Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Penulisan Akedemik

1.0 PENGENALAN

Masalah obesiti di negara kita merupakan salah satu perkara yang amat
membimbangkan. Obesiti bermaksud gejala penyakit lebihan berat badan yang dialami oleh
seseorang individu yang memiliki indeks jisim badan (BMI) 30 atau lebih, (William,2005). Di
serata dunia, peningkatan dalam pengindustrian, urbanisasi dan mekanisasi yang berlaku
adalah 73 dikaitkan dengan perubahan dalam diet dan tingkah laku (WHO,2003). Pengambilan
makanan yang tinggi lemak dan tinggi tenaga semakin meningkat manakala gaya hidup hidup
sihat semakin ditinggalkan. Lebih membimbangkan, kadar peningkatan individu yang
mempunyai masalah obesiti semakin bertambah. Bagi kanak-kanak untuk skop global, seramai
22 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mengalami masalah obesiti. Menurut Chee (2008),
kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila
dewasa dan keadaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada
masa hadapan.

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN OBESITI

Terdapat banyak faktor yang mengundang kepada masalah obes ini. Dua aspek yang dapat
diberikan penekanan dalam masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah ialah
dari aspek baka dan persekitaran. Menurut (Brown,1996) interaksi antara genetik dan faktor
persekitaran adalah punca utama yang menyebabkan peningkatan drastik di dalam lebihan
berat badan. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk menjalani kehidupan yang sihat
kerana ia akan menyebabkan keturunannya juga mengalami masalah kesihatan yang sama.
Hal ini kerana hormon memainkan peranan kepada fungsi tubuh badan kita. Hormon di dalam
badan kita bertanggungjawab dalam mengawal pelbagai sistem antaranya selera makan, tidur,
penghadaman dan perasaan. Kekurangan leptid akan menyebabkan selera untuk makan
bertambah dan menyebabkan makan secara berlebihan. Leptin bermaksud hormon yang
dihasilkan terutamanya oleh adiposit (sel lemak) yang menjadi ejen untuk memberi isyarat
seseorang itu mempunyai cukup tenaga yang disimpan di dalam sel lemak. Sekiranya hormon
ini berkurangan, maka tubuh badan akan merasakan sistem tubuh badan kekurangan tenaga
kerana hormon leptin pada kadar yang rendah walaupun telah makan dengan kuantiti yang
banyak (Laura J. Martin,2010).

Genetik ini diwarisi dan dikenali sebagai kekurangan leptin yang wujud sejak lahir di
mana badan mempunyai hormon yang rendah dan menyebabkan obesiti di kalangan kanak-
kanak. Buku yang bertajuk Pola Makan dan Obesitas (Toto Sudargo, Harry Freitag LM, Felicia
Rosiyani & Aini Kusmayati ,2014) menyatakan kekurangan leptin ini adalah berpunca daripada
mutasi pada leptin yang menyebabkan seseorang sukar mengawal nafsu makan. Sebagai
langkah awal, Ibu bapa perlu menjalani diagnosis kepada kandungan untuk mengelakkan
perkara ini berlarutan.

Dari sudut persekitaran, terdapat pelbagai faktor yang boleh dijadikan sebab berlakunya
masalah ini. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), persekitaran pula merujuk
kepada semua pengalaman seseorang individu yang dihadapi di rumah, bersama jiran, sekolah
masyarakat serta semua tempat di mana individu tersebut berada. Antaranya ialah budaya dan
sikap orang yang paling hampir dengan kanak-kanak iaitu ibu bapa. Rata-rata ibu bapa pada
hari ini kedua-duanya bekerja. Azmi (2005), kesibukan bekerja, menonton televisyen dan
banyak menghabiskan masa di depan komputer menjadi punca masalah berat badan. Oleh itu,
mereka tidak mempunyai masa untuk memasak di rumah. Di samping itu, mereka mengambil
langkah mudah untuk hanya makan di luar sahaja. Walau bagaimanapun, ibu bapa sewajarnya
perlu mengetahui makanan yang diambil oleh anak-anak mereka mempunyai khasiat yang
secukupnya untuk tumbesaran anak-anak terutamanya yang masih di bangku sekolah.

Seterusnya, amalan makan di luar ini akan meningkatkan risiko untuk anak-anak
mengalami obesiti. Hal ini kerana ibu bapa tidak mengetahui cara penyediaan sesuatu
makanan yang di makan. Kadar kandungan gula, garam dan minyak yang tidak dijadikan
perkara penting untuk memasak bagi sesetengah premis makanan. Sebagai seorang murid di
bangku sekolah, mereka sewajarnya mengambil pemakanan yang seimbang supaya kekal
fokus di dalam bilik darjah. Tempoh masa di persekolahan memerlukan tenaga secukupnya
untuk belajar di sekolah. Ibu bapa pada hari ini mudah terpengaruh dengan pengiklanan di
televisyen tanpa memikirkan sebarang risiko yang bakal menimpa kanak-kanak di masa
hadapan jika amalan makan di luar menjadi suatu tabiat bagi sesebuah institusi keluarga.
Kelishadi (2007), media massa melalui pengiklanan telah memainkan peranan yang besar
dalam menggalakkan pengambilan makanan di luar.

3.0 Kesan obesiti dari aspek perkembangan fizikal kanak-kanak


Masalah obesiti ini sukar untuk dibendung terutamanya di kalangan kanak-kanak kerana
adanya pelbagai faktor pendorong yang ampuh. Masalah ini mampu memberikan kesan yang
besar terhadap perkembangan fizikal anak-anak. Antara kesannya ialah kanak-kanak akan
mengalami masalah serangan jantung. Obesiti merupakan faktor risiko yang utama kepada
pelbagai penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes mellitus, tekanan darah
tinggi, strok dan kanser (Shariffi & Khor,2005). Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak sukar
melakukan aktiviti yang aktif seperti berlari, melompat dan merangkak. Serangan jantung ini
dikaitkan dengan kesan obesiti kerana masalah salur darah tersumbat yang boleh membawa
kepada serangan jantung yang disebabkan oleh kolestrol. Kolestrol ini terhasil daripada
kandungan lemak yang tidak dibakar dan ia berada di permukaan salur darah. Hal ini akan
menyebabkan kanak-kanak sukar untuk mendapatkan oksigen kerana darah yang mengalir
dalam salur darah hanya pada kuantiti yang sedikit.

Impaknya, serangan jantung ini mampu memudaratkan masa tidur kanak-kanak kerana
mereka tidak dapat bernafas dengan sempurna. Ia juga akan menganggu masa tidur kanak-
kanak yang penting kerana ia merupakan proses pertumbuhan kanak-kanak yang utama.
Tempoh tidur yang diperlukan bagi kanak-kanak adalah berbeza mengikut peringkat umur dan
perkembangan kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh, bayi berumur 0-2 bulan, tempoh masa
untuk tidur adalah selama 12 hingga 18 jam sehari. Sebaliknya, bagi kanak-kanak 1 hingga 3
tahun, tempoh tidur yang diperlukan iaitu selama 12 hingga 14 jam sehari dan kebanyakannya
adalah pada waktu malam (Firdaus Zakaria,2004). Tidur yang berkualiti sangat penting kerana
ia akan memastikan pertumbuhan kanak-kanak sentiasa mengikut tahap perkembangan yang
bersesuian. Kepentingan tidur yang cukup amat penting bagi pembentukan tulang, tisu dan otot
serta membantu pertumbuhan pertumbuhan kanak-kanak.

Tidur yang berkualiti juga penting untuk memastikan kanak-kanak sentiasa sihat dan
dapat membina sistem imunisasi kanak-kanak. (Owens,2005). Oleh itu, tidur yang berkualiti
akan membantu perkembangan kemahiran motor kasar kerana tidur dapat membantu
pembentukan otot dan tulang. Kanak-kanak dapat melakukan aktiviti yang lasak seperti
melompat dan berlari. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak akan meningkatkan kadar metabolisme di
samping menghindarkan diri daripada penyakit obesiti. Pembentukan tulang dapat membantu
penyerapan kalsium daripada nutrisi makanan seharian dan sistem biologi tubuh badan dapat
melakukan pertukaran gigi susu kepada gigi kekal yang bermula daripada prasekolah hingga
berumur 12 tahun. Menurut teori Havighurst, kematangan fizikal, tuntutan masyarakat atau
budaya dan nilai-nilai serta aspirasi diri ialah tugasan yang perlu diselesaikan pada tempoh
yang ditentukan untuk kanak-kanak memperoleh kegembiraan. (Yusuf LN, Syamsu H, Dr M.pd
(2006). Kanak-kanak mampu belajar bertolak ansur, bertimbang rasa dan sedia mendengar
pandangan orang lain tentang kebaikan dan keburukan yang dilakukan.

4.0 Kesan obesiti dari aspek perkembangan sosioemosi kanak-kanak

Obesiti di kalangan kanak-kanak amat membimbangkan terutama ibu bapa yang


mengharapkan kehidupan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Selain daripada kesan
kepada fizikal, obesiti juga mampu memberikan kesan negatif kepada sosioemosi kanak-kanak
apabila mereka mula bergaul dengan masyarakat sekeliling. Menurut Markus (2005), kesan
sampingan obesiti termasuklah gangguan kesihatan mental. Beliau melihat gangguan ini
berlaku kerana kanak-kanak ini mengalami perasaan rendah diri terutamanya mereka yang
berada di tahap yang membimbangkan. Terdapat kajian yang dijalankan di Sweden yang
menyatakan bahawa orang yang menghadapi obesiti mengalami kadar kemurungan dan
keresahan sebanyak empat kali lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai berat badan
yang ideal (Neovius, M., Janson A & Rössner.S,2006). Salah satu sebab kanak-kanak
mengalami kemurungan di sekolah ialah mereka sering dijadikan mangsa ejekkan di sekolah
kerana masalah berat badan mereka.

Di samping itu, kanak-kanak obes sering menyatakan tidak dihiraukan dan diabaikan
dalam pelbagai aktiviti terutamanya dalam melakukan terutamanya dalam melakukan aktiviti
fizikal dan sosial (Puhl, Luedicke & Heuer, 2011). Selain daripada masalah obes golongan ini,
ejekkan juga berlaku disebabkan penampilan diri mereka. Malahan, mereka turut mengalami
kesunyian dan mengambil tindakan untuk melakukan aktiviti sedentari dan pengasingan sosial
(Hayden-Wade, Stein, Ghaderi, Saelens, Zabinski, & Wilfely, 2005). Salah satu teori
perkembangan Erik Erikson menyatakan prinsip utama dalam perkembangan sosioemosi ialah
kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang
berikutnya.(Hurlock,2001). Beliau juga menyatakan kepercayaan akan memudahkan seseorang
individu berhadapan dan mengatasi masalah dalam hidupnya. Sebagai contoh, apabila kanak-
kanak mendapat sokongan daripada ibu bapa dalam melakukan sesuatu perkara, kanak-kanak
akan mewujudkan sikap kepercayaan dengan kebolehan diri sendiri walaupun diejek oleh
rakan-rakan, mereka akan terus mempercayai akan kebolehan diri tanpa sokongan rakan-
rakan. Dengan adanya keyakinan diri yang tinggi, masalah psikologi kanak-kanak yang obes
dapat diatasi dan rakan-rakannya tidak akan lagi melakukan perkara yang sama.
Sebagai seorang warga pendidik, guru hendaklah menasihati murid-murid untuk tidak
melakukan perbuatan mengejek rakan yang obesiti yang mana ia mampu memberikan kesan
negatif kepada kedua-dua belah pihak. Hal ini kerana mereka sering dilabel dengan nama
gelaran yang pelik dan tidak menyenangkan. Tingkah laku ini merupakan antara contoh buli
secara lisan dan ia akan membawa kepada masalah buli fizikal seperti menendang, memukul
dan menolak. Ia akan memberi impak yang ketara seperti kanak-kanak tersebut tidak minat
untuk hadir ke sekolah kerana sering dibuli oleh rakan-rakannya. Hal ini akan menyebabkan
mereka tidak dapat meningkatkan kemahiran interpersonal dalam diri mereka. Ia akan
memberikan kesan terhadap perkembangan sosioemosi kanak-kanak tersebut. Marcus M
(2002) menyatakan sejarah lampau banyak mengejek dan mendiskriminasikan orang yang
obesiti. Selain itu, golongan obes akan terus berasa tersisih dan akan menjadi kemurungan.
Oleh itu, individu yang tidak mempunyai masalah ini perlu sentiasa prihatin dengan membantu
supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang normal dan memberi nasihat untuk mereka
mengamalkan gaya hidup sihat.

5.0 Kesan obesiti berdasarkan teori-teori perkembangan kanak-kanak

Obesiti di kanak-kanak mampu memberikan impak kepada perkembangan kanak-kanak


kerana kesukarannya untuk bergerak dan melihat sekeliling (Jas Laile Suzana,2008).
Implikasinya dapat dilihat sekiranya dirujuk kepada teori pembelajaran Piaget. Dalam teori
beliau, terdapat proses pembelajaran iaitu skema, asimilasi, akomodasi, dan ekuilibrasi. Dalam
proses skema, kanak-kanak akan membina skema perlakuan iaitu menyentuh dan
mencengkam. Bagi kanak-kanak obes, saiz jari mereka bersaiz besar maka ia akan
menyukarkan mereka untuk memegang sesuatu objek. Oleh itu, skema yang sedia ada tidak
dapat meningkat. Mereka hanya tahu objek tanpa mengetahui sifat sesuatu objek itu. Kanak-
kanak akan meninggalkan sesuatu kemahiran sekiranya ia sukar dilakukan kerana mereka tidak
merasakan objek yang dipegang dan ia akan menyebabkan mereka tidak tahu apa-apa tentang
sesuatu objek tersebut. Ibu bapa perlu prihatin tentang sesuatu perkara yang dibuat oleh kanak-
kanak kerana kognitif mereka berfungsi pada tahap minimum. Ibu bapa perlu membimbing
mereka untuk mempelajari sesuatu kemahiran kepada mereka.

6.0 Penutup
Sebagai kesimpulannya, waktu perkembangan kanak-kanak hendaklah dimanfaatkan
sebaik mungkin supaya kanak-kanak akan membesar dalam keadaan sebaik mungkin. Sebagai
ibu bapa, mereka hendaklah memastikan anak-anak mendapatkan nutrisi makanan yang
secukupnya dan mengelakkan daripada penyakit obes membunuh zaman kanak-kanak mereka.
Mereka akan berasa gembira sekiranya mereka mampu bergerak aktif dan ia akan
mengembang potensi dari pelbagai sudut sama ada kognitif, afektif mahupun psikomotor.
Rujukan

Chee, Michael WL, et al (2008). "Lapsing during sleep deprivation is associated with distributed

changes in brain activation." Journal of Neuroscience 28.21 5519-5528.

Firdaus Zakaria (2014). Kepentingan Tidur Kanak-kanak. Dimuat naik pada Ogos 11,2018

http://www.kpakk.edu.my/artikel/tidur-dan-kanak-kanak/

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel,Rafidah Kastawi (2009). Perkembangan Kanak-kanak Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman

Hayden‐Wade, H. A., Stein, R. I., Ghaderi, A., Saelens, B. E., Zabinski, M. F., & Wilfley, D. E.

(2005). Prevalence, characteristics, and correlates of teasing experiences among

overweight children vs. non‐overweight peers. Obesity research, 13(8), 1381-1392.

Hurlock, E. B. (2001). Developmental psychology. Tata McGraw-Hill Education.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-kanak dan Remaja.

Selangor. Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Kalarchian, M. A., Marcus, M. D., Wilson, G. T., Labouvie, E. W., Brolin, R. E., & LaMarca, L. B.

(2002). Binge eating among gastric bypass patients at long-term follow-up. Obesity


Surgery, 12(2), 270-275.

Kelishadi, R. (2007). Childhood overweight, obesity, and the metabolic syndrome in developing

countries. Epidemiologic reviews, 29(1), 62-76.

Laura J. Martin, MD(2010). The truth about the hormone leptin and obesity. Dimuat naik pada

September 5 2018 https://www.webmd.com/diet/obesity/features/the-facts-on-leptin-faq#5

Liu, X., Liu, L., Owens, J. A., & Kaplan, D. L. (2005). Sleep patterns and sleep problems among
schoolchildren in the United States and China. Pediatrics, 115(Supplement 1), 241-249.

Neovius, M., Janson, A., & Rössner, S. (2006). Prevalence of obesity in Sweden. Obesity

reviews, 7(1), 1-3.

Puhl, R. M., Luedicke, J., & Heuer, C. (2011). Weight‐based victimization toward overweight

adolescents: observations and reactions of peers. Journal of School Health, 81(11), 696-


703.

Rahmouni, K., Morgan, D. A., Morgan, G. M., Mark, A. L., & Haynes, Wiliiam G.Haynes (2005).

Role of selective leptin resistance in diet-induced obesity hypertension. Diabetes, 54(7),

S2012-2018.

Rashid, N. A. M., Amirah, N., & Jasmi, K. A. (2006). Pengaruh globalisasi terhadap gaya hidup

pelajar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (Doctoral dissertation,


Universiti Teknologi Malaysia).

Shariffi, Z.M. & Khor, G.L. 2005. Obesity and household food insecurity: Evidence from a

sample of rural households in Malaysia. European Journal of Clinical Nutrition 59: 1049-
1058.

Toto Sudargo, Harry Freitag LM, Felicia Rosiyani & Aini Kusmayati (2014). Pola Makan dan

Obesitas. Jogjakarta. Gadjah Mada University Press.

WHO. 2003. Diet, nutrition and the prevention of chronic diseases. Report of a Joint WHO/FAO

Expert Consultation. Geneva: World Health Organisation.

Wong K.W, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani (2016). Perkembangan Kanak-kanak.

Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Worthington-Roberts, Brown. S., & Williams, S. R. (Eds.) (1996). Nutrition throughout the life
cycle.

Yusuf LN, Syamsu H, Dr M.pd (2006). Psikologi perkembangan anak dan remaja. Bandung :
PT Remaja Rosdakarya.

You might also like