Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 23

1.

0 PENGENALAN

Komunikasi merupakan satu proses manusia menghantar dan menerima mesej. Dengan erti
kata lain, ialah satu proses di mana manusia berkongsi atau bertukar – tukar idea, maklumat
dan perasaan. Melalui komunikasi berkesan manusia boleh memahami antara satu sama lain.
Apabila berlaku komunikasi yang tidak tepat akan menyebabkan salah faham sesama
manusia yang seterusnya mencetuskan konflik yang lebih besar. Menurut kamus dewan edisi
keempat, maksud kemahiran ialah kecekapan, komunikasi ialah perhubungan (secara
langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain – lain) massa komunikasi atau
perhubungan dengan atau yang sampai kepada orang ramai amnya, pendidikan ialah perihal
mendidik, ilmu; ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan, didikan latihan, ajaran, awal
bermaksud sebelum waktu yang biasa yang dijangkakan, ditetapkan, kanak – kanak
bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil biasanya yang belum berumur
lebih daripada 7 atau 8 tahun.

Menurut Hybles dan Weavers (1992), umpamaannya melihat komunikasi sebagai


satu proses di mana seorang berkongsi maklumat, idea dan perasaan. Manakala Brynes
(1975) menganggap komunikasi sebagai satu proses interaksi antara manusia, di mana orang
ramai bertutur dan bertukar – tukar pendapat, gerak isyarat atau simbol yang diberikan
bertujuan untuk penerima dan bertukar – tukar maklumat dengan mempengaruhi tingkah
laku, memujuk atau mengubah keadaan fizikal atau mental mereka. Bagi pendapat Abraham
(1986), komunikasi merupakan satu proses yang berterusan melibatkan pemindahan
maklumat daripada sesuatu sumber kepada penerima dan maklumat balas di antara kedua –
duanya. Secara kesimpulannya, komunikasi ialah satu proses perkongsian makna yang
terdapat dalam maklumat, idea atau perasaan. Melalui penggunaan simbol sama ada yang
berbentuk perkataan lisan, bahasa badan secara fizikal, tulisan, visual atau simbol lainnya
daripada pihak sumber kepada pihak penerima dengan harapan akan menghasilkan maklum
balas atau respon yang disampaikan.

2.0 DEFINISI KOMUNIKASI


1
Secara umum, berkomunikasi bermaksud perhubungan dua hala sama ada dengan
penggunaan suatu alat perantaraan untuk berkomunikasi atau sebaliknya. Komunikasi
dihuraikan sebagai suatu perhubungan bercakap, perbincangan, pertukaran, pendapat dan lain
– lain. Masyarakat masa kini hidup dalam dunia tanpa sempadan dengan alat perhubungan
untuk berkomunikasi yang serba canggih seperti internet, ‘smart phone’, jalur lebar atau
dikenali sebagai ‘wifi’, dan sebagainya. Selari dengan itu, ia dapat mewujudkan kemudahan
perhubungan komunikasi antara individu di suatu tempat dengan individu di suatu tempat
yang berbeza. Namun, terdapat beberapa definisi komunikasi yang telah diberikan oleh
pengkaji – pengkaji terdahulu.

Komunikasi dikenali sebagai setiap perilaku, lisan, bukan lisan atau grafik yang
digunakan oleh orang lain. Ini bermakna bahawa istilah komunikasi boleh dikategorikan
kepada tiga bentuk iaitu komunikasi lisan, komunikasi bukan lisan dan grafik. Secara
keseluruhannya, komunikasi disimpulkan sebagai suatu proses perkongsian makna yang
berlaku dalam perhubungan. Semasa komunikasi dengan menggunakan perantaraan seperti
email, telefon dan lain – lain. Setiap manusia akan berkongsi pendapat atau penerangan
tentang sesuatu perkara seperti berkongsi berkenaan manusia, berkongsi perasaan gembira
dan sedih, ingin berkongsi sesuatu situasi semasa dn sebagainya. Perkara ini boleh berlaku
sama ada dalam bentuk secara lisan atau bukan lisan iaitu melalui perbualan mahupun gerak
badan dan ekspresi muka atau mimik muka. Akhir sekali, manusia boleh mecetuskan
perasaan mereka melalui nada, gerak geri badan dan muka serta tanpa berkata apa – apa atau
dalam erti kata lain senyap atau diam.

3.0 HAKIKAT DAN PROSES KOMUNIKASI

Komunikasi berasal daripada perkataan bahasa Latin iaitu perkataan communis dan perkataan
bahasa inggeris iaitu perkataan common yang bermaksud ‘sama’. Dari segi terminologi yang
bermaksud penghantar menyampaikan mesej kepada penerima dan penerima haruslah
menerima mesej yang sama seperti yang dihantar oleh komunikator. Sebagai satu analogi
mudah, berlaku satu dialog daripada individu A iaitu dia mengatakan ’saya suka warna biru’
yang ditujukan kepada individu B. Maka, individu B membalas ayat yang sama kepada
individu A seperti dialognya ‘saya suka warna biru’. Hal ini menunjukkan kesamaan mesej
yang disampaikan dan inilah yang disebut sebagai komunikasi. Menurut sarjana barat pula
2
iaitu Bernand Barelson dan Garry A.Steiner menyatakan bahawa komunikasi ialah proses
transmisi informasi, gagasan, emosi, keterampilan dan sebagainya serta menggunakan
simbol, kata-kata dan juga grafik.

Selain itu, berdasarkan pandangan Islam dari segi istilah iaitu ‘al-ittisal’ untuk
menggambarkan maksud komunikasi seperti perkataan yang berkaitan dengan komunikasi
iaitu ‘Qara’a’ yang bermaksud membaca dan terletak pada surah al-nahl ayat 98 di dalam
kitab al - Quran. Malahan, Mohd Yusof Hussain yang merupakan seorang ahli sarjana Islam
berkata bahawa komunikasi adalah sebagai proses menyampai atau bertukar maklumat
dengan menggunakan kaedah dan prinsip bagi komunikasi serta terdapat di dalam al-Quran
dan juga hadis.

Menurut A.F. Stoner dan Charles Wankel (1989) yang menyatakan bahawa
komunikasi merupakan cara bagi manusia berhubung dengan melibatkan perkongsian dalam
pengertian serta maksud dan mereka perlulah mengikut syarat dengan bersetuju berkenaan
definisi istilah-istilah untuk melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat
menyampaikan dengan maksud yang berdasarkan pada simbolik iaitu isyarat, nombor dan
perkataan. Menurut S.Bernard Rosenblatt yang menulis di dalam bukunya yang bertajuk
Communication In Business pada tahun 1983 dengan memberikan maksud komunikasi ini
dengan tujuan dan dipersembahkan oleh individu atau berkumpulan melalui simbol dengan
tujuan mencapai matlamat dalam sebuah organisasi sebagai pertukaran idea, pendapat,
maklumat, perhubungan dan sebagainya.

3.1 PROSES KOMUNIKASI DAN ELEMEN – ELEMEN KOMUNIKASI

Komunikasi adalah satu aktiviti yang memberi kesan kepada manusia dan melibatkan
hubungan dua orang berasaskan sumber, mesej, penerima serta maklum balas.
Walaubagaimanapun, proses komunikasi berlaku melalui keempat- empat aspek tersebut dan
manusia yang berkomunikasi adalah sebagai sumber atau penghantar yang menyampaikan
mesej kepada penerima. Tambahan pula, manusia meneruskan komunikasi dengan mewakili
simbol yang dikenali sebagai mesej dan seorang pendengar atau boleh dikatakan sebagai
penerima haruslah berupaya untuk mentafsir makna yang terkandung di dalam mesej
tersebut. Justeru itu, proses komunikasi merupakan satu putaran yang telah disebabkan oleh
3
komponen yang berkaitan dengan maklum balas yang lengkap. Dalam pada itu, maklum
balas merupakan penerimaan rangsangan atau mesej yang telah menjadikan kesan bagi
manusia untuk menonjolkan diri mereka terhadap orang lain serta memberikan pembentukan
yang bermakna kepada kita dan juga orang lain.

Oleh hal yang demikian, komunikator begitu sukar untuk memisahkan tahap-tahap
yang berkaitan dengan komunikasi apabila melibatkan tentang satu siri kejadian yang
dinamik dan juga berterusan. Malahan, seseorang dapat melahirkan sesuatu makna dalam
dirinya sambil mendengar percakapan orang lain serta terdapat satu aktiviti yang berterusan
sepertimana yang digambarkan seperti rajah berikut.

Rajah 1: proses komunikasi

Selain itu, komunikasi juga adalah satu proses yang rumit, memerlukan satu
pemerhatian yang serius serta ia bukan perkara yang mudah dan juga mempunyai komponen-
komponen utama yang berkaitan dengan komunikasi seperti berikut.

3.1.1 Penghantar dan penerima


Komunikasi akan berlaku apabila seseorang ingin menyampaikan pesanan kepada orang
lain yang dikenali sebagai ‘penghantar’ manakala orang yang menerima mesej tersebut

4
daripada seorang penghantar yang dikenali sebagai ‘penerima’. Seseorang atau berkumpulan
tidak akan menerima sebarang komunikasi jika tidak dapat menerima apa-apa sebarang
penghantaran mesej yang disampaikan oleh pengirim.

Seterusnya, konteks komunikasi adalah satu destinasi yang dikenali juga sebagai
penerima. Penerima merupakan orang yang menjadi sasaran mesej. Penerima terdiri daripada
individu, kumpulan dan organisasi. Dalam komunikasi antara manusia, penerima merupakan
pihak yang penting dalam membentuk kesefahaman supaya komunikasi antara mereka
berkesan. Malah, jika mesej tidak disampaikan kepada penerima maka komunikasi tidak akan
terjadi. Menurut pandangan Lasswell, penerima mesej merupakan bersifat pasif dan
menerima ataupun menolak sebarang mesej yang disampaikan. Pada pandangan Claude
Shannon dan Weaver, penerima akan menukarkan simbol iaitu dekoder yang diterima
mengikut kefahamannya. Berlo pula mengatakan, penerima mesej bergantung kepada
persamaan kemahiran komunikasi tentang sikap dan tahap pengentahuan. Dalam hal ini,
penerima bersifat selektif dalam membuat pilihan terhadap saluran dan mesej. Penerima
boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang untuk proses secara berkomunikasi. Misalnya,
berkomunikasi dalam melakukan aktiviti pameran perniagaan. Pameran adalah salah satu
komunikasi yang penting untuk menghubungkan organisasi perniagaan dengan masyarakat
umum dalam menyampaikan maklumat atau informasi kepada penerima.

3.1.2 Enkod
Satu proses untuk menterjemahkan kod yang mudah untuk memberikan sebarang idea kepada
seseorang dan haruslah diterjemahkan di dalam kod-kod yang sesuai kerana manusia tidak
dapat membaca minda seseorang serta kod ini juga dapat mencerminkan seseorang sebagai
‘imej mental’.

3.1.3 Mesej
Satu proses yang disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti perkataan, bahasa badan, air
muka, nada suara dan merupakan bagi seseorang itu mempunyai perasaan, tindakan, emosi,
data atau pandangan tentang sesuatu. Secara umumnya, mesej merujuk pada maklumat yang
ada pada minda manusia untuk dihantar kepada penerima. Seperti mana pandangan yang
diutarakan oleh Berlo, beliau berpendapat bahawa mesej yang diterima bergantung kepada
kandungan, struktur dan juga gaya penyampaiannya. Mengikut model Huseman, Lahiff dan
Penrose, sesuatu mesej yang dekodkan hendaklah memberi penekanan kepada mesej yang
5
tepat, kesesuaian, mudah difahami, penyusunan, pengulangan dan berfokus. Hal ini
bertujuan untuk menghasilkan komunikasi yang berkesan.

Sanford, Hunt dan Bracey pula berpendapat mesej yang disampaikan bertujuan atau
tanpa tujuan dan sama ada mesej tersebut berbentuk lisan atau tanpa lisan adalah penyesuaian
yang melengkapi keberkesanan komunikasi. Secara tidak langsung, mesej sebenarnya
merupakan utusan dan informasi dalam proses komunikasi mengikut kefahaman tersendiri.
Misalnya penduduk wanita di Iran memakai jubah hitam bagi menutup aurat apabila berada
di khalayak ramai. Namun, di negara Eropah misalnya wanita dibenarkan berpakaian bebas.
Oleh itu, secara langsung pemahaman mesej oleh khalayak terhadap masyarakat lain daripada
budayanya adalah berbeza. Ini bermakna dibuat oleh individu adalah berbeza mengikut
budaya dan kepercayaan masing-masing.

3.1.4 Saluran
Cara atau teknik yang disampaikan kepada si penerima melalui TV, radio, akhbar, majalah,
memo, surat, laporan, pita rakaman, iklan billnoard dan suara kita untuk menyampaikan
dengan penggunaan “suara” manakala untuk melihat cara atau teknik adalah dengan “mata”
(sight) serta kedua-kedua ini adalah cara yang berkesan untuk menyampaika cara atau teknik
tersebut kepada si penerima. Menurut model Claude Shannon dan Weaver, beliau
mengandaikan saluran mesej terdapat beberapa gangguan. Walaupun begitu, mesej yang
disalurkan akan diterima oleh penerima mengikut tafsiran tersendiri. Lantas pendapat Berlo
pula, saluran mesej yang berkesan bergantung kepada kesesuaian pancaindera yang sedia ada
pada manusia. Huseman, Lahiff dan Penrose pula membahaskan saluran perlu digunakan
dengan bijak oleh seseorang komunikator yang berkesan sama ada berbentuk rasmi atau tidak
rasmi. Penggunaan saluran yang bersesuaian seperti alat media massa atau bahan ilmiah
dengan tujuan sesuatu mesej itu disampaikan membolehkan mesej itu difahami dengan jelas
dan cepat diperolehi oleh penerima.

3.1.5 Dekod
Penerima memahami atau membuat interpretasi mesej yang baru dan jika komunikasi akan
berlaku kegagalan jika mesej disalahtafsirkan serta pergantungan bagi tahap kemampuan
penerima menterjemahkan kembali kod kepada idea yang sebenar.

6
3.1.6 Maklum balas
Maklum balas merujuk pada reaksi penerima apabila menerima sesuatu mesej daripada
sumber. Maklum balas boleh dalam bentuk lisan atau simbol bukan lisan. Berdiam diri juga
salah satu contoh dalam bentuk maklum balas seseorang individu tersebut. Menurut model
Huseman, Lahiff dan Penrose, mereka mengandaikan bahawa maklum balas yang berkesan
akan wujud sekiranya kedua-dua komunikator mempunyai penafsiran makna yang sama serta
terdapat tahap perkongsian maklumat yang tinggi. Berlo pula berpendapat bahawa proses
komunikasi yang berkesan berlaku sekiranya interaksi tersebut melibatkan unsur maklum
balas atas dasar lapangan pengalaman yang sama atau hampir sama. Dalam memastikan
proses komunikasi berjalan dengan lancar, kebiasaannya maklum balas yang diberi oleh
penerima akan mengemukakan soalan-soalan atau memberi jawapan sama ada daripada
penghantar atau penerima. Sebagai contoh, Butik Amani telah mengiklankan keberkesanan
penggunaan pemakaian kain lycra kepada penerima. Hasil daripada pengiklanan tersebut
ramai penerima telah membuat tempahan baju tersebut. Ini bermakna mesej yang
disampaikan dapat menambat hati penerima. Jika sebaliknya, sekiranya hasil jualan tidak
meningkat, ini bermakna maklum balas yang negatif telah berlaku. Walau bagaimanapun,
maklum balas penting dalam menentukan keberkesanan mesej dalam proses komunikasi.

3.1.7 Konteks
Komunikasi yang penting yang dilakukan di tempat atau susana yang berlangsung perlulah
bersesuaian dengan tujuan majlis tersebut seperti di hotel atau di pejabat beserta dengan
kedudukan kerusi, meja, waktu perjumpaan, saiz bilik dan juga suhu bilik. Sepertimana yang
kita ketahui bahawa saiz bilik dan suhu bilik adalah iklim psikologi yang dibentuk dalam
bilik tersebut. Tambahan pula, suasana pada seseorang individu yang boleh terlibat ataupun
tidak terhadap saiz dan juga suhu bilik. dan suhu bilik. Keduanya ialah iklim psikologi yang
di bentuk dalam bilik tersebut. Seseorang individu boleh terlibat atau tidak disebabkan
oleh suasana ini.

3.1.8 Gangguan
Segala jenis halangan yang boleh menyebabkan penghantar untuk menyampaikan mesej
kepada penerima yang mungkin datang daripada segi luar atau dalam. Dari segi luar
(external), contohnya seperti kebisingan, kanak-kanak menangis, orang keluar masuk bilik
dan lain-lain. Selain itu, dari segi dalam (internal) misalnya adalah seperti perancangan

7
berdasarkan perasaan atau pemikiran kita yang ingin menjelajah ke luar negara pada
keesokan harinya dan serta hari yang lain berikutnya.

Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa proses komunikasi akan berjalan dengan
baik, sekiranya sumber dan penerima memainkan peranan penting dalam komunikasi.
Sesungguhnya, elemen komunikasi sangat penting dalam kehidupan seharian kita untuk
berhubung dan melaksanakan sesuatu tugas pada masa kini. Perkembangan dan perubahan
dalam teknologi telekomunikasi dalam dunia hari ini, menunjukkan pelbagai inovasi yang
dihasilkan sehingga membolehkan berkomunikasi dengan jarah yang jauh. Jadi, elemen-
elemen komunikasi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehidupan seharian
seseorang individu tersebut.

4.0 KEPENTINGAN KOMUNIKASI YANG BERKESAN

Komunikasi secara berkesan dalam satu kemahiran hubungan kemanusiaan yang menentukan
peranan hubungan manusia dengan wujudnya kelancaran serta kejelasan idea dan objektif.
Menurut French, F (1993) komunikasi berkesan itu terjadi apabila minda individu itu saling
memahami. Dalam erti kata lain mesej yang disampaikan itu dapat difahami sebagaimana
yang dikehendaki oleh individu berkenaan. Keberkesanan komunikasi merujuk kepada
sumber atau penyampai yang dapat menyampaikan mesej ataupun maklumat, perutusan, idea
atau pengetahuan kepada penerima mesej dan maklumat tadi dengan baik, tepat dan
maksudnya tanpa menimbulkan keraguan, kekeliruan dan salah faham.

Selain itu, keberkesanan suatu komunikasi dapat dinilai daripada pelbagai aspek.
Contohnya, penguasaan bahasa yang baik yang mana penyampai dan penerima mesej ataupun
maklumat mampu menguasai atau memahami bahasa yang sama atau salah satu daripada
kedua pihak supaya tidak berlaku salah faham dalam mentafsir makna kepada mesej atau
maklumat yang cuba disampaikan, saling bersapaan dan mengucapkan salam apabila bertemu
serta mengucapkan penghargaan apabila berpisah walaupun kedua pihak mempunyai latar
belakang, sosial, pendidikan, taraf hidup, kepercayaan dan sebagainya yang berbeza.

Maka, dapatlah disimpulkan komunikasi berkesan sebagai satu komunikasi yang berhasil
mencapai sasaran dengan maklum balas yang sesuai dengan tujuan individu berkomunikasi
dengan efektif.
8
4.1 MENJIMATKAN MASA

Komunikasi yang jelas dapat menjimatkan masa seseorang individu untuk menghantar mesej
yang ingin disampaikan buat penerima. Apabila seseorang penerima mendapat kefahaman
yang tepat daripada penghantar serta memberi maklum balas yang baik, penghantar tidak
perlu menerangkan mesej secara berulang kali dan mencepatkan proses komunikasi. Pada
masa dahulu, proses komunikasi berjalan secara lisan di mana manusia menggunakan
pertuturan untuk menyampaikan pesanan, mesej dan pengetahuan serta disampaikan secara
bertentang wajah. Berbanding apabila teknologi mula diperkenalkan, manusia menggunakan
panggilan telefon, mesej teks dan terkini aplikasi sembang seperti Whatsapp dan Telegram
untuk penjimatan jarak dan masa.

4.2 HALA TUJU DAN MATLAMAT MENJADI SAMA

Dalam sesebuah organisasi, seorang pemimpin akan menghalakan sasarannya kepada


pengikutnya dengan menguasai hala tuju strategik, polisi dan struktur organisasi. Kepimpinan
Fleishman (1973) menyatakan bahawa kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh antara
perseorangan yang diarahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian matlamat.
Melalui komunikasi berkesan, suatu perbincangan akan berjalan dengan lancar dan mudah
kerana masing – masing berinteraksi secara positif dengan percakapan yang efektif
menyebabkan suatu suara menjadi sama. Oleh itu, kita dapat mengelakkan daripada
berlakunya percanggahan idea atau perasaan tidak puas hati dalam mengadakan perbincangan
dalam urusan organisasi seterusnya mencapai visi dan misi yang diinginkan.

4.3 DAYA INTELEK MANUSIA DIMANFAATKAN

Barat menggariskan bahawa ideologi intelek adalah bersifat antroposentik iaitu kepusatan
manusia semata – mata tanpa campur tangan hubungan individu dengan Tuhan. Barat
menggariskan intelek adalah bersifat sekular yang terdiri daripada enam bahagian iaitu
kognitif, mental, pemprosesan maklumat, berasaskan biologi, perkembangan kognitif dan
interaksi sosial. Komunikasi dapat menyampaikan pengetahuan dan maklumat kepada
9
penerima sebagai asas dalam kehidupan untuk menjadi individu berpengetahuan tinggi.
Akhbar, buku ilmiah, rancangan televisyen dokumentari dan ilmu yang disampaikan melalui
pertuturan adalah menjadi tunjang daya intelek seseorang dapat dimanfaatkan.

Apabila sesuatu ilmu disampaikan, pada masa itulah daya intelek seseorang manusia
akan berkembang dan menyimpan input. Sebagai analogi, seorang guru mengajar di hadapan
kelas dengan intonasi dan gaya komunikasi yang baik, maka pelajar akan dapat memahami
dengan jelas perkara yang dipelajarinya berbanding guru yang tidak mempunyai kemahiran
komunikasi yang efektif untuk mengajar akhirnya pengetahuan yang disampaikan tidak
tercapai oleh penerima yakni pelajar. Akal manusia boleh dimanfaatkan sebaik mungkin
dengan pengetahuan – pengetahuan yang diberikan melalui komunikasi. Maka, tanpa
komunikasi yang berkesan, daya intelek seseorang manusia akan berada pada tahap yang
masih rendah dan kemajuan tidak dapat diterajui seterusnya menjadikan masyarakat sebagai
warga tidak berpengetahuan tinggi.

4.4 SISTEM KAWALAN EFEKTIF

Arahan seseorang individu dengan gaya komunikasi yang berkesan dapat mengawal tingkah
laku dan perlakuan individu lain. Terutamanya dalam dunia pendidikan, ibu bapa dan guru
banyak menekankan kawalan terhadap kanak – kanak untuk mendisiplinkan mereka.
Komunikasi non – verbal banyak memainkan peranan untuk memberikan mesej secara efektif
seperti menggunakan memek muka yang tegas dan memberikan pandangan mata yang tajam
untuk menunjukkan tanda amaran kepada kanak – kanak supaya membetulkan tingkah laku.
Maka, kanak – kanak tidak akan mengulangi semula perbuatan yang dilakukannya kerana
takut dengan riak wajah yang ditunjukkan tersebut. Umumnya, setiap individu akan tahu
untuk menjaga perilaku apabila berdepan dengan orang yang mempunyai karakter tegas,
garang atau pernah memberikan amaran yang membuatkan individu itu menjaga tingkah
lakunya. Oleh itu, komunikasi berkesan telah dapat disampaikan dengan baik oleh
komunikator.

Dalam sesebuah organisasi pula, seorang majikan perlulah mempunyai daya


kepimpinan yang tinggi dan berkarisma dalam memberikan arahan kepada pekerja –
pekerjanya. Komunikasi yang berkesan dalam menyampaikan arahan akan menjadikan

10
tugasan dapat dijalankan secara amanah dan penuh tanggungjawab, masalah etika dalam
kalanagn pekerja tidak berlaku dan berkurangnya isu rasuah serta dana haram dalam syarikat.

4.5 MENGURANGKAN BERLAKUNYA KESILAPAN

Sikap tidak ambil kisah dalam kalangan individu akan membuatkan seseorang itu tidak ikhlas
dalam mengerjakan sesuatu tugasan dengan sempurna. Namun, apabila interaksi berkesan
berjaya disampaikan oleh penghantar, akan berkurangnya kesilapan dalam melakukan
tugasan di mana seorang penghantar itu memberikan mesej dengan jelas dan teratur mengikut
tahap pemahaman si penerima. Sekiranya penerima merupakan seorang kanak – kanak, mesej
yang disampaikan perlulah bersifat abstrak iaitu mengandungi objek – objek yang berkaitan
dengan mesej dan ditunjukkan di hadapan kanak – kanak untuk menambahkan keberkesanan
mesej si penghantar. Selain itu, sekiranya si penerima merupakan pelajar, guru sebagai
komunikator akan menjelaskan secara terperinci dan meminta respon pelajar untuk
memberitahu guru sama ada mereka memahaminya atau tidak supaya guru boleh mengulangi
mesej tersebut.

Sebaliknya, sikap penghantar yang bercakap secara putar belit dan meleweh
membuatkan penyampaian mesej tidak berjalan dengan lancar. Akhirnya, si penerima
membuat kesimpulan sendiri terhadap mesej yang disampaikan dan melakukan tugasan tidak
bertepatan dengan mesej sebenar yang dimaksudkan. Apabila si penghantar melihat hasil
tugasan yang diamanahkan, berlaku banyak kesilapan yang tidak diingini dan melambatkan
masa kerana perlu memperbaikinya. Sejajar dengan itu, kerja berjalan secara tidak produktif
dan berkualiti seperti yang diharapkan. Jadi, hanya dengan komunikasi berkesan dapat
memudahkan sesuatu tugasan dan menjimatkan masa selain menghasilkan kerja yang
mempunyai nilai dan berkualiti.

4.6 KEPIMPINAN YANG BERKESAN

Bukan mudah untuk menguruskan sebuah oraganisasi dan mengawal keadaan dalam satu
kelompok manusia yang besar misalnya seperti situasi majlis rasmi di sebuah acara.
Kepimpinan yang berkesan sahaja mampu menjadikannya tidak mustahil dengan wujudnya
komunikasi secara efektif. Peranan seorang ketua amat penting bagi menjayakan organisasi
yang dipegangnya. Kegagalan seorang ketua mengurus oraganisasi akan menimbulkan
11
perbalahan dalam kalangan ahli, tidak dihormati dan disegani serta kerja yang ditugaskan
kepada ahli tidak dilaksanakan dengan betul kerana ketua tidak bersikap tegas. Komunikasi
sebagai seorang ketua yang hebat mestilah bersikap sentiasa mengadakan komunikasi dua
hala dengan mengalu – alukan maklum balas daripada ahlinya. Dengan itu, pendapat ahli
akan selalu didengari dan diutamakan seterusnya menimbulkan perasaan senang hati dengan
gaya kepimpinan daripada ketua tersebut.

Apabila hubungan yang baik ini terjalin, maka pengurusan organisasi dapat diuruskan
dengan baik hasil daripada kerjasama mereka sekumpulan. Selain itu, seorang pemimpin
mestilah tahu untuk berkomunikasi dengan jelas dan tidak tersalah arah untuk menyelaraskan
semua ahli bagi mencapai matlamat yang ditentukan.

5.0 FAKTOR PENGHALANG KOMUNIKASI DAN CARA MENGHADAPINYA

Antara faktor penghalang berkomunikasi adalah melalui bahasa iaitu berlaku perbezaan
bahasa dalam komunikasi di mana individu A berkomunikasi dengan individu B
menggunakan Bahasa Melayu manakala individu B tersebut berinteraksi menggunakan
bahasanya misal kata Bahasa Korea. Hal ini menyebabkan individu A sukar untuk
berkomunikasi dengan individu B. Selain itu, faktor kedua adalah disebabkan kedudukan
yang berbeza antara golongan atasan dan bawahan. Sebagai contoh, kumpulan individu
berpendidikan tinggi pasti berasa janggal membicarakan hal bersoal keilmuan dengan
kumpulan masyarakat yang berpendidikan rendah kerana maklumat yang disampaikan tidak
akan mempunyai persamaan dalam memahami mesej tersebut. Seterusnya, perbezaan umur
juga boleh menyebabkan ia sukar berkomunikasi seperti individu yang berumur 10 tahun
berkomunikasi dengan individu yang berumur 50 tahun. Hasil pengalaman yang dimiliki oleh
orang tua jauh lebih banyak dan gaya pertuturan mereka juga berbeza membuatkan golongan
muda tidak tahu untuk berinteraksi dengan betul dan lontaran kata daripada mulutnya terbatas
dengan tahap kognitif dan pengalaman yang dimiliki.

Di samping itu, individu yang mempunyai kecacatan pancaindera iaitu dari segi
penglihatan, pendengaran, sentuh, rasa serta bau akan menyebabkan individu sukar untuk
berkomunikasi dengan orang yang berada di sekelilingnya. Tambahan pula, pengalaman serta
pengetahuan adalah juga merupakan faktor penghalang berkomunikasi. Contohnya, seseorang
12
yang bercerita tentang pengalaman yang sedih kepada orang lain manakala orang tersebut
bercerita pula tentang pengalaman yang gembira lalu ini menyebabkan mereka sukar
berkomunikasi kerana mempunyai pengalaman yang berbeza. Manakala dari segi
pengetahuan pula, ilmu yang dimiliki seseorang tidak semestinya sama dengan ilmu individu
lain kerana masing – masing mempunyai kepakaran dalam bidang yang diceburi.

Tambahan pula, kepercayaan dan masa juga boleh menyebabkan seseorang individu
sukar hendak berkomunikasi dengan orang lain di mana seseorang itu tidak mempercayai
orang lain kerana berfikiran yang negatif terhadap individu tersebut. Dari segi masa pula,
mesej tidak dapat disampaikan kepada individu yang kesuntukan masa berbanding individu
yang mempunyai banyak masa terluang. Dalam pada itu, suhu dan bunyi akan menyebabkan
kesukaran berinteraksi antara satu sama lain seperti seseorang sukar berkomunikasi dengan
orang lain akibat perubahan suhu yang panas ataupun sejuk manakala dari segi bunyi pula
adalah dimana seorang guru hendak mengajar murid tentang pembelajaran. Namun, murid-
murid membuat bising apabila guru hendak mengajar mereka dan ini menyebakan faktor guru
sukar berkomunikasi dengan murid-murid tersebut di dalam kelas. Akhir sekali, kepentingan
seseorang itu adalah merupakan faktor penghalang untuk berkomunikasi. Seseorang yang
berasa tiada kepentingan untuk mendengar mesej yang disampaikan oleh komunikator tidak
akan cakna dengan maklumat tersebut.

5.1 CARA MENGHADAPI HALANGAN KOMUNIKASI

Antara langkah yang boleh mengatasi halangan untuk berkomunikasi ialah mendidik diri
untuk sentiasa berfikiran terbuka. Bermaksud di sini individu haruslah sentiasa berfikiran
positif untuk membentuk diri individu menjadi lebih baik serta berani berkomunikasi
bersama kelompok manusia dengan berfikiran secara dewasa. Selain itu, mengambil berat
pada setiap perkara penting yang telah disampaikan oleh pengirim. Si penerima mestilah
memahami tentang perkara-perkara penting yang telah disampaikan oleh pengirim dan
mengambil cakna atas perkara yang disampaikan. Seterusnya, mesej yang disampaikan oleh
pengirim mestilah jelas agar penerima mudah memahami mesej tersebut.

Di samping itu, ekspresi wajah mestilah bertepatan dengan mesej yang disampaikan
iaitu pengirim mestilah menunjukkan riak wajah yang sama dengan situasi serta dapat
berkomunikasi yang sama untuk menyampaikan mesej kepada penerima. Tambahan pula,
13
pendengar haruslah memastikan bahawa mereka faham tentang mesej yang diberitahu oleh
pengirim yang bermaksud penerima haruslah mendengar dengan teliti bagi mesej yang
disampaikan oleh pengirim. Malahan, berinteraksi pada tempat dan suhu yang sesuai di mana
individu haruslah berkomunikasi dengan orang lain mengikut pada tempat dan suhu mengikut
cuaca yang sesuai. Akhir sekali, jangan biarkan pengalaman menguasai fikiran dan ini
bermaksud jika individu mempunyai pengalaman yang pahit lalu menguasai fikiran mereka,
dan mereka pun menceritakan tentang pengalaman tersebut kepada orang lain yang tidak
mempunyai pengalaman yang sama kepada mereka tadi dan ini menyebabkan mereka sukar
untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

6.0 KOMUNIKASI VERBAL DAN NON – VERBAL

Mesej yang dihantar oleh penghantar kepada penerima boleh diklasifikasikan secara lisan
dengan perkataan atau non – verbal iaitu tanpa perkataan. Komunikasi dengan mesej lisan
disebut komunikasi verbal manakala komunikasi dengan mesej bukan lisan disebut
komunikasi non – verbal. Dalam komunikasi harian, sebanyak 35% adalah komunikasi lisan
dan 65% adalah komunikasi bukan lisan.

6.1 DEFINISI KOMUNIKASI VERBAL

Komunikasi verbal terbahagi kepada dua iaitu komunikasi lisan sama ada bertutur dan
mendengar atau komunikasi melalui tulisan dan bacaan. Komunikasi ini paling banyak
digunakan dalam hubungan interaksi antara manusia untuk menyampaikan mesej. Melalui
kata – kata, mereka menyatakan perasaan, emosi, fikiran, idea, atau niat mereka,
menyampaikan fakta dan maklumat serta menjelaskannya, bertukar perasaan dan berfikir
serta berdebat antara satu sama lain. Dalam komunikasi lisan, bahasa itu memainkan peranan
penting untuk memastikan mesej difahami dengan jelas. Terdapat beberapa jenis komunikasi
verbal seperti perbualan, perbincangan, ucapan, pembentangan dan mesyuarat. Kesemuanya
ini menggunakan komunikasi dua hala yang mana pertuturan merupakan medium untuk
berinteraksi dengan yakin. Tambahan pula, bahasa merupakan elemen penting dalam
komunikasi lisan iaitu,

6.1.1 Bahasa
14
Pada asasnya bahasa adalah simbol yang membolehkan manusia berkongsi makna. Dalam
komunikasi verbal, bahasa yang digunakan adalah lisan, penulisan atau penggunaan teknologi
dan elektronik seperti televisyen dan siaran radio. Bahasa mempunyai banyak fungsi tetapi
terdapat sekurang – kurangnya tiga fungsi yang berkait rapat dalam mewujudkan komunikasi
yang berkesan. Tiga fungsi tersebut adalah untuk mengetahui tentang perkembangan dunia di
sekeliling kita, memupuk hubungan silaturahim yang baik sesama manusia dan mewujudkan
ikatan yang mesra dalam kehidupan bermasyarakat.

Menurut pakar, terdapat pula tiga teori yang membincangkan bagaimana seseorang
boleh memiliki kemahiran bahasa. Teori yang pertama dipanggil Operant Conditioning yang
dikembangkan oleh ahli psikologi behavioristik bernama BF Skinner (1957). Teori ini
menekankan unsur rangsangan dan respon di mana teori ini menyatakan bahawa jika
organisma dirangsang oleh rangsangan luar, manusia lebih cenderung untuk bertindak balas.
Pada peringkat awal, kanak – kanak mengenali bahasa kerana mereka diajar oleh ibu bapa
mereka atau meniru dan menghadam percakapan orang dewasa.

Teori kedua ialah teori kognitif yang dikembangkan oleh Noam Chomsky. Menurut
beliau, kemahiran bahasa yang ada pada manusia adalah ciri biologi yang dibawa semenjak
lahir lagi. Maka, bayi secara semulajadinya sudah mengetahui bahawa dia perlu mempunyai
kemahiran bahasa. Teori ketiga pula dipanggil teori mediasi yang diasaskan oleh Charles
Osgood. Teori ini menekankan bahawa manusia dalam mengembangkan kemahiran bahasa
mereka, tidak hanya bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima dari luar, tetapi juga
dipengaruhi oleh proses dalaman yang terjadi dalam diri mereka sendiri.

6.2 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KOMUNIKASI VERBAL

Antara kebaikan yang terdapat dalam komunikasi verbal ialah jarang berlakunya
kesalahfahaman tentang mesej yang diutarakan. Hal ini adalah kerana lidah merupakan satu
elemen yang memainkan peranan untuk melontarkan kata – kata yang jelas, terperinci dan
difahami berbanding komunikasi bukan lisan. Selain itu, komunikasi menjadi lebih mudah
sekiranya berkomunikasi dengan seseorang yang berlatar belakangkan budaya sendiri. Hal ini
demikian kerana berlaku keselesaan semasa proses komunikasi yang menjadikan mesej
disampaikan dengan terang manakala sekiranya budaya yang berbeza mendatangkan masalah
15
bahasa yang sukar untuk difahami. Dalam pada itu, komunikasi verbal dapat digunakan untuk
menyelesaikan masalah terutamanya dalam perbincangan dan memberikan pendapat.
Individu dapat melontarkan hujah dengan yakin dan kukuh supaya pendapatnya didengari
dan masalah akan selesai dengan cepat.

Antara kelemahan komunikasi verbal pula ialah keterbatasan kosa kata sehingga
mesej yang seharusnya dapat disampaikan dengan baik menjadi kurang sempurna. Perkataan
yang kurang tepat dapat mempengaruhi keseluruhan komunikasi sehingga menjadi tidak
berkesan. Selain itu, perbezaan budaya dan bahasa menyukarkan komunikator dan penerima
untuk proses komunikasi dijalankan dengan baik. Hal ini menjadikan individu perlu ada
medium yang menghubungkan kedua – dua bahasa iaitu penggunaan bahasa Inggeris sebagai
bahasa antarabangsa. Di samping itu, komunikasi sering mengalami gangguan seperti nada
suara yang tidak bertepatan dengan situasi membuatkan mesej tidak berjalan dengan
sempurna.

6.3 DEFINISI KOMUNIKASI NON – VERBAL

Komunikasi non – verbal ialah komunikasi yang mesejnya disampaikan tanpa mengeluarkan
satu kata pun daripada mulut. Dalam kehidupan nyata, komunikasi non – verbal digunakan
jauh lebih banyak daripada komunikasi lisan. Komunikasi ini hampir menjurus tidak
digunakan secara automatik. Oleh itu, komunikasi ini adalah kekal dan sentiasa wujud.
Komunikasi non – verbal juga lebih jujur dalam menyatakan apa yang ingin dinyatakan
kerana ia berlaku dengan spontan. Hal yang menarik daripada komunikasi non – verbal ialah
kajian yang dijalankan oleh Albert Mahrabian (1971) yang menyimpulkan bahawa tingkat
kepercayaan daripada pembicaraan orang hanya 7% datangnya daripada bahasa verbal, 38%
daripada vokal suara dan 55% daripada ekspresi muka. Ia juga menambahkan hujah bahawa
jika terdapat konflik antara apa yang dikatakan seseorang dengan tindakannya, individu yang
mendengar cenderung untuk mempercayai perkara – perkara yang non – verbal.

Oleh itu, Mark Knapp (1978) menyebut bahawa penggunaan kod non – verbal dalam
komunikasi mempunyai fungsi untuk meyakinkan kata – kata yang diungkapkan sebagai
penegasan, menunjukkan emosi dan perasaan yang tidak dapat dinyatakan dalam kata – kata
lalu ia digantikan. Seterusnya, menambah atau melengkapkan kata – kata yang dirasakan
tidak sempurna.
16
6.4 JENIS KOMUNIKASI NON – VERBAL

Bagi jenis komunikasi bukan lisan, ia merangkumi beberapa aspek penting yang mewakili
komunikasi tanpa melibatkan pertuturan dan apa – apa perkataan. Jenis – jenis tersebut ialah,

6.4.1 Objek Komunikasi

Dalam konteks ini, perkara yang paling biasa adalah penggunaan pakaian yang bergaya di
mana manusia sering dinilai oleh jenis pakaian yang mereka gunakan walaupun hal ini
dianggap salah bagi stereotaip. Sebagai contoh, manusia lebih suka melihat orang yang
menarik dengan cara mereka berpakaian. Juga sewaktu dalam wawancara kerja, seseorang
yang berpakaian menarik lebih cenderung untuk mendapatkan pekerjaan daripada mereka
yang melakukan sebaliknya. Selain itu, objek juga digunakan sebagai medium kepada
sesuatu. Contohnya, semasa berlaku kemalangan jalan raya, pihak polis menggunakan kon
untuk menandakan kawasan itu sebagai amaran.

6.4.2 Komunikasi Dengan Sentuhan

Sentuhan boleh termasuk dalam berjabat tangan, mencium, memeluk, mengusap, memukul
dan sebagainya. Setiap bentuk komunikasi ini menyampaikan mesej tentang matlamat atau
perasaan orang yang menyentuh. Sentuhan juga boleh menyebabkan perasaan si penerima
bertindak sama ada positif atau negatif. Haptic ialah bidang ilmu yang belajar tentang
sentuhan komunikasi bukan lisan. Dengan sentuhan yang baik, individu dapat mengeratkan
hubungan silaturahim yang baik bersama masyarakat manakala sentuhan negatif dapat
meninggalkann rasa trauma dalam diri seseorang individu tersebut.

6.4.3 Komunikasi Dengan Pergerakan Tubuh

Dalam komunikasi tanpa lisan, pergerakan badan termasuk dalam hubungan mata, ekspresi
muka, gerak isyarat dan pergerakan tangan. Pergerakan badan biasanya digunakan untuk
17
menggantikan perkataan atau frasa. Contohnya, mengangguk untuk mengatakan ya dan
menunjukkan perasaan misalnya memukul meja untuk menunjukkan kemarahan. Selain itu,
pergerakan tubuh juga sering digunakan untuk menyelesaikan komunikasi lisan yang tidak
berhasil. Tujuannya bagi memberikan komunikasi yang lebih berkesan supaya mesej dapat
disampaikan dengan betul.

6.4.4 Komunikasi Menggunakan Mata

Kebanyakan komunikasi menggunakan mata adalah yang paling sukar untuk ditafsirkan
maksud di sebalik renungan mata tersebut. Bisa jadi mata digunakan sebagai isyarat untuk
menyampaikan mesej kepada penerima dan perkara itu hanya dapat difahami oleh mereka
sahaja dan bukan orang lain. Dalam konteks ini, common sense sangat penting bagi
menjayakan sesuatu mesej. Atau berkemungkinan juga mata mengungkapkan perasaan
individu itu tanpa memberikan riak wajah yang sama seperti apa yang matanya beritahu.
Sebagai contoh, seseorang kelihatan begitu gembira sekali dengan senyumannya yang lebar
tetapi matanya kelihatan sedih dan muram seolah – olah menyembunyikan sesuatu. Oleh itu,
komunikasi dengan menggunakan mata ini tidak semua orang akan memahaminya kecuali
penghantar dan penerima tersebut.

6.4.5 Komunikasi Dengan Suara

Komunikasi ini menggunakan suara tanpa bahasa yang tertentu dan bunyi sebagai
mediumnya. Manusia gemar membuat bunyi sebagai salah satu cara dia berkomunikasi
dengan manusia selain perlu melontarkan kata. Misal kata, manusia membuat bunyi ‘hmmm’
apabila sedang berasa bingung atau berfikir. Tambahan pula, ia juga digunakan sebagai
isyarat untuk berkomunikasi secara sulit dengan individu lain seperti membuat bunyi ‘ehem
ehem’ menandakan sedang menarik perhatian individu tersebut untuk berbicara.

6.5 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KOMUNIKASI NON – VERBAL

Antara kebaikan yang terdapat dalam komunikasi non verbal ialah komunikasi ini mudah
difahami tanpa harus menjelaskan dengan lebih terperinci mengenainya. Jadi, ianya dapat
menjimatkan masa untuk berinteraksi. Selain itu, ia melengkapi dan menyempurnakan
18
komunikasi verbal yang tidak berhasil disampaikan dan menegaskan lagi mesej yang ingin
diberitahu. Seterusnya, perilaku non – verbal lebih jujur daripada perilaku verbal kerana
pergerakan tubuh tidak dapat menipu keadaan tetapi lisan dapat berbuat demikian dengan
mudah.

Antara kelemahannya pula ialah kadang terjadi perselisihan faham dalam memahami
maksud daripada komunikasi non – verbal tersebut. Apabila individu menyampaikan emosi
marahnya dengan seseorang melalui memek muka, sebahagian individu lain mungkin
beranggapan bahawa dia sedang dalam keadaan tiada mood, stres dan perlukan ruang untuk
bersendiri. Maka, maksud sebenar tidak sampai dengan baik kepada penerima. Selain itu,
komunikasi ini tidak boleh digunakan dalam komunikasi yang formal kerana akan dianggap
sebagai kurang sopan. Apabila berhadapan dengan orang yang berpangkat lebih daripada
kita, komunikasi verbal adalah yang paling tepat sekali untuk berbicara. Di samping itu, ia
juga tidak dapat untuk menyelesaikan masalah. Tanpa pertuturan, masalah tidak dapat
ditangani dengan baik kerana tidak dapat menyampaikan hujah dan bukti untuk
menyelesaikan masalah. Oleh itu, secara automatiknya individu tetap akan menggunakan
pertuturan untuk mengatasi masalah dengan jelas.

7.0 PANDUAN BAGAIMANA MEWUJUDKAN KOMUNIKASI YANG


BERKESAN

Komunikasi adalah salah satu alat perhubungan. Melalui komunikasi, ia dapat mengenali
antara satu sama lain, dapat menyelesaikan masalah dan dapat menghubungkan antara
seorang individu dengan individu yang lain. Setiap orang mempunyai cara komunikasi yang
tersendiri seperti ada orang yang suka bercakap dengan melihat muka lawannya, ada orang
suka bercakap dalam kumpulan, menerusi telefon, dan sebagainya. Ada pendapat yang
mengatakan bahawa komunikasi tercapai apabila perkara yang hendak disampaikan berkesan
dan dapat difahami oleh penerima. Namun begitu, komunikasi dikatakan dapat memberi
kesan yang baik apabila mempunyai prinsip – prinsip seperti di bawah.

7.1 MEMBERI PERHATIAN TERHADAP EMOSI ORANG LAIN

Apabila sesuatu komunikasi dijalankan dengan sempurna dan berkesan, maka persefahaman
akan bergabung dari kedua – dua pihak iaitu penghantar dan penerima. Ia bermaksud
19
kepuasan atau perasaan lega selepas berkomunikasi. Hal ini berlaku, jika seseorang
berkomunikasi, perasaan untuk memahami dan menyelesaikan masalah wujud dalam diri dan
apabila sesuatu masalah itu dapat diselesaikan ia merupakan suatu kepuasan.

7.2 MEMBUAT REFLEKSI SESUDAH KOMUNIKASI YANG DIJALANKAN

Seterusnya, apabila selesai membuat komunikasi, majoriti penerima dan penghantar akan
membuat refleksi perasaan puas hati akan timbul. Seorang individu pernah melihat orang
yang bermasalah dengan cara mencari seseorang yang boleh dipercayai seperti seorang
kaunselor, ahli keluarga, teman rapat dan sesiapa sahaja yang boleh dipercayai untuk
meluahkan masalah yang dihadapi dan seterusnya memberi cadangan atau cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Kebanyakan setiap orang yang bermasalah akan
mengatakan perasaan lega atau puas hati apabila dapat menceritakan atau meluahkan
masalahnya sekaligus dapat mengelakkan seseorang daripada tekanan perasaan atau stress
dan sebagainya.

7.3 ELAKKAN DIRI DARIPADA BEREMOSI

Komunikasi ini juga dapat mempengaruhi tingkah laku seseorang boleh menilai tingkah laku
beliau. Contohnya, seseorang yang suka melawan cakap ibubapa apabila di nasihati dengan
baik dan berhemah maka sedikit demi sedikit sikap atau tingkah laku tersebut dapat diubah
kepada yang lebih baik. Di sini jelas menunjukkan bahawa teknik atau cara komunikasi yang
baik amat penting bagi melahirkan tingkah laku atau sikap yang baik.

7.4 JUJUR DENGAN PERASAAN SENDIRI SEMASA BERKOMUNIKASI SAMA


ADA BAIK ATAU BURUK.

Manusia mempunyai sifat komunikasi yang buruk iaitu berhubung dengan budaya diri.
Seseorang yang matang dan dewasa tetapi memiliki budaya komunikasi yang buruk sudah
tentu mempunyai keperibadian yang sebati dengan amalannya. Tetapi orang seperti ini masih
boleh berubah. Sebagai amalan yang baik, seseorang itu perlu banyak melibatkan diri dalam
kegiatan komunikasi interperibadi khususnya menilai maklumat – maklumat yang ada pada
dirinya.
20
7.5 MEMPAMERKAN EKSPRESI MUKA YANG SESUAI

Seseorang manusia mempunyai masalah dan bercerita kepada orang yang dipercayai. Apabila
individu tersebut meluahkan atau mencerita kisah mereka, sebagai pendengar tidak perlu
bertanyakan isu yang diceritakan secara lebih mendalam. Selain itu, pendengar perlu
mempamerkan ekspresi muka yang sesuai ketika penerima memberi pendapat atau
penerangan. Tidak perlu membuat ekspresi yang pelik dan mengelirukan kerana ia akan
melukakan hati individu tersebut. Oleh itu, pendengar perlu menjaga ekspresi muka dengan
baik walaupun keadaan atau cerita mahupun masalah mereka sangat terbeban bagi mereka.

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, komunikasi sangat memainkan peranan yang penting untuk menjalinkan


hubungan. Meskipun pertalian darah merupakan ikatan biologikal, namun komunikasi mampu
menjalinkan dan membentuk hubungan antara dua orang manusia. Oleh itu, manusia yang
tidak berkomunikasi tidak ada hubungan dengan sesiapa dan apa cara sekalipun. Melalui
komunikasi yang berkesan di kalangan komunikator, maka sesuatu maklumat dapat
disampaikan dengan jelas dan mudah difahami oleh pendengar. Akhir sekali, daripada
kenyataan komunikasi yang efektif dan efisien amatlah penting bagi melahirkan individu
mahupun masyarakat yang berilmu, berketerampilan dan berkeyakinan.

Dalam konteks pendidikan awal kanak – kanak, Kurikulum Standard Prasekolah


Kebangsaan (KSPK) amat menekankan standard kandungan dan standard pembelajaran yang
berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran berikut
iaitu tunjang komunikasi, tunjang kerohanian sikap dan nilai, tunjang kemanusiaan, tunjang
sains dan teknologi, tunjang perkembangan ketrampilan diri serta tunjang perkembangan
fizikal dan estetika. Mengalih perhatian kepada tunjang komunikasi, fokus utamanya ialah
21
kemahiran Bahasa dan seni Bahasa. Peringkat prasekolah melalui Rancangan Pembelajaran
Harian (RPH) mentargetkan kanak – kanak dapat menguasai kemahiran bertutur dengan baik
iaitu dapat berinteraksi dengan mesra bersama rakan sebaya, melafazkan puisi dengan intonasi
yang betul dan menceritakan semula apa yang didengar sesudah akhir prasekolah. Hal ini
bermaksud komunikasi sedari penting sejak peringkat kanak – kanak lagi bagi membantu
menajadikan seseorang individu berketerampilan, berpersonaliti menarik dan berkarisma
dalam sesebuah kerjaya.

9.0 SUMBER RUJUKAN

Abdul Aziz, A. R, (2000), Kemahiran sosial asas, Kuala Lumpur : Utusan Publication &
Distributor.

Baharudin Puteh, (2018), Pusat Pendidikan Awal Kanak – kanak Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan, (Edisi-3), Sungai Udang Melaka : Khidmat Jaya Enterprise.

Mohd. Baharudin Othman dan Mohd. Khairie Ahmad, (2004), Pengantar emosi, Sintok :
Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Sulaiman Masri, (1997), Media dan Komunikasi dalam Bahasa Melayu, Selangor: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
https://www.slideshare.net/ShukriAlzuhri/kemahiran-komunikasi-kem-motivasi-pengawas
retrieved 17 Januari 2020, 4.40 p.m.
https://www.scribd.com/document/224991500/PENGENALAN-KOMUNIKASI retrieved 5
Februari 2020, 3.20 p.m.
https://faizul230924.weebly.com/faizul/pengenalan-konsep-komunikasi retrieved 7 Februari
2020, 10.00 a.m.
http://aliahilias.blogspot.com/2016/06/elemen-komunikasi.html retrieved 9 Februari 2020,
11.00 a.m.

22
https://www.coursehero.com/file/p10lgbr/James-AF-Stoner-Charles-Wankel-1989
menyatakan-Komunikasi-ialah-satu-cara/ retrieved 12 Februari 2020, 3.00 p.m.
https://www.researchgate.net/publication/308414649_KOMUNIKASI_BERKESAN
retrieved 14 Februari 2020, 9.00 p.m.
https://www.academia.edu/7646349/KELEBIHAN_DAN_KELEMAHAN_DALAM_KOM
UNIKASI_VERBAL_DAN_KOMUNIKASI_NON_VERBAL retrieved 18 Februari
2020, 6.00 p.m.
http://faisal-wibowo.blogspot.com/2013/01/komunikasi-verbal-dan-nonverbal.html retrieved
25 Februauri 2020, 5.00 p.m.

23

You might also like