Professional Documents
Culture Documents
Penanaman Cili PDF
Penanaman Cili PDF
1(2012): 89– 96
Pengenalan
Teknologi fertigasi merupakan teknik penanaman yang telah
terbukti memberi kesan yang baik pada tanaman sayuran dan
buah-buahan. Fertigasi adalah gabungan dua perkataan Inggeris
iaitu fertilizer dan irrigation. Dalam sistem ini, pembajaan dan
pengairan dilakukan secara serentak. Sistem fertigasi juga ialah
satu kaedah tanaman alternatif bagi mengelakkan penyakit
bawaan tanah (soil borne disease) seperti pitium, di samping
meningkatkan hasil tanaman. Penyakit bawaan tanah seperti
pitium dan fusarium mengurangkan dan merosakkan hasil
tanaman.
Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah
meningkat sebanyak 3–5 kali ganda berbanding dengan cara
penanaman secara konvensional. Permintaan petani dan usahawan
untuk menggunakan sistem ini semakin meningkat, terutama
untuk penanaman cili. Modal permulaan yang tinggi terutama kos
pembinaan struktur pelindung hujan (SPH) telah membantutkan
penggunaan teknologi ini dalam kalangan pengusaha cili. Tujuan
penggunaan struktur pelindung hujan adalah untuk mengelak baja
yang diberikan ke pokok menjadi cair apabila waktu hujan serta
mengelakkan penyakit kulat seperti antraknos dan hawar pucuk.
Walau bagaimanapun, dengan kaedah pengurusan tanaman yang
terkini, penanaman cili dapat dijalankan dengan sistem fertigasi
terbuka. Penanaman cili menggunakan sistem fertigasi terbuka ini
dapat diaplikasikan untuk pengeluaran cili padi (Gambar 1) dan
cili merah (Gambar 2).
89
seragam. Selepas selesai kerja-kerja menyiap tapak, silvershine
atau weed suppresor dibentangkan bagi mengelakkan tapak projek
daripada ditumbuhi rumpai.
Medium tanaman
Medium tanaman yang disyorkan ialah 100% coco peat.
Coco peat mudah diperoleh, murah dan lebih mesra alam.
Walau bagaimanapun, bagi pengusaha fertigasi di sebelah utara
semenanjung seperti negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang,
sekam padi bakar boleh digunakan sebagai medium. Medium
sekam padi mudah diperoleh di ketiga-ketiga negeri tersebut
dengan harga yang amat berpatutan. Coco peat dimasukkan ke
dalam polibeg hitam. Polibeg kemudianya disusun selari dengan
paip lateral atau paip pembahagi. Lubang lebihan air dibuat 5 cm
diukur dari dasar polibeg. Setiap beg tanaman dilengkapi dengan
tiub mikro 1.0 mm (garis pusat) yang menyalurkan larutan nutrien
dari tangki larutan baja.
90
dibasahkan dengan air. Percambahan anak yang seragam akan
diperoleh selepas 5–7 hari. Selepas bercambah, anak benih
dimasukkan ke dalam rumah semaian bagi mengelakkan serangan
serangga perosak. Anak benih juga dibekalkan larutan baja
secara celupan bagi mendapatkan anak benih yang seragam
pembesarannya dan cepat proses pertumbuhannya. Biji benih
tambahan diperlukan 10% peratus untuk kerja-kerja penyulaman.
91
Gambar 1. Plot tanaman cili padi menggunakan Gambar 2. Plot tanaman cili merah menggunakan
sistem fertigasi terbuka sistem fertigasi terbuka
Gambar 3. Anak benih cili yang sedia untuk Gambar 4. Memungut hasil cili
dipindahkan ke polibeg
92
menyediakan pancang sokongan akan mengakibatkan pokok
tumbang dan ranting patah, ini sekali gus mengurangkan hasil
buah cili. Pancang dapat dibuat menggunakan kayu, buluh dan
besi. Ketinggian pancang yang sesuai adalah antara 4'–5' dengan
ditanam sedalam 1'.
Cantasan
Kerja-kerja cantasan atau membuang tunas air dilakukan selepas
2–3 minggu penanaman. Tunas air ialah tunas yang muncul
selepas cabang utama cili. Bagi cili merah, tunas air dibuang
kesemua sekali. Ini bagi memastikan nutrien yang dibekalkan
dapat digunakan oleh pokok untuk pembesaran dan penghasilan
buah. Manakala bagi cili padi, 3–5 tunas air disimpan bagi
meningkatkan hasil cili padi.
Penuaian hasil
Hasil tuaian pertama bagi cili merah adalah sekitar 75 hari
selepas mengubah manakala bagi cili padi pula tuaian pertama
adalah sekitar 90 hari selepas mengubah (Gambar 4). Kutipan
hasil dilakukan dengan selangan 3 hari di peringkat awal dan
setiap hari pada peringkat puncak. Prestasi kutipan hasil yang
perlu dicapai oleh pengusaha ialah 2.5 kg sepokok bagi cili merah
dan 1.5 kg sepokok bagi cili padi. Prestasi minimum ini haruslah
dicapai bagi memastikan pengusaha mendapat modal pelaburan
dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, hasil cili merah
dan cili padi yang boleh melebihi prestasi minimum ini dengan
pengurusan tanaman yang betul dan cekap. Kebiasaannya kerja-
kerja mengutip hasil dilakukan menggunakan buruh kontrak
tempatan dengan kadar upah RM0.50/kg. Buah yang dipetik
kemudianya digredkan sebelum dipasarkan.
93
Jadual 2. Jenis-jenis serangga perosak dan penyakit utama tanaman cili
94
Kesimpulan
Penanaman cili fertigasi secara terbuka tanpa menggunakan
struktur pelindung hujan ialah satu kaedah alternatif kepada
pengusaha yang ingin menggunakan teknologi fertigasi, tetapi
mempunyai modal atau peruntukan yang terhad. Dengan
pengurusan tanaman yang berkesan sistem fertigasi terbuka
ini dapat menjamin pengeluaran hasil cili yang tinggi. Dengan
pengeluaran hasil yang setara dengan penanaman secara fertigasi
di bawah struktur pelindung hujan, penanaman fertigasi secara
terbuka mampu menjadi pilihan utama kepada pengusaha
tanaman cili.
Bibliografi
De Rijck, G. dan Schrevens, E. (1998). Distribution of nutrient and water in
rockwool slabs. Scientia Hort. 72: 277–285
Mahamud, S., Jamaludin, S., Mohamad Roff, M.N., Ab Halim, A.H., Mohamad,
A.M. dan Suwardi, A.A. (2009). Manual teknologi penanaman cili, rockmelon
dan tomato. Serdang: MARDI
Verdonck, O., Penninck, R. and De Boodt, M. (1983). The physical properties of
horticultural substrates. Acta Hort. 150: 155–160
Ringkasan
Teknologi fertigasi adalah teknik penanaman yang telah terbukti memberi
kesan yang baik pada tanaman sayuran dan buah-buahan. Pengeluaran
hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah meningkat sebanyak 3 hingga
5 kali ganda berbanding dengan cara penanaman secara konvensional.
Permintaan petani dan usahawan untuk menggunakan sistem ini semakin
meningkat, terutama untuk penanaman cili. Modal permulaan untuk
menanam secara fertigasi yang tinggi terutama kos pembinaan struktur
pelindung hujan (SPH) telah membantutkan penggunaan teknologi ini
dalam kalangan pengusaha cili. Dengan kaedah pengurusan tanaman
yang terkini, penanaman cili dapat dijalankan dengan sistem fertigasi
terbuka. Penanaman cili menggunakan sistem fertigasi terbuka ini dapat
diaplikasikan untuk pengeluaran cili padi dan cili merah. Prestasi hasil yang
tinggi iaitu 2.5 kg sepokok bagi cili merah dan 1.5 kg sepokok bagi cili padi
dapat meningkatkan lagi pendapatan pengusaha. Dengan pengeluaran hasil
yang setara dengan penanaman secara fertigasi di bawah struktur pelindung
hujan, penanaman fertigasi secara terbuka mampu menjadi pilihan utama
kepada pengusaha tanaman cili.
95
Summary
Fertigation technology is a cultivation technique that has proven to give
good effect on vegetable and fruit growth. Production of chilli, sweet melon
and tomato yield have increased 3–5 times compared to the conventional
planting. Demands by farmers and entrepreneurs to use this system are
increasing, particularly for growing chillies. The initial capital to grow using
fertigation is high, especially the construction cost of rain shelter structure
has hindered the use of this technology among entrepreneurs. With the
recent methods in crop management, planting chillies can be done using
open fertigation system. This system can be applied for the production
of bird eye and red chillies. The high yield performance of red chillies;
(2.5 kg/plant) and bird eye chillies (1.5 kg/plant) can increase the income
of the entrepreneurs. Since the production yields are comparable with the
planting fertigation under rain shelter structure, planting open fertigation
could become the preferred choice to entrepreneurs.
Pengarang
Yaseer Suhaimi Mohd.
Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,
Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur
E-mel: ysuhaimi@mardi.gov.my
Mahamud Shahid dan Mohamad Abd. Manas
Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,
Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur
Abdul Kadir Yusoff
Stesen MARDI Alor Setar, KM 5, Jalan Kuala Kedah, 06600 Alor Setar, Kedah
96