Minit Mesyuarat Bi Bil.1 2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

PANITIA BAHASA INGGERIS BIL.1/2019


SEKOLAH KEBANGSAAN SEPINANG

Tarikh : 31 DISEMBER 2019


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Sepinang
Pengerusi : Cik Sri Sakti A/P Ayaoo
Kehadiran(Bilangan) : 4 orang
1. Cik Sri Sakti A/P Ayaoo
2. Pn. Nafisah Binti Mohd Subari
3. En. Fakhrul Anwar Bin Adnan
4. Pn. Suhailah Binti Wakimon
Turut Hadir (Jika ada) : 5. Hjh Zarina Binti Ahmad.

AGENDA MESYUARAT:

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Ucapan aluan dan terima kasih di atas kehadiran guru.


1.2 Pengerusi membentangkan tentang dasar-dasar KPM khususnya yang melibatkan Pendidikan Abad
Ke-21 (PAK21) dan mengharapkan dasar tersebut dapat dilaksanakan dalam PdPc guru semasa di
bilik darjah.
1.3 i-THINK dan KBAT perlu diutamakan dalam PdP yang dijalankan sebagaimana yang telah dijelaskan
dalam LDP dan kursus-kursus anjuran jabatan. Dalam program i-think, peta pemikiran dilukis oleh
pelajar untuk mencambahkan minda, dan peta pemikiran ini tidak perlu ditanda,hanya untuk
dipantau bagi membuktikan murid telah menggunakan carta tersebut untuk pembelajaran mereka.
1.4 Pengerusi juga menegaskan Visi, Misi dan Matlamat Strategik Sekolah terutama dalam kurikulum di
mana objektif yang hendak dicapai adalah Menguasai Tahap Minimum (MTM) 100% bagi semua
mata pelajaran. 2 fokus utama ialah Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti.
1.5 Guru-guru perlu melaksanakan Visi, Misi Matlamat dan Perancangan Strategik Sekolah yang telah
ditetapkan bagi mencapai kecemerlangan murid dan sekolah.
1.6 Selain itu, beliau mengingatkan tentang PBD yang harus dilaksanakan berpandu DSKP dan Tahap
Menguasai (TP) yang telah ditetapkan.
1.7 Penilaian dan pentaksiran bagi Tahap 1 perlu merujuk kepada dasar yang telah ditetapkan oleh KPM
seperti yang dibentangkan dalam Mesyuarat Kurikulum Bi.1/2019 pada 27 Disember 2018 yang lalu.

Tindakan: Makluman Semua

2. Prasarana Sekolah dan Bilik-Bilik Khas

2.1 Buku Teks (SPBT) bagi Pendidikan Bahasa Inggeris adalah mencukupi.
2.2 Selain bilik darjah, Makmal Komputer juga digunakan untuk PdP Bahasa Inggeri yang melibatkan
aktiviti pertunjukkan powerpoint, dan sebagainya kerana ia memudahkan murid untuk melakukan
aktiviti yang berkaitan memandangkan Makmal Komputer mempunyai kemudahan LCD.
Tindakan: Makluman Semua

3. Buku Rancangan Mengajar Guru (e-BRM)

3.1 Pihak Pengurusan Kurikulum telah menetapkan semua guru menggunakan Fail e-brm bagi penulisan
dan penghantaran Buku Rekod Mengajar.
3.2 Guru perlu menyediakan DSKP, Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian
mengikut format terkini yang ditetapkan. Kesemua berikut hendaklah disediakan melalui google
classroom.
3.3 Penulisan RPH perlu mengikut DSKP dan Rancangan Pelajaran Tahunan yang diluluskan. Penulisan
RPH haruslah mempunyai Tajuk/Ojektif/Aktiviti/KBAT/Impak.
3.4 Penghantaran RPH ditetapkan pada hari Khamis atau Ahad setiap minggu menggunakan Fai RPH.
3.5 Tempoh bagi melengkapkan Buku Rekod Mengajar di dalam Fail RP adalah sehingga 2 Januari 2019.
3.6 Sebarang Pelanggaran Peraturan 11(1) berkaitan penghantaran Buku Rekod Mengajar iaitu denda
RM5000 manakala bagi Peraturan 7-8 adalah RM500.
Tindakan: Semua Guru BI
4. Anggaran Perbelanjaan

4.1 Baki tahun sebelumnya adalah 5–10% daripada PCG/SUWA (Anggaran Tahunan Semasa. Ini akan
dibentangkan setelah pihak sekolah menerima anggaran perbelanjaan bagi tahun 2020.
4.2 Sebarang perbelanjaan perlulah mengikut Surat Pekeliling KPM BIL. 5/2002.
4.3 Prosedur, Kaedah Perbelanjaan, Nota & Pesanan Kerajaan dan Dokumen Sokongan (Bil/Resit/Invois,
dll) perlulah dipatuhi apabila membuat sebarang pembelian bagi barang-barang keperluan Bahasa
Inggeris.
4.4 Guru Bahasa Inggeris perlu menyenaraikan alatan dan bahan yang diperlukan bagi kelas masing-
masing dan menghantarnya kepada Ketua Panitia untuk tujuan pembelian. Pembelian adalah
bergantung kepada peruntukan kewangan yang ada.
Tindakan: Cik Sri Sakti
Semua Guru BI

5. Headcount (Penetapan Sasaran Pencapaian Sekolah:( ETR)

5.1 Semua guru Bahasa Inggeris perlu menyediakan HeadCount bagi setiap murid dan membuat
Penetapan Sasaran Pencapaian Sekolah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.
5.2 Headcount yang telah disiapkan perlu dihantar kepada Ketua Panitia sebelum atau pada 30 Januari
2020 untuk dijilidkan.
5.3 Laporan Program Bahasa Inggeris bagi tahun sebelumnya dan tahun semasa perlu disediakan
mengikut format Borang Laporan yang terdapat dalam SPSK yang terkini. Laporan perlu disertakan
dengan cadangan penambahbaikan berasaskan analisis yang dibuat.
Tindakan: Semua Guru BI

6. Agihan Tugas Panitia

6.1 PELANTIKAN JAWATANKUASA BAHASA INGGERIS TAHUN 2020

Ketua Panitia : Cik Sri Sakti A/P Ayaoo


Setiausaha : Pn. Nafisah Binti Mohd Subari
Bendahari : Pn. Zarinah Binti Zakaria
Jawatankuasa :
Guru Bahasa Inggeris Tahun 1 – Hjh Zarina Binti Ahmad
Guru Bahasa Inggeris Tahun 2 – Pn. Nafisah Binti Mohd Subari
Guru Bahasa Inggeris Tahun 3 – Cik Sri Sakti A/P Ayaoo
Guru Bahasa Inggeris Tahun 4 – En. Fakhrul Anwar Bin Adnan
Guru Bahasa Inggeris Tahun 5 – En. Fakhrul Anwar Bin Adnan
Guru Bahasa Inggeris Tahun 6 – En. Fakhrul Anwar Bin Adnan
6.2 Prosedur Kerja adalah tertakluk kepada pengagihan tugas yang akan ditentukan oleh Ketua Panitia.
6.3 Sebarang masalah atau penambahbaikan bagi kepentingan panitia dan kecemerlangan murid
haruslah dibincangkan bersama dan amatlah dialu-alukan.
Tindakan: Makluman Semua

7. Program Kecemerlangan Panitia Kesenian 2020

7.1 Minggu Bahasa Inggeris- Julai


7.2 Kelas Tambahan Tahun 6- Feruari- September

Tindakan: Guru BI
8. Penyeliaan dan Pemantauan

8.1 Penyeliaan PdPc Guru mengikut SPI Bil3/1987 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris akan
dilaksanakan sebanyak 3 kali menggunakan penskoran SKPMg2. Jadual PdPc akan dimaklumkan
kepada semua guru Bahasa Inggeris.
8.2 Hasil Kerja murid hendaklah diperiksa dan diberi penilaian berdasarkan Template Offline bagi PBD
mengikut format template yang ditentukan oleh KPM. Penilaian hendaklah dibuat berpandukan
Tahap Penguasaan (TP) seperti yang ditetapkan dalam Standard Prestasi.
8.3 Proses PdP iaitu dari aspek kekerapan dan kecukupan latihan dan hasil kerja murid adalah
ditentukan oleh guru sendiri bersesuaian dengan sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid.
8.4 Guru perlu melengkapkan Template Offline mengikut kelas masing-masing. Slip PBS perlu
diserahkan kepada murid semasa Peperiksaan Setengah Tahun dan Akhir Tahun.
8.5 Dokumen penilaian dan pentaksiran murid perlu direkodkan dan disimpan dalam fail PBS yang
ditetapkan. Fail PBS hendaklah sentiasa dikemaskini dan dihantar kepada Guru Besar/PK1 untuk
tujuan penyeliaan dan penyemakan.
Tindakan: Makluman Semua

9. Perkembangan Staff – Kurikulum

9.1 2 orang guru yang mengajar Bahasa Inggeris adalah Guru Bukan Opsyen.
9.2 JPU iaitu menetapkan Objektif Ujian Semasa akan dibincangkan dalam mesyuarat berikutnya.
9.3 Analisis Peperiksaan (TOV, ETR) perlu disediakan bagi setiap kelas.
9.4 Guru hendaklah memastikan PdP yang dijalankan adalah berkesan selaras dengan perkembangan
PdP Abad Ke-21 dengan menerapkan KBAT dan i-Think.
9.5 Semua dokumen berkaitan P&P seperti Sistem Fail, Kertas Projek dan Laporan Aktiviti hendaklah
didokumentasikan.
9.6 Panitia boleh merancang pembinaan ABM bagi Bahasa Inggeris dengan mengadakan LDP dan
sebagainya mengikut keperluan guru dan murid.
9.7 Stok dan Inventori berkaitan barang Bahasa Inggeris perlu direkodkan.
9.8 Guru boleh menjalankan Kajian Tindakan bersama bagi menambahbaik dan meningkatkan prestasi
pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris.
9.9 Benchmarking juga boleh dibuat dengan menghantar murid bagi menyertai pertandingan
Storytelling Competition di peringkat zon dan daerah.
Tindakan: Makluman Semua

10. Penilaian dan Pentaksiran

10.1 Takwim bagi Ujian Bulanan, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Takwim, adalah
tertakluk kepada takwim yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan Kurikulum Sekolah dan juga Majlis
Guru Besar. Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
10.2 Peperiksaan diadakan sebanyak 2 kali untuk murid-murid Tahap 2, manakala pentaksiran dijalankan
di bilik darjah untuk murid-murid Tahap 1.
10.3 Penyediaan soalan juga bergantung kepada tahap kebolehan murid dan perlu merujuk kepada
DSKP.
10.4 Penilaian dan pentaksiran bagi murid Tahap 1 adalah merujuk kepada dasar baru yang telah
diumumkan oleh KPM dan seperti yang ditaklimatkan kepada semua guru pada Mesyuarat
Pengurusan Sekolah & Kurikulum Bil.1/202 pada 29 Disember 2019 yang lalu.
10.5 Semua guru perlu mematuhi sebarang perubahan dasar berkaitan penilaian dan pentaksiran yang
dibuat oleh KPM dari semasa ke semasa.

11. Pemantauan/Kawalan Standard Akademik

11.1 Tuan Guru Besar telah menetapkan dan menguatkuasakan Piawaian Standard Akademik di mana
semua murid perlu menguasai Tahap Minimum (MTM) bagi semua mata pelajaran.
11.2 Guru perlu memastikan murid mencapai standard seperti yang telah ditetapkan dalam Headcount.
Headcount perlu dilaksanakan seperti yang ditetapkan.
11.3 Pelaksanaan program-program Bahasa Inggeris akan disemak dan dipantau oleh Ketua Panitia.
11.4 Piawaian Standard Akademik perlu merujuk kepada DSKP dan Standard Prestasi yang ditentukan
oleh KPM.
11.5 Buku aktiviti bagi Tahap 1 adalah seperti yang dibekalkan oleh pihak kementerian manakala bagi
Tahap 2, buku yang dipilih perlu selaras dengan silibus KSSR dan guru perlu memastikan latihan-
latihan yang diberi juga berkualiti.
Tindakan: Makluman Semua

12. Hal-Hal Lain

12.1 Pn Hjh Zarinan menyatakan beberapa peralatan dan bahan Bahasa Inggeris perlu ditambah
khususnya bagi menjalankan PdPc yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris bagi murid Tahap 1.

PENUTUP
a. Pengerusi berharap guru-guru dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berusaha
menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai medium mencungkil bakat dan kebolehan
murid ke peringkat lebih tinggi.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 petang.

Disediakan oleh,

Sri Sakti A/P Ayaoo


Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Tarikh : 3 Januari 2020

You might also like