Lembaran Kerja 2.3

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

MODUL: Kesan Alam Sekitar

Episod 2 Hilang, hilang, pupus

Lembaran Kerja 2.3 Anda akan melakukan aktiviti perbahasan mengenai dua
Apa yang anda ingin spesies haiwan yang terancam di Malaysia - orang utan dan
lakukan? harimau. Tajuk perbahasan tersebut ialah:

‘Kita seharusnya tidak mengganggu alam semula jadi’

Terdapat helaian fakta mengenai haiwan-haiwan tersebut bagi


membantu perbahasan anda.

Terdapat empat peranan utama untuk setiap pembahas.

Bincang dalam kumpulan kecil tentang peranan yang telah


diberikan dan tentukan seorang wakil yang terbaik bagi
kumpulan anda dalam menyampai fakta yang telah dibincangkan
tadi.

A Anda adalah seorang aktivis pemuliharaan yang bekerja di


kawasan hutan simpan. Hutan simpan tersebut sangat luas dan
antara haiwan yang anda lindungi ialah orang utan. Haiwan-
haiwan tersebut tinggal bebas di dalam kawasan itu.

Anda adalah:
Pencadang: Pembangkang:
Perlindungan bagi semua Pemburuan kerana haiwan
haiwan liar dan persekitaran mempunyai hak dan
mereka. perbuatan ini sangat kejam.
Program pembiakbakaan bagi Haiwan liar digunakan dalam
menambahkan jumlah haiwan pertunjukan sarkas.
yang hampir pupus.
Haiwan dilepaskan semula Penebangan hutan akan
ke persekitaran semula jadi. membunuh haiwan dan
Tempat ini adalah habitat asal memusnahkan habitat haiwan.
haiwan dan haiwan tersebut
patut mendapat kebebasan.
Perlu lebih banyak ‘tenaga
hijau’ untuk menghentikan
pencemaran.
Penanaman semula pokok
untuk membina semula habitat
asal haiwan.

1
Beberapa ayat permulaan yang mungkin boleh digunakan:

‘Haiwan seharusnya mempunyai hak kerana....’

‘Hutan hujan adalah penting kepada haiwan kerana...’

‘Pemburuan haiwan yang terancam patut diharamkan di seluruh


dunia kerana...’

‘Meletakkan haiwan di zoo adalah kejam kerana ...’

‘Kita patut menanam semula pokok kerana ...’

B Anda adalah seorang pemburu dan anda memperoleh banyak


wang bagi setiap haiwan yang ditembak. Memburu secara tidak
sah dan anda sering dipanggil sebagai pemburu haram.

Anda adalah:

Pencadang: Pembangkang:
Pemburuan kerana menjadi Mengharamkan pemburuan
hak anda untuk menembak kerana perbuatan ini sama
haiwan sebab manusia seperti anda menembak
merupakan pengguna tertinggi manusia.
dalam rantai makanan.
Mengharamkan penebangan Hak-hak haiwan kerana
hutan kerana anda mendapati haiwan tidak menyumbang
tidak ia tidak begitu apa-apa kepada dunia selain
menyeronokkan jika hutan daripada untuk mendapatkan
ditebang. wang melalui kulit seperti
penghasilan kasut, makanan
dan lain-lain.
Perlukan sebuah Rezab Haiwan menjadi terancam.
Haiwan Buruan yang Tiada haiwan yang akan
membolehkan haiwan terancam kerana jumlah
dibiakkan bagi tujuan haiwan yang banyak.
pemburuan. Dengan sebab itu membunuh
beberapa ekor haiwan tidak
akan memberi kesan kepada
kepupusan.

2
Beberapa ayat permulaan yang mungkin boleh digunakan:

‘Saya sepatutnya dibenarkan untuk menembak haiwan yang


saya mahu kerana....’

‘Haiwan adalah bukan manusia jadi …?’

‘Manusia telah memburu sejak bertahun-tahun lamanya, jadi


mengharamkannya adalah tidak wajar kerana...’

C Anda adalah seorang penjaga zoo dan juga seorang pakar


tentang haiwan-haiwan terancam. Anda telah menulis tentang
usaha-usaha yang perlu dipergiatkan lagi untuk melindungi
haiwan-haiwan yang terancam ini.

Anda adalah:

Pencadang: Pembangkang:
Undang-undang untuk Pemburuan – kejam dan
melindungi haiwan terancam manusia mendapatkan
wang melalui kematian
haiwan tersebut adalah satu
kesalahan
Pemuliharaan kerana penting Memusnahkan habitat semula
untuk melindungi habitat jadi haiwan kerana haiwan
haiwan-haiwan ini juga ada hak untuk hidup
seperti manusia

‘Tenaga hijau’ untuk Haiwan liar dalam pertunjukan


menghentikan pencemaran sarkas atau sebagai haiwan
yang boleh membunuh haiwan peliharaan kejam dan bukan
habitat semula jadi haiwan.
Memberi kesedaran kepada
orang ramai tentang
keburukan jika haiwan
terancam

3
Beberapa ayat permulaan yang mungkin boleh digunakan:

‘Pemuliharaan adalah sesuatu yang bijak kerana...’


‘Habitat semula jadi haiwan seperti hutan hujan, perlu
diselamatkan kerana...’
‘Orang ramai sepatutnya tidak dibenarkan untuk memelihara
haiwan liar sebagai binatang peliharaan kerana...’

4
D Anda adalah pemilik syarikat pembalakan, yang beroperasi
di seluruh dunia namun anda mempunyai minat yang istimewa
terhadap untuk memulihara hutan hujan.

Anda adalah:

Pencadang: Pembangkang:
Melindungi haiwan, walaupun Tidak dibenarkan untuk
anda menangkap haiwan dan menebang pokok di tempat
kemudian mengurungnya di tertentu kerana anda akan
dalam sangkar dan seterusnya hilang perniagaan anda, ramai
menjual haiwan tersebut orang akan hilang pekerjaan
dengan harga yang paling dan orang memerlukan bahan
mahal. berasaskan kayu, minyak
sawit (digunakan dalam
makanan) dan berbagai lagi.
Melindungi haiwan selagi tidak Haiwan menjadi terancam
memerlukan sebarang kos. apabila syarikat anda
melakukan banyak aktiviti
pembalakan setiap hari.
Penanaman semula hutan Pemuliharaan – anda
dengan menggantikan setiap menyatakan zoo bersifat
pokok yang ditebang. kejam kerana mereka
memaksa haiwan untuk
membiak dan haiwan
sehingga haiwan tidak dapat
hidup bebas.

Beberapa ayat permulaan yang mungkin boleh digunakan:

‘Pemuliharaan bukanlah cara terbaik kerana.....’

‘Jika anda menghentikan aktiviti pembalakan, bagaimanakah


minyak kelapa sawit dihasilkan bagi kegunaan dalam industri
makanan?’

‘Kami masih berlaku perkara yang baik kerana kami menangkap


haiwan sebelum menebang hutan...’

‘Dengan menanam semula pokok kita....’

5
Fakta untuk membantu

Harimau
• Harimau adalah haiwan karnivor dan boleh hidup antara 10
hingga 15 tahun. Pada awal tahun 1900 terdapat kewujudan
kira-kira 100,000 ekor harimau. Kini dipercayai hanya terdapat
kira-kira 3,000-4,500 ekor yang masih hidup. Daripada jumlah
ini terdapat 600-800 ekor harimau Malaya dan harimau Jawa
telah pupus.
• Pakar-pakar telah bersetuju bahawa harimau merupakan
satu spesies yang terancam dan puncanya termasuklah
pemusnahan habitat, penyakit, pencemaran air, pemanasan
global dan eksploitasi melampau ke atas sumber alam.
• Sejak 1900 habitat harimau dan jumlahnya telah berkurang
sehingga 95%.
• Pemburu haram telah meracuni lopak berair dan memasang
jerat dawai keluli untuk membunuh harimau, seterusnya
menjual kulit dan bahagian-bahagian badannya yang lain untuk
digunakan dalam perubatan tradisional Cina.
• Peningkatan populasi manusia yang menceroboh habitat
harimau turut mengurangkan haiwan pemangsa.

6
Orang utan • Primat berbulu panjang, berwarna jingga ini hanya ditemui
di Sumatra dan Borneo, Haiwan ini adalah amat bijak dan
mempunyai hubungan yang rapat dengan manusia.
• Orang utan hanya tinggal di beberapa tempat yang terhad
dan amat bergantung kepada pokok. Hal ini menyebabkan
haiwan ini lebih mudah terjejas akibat aktiviti pembalakan.
Malangnya, penebangan hutan dan aktiviti-aktiviti manusia
yang lain seperti pemburuan telah menyebabkan orang utan
menghadapi risiko kepupusan.
• Orang utan adalah salah satu daripada spesies kera besar
yang terancam genting. Hal ini kerana pencerobohan dan
kehilangan habitat akibat daripada penebangan hutan dan
penanaman kelapa sawit secara besar-besaran di Indonesia
pada tahun 2012. Ini merupakan masa yang sangat kritikal
bagi orang utan.
• Pada tahun 2012, Agensi Pemuliharaan Orang utan percaya
terdapat hanya kira-kira 40,000 orang utan yang masih
hidup di Borneo dan Sumatra. Paling mengejutkan, bilangan
tersebut adalah kira-kira 60,000 ekor pada dekad yang lalu.

7
Perbahasan ini sepatutnya mengambil masa selama 30 minit dan pada akhir perbahasan anda berpeluang untuk menaksir persembahan setiap pembahas
dengan melengkapkan borang pentaksiran rakan sekelas.

Pentaksiran rakan sekelas

Nama ....................................................

Pembahas manakah yang paling meyakinkan anda?


Apabila semua pembahas membuat perbahasan, anda mesti menulis nama pembahas tersebut dan kemudian anda mesti memberi markah
bagi setiap kotak daripada markah penuh 5 (5 ialah paling baik). Seterusnya, jumlahkan markah anda, daripada 15 markah dalam kotak
jumlah.

Pembahas Adakah pembahas Adakah pembahas berhujah Adakah anda yakin dengan Jumlah
menjelaskan pendapat balas dengan baik terhadap hujah pembahas?
mereka dengan baik? pihak pembangkang
Penjaga zoo

Aktivis Pemulihara

Pemburu

Pemilik syarikat
pembalakan
1. Pemuliharaan dan pemeliharaan haiwan liar adalah tanggungjawab setiap insan. Berdasarkan daripada apa yang telah anda pelajari,
lukiskan satu poster untuk sekolah anda dengan mencadangkan langkah-langkah untuk memelihara ekosistem negara.
2. Tuliskan sepucuk surat yang panjangnya 200 patah perkataan kepada seorang rakan sebaya anda yang melawat muzium warisan hidupan
liar pada tahun 2057 yang anda telah tonton dalam video pada permulaan tadi. Terangkan bagaimana kehidupan pada masa kini dan
apakah harapan anda kepada negara dalam masa 50 tahun akan datang.

8
3. Sebagai aktivti-aktiviti terakhir di dalam modul ini, anda akan membina sesuatu yang dipanggil Peta Minda. Peta Minda ialah gambar rajah
yang meringkaskan semua yang anda telah lakukan di dalam topik ini. Anda bukan sahaja boleh gunakannya sebagai bahan ulang kaji
tetapi juga untuk menguji diri anda tentang apa-apa yang telah anda pelajari dan fahami. Maka anda bolehlah menjadikannya menarik dan
berwarna-warni.

Cara Melukis Peta Minda

1. Mulakan dari bahagian tengah muka surat yang kosong dan tuliskan idea atau konsep yang ingin anda bangunkan. Dalam kes ini, Isu
Persekitaran.
2. Wujudkan subtopik yang berkaitan dengan topik utama dan sambungkan ke bahagian tengah dengan garisan. Lihat contoh di bawah.
3. Ulangi semula untuk mana-mana subtopik peringkat lebih rendah dan sambungkannya ke subtopik yang asal.
4. Gunakan warna yang berlainan bagi memberi penekanan dan anda boleh serta gambar jika boleh membantu.
5. Teks hendaklah pendek. Gunakan satu perkataan atau frasa yang pendek setiap kali. Ini bermakna anda perlu berfikir dengan teliti tentang
maklumat yang anda hendak sampaikan.
6. Variasikan teks dan ketebalan garisan untuk memberi penekanan. Semakin jelas kelihatan, semakin dapat membantu anda mengingatinya.

9
Contoh:

Isu
Persekitaran

10

You might also like