Latihan 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

BAHAGIAN A ( 30 MARKAH )

Tulis sebuah karangan berkaitan Perpaduan Kaum. Murid perlu menggunakan semua bahan yang
diberikan . Panjangnya antara 150-200 patah perkataan sahaja.

Perpaduan kaum yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus
dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Sumber : Internet

KUNTUM PERPADUAN

Bertunas kuntum perpaduan


mekar kesuma kedamaian
indah kelopak kemesraan
menumbuh pohon kesetiaan
meninggikan perdu kedaulatan
di ujana pertiwi.

Kuntum perpaduan ini wajar disemai


generasi pewaris
keharmonian warna bangsa
mencorak ladang keamanan.

Usah bakar rerumput cinta


yang dijaga leluhur
dengan api sengketa
yang bisa memusnah
kota ketenangan sekelip mata
yang bisa menghangus leburkan
teratak hubungan persahabatan
antara kaum
kerana kita kasih akan warisan ini
yang diperturunkan zaman-berzaman
oleh nenek moyang kita
berbilang kaum, budaya, agama
walau kita berbeza
negara kita sama
aliran darah kita juga sama
merah warnanya!

Kuntum perpaduan ini


kita jaga sama-sama
kita suburkan sama-sama
menjadi hiasan cantik
di nusa warisan ini
mari kita hidu
wangian aromanya
di puspa watan ini.

SYUKRI NAIM
Kampar, Perak

You might also like