Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan


ledakan globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf
dunia, Malaysia perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada
dunia pendidikan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti
perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dan berusaha untuk menjayakan usaha
tersebut. Bersesuaian dengan matlamat dan zaman, KPM telah melaksanakan
pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun 2014. Kini, PAK21 telah
menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu
memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa perubahan
baru dalam dunia pendidikan (KPM, 2018). PAK21 dikatakan sebagai proses
pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Oleh itu, sejajar dengan
perkembangan yang ingin dilakukan dalam bilik darjah secara menyeluruh, bilik
darjah haruslah berada di dalam keadaan kondusif sama ada dalam aspek fizikal
atau psikososial.

1
2.0 Persekitaran psikososial bilik darjah dan Pembelajaran Abad Ke 21 yang
kondusif

Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu


dengan persekitaran sosialnya. Dalam mewujudkan persekitaran psikososial bilik
darjah dan PAK21 yang kondusif, bilik darjah perlulah mempunyai ciri-ciri seperti
suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana
yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan
memberi peluang yang sama untuk semua murid. Hal ini kerana, pembelajaran
membawa maksud perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat
dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan
Robert M. Gagne (1970) di dalam buku Mok Soon Sang (2008). Oleh itu, untuk
mewujudkan pelajar yang berkembang secara holistik, persekitaran psikososial
memainkan peranan yang sangat penting dalam membina mental murid yang sihat

2
2.1 Cara guru dapat mewujudkan persekitaran psikososial bilik darjah
Pembelajaran Abad ke 21 yang sihat

Sebagai seorang guru, kita mestilah mengetahui dan mempelajari bagaimana


untuk mewujudkan persekitaran psikososial yang sihat. Dalam mewujudkan suasana
psikososial yang sihat ini, guru perlulah peka dengan gaya kepimpinannya sendiri.
Gaya kepimpinan yang berbeza akan memberi kesan kepada suasana pembelajaran
pelajar. Kepimpinan yang berunsurkan autokratik iaitu mengawal pelajara melalui
ganjaran dan hukuman dan menekan murid apabila melakukan kesilapan lebih
cenderung mewujudkan suasana pembelajaran yang tertekan dan mewujudkan
suasana kelas yang tidak kondusif (Haliza Hamzah & Nesamalar, 2014). Gaya
kepimpinan yang dituntut kepada semua guru ialah guru bersifat demokratik iaitu
guru yang berkongsi tanggungjawabnya dengan murid. Suasana ini akan
mewujudkan perasaan saling hormat dan percaya antara guru dan murid. Guru
seperti ini adalah guru yang tidak memberi desakan serta sentiaa memberikan
galakan. Walaupun guru seperti ini bersikap baik, mengambil berat tetapi dia juga
seorang yang tegas. Wujudnya suasana kelas antara murid dan guru yang seperti
ini, murid akan berasa lebih yakin untuk mencuba menyelesaikan masalah kerana
tidak takut dan hormat kepada guru. Menurut Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid
Johari, Ag Yusuf Ag Chuchu & Halimah Laji (2014) kajian telah menunjukkan
bahawa produktiviti dan pencapaian adalah tinggi bagi guru yang mengamalkan
kepimpinan demokratik.

Seterusnya, cara pendekatan pengajaran guru dapat mempengaruhi


keselesaan persekitaran psikososial bilik darjah. Pendekatan pengajaran guru perlu
mengambil kira keperluan murid, perkembangan kognitif dan juga gaya
pembelajaran pelajar yang berbeza. Hal ini kerana, setiap individu mempunyai gaya
pembelajaran yang berbeza menurut kecerdasan pelbagai mereka yang berbeza-
beza (Gardner, 199) Antara keperluan pelajar termasuklah keperluan untuk
memahami matlamat dan objektif pengajaran, melibatkan diri secara aktif dalam
proses pembelajaran, mengetahui hubungan antara perkara yang dipelajari di dalam
bilik darjah dengan kehidupan mereka, menikmati kejayaan, memperoleh maklum
balas dan berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya.

3
2.2 Bagaimana persekitaran psikososial bilik darjah Pembelajaran Abad ke 21
yang sihat dapat meningkatkan kemenjadian murid

Bagi meningkatkan kemenjadian murid, guru perlulah sensitif dan peka


terhadap perkembangan individu. Setiap individu akan mengalami perkembangan
sejak lahir hingga mati terutamanya dalam perkembangan kognitif. Setiap individu
akan mengalami perkembangan ini secara berbeza walauun berada pada umur yang
sama misalnya ada murid darjah 1 yang sudah mampu membaca dengan lancar
tetapi ada yang tidak mampu membaca langsung. Hal ini dipengaruhi oleh beberapa
faktor persekitaran dan baka. Sebagai seorang guru, kita mestilah peka terhadap
perbezaan perkembangan ini dalam setiap individu supaya guru dapat menyediakan
cara pengajaran dan bahan yang sesuai kepada semua murid. Apabila guru tidak
sensitive terhadap perbezaan ini, murid yang lambat akan ketinggalan dalam
pelajaran menyebabkan kemenjadian murid berkurangan. Guru yang sensitive
terhadap perkembangan murid ini akan peka dengan kecerdasan pelbagai dalam diri
setiap murid iaitu Naturalis, Eksistensial, bahasa, intrapersonal, Interpersonal, muzik,
kinestatik, visual ruang dan logikal matematik. Sebagai contoh dalam subjek
matematik, guru juga boleh menerapkan elemen muzik dalam menghafal sifir supaya
bukan murid yang mempunyai kecerdasan logikal matematik sahaja yang mampu
mengingati sifir tetapi murid lain juga mampu mengikuti pembelajaran tersebut. Murid
juga akan kurang berasa bosan kerana dapat mengikuti dan mencapai objektif
pembelajaran didalam kelas menyebabkan murid lebih memberikan tumpuan di
dalam kelas serta emosi dan intelek mereka terjaga.

Selain itu, guru perlulah mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan


perkongsian idea. Menurut Abdullah dan Ainon (1999), komunikasi terbuka ialah
komunikasi dua hala yang berkesan di mana guru bersedia menerima berkongsi
pendapat dengan murid. Suasana menyebabkan murid lebih berkeyakinan untuk
bertanyakan soalan sekaligus menggalakkan proses pemikiran murid. Hal ini dapat
meningkatkan kemenjadian murid kerana, murid dapat bertanyakan soalan tanpa
rasa malu dan takut serta dapat menyelesaikan kekeliruan yang bermain di fikiran
mereka. Guru yang membina kelas dengan suasana perkongsian idea ini mampu
menghasilkan murid yang holistik dari segala aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial. Hal ini kerana, emosi mereka tidak akan terganggu dengan sikap guru
yang sedia menerima dan berkongsi idea berbeza pula dengan pembawakan guru
yang bersikap autokratik kerana sentiasa menjalankan hukuman dan ganjaran
menyebabkan murid takut untuk bersikap aktif dalam kelas.

4
2.3 Masalah yang menghalang persekitaran psikososial bilik darjah PAK 21
dalam meningkatkan kemenjadian pelajar

Komunikasi dua hala akan menggalakkan interaksi antara guru dan murid.
Pada masa yang sama guru dapat merancang aktiviti untuk murid bekerja dalam
kumpulan dan saling membantu serta bertukar idea. Namun, sesetengah murid akan
menghadapi masalah dalam menyesuaikan ddiri di dalam kelas. Ada murid introvert
yang mungkir tersingkir dan sukar diterima oleh rakan. Murid bersikap introvert ini
juga sukar untk meluahkan dan berkongsi idea mereka kerana bersikap lebih
memendam dan kurang suka bekerja dalam kumpulan. Manakala ada murid yang
hyper aktif yang sering mengganggu murid lain dan cepat berasa bosan apabila tidak
diberikan tugas yang spesifik kepadanya. Hal ini menyukarkan guru untuk melakukan
kerja dan aktiviti di dalam kumpulan. Oleh itu, guru perlulah menganbil berat tentang
tahap interaksi sosial melalui pemerhatian dengan menggunakan teknik sosiometri.

Masalah seterusnya, guru sukar menerapkan semua jenis kecerdasan


pelbagai dalam satu sesi pengajaran. Contohnya, dalam sesi pengajaran matematik
tajuk wang. Guru mempunyai kekangan masa untuk menerapkan kelapan- lapan
aspek kecerdasan pelbagai yang dinyatakan oleh Gardner (1999). Hal ini sedikit
sebanyak dapat mengurangkan ransangan belajar untuk murid lain yang guru tidak
menerapkan kecerdasan pelbagainya di dalam sesi pengajaran secara tidak
langsung ianya mampu mengurangkan kemenjadian murid di dalam kelas akibat
rasa bosan dan objektif pembelajaran tidak tercapai sepenuhnya.

5
3.0 Model pengurusan disiplin dan tindakan intervensi untuk mengawal pelajar
tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah PAK21

3.1 Model Pengurusan Disiplin

Dalam setiap kelas, pastinya guru menghadapi masalah dalam mengawal


disiplin murid lebih- lebih lagi dalam menerapkan Pembelajaran Abad Ke 21. Oleh
itu, Lee Canter (1947) memperkenalkan Model Disiplin Asertif yang berasaskan
peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan pelajar terhadap
akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Canter menekankan tentang hak guru
dan hak pelajar dalam pengurusan bilik darjah. Hak pelajar untuk belajar dalam
persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tapa gangguan
adalah dua syarat yang penting dalam proses pengajaran (Haliza Hamzah &
Nesamalar, 2014). Oleh itu, penguatkuasaan peraturan bilik darjah perlu untuk
memastikan aktiviti bilik darjah berjalan dengan lancar.

Contoh masalah murid ialah tidak memberi kerjasama dalam aktiviti


berkumpulan. Guru dengan murid boleh bersama- sama membincangkan tentang
peraturan bilik darjah. Seterusnya, guru perlulah menerangkan peraturan dan cara
pelaksanaan peraturan bilik darjah. Kemudian, semak kefahaman murid mengenai
ganjaran dan tidakan pembetulan apabila tidak memberi kerjasama di dalam kelas.
Cara tindakan pembetulan haruslah jelas tujuannya supaya murid tidak menyelah
anggap tujuan tindakan pembetulan dilakukan. Selain itu, guru juga perlu
memberikan peluang kepada murid untuk meluahkan perasaan dan bertanya
kepadanya sebab dia melakukan kesalahan. Menurut model ini, guru perlulah
bersikap asertif iaitu jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam
menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan
berlaku adil kepada semua murid.

6
3.2 Tindakan Intervensi

Teknik modifikasi tingkah laku merupakan satu intervensi yang boleh


digunakan oleh guru dalam menguruskan disiplin bilik darjah. Teknik modifikasi
tingkah laku menggunakan prinsip peneguhan. Dalam teori peneguhan, tingkah laku
murid ditentukan oleh akibat yang bakal diterima selepas tingkah laku ditunjukkan.
Teknik modifikasi tingkah laku yang boleh digunakan ialah sistem token dimana
ianya berfungsi sebagai wang yang dapat ditukar dengan barangan yang digemari
oleh murid. Langkah- langkahnya bagi murid yang kurang memberi kerjasama
didalam kelas ialah. Guru dan murid menyenaraikan bersama- sama tingkah laku
disiplin yang ingin tituruti contohnya perlu memberi kerjasama apabila melakukan
aktiviti berkumpulan. Seterusnya, jika murid mengikuti peraturan yang dilakukan,
guru memberi token berupa wang palsu. Contohnya jika murid memberi kerjasama,
dia akan mendapat RM1 wang palsu. Semakin murid menunjukkan kebaikan,
semakin banyak token yang diberikan. Guru menetapkan tempoh memperolehi
token. Apabila tempoh sudah sampai dipenghujung, murid dibenarkan menukar
token tersebut dengan makanan mengikut jumlah token yang dikumpul. Dengan cara
ini, murid akan lebih semangat dan mempunyai peneguhan serta motivasi ekstrinsik
untuk melakukan kebaikan kerana motivasi ekstrinsik merupakan elemen yang kuat
bagi mendorong diri kanak- kanak walaupun ianya bertahan dalam masa yang
singkat sahaja (Cherry, 2019)

7
4.0 Rumusan

Kesimpulannya, bilik darjah yang kondusif terutamanya pada aspek psikosial


memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan kemenjadian murid.
Murid yang pintar tidak mampu melakarkan kecemerlangannya tanpa bilik darjah dan
persekitaran yang kondusif dari segala aspek. Selain itu, persekitaran psikososial
yang sihat seperti guru memberi galakan serta bersifat demokratik juga mampu
menjadikan murid yang kurang pintar melakarkan sejarah kecemerlangan. Oleh itu,
semua pihak haruslah bekerjasama dalam membina persekitaran yang kondusif dari
segala aspek agar negara kita dapat melahirkan generasi muda yang lebih holistic
pada masa akan datang.

You might also like