Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

http://alunanmustika.blogspot.

com/
KLASIFIKASI ALAT MUZIK
Kiriman oleh SPARK

Beberapa jenis klasifikasi telah digunakan bagi mengkelaskan alat-alat muzik


berdasarkan ciri-ciri tertentu. Dalam tamadun China purba, semua alat muzik dapat
diklasifikasikan mengikut bahan utama yang digunakan dalam pembuatan alat muzik
tersebut. Antara bahan tersebut ialah logam, batu, tanah, belulang, sutera, labu,
buluh dan kayu.Tamadun India purba pula mengumpulkan alat muzik mengikut
klasifikasi gong / simbal, gendang, alat bertali dan alat yang ditiup. .

Digunakan khusus bagi alat muzik orkestra barat. Terdapat 4 klasifikasi alat
iaitu percussions, strings, brass dan woodwind.

Percussions / perkusi 
Alat muzik yang dimainkan secara pukulan, paluan, ketukan atau goncangan. 
Antara alat muzik ini termasuklah timpani, pelbagai jenis dram, simbal, kerincing,
tamborin dan lain-lain. Alat muzik berpic pula termasuklah zailofon, metalofon,
glokenspil dan bellyre.

Strings / alat muzik bertali 


Digunakan untuk mengklasifikasikan semua jenis alat muzik bertali iaitu violin, viola,
violoncello, double bass, harps dan lain-lain.

Brass 
Klasifikasi alat tiupan yang dibuat daripada logam. 
Contoh brass ialah trumpet, trombon, french horn, tuba dan sausafon.

Woodwind 
Alat muzik tiupan yang pada masa dahulunya dibuat dari bahan kayu. Kebanyakan
alat ini menggunakan reed bagi menghasilkan bunyi. Reed dibuat daripada buluh
yang diraut nipis. Antara alat muzik woodwind ialah klarinet, saksofon, flut, pikolo,
oboe dan basun. Hari ini adalah juga alat muzik woodwind yang dibuat daripada
logam, plastik dan bahan gentian kaca.

Klasifikasi Sachs - Hornbostel


Klasifikasi ini diperkenalkan oleh Curts Sachs dan Eric Von Hornbostelpada 1914.
Ia bertujuan mengklasifikasi pelbagai alat muzik etnik dari seluruh dunia yang tidak
termasuk dalam klafikasi alat muzik orkestra barat.

Sachs-Hornbostel mengklasifikasikan alat muzik berdasarkan kasifikasi yang


terdapat dalam kitab catatan India puba Natyasastra iaitu Idiofon, Kordafon,
Membranofon dan Erofon.

Idiofon
Alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung termasuk
dalam klasifikasi idiofon. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan,
goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah
gong, saron (gamelan) bonang (caklemlong) kenong (gamelan) angklung, gambang,
kertuk dan lain-lain..

Erofon 
Alat muzik yang ditiup termasuk dalam klasifikasi erofon. Contoh alat ialah serunai
dan bangsi (caklempong), sakuhachi (Jepun), nafiri (Nobat) dan lain-lain.

Kordofon 
Alat muzik bertali, contohnya gambus, uds, koto, shamishen, sitar dan sharinggi.

Membranofon 
Mengambil nama dari perkataan membran (kulit) pula ialah klasifikasi untuk alat
muzik yang diperbuat daripada kulit yang diregang. Antaranya ialah gendang,
kompang, geduk, daiko, tabla dan gedombak.

Elektrofon 
Alat muzik yang menggunakan elektrik. Pembesaran suara – penggunaan sirkit-sirkit
elektronik bagi tujuan mengubah bunyinya.

Sebagai contoh : Gitar elektrik, kibod, digital piano.

You might also like