Rumusan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Rumusan

Dalam melaksanakan tugasan ini, saya mengenalpasti dan memahami beberapa prinsip, andaian dan
batasan perakaunan yang telah diguna pakai. Antaranya ialah :

a) Andaian Perakaunan
 Usaha berterusan: kelab telah memulakan aktiviti pada 1 Mac 2020 dan beroperasi sehingga kini
 Wang sebagai ukuran: urusniaga kelab menggunakan ringgit malaysia (RM)
 Tempoh perakaunan: Kelab Futsal Danny Phantom ialah selama 12 bulan mula 1 Mac 2020
sehingga 23 Februari 2021
 Entiti Berasingan: Pemilik tidak mencampur adukan perbelanjaan peribadi dengan kelab futsal

b) Prinsip Perakaunan

 Ketekalan: kelab menetapkan polisi susut nilai aset bukan semasa mengikut kaedah yang telah
ditetapkan
 Pengiktirafan Hasil dan Belanja : Hasil dan belanja diiktiraf apabila barang atau perkhidmatan
telah diberi kepada pelanggan walaupun bayaran belum diterima begitu juga hasil yang masih
belum diterima
 Prinsip kos: semua aset kelab iaitu lengkapan dan alatan sukan direkod pada harga kos belian
semasa aset dibeli

c) Batasan Perakaunan

 Kos manfaat: Dimana kos penyediaan maklumat tidak melebihi nilai maklumat tersebut kepada
pengguna penyata kewangan .
Sehubungan dengan itu, saya telah menggunakan beberapa elemen merentas kurikulum (EMK)
sepanjang melaksanakan tugasan ini .
a) Bahasa
- Saya menggunakan bahasa melayu untuk menyediakan tugasan yang diberi .

b) Keusahawanan

- Aktiviti jual beli makanan dan minuman ringan di kiosk

c) Nilai Murni

- Sepanjang melaksanakan tugasan ini kerjasama , jujur dan amanah saya amalkan .

You might also like