalah tidak
sukar. Ini kerana pertandingan dijalankan secara berpasangan.
7. Penyusunan pertandingan boleh dilakukan dengan pasukan pertama
mengekalkan kedudukannya dan bertanding dengan kumpulan yang
terdekat dengannya.
8. Begitulah seterusnya, dilakukan bagi pusingan yang berikutnya sehingga
selesai pertandingan kesemua pasukan.
9. Keadaan ini dapat ditunjukkan dalam rajah:

A melawan B A melawan C
C melawan D B melawan D

Pusingan pertama Pusingan kedua

A melawan D
B melawan C

Pusingan ketiga

10. Apabila enam buah pasukan yang bertanding, sebanyak lima pusingan
perlu dibuat dengan 15 perlawanan.
11. Pertandingan liga juga boleh dilaksanakan apabila bilangan penyertaan
pasukan yang mengambil bahagian berangka ganjil seperti lima pasukan,
tujuh pasukan dan sebagainya.
12. Cara penyusunan bagi kumpulan yang ganjil dapat dilakukan dengan
mencukupkan kumpulan supaya menjadi genap. Contohnya, apabila lima
pasukan yang mengambil bahagian, maka pengiraannya dijadikan enam
pasukan. Ini dilakukan untuk menyenangkan semasa menyusun jadual
pertandingan.
13. Apabila pertandingan berlangsung, pasukan yang bertanding dengan
pasukan keenam dianggap menunggu atau tidak ada pertandingan
dilaksanakan seperti dalam rajah:setiap pasukan akan bertanding antara
satu sama lain dan markah atau ‘mata’ akan ditentukan. Kebiasaannya,
mata bagi sesuatu pertandingan diberi berdasarkan pencapaian sesebuah
pasukan seperti di bawah:

A melawan B A melawan F (Tiada pertandingan)


C melawan D B melawan C
E melawan F (Tiada pertandingan) D melawan E

Pusingan pertama Pusingan kedua

A melawan E A melawan D
B melawan D B melawan (Tiada pertandingan)
C melawan F (Tiada pertandingan) C melawan E

Pusingan ketiga Pusingan keempat

A melawan C
B melawan E
D melawan F (Tiada pertandingan)

Pusingan kelima
14. Selepas pertandingan, pihak penganjur perlu mengisi satu jadual
keputusan pertandingan untuk mengisi mata dan sebagainya bagi setiap
pertandingan. Contoh jadual keputusan pertandingan sistem liga bola
sepak ditunjukkan seperti berikut:

Pasukan Main Menang Seri Kalah Gol Gol Mata


Menang Tewas
A
B
C
D
E
F
G
Jadual keputusan pertandingan liga

Pertandingan Kalah Mati

1. Pertandingan kalah mati diadakan bagi aktiviti dalam bidang sukan dan
permainan.
2. Pertandingan kalah mati sesuai untuk permainan bola sepak, sepak
takraw, bola jaring, badminton dan sebagainya.
3. Pertandingan jenis ini diadakan apabila masa bagi sesuatu pertandingan
tersebut adalah terhad, iaitu pemenang perlu ditentukan dalam tempoh
yang singkat dan bilangan peserta atau kumpulan yang bertandingadalah
banyak.
4. Kadang kala pertandingan ini telah pun ditentukan oleh peraturan
sesebuah persatuan.
5. Dua kaedah dalam sistem kalah mati dilaksanakan iaitu, kalah mati tanpa
bye dan kalah mati dengan bye.
6. Kalah mati tanpa bye diadakan apabila bilangan pasukan atau pesertanya
berjumlah asas lapan, contohnya lapan kumpulan, 16 kumpulan dan 24
kumpulan.
7. Contoh carta pertandingan kalah mati tanpa bye bagi lapan kumpulan
adalah seperti berikut:
8. Pertandingan kalah mati dengan bye pula diadakan apabila jumlah
kumpulan atau peserta tidak mencukupi asas lapan, contohnya sembilan
kumpulan, 12 kumpulan, 15 kumpulan dan sebagainya.
9. Bye bermaksud peserta atau kumpulan perlu menunggu tanpa memasuki
pertandingan pusingan pertama. Peserta atau kumpulan tersebut boleh
memasuki ke peringkat pusingan kedua, peserta atau kumpulan bye akan
terus bertanding dengan peserta atau kumpulan yang menang pada
peringkat pertama.
10. Contohnya, dalam pertandingan sembilan kumpulan, sebuah kumpulan
perlu menunggu atau diberi bye. Sebuah kumpulan itu terus memasuki
pertandingan peringkat kedua seperti dalam rajah. Begitu juga apabila 12
kumpulan atau peserta bertanding, empat kumpulan atau peserta akan
diberi bye:

D
Johan
E

Carta aliran pertandingan kalah mati asas lapan


bye
A

C
D

E
Johan
F

Carta aliran pertandingan bye sekumpulan (sembilan kumpulan)

bye
A

E
F
bye

bye
G

K
L
bye
Carta aliran pertandingan bye 12 kumpulan
 Beberapa peraturan perlu diikuti untuk menentukan kumpulan atau peserta
yang menunggu dalam sesuatu pertandingan sistem kalah mati dengan bye.
Peraturan tersebut ialah:
i. Penanti perlu diletakkan dalam pusingan awal (pertama).
ii. Penempatan kumpulan dan peserta hendaklah ditentukan dengan
pengundian sismetrikal.
 Andainya terdapat dua peserta menanti, kedudukannya ialah satu di atas
sekali dalam kumpulan teratas dan satu lagi ditempatkan di bawah sekali
dalam kumpulan bawah. Contohnya, 14 kumpulan atau peserta memasuki
pertandingan, dua peserta akan bye.

C
Johan
D

E
F
bye

Carta aliran kalah mati dua bye

 Pengundian akan diadakan bagi menentukan kumpulan atau peserta dalam


pertandingan yang kalah mati tanpa bye dan kalah mati dengan bye.
 Seterusnya, setiap kumpulan atau peserta terus bertanding jika menang
sehingga menjadi johan.
 Setiap peserta atau kumpulan yang kalah akan terus terkeluar daripada
pertandingan sama ada pertandingan peringkat pertama atau kedua atau
seterusnya. Keadaan ini menyebabkan setiap peserta akan berusaha
bersungguh-sungguh supaya tidak kalah dan terkeluar daripada carta aliran
pertandingan.
PERANCANGAN DAN PENGENDALIAN

1. Dalam sesuatu pertandingan aktiviti kokurikulumdi sekolah rendah dan


sekolah menengah sama ada dalam bidang sukan dan permainan, bidang
persatuan dan kelab atau bidang unit beruniform, beberapa langkah perlu
dilaksanakan, iaitu:
i. Menyediakan kertas kerja.
ii. Penubuhan Jawatankuasa Kerja dan Pengelola.
iii. Mesyuarat-mesyuarat.
iv. Surat-menyurat.
2. Penyediaan kertas kerja adalah penting sebelum mengadakan sesuatu
pertandingan. Semasa menyediakan kertas kerja, anggaran belanjawan
dan atur cara, struktur Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Kecil
perlu dinyatakan secara khusus.
3. Selepas menyediakan kertas kerja, pentadbiran sekolah perlu mengadakan
mesyuarat bagi membincangkan mengenai cadangan-cadangan dalam
kertas kerja tersebut seperti kewangan dan penaja, atur cara, penyertaan
dan sebagainya.
4. Jawatankuasa Kerja ini akan membuat perancangan dan pengagihan
kerja.
5. Selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengelola, mesyuarat-mesyuarat
Jawatankuasa Kecil perlu diadakan. Kebiasaannya, Pengerusi
Jawatankuasa Kecil akan dilantik di kalangan Jawatankuasa Pengelola.
Kadagkala pentadbiran sekolah akan memberi taklimat / mesyuarat kepada
semua guru mengenai aktiviti yang akan dijalankan dan aktiviti tersebut
terus dijalankan.
6. Jawatnkuasa Kecil boleh dilantik berpandukan sesuatu aktiviti bagi
mengendalikan tugas antara Jawatankuasa Kecil yang boleh diantik seperti
persiapan tempat, urusetia, peralatan, makanan dan minuman, hakim,
kewangan dan penja, teknik dan pertandingan, juri, perhubungan, upacara
perasmian dan penutup, sambutan, cenderahati dan hadiah, siar aray,
keselamatan dan sebagainya.
7. Tanggungjawab uatama Jawatankuasa Kecil adalah untuk melaksanakan
tanggungjawab mengikut tugas yang telah ditetapkan.
8. Penentuan jawatankuasa dan pelantikan pegawai bergantung kepada jenis
pertandingan yang berkaitan seperti pencatat, penjaga masa, pelepas,
penjaga garisan dan sebagainya.
9. Sebaliknya, kejohanan silat memerlukan pegawai seperti wasit, pemukul
gong, juri dan sebagainya.
10. Pembentukan Jawatankuasa Kecil bergantung pada beberapa faktor:
i. Jenis pertandingan (contohnya, kuiz, kawad, perkhemahan,
masakan dan sebagainya).
ii. Peringkat kejohanan (sama ada sekolah, zon, daerah, negeri atau
kebangsaan).
iii. Tempoh masa sesuatu pertandingan (sehari, dua hari dan
sebagainya).
iv. Kewangan.
v. Pegawai dan petugas yang diperlukan mengikut peraturan bagi
sesuatu pertandingan.
vi. Bilangan penyertaan.
vii. Sistem pertandingan (liga, sekali gus atau kalah mati).
11. Berikut disertakan satu contoh struktur Jawatankuasa Kerja / Induk dan
Jawatankuasa Kecil bagi sesuatu pertandingan dalam aktiviti kokurikulum
yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah.
12. Penubuhan Jawatankuasa Kecil boleh diubah-ubah mengikut keperluan
dan bidang yang dipertandingkan.
Penaung

(Pengetua/Guru Besar)

Pengerusi

(Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi

Setiausaha

Penyelaras Unit Beruniform/


Setiausaha Sukan

Bendahari

Senarai Nama Jawatankuasa

(10 hingga 12 orang termasuk Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kecil)

 Urusetia
 Pengadil
 Makanan dan Minuman
 Juri
 Sambutan/upacara rasmi
 Teknik dan Pertandingan
 Pendaftaran
 Pengurus peserta
 Serantau dan Publisiti
 Keselamatan
 Hadiah dan Cenderahati
 Kewangan

Carta aliran Jawatankuasa Induk/Kerja


Anggaran Perbelanjaan

1. Semasa membuat kertas kerja, anggaran perbelanjaan perlu disertakan.


2. Anggaran perbelanjaan ini dicatat secara terperinci bagi setiap item.
Keadaan ini untuk menyenangkan pihak pengurusan membuat anggaran
dengan sumber dan jumlah kewangan yang diperoleh.
3. Antara aspek yang diambil kira semasa membuat anggaran perbelanjaan
ialah:
i. Jenis aktiviti dan pertandingan.
ii. Bilangan hadiah dan pemenang.
iii. Kos bagi setiap hadiah.
iv. Makan, minum pegawai, dif, peserta dan sebagainya.
v. Kos tambang.
vi. Sewa tapak dan penginapan (jika berkhemah, melawat).
vii. Cenderahati.
viii. Kain rentang, poster dan sebagainya.
ix. Sewa khemah dan sebagainya.
4. Dalam kertas kerja tersebut perlu juga dimasukkan sumber dan jumlah
pendapatan yang diperoleh secara terperinci. Antara sumber pendapatan
utama ialah:
i. Yuran atau bayaran tertentu daripada peserta.
ii. Sumbangan sekolah.
iii. Penaja.

Atur Cara

1. Setiap aktivitit kokurikulum yang diadakan perlu disediakan atur cara


program keseluruhan. Jika berkhemah tiga hari dua malam, atur cara perlu
disediakan dengan masa yang ditetapkan bermula daripada pelajar
berkumpul, bertolak ke kawasan perkhemahandan kembali ke sekolah
setelah tamat perkhemahan tersebut.
2. Atur cara yang ditetapkan perlu juga dimasukkan tindakan pegawai yang
bertugas atau Jawatankuasa Kecil dan perlu dimasukkan dalam kertas
kerja.
3. Pihak pengelola juga perlu menyediakan atur cara bagi majlis sama ada
perasmian atau penutup.
4. Atur cara yang disediakan ini mesti terperinci dengan catatan masa
mengikut urutan ucapan dan atur cara.
5. Di bawah ini merupaka contoh atur cara Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung PIBG dan penyampaian hadiah.

2.00 ptg : Ketibaan ibu bapa


2.30 ptg : Ketibaan dif jemputan
2.45 ptg : Ketibaan Pengarah Pendidikan Batu Pahat
2.50 ptg : Ucapan pengerusi majlis
2.55 ptg : Doa oleh Ustaz Solehuddin bin Abd. Rahman
3.00 ptg : Ucapan Guru Besar En. Mohd Zairi bin Md. Kadar
3.15 ptg : Ucapan Yang Dipertua PIBG
Tn. Hj. Mohd Irwan Shah bin Indra
4.00 ptg : Ucapan penyampaian hadiah kepada pelajar
5.00 ptg : Minumam dan bersurai
Buku Program

1. Setiap aktiviti kokurikulum ynag dilaksanakan di sekolah seharusnya


disediakan buku program.
2. Buku program ini merupakan salah satu dokumentasi kegiatan atau aktiviti
kokurikulum di sekolah.
3. Satu salinan buku program disimpan di dalam fail.
4. Muka surat dan helaian buku program tersebut boleh diubah suai dengan
jenis aktiviti.
5. Kemungkinan apabila diadakan perkhemahan Unit Pengakap sekolah,
buku programnya sehelai kertas yang ditaip hadapan dan belakang. Kertas
ini dalam bentuk landskap yang ditaip dua atau tiga kolum.
6. Sebaliknya, apabila aktiviti tersebut melibatkan lebih ramai peserta,
contohnya perkhemahan unit beruniform, buku programnya dua helai
kertas yang ditaip dalam bentuk landskap.
7. Kebiasaannya, beberapa perkara perlu ada dalam buku program iaitu:
i. Kulit hadapan (mengandungi tajuk aktiviti, tarikh dan masa, tempat,
nama dif perasmian dan cogan kata).
ii. Kata alu-aluan (Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua/Guru Besar,
Pengerusi Jawatankuasa Kerja/Pengelola)-jika perlu.
iii. Senarai nama Jawatankuasa Kerja/Pengelola dan Jawatankuasa
Kecil.
iv. Program/Jadual keseluruhan aktiviti.
v. Atur cara majlis perasmian.
vi. Iklah (jika ada).

PERATURAN DAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

1. Apabila melaksanakan sesuatu aktiviti kokurikulum di sekolah, pihak


penganjur perlu mengambil kira peraturan dan langkah-langkah
keselamatan.
2. Peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlu dititikberatkan terutama
semasa melaksanakan aktiviti di luar kawasan sekolah.
3. Banyak risiko kemalangan boleh berlaku tanpa mengira masa, tempat,
situasi dan keadaan.
4. Apabila peraturan dan langkah-langkah keselamatan telah diambil, diharap
agar tahap dan kekerapan berlakunya kemalangan dapat dikurangkan.
5. Setiap individu perlu sedar bahawa keselamatan perlu dirancang.
Keselamatan diri dan harta benda adalah tanggungjawab bersama semua
pihak yang terlibat denagn sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.
6. Setiap pegawai atau petugas perlu mempunyai kemahiran asas yang
berkaitan dengan aktiviti yang dilaksanakan. Contohnya, pertandingan
berbasikal, setiap peserta dan pegawai yang menyertai aktiviti tersebut
perlu mengetahui peraturan keselamatan jalan raya, cara menunggang
basikal yang selamat, asas pertolongan cemas dan sebagainya.
7. Begitu juga apabila pertandingan merempuh halangan bagi sekolah
menengah, jurulatih dan peserta perlu mengetahui sedikit sebanyak
bagaimana caranya mengendalikan setiap halangan dan langkah-langkah
keselamatan yang berkaitan.

Sebelum Pertandingan Dilaksanakan

1. Taklimat mengenai aktiviti pertandingan yang dilaksanakan dan jika ada


skema perlu dijelaskan kepada setiap ketua kumpulan. Contohnya,
pertandingan kawad kaki, sebanyak 32 pergerakan akan dipertandingkan
denagn tiga markah setiap satu, markah bagi ketua ialah 20 markah dan
sebagainya.
2. Taklimat dan mesyuarat dengan guru penasihat atau jurulatih mengenai
aktiviti, skema pemarkahan, langkah-langkah keselamatan dan
sebagainya.
3. Memberi peluang dan masa yang secukupnya bagi setiap kumpulan
membuat latihan asas yang berkaitan sebelum pertandingan dijalankan.
4. Mengetahui latar belakang peserta seperti penyakit kronik atau
sebagainya. Peserta yang berpenyakit tidak dibenarkan menyertai
pertandingan.
5. Menyediakan kemudahan alat kecemasan seperti peti pertolongan cemas
yang lengkap.
6. Memikirkan perkara yang boleh menyebabkan kemalangan kepada setiap
ahli dan mengatur langkah untuk megatasinya serta emmbuat persediaan
kecemasan (jika perlu).
7. Kebenaran pihak tertentu perlu diperoleh seperti pentadbir sekolah, polis,
tentera, perhutanan, tapak perkhemahan dan sebagainya.
8. Kebenaran ibu bapa dan penjaga perlu diperoleh bagi setiap peserta yang
terlibat.
9. Setiap peserta perlu mengetahui kod-kod keselamatan berkaitan aktiviti.
Kod-kod keselamatan tersebut ialah:
i. Peraturan perkhemahan
ii. Peraturan mendaki
iii. Peraturan keselamatan jalan raya
iv. Peraturan kebersihan
v. Peraturan papan tanda
vi. Peraturan mengembara
vii. Kod-kod kecemasan
10. Memastika semua alat pertandingan yang digunakan selamat dan tidak
berbahaya.
11. Menyediakan borang-borang markah yang secukupnya.
12. Menyediakan hakim, pegawai dan urusetia yang seimbang dan cukup.
Memberi taklimat kepada hakim dan pegawai mengenai sistem,
pemarkahan dan sebagainya.
Semasa Melaksanakan Pertandingan

1. Memberi taklimat kepada peserta mengenai pertandingan yang akan


dilaksanakan. Memastikan peserta berada dalam keadaan cergas ketika
melaksanakan aktiviti.
2. Pakaian hendaklah selesa dan sesuai dengan pertandingan yang
dijalankan.
3. Membuat pemeriksaan yang rapi terhadap alatan yang digunakan.
Gantikan alat yang rosak dan tidak boleh digunakan.
4. Menggunakan alat yang sesuai serta tunjuk ajar teknik menggunakan alat
tersebut dengan betul.
5. Memastikan jumlah peserta dengan betul.
6. Memastikan hakim dan pegawai yang mencukupi dengan aktiviti dan
bilangan peserta.
7. Memastikan pegawai dan hakim mengisi borang-borang markah.

Semasa Melaksanaakn Aktiviti

1. Menyemak bilangan peserta cukup seperti sebelum melaksanakan aktiviti.


2. Memastikan semua peserta adalah sihat.
3. Mengemas kini borang-borang markah dan memberitahu keputusan
kepada peserta.
4. Memastikan bilangan yang digunakan adalah cukup seperti asal dan tidak
ada yang tertinggal.
PENILAIAN DAN PELAPORAN

1. Selepas pertandingan selesai, setiausaha perlu menulis surat kepada


pengerusi setiap Jawatankuasa Kecil untuk membuat laporan atau
mengadakan mesyuarat post-mortem dengan semua Jawatankuasa Kecil
untuk mendapatkan maklum balas mengenai pertandingan tersebut.
2. Maklum balas tersebut termasuklah kekuatan dan kelemahan pengurusan
dan pelaksanaan, pegawai, sistem pemarkahan, cadangan-cadangan dan
sebagainya.
3. Selepas itu, setiausaha perlu membuar laporan lengkap yang
mengandungi:
4. Selepas laporan siap, satu mesyuarat Jawatankuasa Pengelola boleh
diadakan bagi membincangkan laporan tersebut.
5. Selepas pembetulan (jika ada) dilaksanakan ke atas laporan tersebut,
laporan yang siap perlu disimpan untuk rekod dan menjadi rujukan untuk
pertandingan pada tahun-tahun berikutnya.

You might also like