Laporan PBS

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LAPORAN PBS

Pada 17 Mac 2019 hingga 21 Mac 2019, saya telah menjalankan sebuah aktiviti yang
dinamakan sebagai Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sebuah sekolah yang terletak di
Johor iaitu Sekolah Kebangsaan Putra Utama (SKPU). Secara amnya, sekolah ini terletak di
bandar Kulai dan pengurusan sekolah ini diketuai oleh guru besar SKPU iaitu Tuan Haji Ramli
bin Ali. Kapasiti pelajar di sekolah ini berjumlah sebanyak 1421 orang murid dengan tenaga
pengajar berjumlah 94 orang.

Hari pertama saya tiba di sekolah ini saya telah berjumpa dengan tuan guru besar untuk
mengesahkan penempatan saya bagi menjalankan aktiviti PBS di sekolah ini selama seminggu.
Saya telah mengambil kesempatan ini untuk menemubual beliau tentang selok belok sekolah
ini. Berdasarkan kepada penerangan beliau, sekolah ini mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi
bagi murid tahap dua dan sesi petang pula adalah murid tahap 1. Tuan Haji Ramli juga turut
menyatakan bahawa sekolah ini mengamalkan pembelajaran abad ke-21. Perkara ini dapat
dibuktikan apabila semua bilik darjah di sekolah ini menggunakan sususan meja dan kerusi
yang disusun secara berkumpulan.

Sepanjang lima hari saya berada di sekolah ini, saya telah mendapat banyak
pengalaman baru yang boleh saya gunakan untuk menjadi seorang guru kelak. Saya telah
berpeluang untuk masuk ke kelas darjah 3 untuk membuat pemerhatian ke atas cara guru
mengajar di dalam kelas. Melalui pemerhatian tersebut, saya telah mendapati bahawa alat
bantu mengajar yang menarik dan aktiviti yang berpusatkan pelajar dapat meningkatkan
motivasi pelajar untuk belajar. Menurut Baharom Mohamad & Ilyas Ibrahim (2009), bagi
membentuk motivasi yang tinggi, guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, teknik
dan alat bantu mengajar bagi menarik minat pelajar supaya menghayati pelajaran. Sebagai
contoh, alat bantu mengajar yang telah digunakan oleh guru tersebut untuk mengajar tajuk jawi
adalah dengan menggunakan kad berwarna dan peta i-think.

Menurut Baharom Mohamad & Ilyas Ibrahim (2009), guru boleh memotivasikan pelajar
dengan merangsangkan pelajar supaya terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan kumpulan,
penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan saling membantu. Oleh itu, guru
tersebut juga turut menjalankan aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar dengan
membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan mengarahkan setiap pelajar perlu
menceraikan satu huruf jawi daripada perkataan yang diberikan kepada kumpulan masing-

1
masing. Melalui cara ini, pelajar lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan
diperlukan[ CITATION Bah09 \l 1033 ].

Setelah itu, guru tersebut juga turut memberikan ganjaran kepada kumpulan yang telah
berjaya menceraikan huruf jawi dengan betul. Melalui ganjaran, motivasi dalam kalangan
pelajar dapat ditingkatkan kerana ia merupakan salah satu cara yang boleh digunakan oleh
guru untuk menggalakkan pelajar terus melakukan tugas sehingga boleh menimbulkan minat
dan keseronokan dalam diri mereka. Selain itu, tugas yang memotivasikan pelajar juga akan
menggalakkan proses kognitif secara efektif di mana pelajar akan lebih faham dan lebih mudah
untuk ingat serta dapat menggunakan idea tersebut di masa hadapan seperti mana yang
dinyatakan oleh Eric M. Anderman & Lynley Hicks Anderman (2010) di dalam bukunya yang
bertajuk “Classroom Motivation”.

Sepanjang saya menjalankan aktiviti PBS di sekolah ini, terdapat beberapa cabaran
yang perlu saya atasi. Antaranya ialah kesuntukan waktu untuk menemubual pelajar. Hal ini
adalah kerana, minggu tersebut merupakan minggu peperiksaan, maka pelajar perlu membuat
persediaan bagi menghadapi peperiksaan seterusnya. Bagi mengatasi masalah tersebut, saya
telah menemu bual pelajar yang tidak menghadapi pepriksaan, iaitu pelajar tahap satu pada
sesi petang. Minggu peperiksaan juga telah menutup peluang bagi kami untuk memerhatikan
guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, saya
terpaksa pergi ke kelas pada sesi petang bagi memerhatikan cara guru menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Rumusan yang boleh saya buat sepanjang melaksanakan aktiviti PBS ini ialah, saya
telah mendapat banyak pengalaman baharu yang membuatkan saya sedar bahawa tugas
seorang guru di sekolah bukanlah sesuatu tugas yang mudah justeru memerlukan persiapan
yang mantap daripada segi fizikal, emosi dan mental. Selain itu, penerapan motivasi kepada
pelajar perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa menguasai
pembelajaran di dalam kelas.

2
RUJUKAN

Baharom Mohamad & Ilyas Ibrahim. (2009). Bagaimana Memotivasikan Pelajar. KUALA LUMPUR: PTS
PROFESSIONAL PUBLISHING SDN. BHD.

Eric M. Anderman & Lynley Hicks Anderman. (2010). Classroom Motivation. UNITED STATES of
AMERICA: PEARSON EDUCATION.

3
LAMPIRAN
1. Pemerhatian terhadap cara guru mengajar di dalam kelas.

- Guru mengajar menggunakan alat bantu mengajar iaitu kad berwarna dan mengajar
dalam bentuk peta i-think.
-

- Aktiviti berpusatkan kepada murid dilakukan secara berkumpulan.

4
- Murid membentangkan hasil tugasan di hadapan kelas dan guru mengesahkan jawapan
murid.

- Murid yang dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang diberikan sticker berbentuk
bintang yang juga dikenali sebagai ganjaran.

5
2. Sesi temu bual bersama guru besar sekolah dan murid tahun 3.

You might also like