Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK SAYANGI MALAYSIAKU

SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH RAUB 2018


( ANJURAN PANITIA SEJARAH )

SYARAT PERTANDINGAN:

Jenis Pertandingan
 Pertandingan Nyanyian Berkumpulan Kategori Sekolah Rendah (Lelaki dan
Perempuan)

Penyertaan
 1.2.1 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan dan Sekolah
Jenis Kebangsaan di Daerah Raub
 1.2.2 Setiap zon perlu menghantar 3 kumpulan sahaja.
 1.2.3 Bilangan ahli kumpulan adalah tidak lebih daripada 10 orang murid.

Persembahan
 1.3.1 Setiap kumpulan MESTI menyanyikan 2 buah lagu :
 1.3.1.1 Lagu wajib :-
a)      SEJAHTERA MALAYSIA
b)      TANAH PUSAKA        
c)      SETIA           
 1.3.1.2 Lagu tambahan :-
a) Lagu Melayu Patriotik sedia ada serta ciptaan anak Malaysia dan dalam
Bahasa Melayu.

 1.3.2 Lagu mesti disampaikan dengan iringan muzik dan CD secara ‘Minus One’
(bukan karaoke). CD disediakan oleh peserta.
 1.3.3 Pilihan lagu mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat/kaum.
 1.3.4 Pakaian peserta mestilah bersesuaian dengan pilihan lagu dan tidak mencolok
mata.
 1.3.5 Ketua Hakim akan menentukan sama ada peserta dibenarkan membuat
persembahan ulangan jika berlaku kerosakan teknikal pada CD / Pemain CD.
 1.3.6 CD dan lirik lagu hendaklah diserahkan kepada urusetia semasa pendaftaran.
 1.3.7 Peserta tidak dibenarkan mengguna khidmat penari dan hanya pengunaan props
saiz kecil (spt keris, bendera, bunga, dll) sahaja yang dibenarkan untuk setiap
persembahan.
 1.3.8 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan
peserta di dalam pertandingan ini.
Masa
 1.4.1 Setiap persembahan nyanyian ( 2 buah lagu ) tidak boleh melebihi 10 minit.

Pemarkahan
 1.5.1 Pic (ketepatan suara) – 30 markah
 1.5.2 Ton (mutu suara) – 30 markah
 1.5.3 Dinamik (ansur kuat/ perlahan) – 10 markah
 1.5.4 Tempo (ketepatan mengikut rentak) – 10 markah
 1.5.5 Attack/Realease (mula dan akhir rangkai lagu) – 10 markah
 1.5.6 Sebutan (suara dan senikata jelas) – 5 markah
 1.5.7 Ketrampilan (keyakinan, kostum dan penguasaan pentas) – 5 markah

Borang Penyertaan
 Semua sekolah dikehendaki melengkapkan borang penyertaan yang telah disertakan dan
menghantar borang tersebut sebelum atau pada 3 Oktober 2018.
 Sila serahkan borang penyertaan yang sudah lengkap kepada En. Zikril Hakim Bin Ramli
( SK Ulu Atok – 0193451053 )
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK SAYANGI
MALAYSIAKU SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH RAUB 2018
( ANJURAN PANITIA SEJARAH )

Nama Kumpulan :

Zon :

Lagu Wajib :

Lagu Tambahan :

Nama Pengurus :

No. Telefon :

Bilangan Ahli :

Bil. Nama Murid No. KP atau Surat Beranak

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

____________________
Tandantangan Pengurus Tarikh :

You might also like