Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TUGASAN

Ulasan Pantun Patriotisme


Maksud Rangkap Kumpulan Pantun 4

Bersimpul iman berapa amalan,

Sehangat pasrah membilang angan,

Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan,

Keringat sejarah menjulang tangan.

Maksud: Tunku Abdul Rahman adalah Bapa Kemerdekaan yang telah menjulangkan

kemerdekaan.

Sanggul pasak kembung sekerat,

Mengapa jambangan bubuh di isi,

Tun Abdul Razak Menyambung Hasrat,

Bapa Pembangunan penuh dedikasi.

Maksud: Tun Abdul Razak adalah Bapa Pembangunan yang dedikasi yang telah

menyambung hasrat sebagai perdana menteri Malaysia.

Fesyen sedondon cantik dilihat,

Jumpa Cik Puan di jalan teberau,

Tun Hussein Onn membelek rakyat,

Bapa Perpaduan panggilan beliau.

Maksud: Tun Hussien Onn adalah seorang yang peka terhadap rakyat dan digelar

Bapa Perpaduan.
Pohon banir menapis ungas,

Betapa dahan ada sepaha,

Tun Dr Mahathir bermotivasi dan tegas,

Bapa permodenan sentiasa berusaha.

Maksud: Tun Dr Mahathir adalah seorang yang berinovatif dan tegas,digelar sebagai

Bapa Permodenan kerana sentiasa berusaha memajukan negara.

Mengaji bersolah berkabut pusara,

Terkapa ketakutan senjekala nisan,

Dato Seri Abdullah lembut bicara,

Bapa Pembangunan Modal Insan.

Maksud: Dato Seri Abdullah adalah seorang yang suka mengeluarkan pendapat

Atau fikiran dan digelar Bapa Pembangunan Modal Insan.

Tema: Perdana Menteri menjamin kesejahteraan negara

Persoalan:

i. Menyambung hasrat memajukan pembangunan

Contoh:

Tun Abdul Razak Menyambung Hasrat,

Bapa Pembangunan penuh dedikasi.


ii. Cara pemerintah memerintah negara

Contoh:

Tun Hussein Onn membelek rakyat,

Bapa Perpaduan panggilan beliau.

iii. peka terhadap rakyat untuk mengukuhkan perpaduan

Contoh:

Tun Hussein Onn membelek rakyat,

Bapa Perpaduan panggilan beliau.

Nilai:

i. Tolong menolong

ii. Nilai semangat perpaduan

iii. Nilai saling berusaha

Pengajaran:

i. Kita mestilah saling tolong menolong

ii. kita perlulah mempunyai semangat perpaduan dalam diri.

iii. Kita hendaklah saling berusaha memajukan ekonomi negara


Maksud Rangkap Kumpulan Pantun 6

Dari Pahang ke negeri Melaka,

Singgah berehat di pekan Kuantan,

60 tahun Malaysia merdeka,

Hidup aman tiada keperitan.

Maksud: Malaysia aman dari sebarang ancaman dan keperitan setelah 60 tahun

merdeka.

Meredah hutan mencari cemara,

Singgah sebentar di negeri Kedah,

Hargai merdeka yang kita rasa,

Hilang ia sesal tak sudah.

Maksud: Kita mestilah menghargai perjuangan nenek moyang kita yang telah

merdekakan negara Malaysia. Jika ia dihancurkan,rasa sesal hingga

akhirnya.

Ayam jantan berkokok di dahan,

Sejuk terasa air perigi,

Kemerdekaan perlu kita pertahan,

Sekali tergadai tidak berguna lagi.

Maksud: Kita perlu pertahankan kemerdekaan yang telah dicapai kerana sekali ia

tergadai,tidak ada gunanya lagi.


Indah berseri cincin delima,

Bertatah permata elok dipakai,

Malaysia kini 60 tahun merdeka,

Negara kita aman dan damai.

Maksud: Sepanjang 60 tahun kemerdekaan,negara Malaysia aman dan damai

Hingga kini.

Halus teratur jambangan cempaka,

Di tepi jejawi molek kedidi,

Takkan luntur semangat merdeka,

Dijulung pertiwi sentosa abadi.

Maksud: Semangat kemerdekaan tidak akan luntur kerana rakyat menjulung tanah

Airnya sendiri.

Tema: Malaysia merdeka tiada peperangan

Persoalan:

i. Sikap setia akan negara

Contoh: Takkan luntur semangat merdeka,

Dijulung pertiwi sentosa abadi.

ii. Sikap terus berjuang demi negara

Contoh: Kemerdekaan perlu kita pertahan,

Sekali tergadai tidak berguna lagi.


iii.Sikap menghargai kemerdekaan

Contoh: Hargai merdeka yang kita rasa,

Hilang ia sesal tak sudah.

Nilai: i. nilai kesetiaan

ii.Semangat bersatu padu

iii.Nilai menghargai

Pengajaran:

i. Kita mestilah setia akan negara.

ii.Kita perlulah semangat bersatu padu pertahankan negara Malaysia.

iii.Kita hendaklah saling menghargai perjuangan datuk dan nenek.

You might also like