Kertas Konsep Program Menyemai Kesetiaan Kepada Raja 2019-1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

KERTAS KONSEP

PROGRAM TAHUNAN MENYEMAI SEMANGAT


“KESETIAAN KEPADA RAJA”
2019
i

ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka Surat

ISI KANDUNGAN i

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM ii

1. PENGENALAN 1

2. OBJEKTIF 2

3. PERTANDINGAN PIDATO 3

4. HADIAH BAGI PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT NEGERI 3

5. PEMARKAHAN PIDATO 4

6. TAJUK PIDATO BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH, ZON 4


DAN SARINGAN AKHIR
7. TAJUK PIDATO BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH, ZON 5
DAN SARINGAN AKHIR
8. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PIDATO 5

9. PERTANDINGAN MENULIS ESEI 6

10. TAJUK ESEI BAHASA MELAYU 7

11. TAJUK ESEI BAHASA INGGERIS 8

12. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENULIS ESEI 8

13. PERTANDINGAN MENCIPTA PUISI (SAJAK) 9

14. PERTANDINGAN KARIKATUR 10

15. PERTANDINGAN POSTER 10

16. PEMARKAHAN KARIKATUR DAN POSTER 10

17. KRONOLOGI PELAKSANAAN AKTIVITI 12


ii

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM TAHUNAN MENYEMAI SEMANGAT


“KESETIAAN KEPADA RAJA”

Penasihat : Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja


Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin

YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman


Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Yang Amat Berbahagia Dato’ Seri Panglima Mohd Annuar bin Zaini
Ahli Dewan Negara Perak

Pengerusi :
Pengarah Pendidikan Negeri Perak

Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Mohd Rosli bin Ahmad


Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak

Naib Pengerusi : Tuan Haji Mat Jaafar bin Mat Zain


Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Setiausaha : Encik Nor Haslan bin Nor Zaman


Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Penolong Setiausaha : Dr. Adlan bin Mohamed Yusof


Penolong Pengarah Kokurikulum (Akademik) Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Bendahari : Puan Siti Sarina binti Mahayuddin


Penolong Pengarah Kewangan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Ahli Jawatankuasa : Pegawai Pendidikan Daerah Kerian

Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak

Pegawai Pendidikan Daerah Manjung

Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak

Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah

Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara

Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan

Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang

Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk

Pegawai Pendidikan Daerah Mualim


1

1. PENGENALAN

Acara-acara bagi memupuk dan menyemaikan semangat ‘Kesetiaan Kepada Raja’


dibawah pengelolaan bersama Pejabat Sultan Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
dan Jabatan Pendidikan Perak meliputi pertandingan pidato DiRaja, pertandingan
menulis esei bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, pertandingan mencipta puisi,
pertandingan melukis karikatur dan pertandingan melukis poster. Kesetiaan kepada Raja
dan Negara merupakan prinsip kedua daripada lima prinsip yang terkandung di dalam
Rukun Negara yang menjadi ideologi nasional yang wajib dihayati. Prinsip ini
menekankan kepada rakyat betapa pentingnya kesetiaan yang perlu ada dalam sanubari
rakyat terhadap Raja, begitu juga kesetiaan kepada negara. Dalam konteks Negeri
Perak, rakyat atau anak negeri Perak perlu menumpahkan kesetiaan kepada Raja
Pemerintah yang bertakhta iaitu Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin
Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, Sultan
Perak ke 35.

Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang
mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara
berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk
nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk
mempengaruhi audien. Penyampaian pidato juga bergantung kepada kesesuaian nada
dan gaya bukannya menggunakan emosi dengan nada suara yang tinggi, menyanyi dan
bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik, tidak seperti seni bahas yang bertujuan
menegakkan dan mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan
untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman. Pertandingan
Pidato DiRaja bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terbuka kepada semua murid sekolah
di negeri Perak. Pertandingan Pidato DiRaja peringkat sekolah dan daerah akan
dilaksanakan pada 1 April hingga 28 Jun 2019. Peringkat zon pula akan dipertandingkan
pada 3 Julai 2019. Seorang pemidato terbaik dari setiap zon dipilih untuk mewakili zon
masing-masing ke pertandingan peringkat saringan akhir yang diadakan pada 17 Julai
2019. Enam pemidato terbaik (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) kategori menengah
atas akan bertanding di peringkat akhir yang diadakan di SJK(C) Sam Chai, Ipoh, Perak
pada 24 Ogos 2019.

Penulisan esei merupakan satu daripada medium untuk meyampaikan maklumat


dan buah fikiran sebagai ruang menyatakan penghargaan ataupun memberi pandangan
tentang sesuatu isu. Proses mengarang esei ini akan melibatkan proses memikir,
mengkaji, memilih, merakam dan menulis untuk membolehkan idea itu dinyatakan dan
dihayati dengan jelas kepada pembaca. Melalui penulisan esei ini murid-murid dapat
menanamkan rasa bangga dan mengetahui kewujudan dan kepentingan institusi beraja
di negeri Perak Justeru galakan menulis ini wajar diberikan kepada murid-murid dari
peringkat awal lagi. Seni berbahasa merupakan satu daripada kemahiran berbahasa
Melayu yang wajar diangkat untuk menggambarkan kesantunan budaya masyarakat
kita. Mencipta puisi (sajak) adalah merupakan salah satu daripada seni berbahasa yang
digemari generasi hari ini. Mencipta puisi (sajak) dapat dijadikan satu program untuk
manifestasi murid menyatakan taat setia kepada institusi beraja di Perak. Galakan dan
dorongan perlu digiatkan untuk memupuk minat murid-murid menulis puisi (sajak).
2

Karikatur dapat dibahagi kepada tiga bentuk iaitu: karikatur perseorangan atau
peribadi (personal caricature), karikatur sosial atau kemasyarakatan (social caricature)
dan karikatur politik (political caricature). Melalui karikatur perseorangan atau peribadi
(personal caricature), seseorang dapat menggambarkan seorang tokoh tanpa kehadiran
objek lain atau situasi di sekelilingnya secara karikatural dengan menonjolkan ciri-cirinya
dalam bentuk wajah atau dengan kebiasaannya. Penggambaran yang dihasilkan melalui
lukisan karikatur dapat menonjolkan ciri dan watak yang tersirat. Faktor jenaka/lucu
(humor) yang dihasilkan melalui lukisan karikatur ini dapat membuatkan orang
tersenyum ketika melihatnya. Poster pula ialah suatu bentuk rekaan grafik yang
melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak yang digubah untuk menyampaikan
maklumat secara mudah. Poster merupakan satu elemen dalam promosi, kempen dan
sebagainya. Kebiasaannya, reka bentuk poster bersifat 2D meliputi bahan yang dilukis,
dicat, ditulis atau dicetak. Visual pada poster adalah sebuah reka bentuk yang seimbang
dalam jangka masa tertentu yang menunjukkan skala ruang positif dan negatif. Saiz
imej yang diguna haruslah memberi kesan kepada sesebuah hasil reka bentuk yang
menarik. Mereka bentuk poster adalah suatu cabaran dalam proses penyampaian mesej
komunikasi yang berkesan.

Pertandingan menulis esei, mencipta sajak, melukis karikatur dan melukis poster
akan bermula seawal bulan April 2018 dan melibatkan semua sekolah di negeri Perak.
Hasil penulisan esei, sajak, lukisan karikatur dan poster terbaik di peringkat sekolah
akan dipertandingkan di peringkat zon. Seterusnya, johan penulisan esei, sajak, lukisan
karikatur dan poster setiap kategori peringkat daerah akan dinilai di peringkat negeri
oleh panel hakim yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Secara khususnya,
penganjuran pertandingan ini dapat memberi ruang kepada murid-murid seluruh negeri
Perak amnya untuk menzahirkan apresiasi kesetiaan mereka terhadap Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, Sultan Perak ke 35 di samping memberi kefahaman
secara menyeluruh mengenai peranan institusi DiRaja di Malaysia.

2. OBJEKTIF

2.1 Memahami institusi DiRaja sebagai warisan negara

2.2 Memartabat dan memperkasakan institusi Raja di Malaysia

2.3 Meluaskan pengetahuan tentang institusi DiRaja terutamanya dari segi


kepentingan dan peranan institusi DiRaja dalam sistem Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di negara kita

2.4 Membina keyakinan diri dan memupuk semangat patriotisme.

2.5 Menjana daya saing secara positif


3

3. PERTANDINGAN PIDATO

3.1 Pertandingan pidato dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terbuka kepada
semua murid sekolah di negeri Perak.

3.2 Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori:


3.2.1 Pelajar sekolah rendah (Tahun 6 ke bawah)
3.2.2 Pelajar sekolah menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3)
3.2.2 Pelajar sekolah menengah atas (Tingkatan 4 hingga 6)

3.3 Pusingan akhir pidato melibatkan 6 orang peserta sekolah menengah atas (3
orang dalam bahasa Melayu dan 3 orang dalam bahasa Inggeris) dengan
kehadiran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan Duli Yang Maha
Mulia Raja Permaisuri Perak.

3.4 Johan pertandingan pidato peringkat negeri bagi kategori sekolah rendah dan
menengah rendah akan menyampaikan pidato masing-masing semasa para
hakim mengira markah untuk kategori sekolah menengah.

3.5 Pertandingan akhir pidato bagi setiap kategori akan dilaksanakan di peringkat
negeri. Setiap daerah akan menghantar wakil ke peringkat akhir.

3.6 Tajuk pidato akan dikeluarkan sebulan sebelum pertandingan peringkat daerah.

3.7 Masa berpidato

Kategori Jumlah Perkataan


Sekolah Rendah 5 minit
Sekolah Menengah Rendah 7 minit
Sekolah Menengah Atas 7 minit

4. HADIAH BAGI PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT NEGERI

4.1 Kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

SEKOLAH RENDAH BIL. NILAI


1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00
2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.00
3 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00
SEKOLAH MENENGAH
BIL. NILAI
RENDAH
1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00
2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.00
3 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00
SEKOLAH MENENGAH ATAS BIL. NILAI
1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00
2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.00
3 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00
4

5. PEMARKAHAN PIDATO

5.1 Isi – 30 Markah


- Satu (1) isi yang dikupas dan diolah dengan berkesan – 10 markah

5.2 Bahasa – 20 Markah


- (Tatabahasa – 10 markah / Gaya bahasa – 5 markah/ Sebutan – 5 markah)

5.3 Penyampaian Dan Persembahan – 50 Markah


- Kepetahan, kelancaran, intonasi, suara -10 markah
- Gaya – 10 markah
- Ketertiban pengolahan isi – 10 markah
- Keyakinan, kebolehan mempengaruhi dan memukau – 10 markah
- Adab – 5 markah
- Istimewa - 5 markah

6. TAJUK PIDATO BAHASA MELAYU


PERINGKAT DAERAH, ZON DAN SARINGAN AKHIR

6.1 BIL. SEKOLAH RENDAH

1 Jika saya seorang raja ….......

2 Kesetiaan kepada Raja dan Negara

3 Institusi Raja: Raja dan rakyat berpisah tiada

4 Raja berpelembagaan: Peranan dan cabaran

5 Institusi Raja: Tak kenal maka tak cinta

6.2 BIL. SEKOLAH MENENGAH

1 Institusi Raja: Lambang kedaulatan negara bangsa

2 Raja Berperlembagaan: Legasi pembina negara

3 Institusi Raja: Pelindung agama, adat dan budaya

4 Majlis Raja-Raja: Rakyat sejahtera, negara terbela

5 Konsep Raja berdaulat memayungi pentadbiran kerajaan yang teratur

6 Majlis Raja-Raja : Entiti bebas dalam struktur pemerintahan


5

7. TAJUK PIDATO BAHASA INGGERIS


PERINGKAT DAERAH, ZON DAN SARINGAN AKHIR

7.1 BIL. UPPER PRIMARY

1 If I were King …

2 Loyalty to King and country

3 The Royal Institution: The King is inseparable from his subjects

4 Constitutional monarchy: Roles and challenges

5 The Royal Institution: To know is to love

7.2 BIL. LOWER AND UPPER SECONDARY

1 The Royal Institution: Symbol of national sovereignty

2 Constitutional Monarchy: A legacy of a nation

3 The Royal Institution: Custodian of religion, customs and culture

4 Conference of Rulers: Towards a reputable and prosperous


nation

5 The concept of a sovereign King in ensuring proper governance


of the government
6 The Conference of Rulers: An independent entity within the
government structure

8. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PIDATO:

8.1 Setiap zon perlu menghantar seorang peserta dari setiap kategori untuk
bertanding di peringkat negeri.

8.2 Borang pendaftaran hendaklah dihantar semasa pendaftaran pada hari


pertandingan.

8.3 Tajuk pidato akan dikeluarkan 1 bulan sebelum tarikh pertandingan peringkat
daerah dan peringkat akhir

8.4 Pemidato diberi masa mengikut kategori masing-masing yang


dipertandingkan untuk menyampaikan pidatonya.

8.5 Pemidato yang membaca nota atau teks semasa berpidato akan dikenakan
penalti 10 markah.
6

8.6 Pemidato dilarang menyentuh isu-isu sensitif berkaitan dengan agama, bangsa
dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang. Jika berlaku juga, maka
penyertaan peserta tersebut akan dibatalkan.

8.7 Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang.

8.8 Hakim profesional akan dilantik oleh pihak penganjur.

8.9 Keputusan hakim adalah muktamad.

8.10 Hanya tiga peserta setiap kategori Sekolah Menengah Atas akan dipilih untuk
bertanding pada pusingan akhir.

8.11 Johan bagi kategori Sekolah Rendah dan Menengah Rendah akan membuat
persembahan pada majlis penutupan pusingan akhir.

9. PERTANDINGAN MENULIS ESEI

9.1 Pertandingan menulis esei dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terbuka
kepada semua murid sekolah di negeri Perak.

9.2 Pertandingan terbahagi kepada tiga (3) kategori:

9.2.1 (A) Pelajar sekolah rendah (Tahun 6 ke bawah)


9.2.2 (B) Pelajar sekolah menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3)
9.2.3 (C) Pelajar sekolah menengah atas (Tingkatan 4 hingga 6)

9.3 Peserta hendaklah menulis jenis kategori (A/B/C) pada sudut sebelah kiri
sampul surat semasa menyerahkan esei tersebut kepada urus setia pertandingan
di peringkat daerah.

9.4 Peserta hanya boleh menghantar penyertaan secara individu. Walau


bagaimanapun penyelidikan dan pelaksanaan kerja penulisan esei bolehlah
dilakukan secara berkumpulan.

9.5 Esei hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan kepada urus setia
pertandingan di peringkat daerah. Pihak urus setia pertandingan tidak akan
bertanggungjawab jika esei yang dihantar rosak atau hilang semasa dalam
pengiriman/pos.

9.6 Tuliskan nama peserta, nombor sijil kelahiran/kad pengenalan dan alamat
sekolah di dalam borang penyertaan pertandingan sahaja.

9.7 Setiap penyertaan mestilah dengan cop pengesahan daripada Pengetua/Guru


Besar sekolah masing-masing.

9.8 Tajuk esei akan dikeluarkan sebulan sebelum pertandingan peringkat daerah.

9.9 Hadiah bagi pertandingan Menulis Esei Peringkat Negeri bagi kategori bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris adalah seperti berikut:
7

SEKOLAH RENDAH BIL. NILAI


1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00
2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.00
3 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00
SEKOLAH MENENGAH RENDAH BIL. NILAI
1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00
2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.00
3 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00
SEKOLAH MENENGAH ATAS BIL. NILAI
1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00
2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.00
3 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00

10. TAJUK ESEI BAHASA MELAYU

10.1 BIL. SEKOLAH RENDAH

1 Jika saya seorang raja ….......

2 Kesetiaan kepada Raja dan Negara

3 Institusi Raja: Raja dan rakyat berpisah tiada

4 Raja berpelembagaan: Peranan dan cabaran

5 Institusi Raja: Tak kenal maka tak cinta

10.2 BIL. SEKOLAH MENENGAH

1 Institusi Raja: Lambang kedaulatan negara bangsa

2 Raja Berperlembagaan: Legasi pembina negara

3 Institusi Raja: Pelindung agama, adat dan budaya

4 Majlis Raja-Raja: Rakyat sejahtera, negara terbela

5 Konsep Raja berdaulat memayungi pentadbiran kerajaan yang teratur

6 Majlis Raja-Raja: Entiti bebas dalam struktur pemerintahan


8

11. TAJUK ESEI BAHASA INGGERIS

11.1 BIL. UPPER PRIMARY

1 If I were King …

2 Loyalty to King and country

3 The Royal Institution: The King is inseparable from his subjects

4 Constitutional monarchy: Roles and challenges

5 The Royal Institution: To know is to love

11.2 BIL. LOWER AND UPPER SECONDARY

1 The Royal Institution: Symbol of national sovereignty

2 Constitutional Monarchy: A legacy of a nation

3 The Royal Institution: Custodian of religion, customs and culture

4 Conference of Rulers: Towards a reputable and prosperous nation


5 The concept of a sovereign King in ensuring proper governance of the
government

6 The Conference of Rulers: An independent entity within the government


structure

12. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENULIS ESEI

12.1 Nama peserta dan nama sekolah tidak boleh dimasukkan di dalam mana-
mana halaman esei.

12.2 Plagiat iaitu meniru kenyataan atau idea orang lain adalah dilarang sama
sekali. Jika didapati juga, maka penyertaan akan dibatalkan serta-merta.

12.3 Semua esei mestilah ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta
mematuhi jumlah perkataan yang dibenarkan.

12.3.1 Sekolah Rendah (350 - 400 perkataan)


12.3.2 Sekolah Menengah Rendah (650 - 700 perkataan)
12.3.3 Sekolah Menengah Atas (1450 - 1500 patah perkataan)

12.4 Jumlah perkataan hendaklah dicatatkan pada muka surat akhir penulisan esei.
9

12.5 Semua esei mestilah ditaip, berselang dua baris di atas kertas putih bersaiz A4
menggunakan fon Arial atau Times New Roman bersaiz 12. Setiap muka surat
perlu diletakkan nombor.

12.6 Setiap hasil kerja yang pernah diterbitkan di dalam akhbar, majalah atau lain-
lain penerbitan tidak boleh digunakan untuk penyertaan.

12.7 Dilarang menyentuh hal-hal sentitif seperti sentimen bangsa, agama mahupun
politik.

12.8 Setiap esei yang dihantar menjadi hak mutlak penganjur. Penganjur berhak
untuk meminda atau menyiarkan mana-mana esei atau bahagian esei peserta.

12.9 Esei-esei yang dihantar akan dibatalkan jika:-


12.9.1 Tidak menepati tajuk yang ditetapkan
12.9.2 Tidak menepati bilangan patah perkataan yang ditentukan
12.9.3 Tidak asli atau plagiat – meniru atau mencuri idea orang lain.
12.9.4 Dihantar atau sampai ke tangan urus setia selepas tarikh tutup.
12.9.5 Tidak mematuhi syarat-syarat yang di atas.

12.10 Tarikh akhir penghantaran esei ialah pada 20 Jun 2019 (Khamis)

13. PERTANDINGAN MENCIPTA PUISI (SAJAK)

13.1 Pertandingan mencipta puisi (sajak) dalam bahasa Melayu terbuka kepada
semua murid sekolah menengah di negeri Perak dari Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 6.

13.2 Tema untuk penciptaan puisi (sajak) adalah ‘KESETIAAN KEPADA RAJA’.

13.3 Puisi hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan kepada urus setia
pertandingan di peringkat daerah. Pihak urus setia pertandingan tidak akan
bertanggungjawab jika puisi yang dihantar rosak atau hilang semasa dalam
pengiriman/pos.

13.4 Tuliskan nama peserta, nombor sijil kelahiran/kad pengenalan dan alamat
sekolah di dalam borang penyertaan pertandingan sahaja. Setiap penyertaan
mestilah dengan cap pengesahan daripada Pengetua/Guru Besar sekolah
masing-masing.

13.5 Tarikh akhir penghantaran puisi (sajak) ialah pada 20 Jun 2019 (Khamis).

13.6 Hadiah bagi Pertandingan Mencipta Puisi adalah seperti berikut:

SEKOLAH MENENGAH BIL. NILAI

1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00


2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.00
3 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00
10

14. PERTANDINGAN KARIKATUR

14.1 Pertandingan karikatur terbuka kepada semua murid sekolah menengah di


negeri Perak dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.

14.2 Tema pertandingan karikatur adalah ‘KESETIAAN KEPADA RAJA’.

14.3 Hadiah bagi Pertandingan Karikatur adalah seperti berikut:

SEKOLAH MENENGAH BIL. NILAI


1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00
2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.00
3 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00

15. PERTANDINGAN POSTER

15.1 Pertandingan poster terbuka kepada semua murid sekolah rendah di negeri
Perak dari Darjah 1 hingga Darjah 6.

15.2 Tema pertandingan karikatur adalah ‘KESETIAAN KEPADA RAJA’.

15.3 Hadiah bagi Pertandingan Poster adalah seperti berikut:

SEKOLAH RENDAH BIL. NILAI


1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00
2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.00
3 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00

16. PEMARKAHAN KARIKATUR DAN POSTER

16.1 Setiap karya akan dinilai keaslian, konsep dan kreativiti oleh panel juri yang
dilantik oleh pihak penganjur.

16.2 Aspek yang dinilai adalah:-


Tema – 15 markah
Ilustrasi – 25 markah
Gubahan/komposisi/olahan – 25 markah
Keaslian – 15 markah
Kreativiti – 20 markah

16. 3 Syarat-Syarat Pertandingan Karikatur dan Poster:

16.3.1 Penyertaan adalah percuma.


16.3.2 Penyertaan adalah secara individu.
16.3.3 Peserta boleh menghantar dua (2) lukisan karikatur yang
berlainan. Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya layak
menerima satu hadiah sahaja.
11

16.3.4 Peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat


turun dari laman sesawang jpnperak.moe.gov.my
16.3.5 Ilustrasi mestilah menarik dan ’catchy’.
16.3.6 Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia sahaja.
16.3.7 Ilustrasi yang dilukis hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur
perkauman, politik dan juga isu-isu yang menyentuh sensitiviti
rakyat Malaysia. Jika berlaku juga, maka penyertaan peserta
tersebut akan dibatalkan.
16.3.8 Idea dan lukisan mestilah hasil ciptaan sendiri dan tidak pernah
disiarkan dalam media cetak mahupun internet.
16.3.9 Plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali. Penyertaan akan
dibatalkan sekiranya terdapat unsur-unsur plagiat.
16.3.10 Lukisan karikatur/poster hendaklah dilukis di atas kertas
berukuran saiz A3.
16.3.11 Lukisan karikatur/poster boleh dilukis menggunakan media kering
atau basah. Penggunaan perisian komputer adalah tidak
dibenarkan sama sekali.
16.3.12 Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di belakang kertas
lukisan.
16.3.13 Keputusan hakim adalah muktamad.

16.4 Tempoh Pertandingan

16.4.1 Setiap penyertaan yang lengkap (borang penyertaan dan kertas


lukisan) hendaklah dihantar melalui perkhidmatan pos atau kurier
atau hantar sendiri selewat lewatnya pada 20 Jun 2019
(Khamis) sebelum jam 5:00 petang ke alamat seperti berikut:

Sektor Pengurusan Akademik


(Bidang Kemanusiaan- Seni Visual),
Tingkat 14, Bangunan Mayban Trust,
Jalan Tun Sambathan, 30000 Ipoh.
(U/P: En. Mohd Fadzil b.Ibrahim)

16.4.2 Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi


Encik Mohd Fadzli bin Ibrahim di talian 05-241 4000
sambungan 143 atau 019-570 5344.
12

17. KRONOLOGI PELAKSANAAN AKTIVITI

TARIKH PERKARA

3 April 2019 Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pertandingan

4 April -28 Jun Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah/Daerah


2019

8 Mei 2019 Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola bersama SJK(C) Sam


Chai, Jalan Pasir Puteh, Ipoh, Perak

18 Jun 2019 Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Peringkat Negeri Bil.1

20 Jun 2019 Tarikh Akhir Penghantaran Esei, Sajak, Karikatur dan Poster

21-22 Jun 2019 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Penghakiman Pidato,


Penulisan Esei, Penciptaan Sajak, Karikatur dan Poster

3 Julai 2019 Pertandingan Pidato Peringkat Zon

17 Julai 2019 Pertandingan Pidato Peringkat Saringan Akhir

5 Ogos 2019 Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Peringkat Negeri Bil. 2

24 Ogos 2019 Pertandingan Pidato Peringkat Negeri di SJK(C) Sam Chai,


Jalan Pasir Puteh, Ipoh, Perak

You might also like