Albert Ulana (P-WPS Office

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Albert Ulana (PP1912069T)

1.

Set induksi ialah suatu kata-kata yang seakan -akan mukadimah daripada seorang guru kepada semua
pelajar di dalam kelas seboleh-bolehnya selama lima. Ia bertujuan untuk menyediakan para pelajar
supaya tertarik dan mempunyai sifat ingin tahu sebelum pergi ke isi pembelajaran yang seterusnya.

2. Antara ciri-ciri set induksi ialah menarik perhatian pelajar. Ini kerana kebanyakan pelajar di awal
pembelajaran memikirkan perkara lain dan tidak fokus kepada apa yang dikatakan oleh guru. Justru di
sini peranan seorang guru sangatlah penting dalam membuat set induksi yang dapat mengalih
perhatian para pelajarnya kepada topik pembelajaran. Set induksi boleh sahaja berbentuk suatu
pertanyaan,isu semasa masyarakat, bahan maujud dan cerita ringkas. Bagi guru yang mengajar subjek
Pendidikan Seni Visual ia boleh sahaja meminta kesemua pelajarnya melihat keadaan persekitaran kelas
dan di luar kelas bagi memberi perkaitan terhadap apa sebenarnya topik yang akan diajarnya kepada
para pelajarnya pada hari itu. Suatu set induksi yang berkesan ialah ia diucapkan dengan nada dan
intonasi yang bersesuaian. Ia tidak boleh terlalu lantang dan tidak terlalu perlahan.

You might also like