Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

ALAT MUZIK

TRADISIONAL

DISEDIAKAN OLEH :
MASIHAH BINTI SAPIAN
NAJMAWATI BINTI KHIDZIR
AMINAH BINTI HASAN
GAMBUS

• Gambus merupakan sejenis alat muzik bertali


tradisional di Malaysia.

• Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua.

• Gambus tergolong dalam alat muzik jenis ‘petik’ yang


dikatakan berasal dari Timur Tengah.

• Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari


gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12
tali.
GENDANG

 Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti
kerbau, kambing atau lembu.

 Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.

 Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan
nama yang tersendiri.

 Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan.

 Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu.

 Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan
untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.
GONG

 Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia
Selatan dan Asia Tenggara.

 Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia.

 Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza
setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.

 Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau


canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-
kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan
penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.
KOMPANG

 Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi
masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik
gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

 Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke
Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh
pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh
pedagang Arab.

 Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan


paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana
memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab
ataupun bahsa Melayu klasik.
REBANA

 Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering


dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.

 Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana


sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar
Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-
lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.

 Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana


besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan
menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana
Ubi.
SERULING

 Seruling merupakan sejenis alat muzik yang ditiup.

 Ia diperbuat daripada buluh satu ketika dahulu.

 Cara memainkannya adalah dengan meniup.

 Akan tetapi cara meniup seruling hendaklah betul bagi


mengeluarkan bunyi yang baik.
ALAT MUZIK DIRAJA (NOBAT)
Alat Muzik Diraja (Nobat)
 Nobat merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang masih
kekal sehingga kini.

 Nobat adalah muzik yang berfungsi di istana sebagai seni


persembahan istana Diraja Melayu. Antara negeri-negeri Melayu
yang masih mengekalkan muzik Nobat adalah negeri Perak, Kedah
dan Terengganu.

 Muzik Nobat adalah sejenis pancaragam Diraja yang hanya


dimainkan di istana dan pemain muziknya pula terdiri daripada
orang-orang tertentu sahaja.
 Kebiasaannya, pemain Nobat akan diwarisi dari satu generasi ke
satu generasi.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like