Eko SMK Buloh Kasap Segamat, Johor 2018

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1 (a) Terangkan bagaimana pengangguran kitaran wujud dalam negara [2]

Wujud akibat kemelesetan @kemerosotan ekonomi->AD ↓. [1]


→Pengeluaran↓→penggunaan buruh dikurangkan [1]

(b) Terangkan dua kesan buruk pengangguran kitaran kepada ekonomi Malaysia [2]
- KNK benar kurang daripada KNK potensi menyebabkan kegiatan ekonomi menjadi lembap dan
pertumbuhan ekonomi terjejas.
- Berlaku pembaziran sumber dan ketidakcekapan dalam pengeluaran kerana ramai buruh yang tidak
digunakan
- Hasil kerajaan ↓ kerana kutipan cukai berkurang
-Pendapatan per kapita dan taraf hidup penduduk ↓ Mana-mana 2 kesan = 2 markah
(c) Berikan langkah untuk mengatasi pengangguran kitaran. [2]
Kerajaan perlu melaksanakan dasar-dasar yang berikut :
Dasar fiskal mengembang, ↑ kan G atau ↓ kan T [1m]
Dasar kewangan mengembang- menambahkan bekalan wang untuk membolehkan kadar bunga ↓
[1m]

2 Huraikan kesan inflasi ke atas


(a) pertumbuhan ekonomi negara [2]
Inflasi yang tinggi menyebabkan KB ↑, kos meminjam menjadi mahal, [1m]
kemasukan pelaburan dalam negara merosot; kesannya AD↓,Y↓ [1m] dan pertumbuhan ekonomi
terjejas.

(b) golongan penghutang [2]


Inflasi memberi keuntungan kepada penghutang jika kadar bunga tidak berubah. Penghutang hanya
perlu membayar hutang pada kadar bunga benar yang rendah iaitu nilai wang yang sebenar dibayar
lebih kecil.

(c) golongan pesara [2]


Terjejas kerana tingkat pendapatan benar golongan pesara akan berkurangan iaitu kuasa beli ↓.

3. Jelaskan tiga kesan negatif perdagangan antarabangsa [6]


1. Persaingan yang lebih hebat
Industri muda tidak dapat bersaing dgn industri lama dari luar negarayg sudah stabil di pasaran dan
menikmati ekonomi bidangan kerana kekurangan kepakaran,teknologi,kemahiran buruh serta kos
purata yang masih tinggi

2. Merugikan negara membangun


Negara membangun kebanyakannya mengeksport bahan mentah atau barang pertanian kerana harga
bahan mentah dan barang pertanian secara relatifnya lebih rendah berbanding dengan harga barang
perkilangan yang dikeluarkan oleh negara maju. Keadaan ini menyebabkan negara membangun perlu
mengeksport jumlah barang yg lebih banyak untuk mengimport barang perkilangan yang sama
nilainya. Kesannya wujud jurang kekayaan yg besar antara negara membangun dengan negara maju.

3. Terlalu bergantung pada sektor import


Ekonomi sesebuah negara tidak dapat dipelbagaikan jika negara itu lebih cenderung untuk
mengimport dan tidak mengeluarkannya sendiri. Negara yang terlalu bergantung pada eksport akan
menghadapi risiko kemerosotan DD eksport kerana kewujudan persaingan dari negara lain yang lebih
cekap atau wujudnya barang pengganti yang lebih berkualiti. Boleh menyebabkan kilang tempatan
ditutup dan berlaku pengangguran.

4. Pengurangan tukaran mata wang asing


5.Inflasi diimport berlaku
6. Pengaliran keluar buruh mahir
7. Kehausan sumber ekonomi negara
8. Lambakan barang dari negara asing Mana-mana 3 fakta= ½ M 3 Isi = 1 ½ M

4 Terangkan perbezaan antara syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad dari segi:
(a) Bilangan pemegang saham [2]
Bilangan pemegang saham syarikat sendirian berhad ialah sekurang-kurangnya 2 org dan maksimum
50 org manakala bilangan pemegang saham syarikat awam berhad minimum 2 org dan tiada had
maksimum

(b) Pemilikan saham [2]


Saham syarikat sendirian berhad hanya dimiliki oleh individu-individu tertentu sahaja manakala
saham syarikat awam berhad terbuka kepada orang ramai

(c) Pindah milik saham [2]


Saham syarikat sendirian berhad tidak boleh dipindahkan tanpa persetujuan daripada pemegang
saham yang lain manakala saham syarikat awam berhad bebas dipindah milik adan mudah dijul beli
melalui broker saham di pasaran saham

6. (a) Berikan maksud kadar kemiskinan tegar dan bagaimana kadar ini diukur [2]
merujuk kepada % bilangan isirumah yg mempunyai pendapatan kasar bulanan kurang daripada
Pendapatan Garis Kemiskinan Makanan(PGK Makanan)
Formula : = Bilangan isirumah yg pendapatan kasar bulanan di bawah PGK Makanan x100
Jumlah isi rumah

(b) Berikan peranan utama dua buah agensi kerajaan yang ditubuhkan
untuk membasmi kemiskinan di Malaysia [4]
1. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM )
Menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yg dpt
meningkatkan pendapatan,menyediakan kemudahan kewangan kepada usahawan2 ikhtiar,
serta menyediakan bimbingan dan latihan kepada isi rumah miskin,termiskin serta
usahawan ikhtiar.
2. Baitumal
Bertanggungjawab untuk menyelaraskan kutipan dan agihan zakat secara sistematik
3. Agensi pembangunan wilayah
Menangani kemiskinan dan kemunduran luar bandar dengan slogan “ membandarkan
kawasan luar bandar”seperti menjalankan program pembangunan tanah
Mana-mana peranan dua agensi x2m =4m

7 Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna di Malaysia dari tahun 2008 hingga tahun
2010 dengan menggunakan indeks tahun 2005 sebagai tahun asas.
Tahun
Perkara
2008 2009 2010
indeks harga pengguna 111.4 112.1 114.0
(Sumber: Laporan Ekonomi 2010/2011)
Berdasarkan jadual di atas,
(a) andaikan upah nominal pd tahun 2009 ialah RM3800.00 dan pd tahun 2010 ialah RM4100.00.
(i) Hitung kadar upah benar bagi tahun 2009 dan tahun 2010. [3]
(ii) Apakah rumusan anda berdasarkan jawapan pada (a)(i)? [2]
(b) (i) Hitung peratus kenaikan upah benar dan upah nominal atr tahun 2009 dgn tahun 2010. [3]
(ii) Apakah rumusan anda berdasarkan jawapan pada (b)(i)? [2]

7 (a) (i) Upah benar = IHP tahun asas x Upah nominal


IHP tahun semasa
Upah benar 2009 = 100 x RM3800
112.1
=RM3596.49

(ii) Upah benar meningkat sebanyak RM206.66,iaitu meningkat dari RM3389.83


pada tahun 2009 kepada RM3596.49 pada tahun 2010.

(b) (i) Peratus peningkatan upah benar = RM3596.49 – RM3389.83 x 100


RM3389.83
= 7.89%
(ii) Upah benar meningkat sebanyak 6.10% manakala upah nominal meningkat sebanyak
7.89%. peningkatan upah nominal lebih besar daripada peningkatan upah benar iaitu
sebanyak 1.79%.

8 Jadual di bawah menunjukkan data imbangan akaun semasa di Malaysia dari tahun 2003 hingga
tahun 2005.
Butiran RM juta
Tahun 2003 Tahun 2004 Tahun 2005
Eksport 397 969 481 240 533 380
Import 300 207 376 766 409 312
Imbangan akaun perkhidmatan -15 300 -8 780 -9 937
Pendapatan -22 537 -24 549 -23 833
Pindahan bersih -9 300 -14 633 -17 776
Jumlah Keluaran Dalam 395 017 449 609 494 544
Negeri Kasar(KDNK)
( Sumber: Laporan Ekonomi 2011/2012)
(a) (i) Hitung eksport bersih dari tahun 2004 hingga tahun 2005. [3]
(ii) Jelaskan rumusan anda berdasarkan jawapan pada(a)(i) [1]
(b) Hitung imbangan akaun semasa dari tahun 2003 hingga tahun 2005. [4]
(c) Berikan dua faktor yang menyebabkan defisit dalam imbangan akaun perkhidmatan. [2]

8(a) (i) Eksport bersih tahun 2004 hingga tahun 2005


Eksport bersih = Eksport – Import
Tahun Eksport bersih (RM juta)
2004 481240-376766 = 104474
2005 124068

(ii) Imbangan dagangan semakin baik

(b) Imbangan akaun semasa dari tahun 2003 hingga tahun 2005:
Imbangan akaun semasa = Eksport bersih + Imbangan akaun perkhidmatan + Pendapatan +
Pindahan bersih
Tahun Imbangan akaun semasa
(RM juta)
2003 50 625
2004 56 512
2005 72 522

(c) Dua faktor defisit akaun perkhidmatan ialah:


(i) Berlaku defisit dalam akaun pengangkutan
(ii) Berlaku defisit dalam bayaran pindahan

You might also like