Ulsan Skima Jawapan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Poster tersebut menunjukkan Program Hari Keusahawan

SJKC Taman
Program ini akan diadakan pada 25 Julai 2019. Program
ini diadakan dari pukul 8:00 pagi hingga 3:00 petang di
padang SJKC Taman Yarl. Antara aktiviti yang dijalankan
ialah jualan kraf tangan, jualan daripada trak makanan,
pertunjukan belon udara panas, taman hiburan kanak-kanak,
pertunjukan memanah tradisional, permintaan lagu, jualan
pakaian dan perhiasan diri. Antara kebaikan program ini ialah
dapat memupuk nilai keusahawanan dalam diri murid serta
dapt menyumbang keuntungan kepada pihak sekolah.
Kesimpulannya, program ini sangat bagus dalam melatih
dan mendedahkan murid dengan program keusahawanan.
Laporan Perkhemahan Pengakap di
Hutan Rekreasi Ayer Keroh
Pada 23 dan 24 Mac yang lalu, pasukan pengakap SJKC Sri
Mahkot telah mengadakan perkhemahan tahunan di Hutan
Rekreasi Ayer Keroh, Melaka. Perkhemahan ini diketuai oleh
dua orang guru penasihat dan seramai 30 orang ahli
pengakap.
Kami bertolak dari sekolah kira-kira jam 8:00 pagi dengan
menaiki bas yang disewa khas. Perjalanan kami ke sana
mengambil masa satu setengah jam. Setelah sampai, murid-
murid diarahkan untuk memunggah barang dan mendirikan
khemah. Murid-murid turut mendengar taklimat daripada guru
penasihat selepas selesai tugasan.
Selepas itu, semua ahli pengakap diajar cara-cara
memasak makanan. Kami berasa sungguh seronok kerana
inilah kali pertama kami berpeluang memasak sendiri. Pada
waktu malam pula, kami menjalankan aktiviti “burung hantu”.
Pada keesokkan pagi, kami bersenam dan menjalankan
aktiviti kawad kaki. Setelah selesai bersarapan, kami diberi
peluang untuk mandi-manda di sungai berhampiran. Sebelum
pulang kami mengemaskan tapak perkhemahan dan barang-
barang kami.
Kami bertolak pulang pada pukul 11:00 pagi. Pelbagai
pengalaman manis kami peroleh sepanjang perkhemahan ini.
Kami berharap pihak sekolah dapat mengadakan program
seperti ini lagi pada masa akan datang.
Laporan disediakan oleh 28 MAC 2019

_______________
(AMIRA OTHMAN)
Setiausaha,
Pasukan Pengakap,
SJKC Sri Mahkota.

You might also like