Soalan Temuduga Calon NILAM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Contoh Soalan Lazim (Temuduga Calon Tokoh NILAM)

1. Siapakah penulis yang anda minati?


- Sasterawan Ulung Negara Allahyarham Dato’ Dr. Usman Awang

2. Apakah karya beliau yang anda minati?


- Karya beliau saya minati ialah koleksi puisi dalam buku Salam Benua.
- Puisi beliau yang paling terkesan dalam hati saya ialah
petikan sajak KITA DI ASTAKA.

3. Jika diberi peluang hidup bersama penulis, apakah yang akan anda
lakukan?
- Saya akan cuba belajar sebanyak ilmu daripada beliau.
- Saya akan bertanya tentang pengalaman beliau sejak dari kecil hingga
berjaya bergelar penulis.
- Saya akan cuba mendekati dan belajar daripada pengalaman beliau.

4. Pernahkah anda menonton drama TV?


- Pilih antara menonton TV atau membaca buku.
- Beri pendapat anda?
o Saya lebih suka menonton televisyen kerana :
o Saya dapat menonton berbagai-bagai rancangan yang saya sukai.
o Di samping itu, bila menonton TV, ianya disiarkan bersama
gambar-gambar dan animasi yang menarik. Dengan itu ia dapat
memudahkan saya memahami apa yang ingin disampaikan.
o Dengan menonton TV juga dapat mengeratkan ikatan
kekeluargaan kerana biasanya saya menonton TV bersama ahli
keluarga sambil berkongsi pendapat.
o Menonton TV juga dapat menenangkan fikiran saya setelah
seharian belajar.

5. Nyatakan peranan anda sebagai salah seorang Rakan Pembaca dalam


membantu rakan-rakan :
- Meminjamkan buku yang saya miliki kepada rakan-rakan.
- Mengajak kawan-kawan untuk membaca bersama-sama sewaktu rehat,
waktu terluang atau semasa ketiadaan guru.
- Saya akan bercerita kepada kawan-kawan berkaitan buku-buku menarik
yang telah saya baca.

6. Nyatakan maksud NILAM?


- Program Nadi Ilmu Amalan Membaca

7. Apakah perbezaan No Perolehan dan No Pengkelasan?


- No Perolehan ialah bilangan buku yang diterima oleh perpustakaan.
- No Perolehan ditampal di bahagian atas sebelah kanan buku.

- No Pengkelasan ialah Pengkelasan Dewey.


- Pengkelasan Dewey untuk menentukan jenis-jenis buku.
o Contoh : 400 = Bahasa
o 800 = Kesusasteraan

8. Di manakah cop perolehan?


- Di hadapan muka surat pertama.

9. Apakah cara paling mudah mencari buku di Pusat Sumber Sekolah?


- Mencari rak mengikut pengkelasan Dewey .

10. Apakah 3 ciri asas sebuah buku ?


- Tajuk
- Penerbit
- Penulis

11. Apakah kesan daripada pembacaan buku / novel pada diri anda?
- Jika buku/ novel sedih, saya akan turut berasa sedih.
- Jika buku/ novel berkaitan motivasi, saya turut bersemangat.
o Contohnya, untuk menjadi pelajar cemerlang, saya perlu
berusaha dengan gigih.

You might also like