Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pelajar sertai kongsi gelap untuk

dipandang tinggi, kata polis


KUALA LUMPUR: Penglibatan pelajar sekolah dalam kegiatan kongsi gelap banyak didorong
perasaan mahu dipandang tinggi serta digeruni rakan sebaya.
Ketua Penolong Pengarah Pencegahan Judi/Maksiat/Gangsterism Jabatan Siasatan Jenayah
Bukit Aman, Rohaimi Md Isa berkata kegiatan kongsi gelap dalam kalangan pelajar sekolah
sering melibatkan mereka yang kerap ponteng dan terlibat dalam gejala buli.
“Mereka kemudiannya akan melakukan jenayah kekerasan seperti ugutan, pemerasan serta
pergaduhan dan ada yang meminta wang daripada rakan sebaya.
“Kebanyakan pelajar terlibat kongsi gelap mempunyai tahap pendidikan rendah, kurang didikan
agama serta mempunyai masalah keluarga,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, kebiasaannya pelajar sekolah menyertai kumpulan kongsi gelap untuk
meningkatkan jumlah anggota di kawasan terbabit.

“Golongan ini (pelajar) hanya menjadi ahli biasa dan mereka tidak akan diberikan tugasan
tertentu.”

Bagaimanapun, Rohaimi berkata, penglibatan pelajar sekolah dalam kongsi gelap masih
terkawal dan di tahap minimum.

Katanya, berdasarkan statistik, 46 pelajar sekolah dipercayai anggota kongsi gelap ditahan
tahun lalu kerana terlibat dalam jenayah kekerasan.

“Aktiviti gangsterisme masih terkawal dan ia tidak membimbangkan.”

Katanya, antara kongsi gelap yang disertai pelajar sekolah termasuk Geng 08, Geng 550, Geng
36 dan Ang Soon Thong

You might also like