Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KEGEMILANGAN KERAJAAN MELAYU MELAKA

Oleh: Antiq Sufi Pagaruyung


Zaman kegemilangan empayar Melaka adalah disebabkan kerana hubungan diplomatik dengan
Cina, kedudukan geografi yang strategik, Melaka sebagai pusat penyebaran agama islam,
peranan orang laut, Melaka sebagai pusat dagangan dunia, Melaka sebagai Bandar pelabuhan,
sebagai pusat intelektual, pemerintah daripada keturunan raja Melaka, sistem pentadbiran yang
teratur dan strategic serta sebagai sebuah empayar yang besar dan kukuh telah membawa
kepada kegemilangan Melaka pada kurun ke-15 dan awal abad ke-16. Kemunculan beberapa
pemerintah yang bijak dan cekap contohnya seperti Parameswara, Sultan Mansur Syah, Sultan
Muzafar Syah, Sultan Alauddin Ri’ayat Syah dan Tun Perak juga turut membawa kepada
pengukuhan kerajaan Melayu Melaka pada kurun tersebut.
Perluasan kuasa ke atas kawasan-kawasan tersebut turut membawa kepada perkembangan
ekonomi kepada Melaka hasil daripada kekayaan ekonomi yang diperoleh daripada negeri yang
ditakluki contohnya pengeluaran emas dari Pahang dimasukkan ke dalam perbendaharaan
Melaka.
Seorang penulis Portugis lain De Barros memberi tahu bahawa tarikh Melaka dibuka kira-kira
250 tahun terlebih dahulu sebelum itu. Lebih mengelirukan, terdapat pula pendapat seorang ahli
sejarah lain iaitu Gasper Correa sebagai mana yang terdapat dalam bukunya “Lendes Da India”.
Bahawa Melaka telah wujud lebih kurang tujuh kurun lamanya sebelum ditawan oleh Portugis.
Dalam kurun ke-15, Melaka telah berkembang menjadi sebuah emporium yang penting. Menurut
kata Tom Pires, ‘sebegitu penting serta menguntungkan hingga pada pandangan saya tiada
bandingannya dalam dunia ini’. Hal ini menunjukkan bahawa pada abad ke-15 dan ke-16 Melaka
adalah sebuah kerajaan yang agung sebagai pusat perdagangan
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting
di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat
perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk
memasarkan rempah mereka. Keadaan ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang
berkata :
“Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia”
Mengikut Sejarah Melayu, Melaka digelar oleh orang Arab sebagai “Malakat” iaitu perhimpunan
segala dagang-dagang. Ini bermakna pedagang-pedagang dari seluruh dunia melakukan aktiviti
perdagangan di pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16. Pedagang-pedagang ini
terdiri daripada pelbagai bangsa.
Dari segi sejarahnya ternyata bahawa Melaka adalah sebuah negara kota dan pelabuhan yang
cukup terkenal, khasnya pada ke-15 dan abad ke-16. Kemajuan dan kemakmuran Melaka
adalah kerana beberapa faktor. Antaranya ialah kedudukan geografinya yang strategik. Hal ini
adalah kerana Melaka terletak di tengah-tengah perjalanan antara Timur dan Barat yang dapat
menghubungkan antara kumpulan pedagang-pedagang dari Asia Barat dan Eropah, Asia
Selatan(India), Burma, kawasan serantau di Alam Melayu, Indochina, Asia Timur(China, Jepun
dan Korea).
Menurut Relazione Del Primo Viaggio Intorno Al-Mondo (Report On The First Voyage Around
The World) karangan Antonio Pigafetta, kekuatan Melaka pada waktu itu adalah 20,000 orang
tentera yang terdiri daripada tentera tempatan selain tentera upahan dari Jawa, Parsi dan
beberapa negeri Islam yang lain.
Kelengkapan senjata Melaka adalah 3,000 artileri (meriam) dan 20 gajah perang serta senjata
api seperti istinggar (senapang kuno yang berasal dari Turki) serta meriam-meriam kecil.
Manakala menurut Malacca History karangan Haji Buyong Adil yang memetik daripada Sejarah
Melayu, kelengkapan pertahanan Melaka amat lengkap untuk berhadapan dengan Portugis.
Sejarah Kota Melaka
Sejarah Empayar kota Melaka pada zaman kegemilangannya. Sebahagian besar daripada
lakaran ini belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak di negara kita kerana ianya boleh
dikatakan fresh dari sumber utama yang diperolehi dari Belanda dan Portugal. Oleh itu anda
bertuah kerana dapat menatapnya disini. Namun ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada
banyak lakaran yang berjaya dibawa pulang oleh team Pengkaji Universiti. Diharapkan artikel
kali ini dapat membuka kotak pemikiran kita dengan lebih luas tentang ketamadunan bangsa
Melayu pada zaman silam.
Sebenarnya para pembaca sekalian, semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico
Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510 pihak Portugis sering menghantar
pengintip mareka ke Melaka untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan,,
masyarakat dan kerajaan Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa oleh portugis yang
datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi pertahanan Melaka.
Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan kedudukan Bandar
pelabuhan Melaka berjaya direkodkan. Antara lakaran tersebut ada menunjukkan bentuk tembok
kota Melaka dan pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan
seperti batu laterit. Bahan binaan ini sememangnya banyak terdapat di Melaka. Kedua dua
pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada tahun 1507 dan Jorge De Aguilar yang
datang pada tahun 1508, telah menghantar maklumat kepada sejarawan kerajaan Portugal iaitu
Joan De Barros.
Dari lakaran yang dibuat, ia membuktikan tentang teknologi Melayu pada zaman tersebut.
Pembangunan fizikal dan infrastruktur Melaka ternyata mempunyai ciri-ciri keselamatan yang
mantap dan setanding dengan keududkan kota di Negara Asia lain. Dalam hal ini kemungkinan
juga kerajaan Melaka mendapat tenaga buruh daripada orang gujerat yang memang terkenal
bukan sahaja sebagai pedagang tetapi juga sebagai tukang pembina rumah dan bangunan. Hal
ini juga menggambarkan wujudnya semangat kerjasama yang erat diantara tukang-tukang
Melayu dan India Islam di Melaka dari aspek pembangunan kota dan pelabuhan yang
pentadbiranya berpandukan hukum Islam.
Maklumat yang diperolehi daripada lakaran yang diterbitkan di Belanda pada tahun 1508 itu juga
menunjukkan bahawa pintu gerbang ke kota Melaka yang ada sekarang sebenarnya bukanlah
dari bahan binaan asal portugis. Berdasarkan lakaran yang ditemui melalui penelitian yang telah
dibuat, mendapati asal binaan Melayu Melaka yang dimusnahkan Portugis telah diganti serta
diubahsuai mengikut senibina Portugis. Senibina yang sama dilihat di Goa, Macao dan Ternate.
Maklumat ini cukup membanggakan orang melayu khasnya dan Nusantara amnya kerana
lakaran ini menjadi bukti nyata tentang ketamadunan Melaka pada waktu tersebut. Bermakna
bahawa lakaran tersebut melambangkan betapa keupayaan orang Melayu mempamerkan
kemampuan yang menjadi kemegahan bangsa dan negerinya yang setanding dengan bangsa
lain. Dalam hal ini maklumat yang dicatat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah mampu
merakamkan pencapaian peradaban dan Tamadun Melayu pada ketika itu.
Lakaran portugis juga turut merakamkan peristiwa peperangan yang berlaku diantara armada
Portugis dengan Melaka. Dari lakaran tersebut diperlihatkan bahawa meriam-meriam daripada
kapal Portugis dapat merosakkan benteng-benteng pertahanan orang Melaka dan juga kapal-
kapal yang dimiliki oleh saudagar Islam. Dalam lakaran tersebut juga terlihat dikejauhan
bangunan –bangunan yang terdapat di dalam kota Melaka dan di pelabuhan Melaka. Jelas
daripada lakaran tersebut terdapatnya sebuah banggunan yang mempunyai kubah dan menara
yang berkemungkinan adalah masjid Melaka atau mungkin juga istana. Terdapat juga beberapa
buah lagi bangunan yang berderet-deret yang kelihatan diperbuat daripada batu atau konkrit dan
mempunyai lebih daripada dua tingkat, bangunan ini berkemungkinan adalah istana sultan atau
sebuah bangunan yang terpadat di dalam kompleks kota pelabuhan Melaka
Terdapat sebuah lagi lakaran yang berjaya diperolehi oleh mahaguru saya dari arkib dan
peprustakaan di Lisbon dan Belanda. Kunjungan wakil pedagang Portugis iaitu Lopez De
Sequeiraa pada 1509 ke kota Melaka disambut menurut adat kebesaran tetamu kenamaan dari
negeri luar ada dilakarkan. Dalam lakaran ini beliau telah diberi penghormatan untuk
menunggang gajah yang menjadi salah satu pengangkutan resmi kerajaan Melayu. Dalam
perarakan menuju ke istana Melaka, De Sequera diiringi rombongan Portugis. Lakaran ini juga
memperlihatkan senibina tembok kota dan pintu gerbang istana sultan Melaka yang diperbuat
daripada bahan-bahan binaan yang kukuh. Berdasarkan kepada lakaran ini, bahan binaan
tembok adalah daripada batu putih tempatan. Manakala Istana Sultan Melaka juga diperbuat
daripada bahan binaan yang sama. Oleh itu istana Melaka yang terdapat di Melaka sekarang
tidak menepati senibina istana asal yang diperbuat hampir keseluruhan dari batubata. Perarakan
tersebut menarik perhatian sebilangan penduduk Melaka yang hairan dengan kedatangan
Portugis. Dalam lakaran tersenut juga memperlihatkan pengawal-pengawal dan hulubalang yang
berada di luar pagar Melaka membawa tombak dan busur panah yang amat besar. Mereka juga
memakai pakaian yang melebihi separas lutu dan melilit pinggang dengan lain bercorak.
Pakaian mereka tak ubah seperti pakaian zaman Rom. Istana Melaka yang dilakarkan tersebut
mempunyai balkoni atau berandah yang menghadap ke arah pelabuhan dan sultan dilihat
sedang duduk diatas balcony sambil menunggu kedatangan utusan Portugis bersama para
menteri dan hulubalang. Istana ini juga bertingkat-tingkat seperti yang dikatakan dalam Sejarah
Melayu.

You might also like