Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Rancangan Perlaksanaan Aktiviti (RPA)

Siri KAP PT2 / 2020

Nama Agensi Latihan: KIDS CAMPUS SDN BHD

Bidang: Awal Matematik dan Pemikiran Logik

Nama Peserta: Sinar Permata


No K/P: -
Minggu: Minggu ke - 4
Hari/Tarikh: Ahad / 6 September 2020
Masa: 30 minit
Umur Kanak-Kanak: 3 Tahun
Bil Kanak-Kanak: 3 Orang
Bidang perkembangan/ Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik (AMPL)
Pembelajaran:
Pengetahuan Sedia ada: Kanak-kanak sudah boleh mengenali bentuk pelbagai daun.

Objektif: 1. Kanak-kanak boleh menyusun saiz daun kecil ke daun besar, daun
pendek ke daun panjang mengikut seriasi. ( AMPL )
2. Kanak-kanak boleh mengecop daun yang berbeza menggunakan
warna air. ( KE )
3. Kanak-kanak boleh menyebut nama pelbagai jenis daun. (BKLA)
Tema Alam Semulajadi
Tajuk: Wah, Cantiknya Daun !
Tempat/ Ruang Aktiviti: Bilik belajar
Bahan: Daun pelbagai bentuk seperti daun bunga raya, daun keladi, daun kari dan
daun pandan, warna air, kertas lukisan, berus lukisan, tikar dan air.
Langkah-langkah Permulaan Aktiviti :
perlaksanaan:
1. Pendidik menyediakan bahan-bahan di atas tikar yang disediakan
untuk melakukan aktiviti.
2. Pendidik meminta kebenaran daripada pengasuh untuk melakukan
aktiviti bersama kanak-kanak.
3. Pendidik beramah mesra dan bertanya khabar kanak-kanak.
4. Pendidik mengajak kanak-kanak bersenam sambil mengira
pergerakan.
5. Pendidik mengajak kanak-kanak duduk bersama-sama di atas tikar
yang disediakan dalam bulatan besar.

Kandungan:
6. Pendidik menunjukkan cara-cara menyusun daun mengikut saiz .
7. Pendidik menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti menyusun 3
helai daun mengikut susunan dari kecil ke besar.
8. Pendidik membimbing kanak-kanak menyebut pelbagai jenis daun.
9. Pendidik menggalakkan kanak-kanak mengecop daun menggunakan
warna mengikut susunan.
10. Pendidik menasihati kanak-kanak supaya berkongsi menggunakan
warna air dan tidak berebut-rebut.
11. Pendidik memastikan kanak-kanak menggunakan peralatan dengan
selamat.

Penutup
12. Pendidik memberi sokongan dan pujian pada kanak-kanak kerana
berjaya melakukan aktiviti.
13. Pendidik mengajak kanak-kanak mengemas bilik belajar dan mencuci
tangan selepas melakukan aktiviti.
14. Pendidik memulangkan kanak-kanak kepada pengasuh dan
mengucapkan terima kasih.

Pelan Kontingensi
15. Sekiranya aktiviti terlalu sukar untuk kanak-kanak, pendidik
mengurangkan bilangan jenis daun daripada 4 kepada 2 helai daun.
16. Sekiranya aktiviti terlalu mudah untuk kanak-kanak, pendidik
meminta kanak-kanak menyusun daun mengikut saiz besar ke kecil.
17. Sekiranya kanak-kanak menolak untuk melakukan aktiviti, pendidik
perlu memujuk dan menarik minat kanak-kanak.

PERHATIAN
Keselamatan
Pendidik memastikan ruang aktiviti selamat sebelum digunakan,tiada
bahan yang tajam digunakan.

Kebersihan
1. Pendidik memastikan ruang aktiviti bersih sebelum dan selepas aktiviti.
2. Kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas menjalankan
aktiviti.

Kesihatan
Pendidik memastikan kanak-kanak sihat sebelum melakukan aktiviti.
Nama Jurulatih: Markah RPA: _______ / 30

Tandatangan:

Refleksi - Kelemahan & Cadangan Penambahbaikan

Refleksi - Kekuatan & Cadangan Pengukuhan

You might also like