Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BIODATA DATO’ BAHAMAN

Dato' Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan
dianugerahkan dengan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana
beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang
saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta meminpin
pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang saudara di Klang,
Selangor.
Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato' Bahaman telah dilantik oleh
Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan Pangkat Tersebut,
kedudukan Dato' Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan
seringkali diajak berunding dengan baginda Sultan Ahmad. Punca Utama perang
semantan adalah ketidakpuasan hati orang-orang Besar Pahang terhadap campur
tangan British ke atas kawasan mereka.
Ketegangan ini bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak
mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato'
Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford,
Pemangku Resident British Pahang, mengahtaui hal tersebut , Beliau menasihatkan
Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan
agar perkara ini dapat disiasat.
Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah
yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan. Tindakan itu
menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan menyebabkan beliau dan pengikut-
pengikutnya menyerang herdap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15
Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborought datang untuk menangkapnya.
Dalam serangan tiba-tiba itu, Pihak Desborought telah kalah dan mereka melarikan
diri ke Bandar Temerloh. Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, Pegawai-
pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-
pembangkang Melayu. Ekoran itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang
diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang
merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi
pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali
lagi ditewaskan.
 

You might also like