Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE 3 SK LEPAR 2019

Tarikh : 4 Oktober 2019 (Jumaat)


Masa : 8.30 Pagi
Tempat : War Room SK Lepar

Hadir :

1. En. Zul hilmee Bin Siran (Yang Dipertua)


2. En. Fazli B Saugi (Timbalan Yang Dipertua)
3. En. Ronnie Shazlan b Shaari (Yang Dipertua 2)
4. Pn. Norsiah B Morshidi (Setiausaha Kehormat)
5. En. Mohamad Khairul Amir Bin Zainudin (Naib Setiausaha Kehormat)
6. Pn. Noziana Bt Abd Satar (Bendahari Kehormat)
7. Pn. Salina Bt Abd Ghafar (GPK Pentadbiran)
8. En. Jamaludin B Ayob (GPK Kokurikulum)
9. En Shaipuddin B Hashim (GPK Hal Ehwal Murid)
10. Tuan Nur Syuhada Bt Tuan Mohamad
11. Pn. Siti Azira Bt Jusuh
12. En. Wan Zul Fazli Bin Wan Ismail
13. En. Aminudin Anuar B A. Aziz
14. Pn. Aidawati Bt Seman
15. En. Ruslan B Abdullah
16. Pn Mariatul Khiftiah Bt Abdullah
17. Pn. Noor Azlina Bt Ramli
18. Pn. Latifah Binti Omar
19. Pn. Jumatun Bt Ahmad
20. En. Firdausatunnuzula Bin Ramli

Hadir bersama :
En Arman B Mohamad Husin (Guru Besar SK Lepar)

Tidak hadir bersebab :


1. En. Mohd Akmal B Zulkifly
2. Pn. Azni Bt Abd Latif

1.0 UCAPAN PENASIHAT

1.1 En. Arman mengucapkan salam kepada dan berterima kasih kepada AJK PIBG yang
menghadiri mesyuarat kali ke tiga untuk tahun 2019.
1.2 Beliau juga sangat berpuas hati dengan kehadiran ahli jawatankuasa PIBG pada kali ini
yang lebih ramai berbanding dengan mesyuarat bil. 2 sebelum ini.
1.3 Menyatakan bahawa beberapa perkara yang penting perlu dibincangkan dan
berharap agar semua pihak dapat mencapai kata sepakat untuk program sekolah yang
akan datang.
Makluman: Semua AJK
2.0 UCAPAN YANG DIPERTUA

1
2.1 Encik Zulhilmee mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK PIBG dalam
mesyuarat kali ini.
3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU :

Pencadang : Pn. Noziana Bt Abd Satar


Penyokong : Tuan Nur Syuhada Bt Tuan Mohamad
Makluman : Semua AJK

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


4.1 Tuan NYDP, En. Fazli menyatakan perkara yang berkaitan dengan Perlembagaan PIBG
yang perlu diwujudkan.
4.2 Encik Roslan menjelaskan bahawa Perlembagaan PIBG sudah tersedia dan wujud
dalam fail PIBG.
4.3 En. Fazli juga membangkitkan hal yang berkaitan dengan cadangan bacaan Yaasin yang
dilaksanakan pada waktu pagi setiap hari.
4.4 Ustaz Shaifuddin menjelaskan program bacaan Yaasin pada waktu pagi setiap hari
ditukarkan kepada waktu minggu pertama setiap bulan.
4.5 En. Fazli membentangkan pelan cadangan pembinaan dewan terbuka SK Lepar.
Cadangan pembinaan dewan terbuka dilaksanakan berbentuk dewan yang
mempunyai atap yang lebih tinggi bagi memudahkan beberapa aktiviti kokurikulum
dilaksanakan.
4.6 En. Arman berharap agar laporan daripada setiap biro dalam agenda mesyuarat perlu
diwujudkan.
4.7 Beliau juga menyatakan cadangan pembinaan pondok menunggu bas ditangguhkan
buat seketika dan penumpuan diberikan kepada pembinaan dewan terbuka.
4.8 Cadangan pembinaan pondok menunggu bas bertujuan untuk mengelakkan kesesakan
lalu lintas terutamanya pada waktu datang dan pulang dari sekolah. Ia juga disebabkan
tiada kemudahan tempat menunggu bas dan ekoran peningkatan bilangan murid
setiap tahun.
4.9 Sumbangan telah diberikan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebanyak
RM 20 000.

Makluman : Semua AJK

5.0 PERKARA YANG DIBINCANGKAN


5.1 Laporan Kewangan Oleh Bendahari PIBG, Pn Norziana (Rujuk Lampiran Penyata
Kewangan PIBG SK Lepar 2019).
5.1.1 Bendahari membentangkan laporan kewangan Bil. 2 tahun 2019

Pencadang : Pn. Norsiah Binti Morshidi


Penyokong : En. Mariatul Khiftiah Binti Abdullah

Tindakan : Bendahari
5.2 GPK Pentabdiran (Pn Salina) – Program Pasca UPSR
5.2.1 Pn Salina memaklumkan keputusan UPSR adalah pada akhir bulan November
2019.
5.2.2 Program yang akan dirancang selepas UPSR adalah program pagi seperti
Quranic Circle, solat dhuha, solat hajat, senaman pagi dan PAFA serta
pertandingan menyediakan sandwich dan pertandingan membuat kuih
karipap.

2
5.2.3 PDPC pasca UPSR diberikan penumpuan kepada mata pelajaran elektif seperti
PAI, Sejarah, RBT dan TMK.
5.2.4 Panitia Sejarah juga akan mengadakan lawatan Sejarah ke Sungai Lembing
bagi menyiapkan tugasan kerja khusus mata pelajaran Sejarah.
5.2.5 Cadangan tarikh peperiksaan akhir tahun pada empat hingga lapan November
2019 yang hanya kepada murid tahun empat, lima dan enam.
5.2.6 Peperiksaan akhir tahun untuk murid tahun 6 hanya mata pelajaran elektif
sahaja.
5.2.7 Penilaian PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) hanya untuk murid tahap satu sahaja.
5.2.8 Bagi Anugerah Kecemerlangan Murid, pihak sekolah akan mengadakan sesi
ujian untuk menilai tahap pencapaian murid di dalam kelas.
5.2.9 Program pagi sekolah yang bermula pada pukul 7.30 hingga 7.50 pagi setiap
hari dijalankan sebagai persiapan untuk murid sebelum masuk ke kelas.
5.2.10 Murid diminta untuk datang lebih awal sebelum pukul 7.30 pagi setiap hari.

Makluman : Semua AJK

5.3 Tuan GB (En. Arman)


5.3.1 Beliau memaklumkan Tahap dua diberikan hadiah semasa Hari Anugerah
Cemerlang berdasarkan markah dalam peperiksaan akhir tahun.
5.3.2 Murid Tahap satu pula, sekolah akan mengadakan ujian untuk menguji tahap
pencapaian murid dan hadiah akan diberi semasa hari anugerah.

Makluman : Semua AJK

5.4 Laporan Biro-biro


5.4.1 GPK Hal Ehwal Murid (Ustaz Shaipuddin) – Biro Bina Insan
5.4.1.1 Ustaz Shaipuddin memaklumkan kehadiran murid pada tahun ini
menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2018.
5.4.1.2 Sekolah akan mengadakan lawatan ke Melaka untuk murid kehadiran
penuh sepanjang tahun 2019.
5.4.1.3 Program Bina Insan yang dilaksanakan pada tahun ini adalah :
i. solat hajat awal tahun
ii. bacaan Surah Yaasin pada minggu pertama setiap bulan
iii. Quranic Circle
iv. program berbuka puasa dan khatam al-Qur’an
v. majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah
vi. motivasi murid tahun enam
vii. solat hajat perdana sempena peperiksaan UPSR dan UPKK
viii. ceramah agama sempena Israk Mikraj
ix. program mengacau bubur asyura

Makluman : Semua AJK

5.4.2 GPK Kokurikulum (En. Jamaludin) – Biro Kokurikulum


5.4.2.1 En. Jamaludin menyatakan bahawa SK Lepar akan menghantar skuad
hoki ke kejohanan Hockey Kuantan Challenge Seven Side di Stadium
Hoki Kuantan yang merupakan kejohanan yang kedua yang terbesar di
Malaysia. Permainan hoki merupakan kebitaraan sukan SK Lepar.

3
5.4.2.2 Pihak sekolah amat berterima kasih kerana perbelanjaan makanan
dan minuman disumbangkan oleh ibubapa.
5.4.2.3 Perkhemahan akan diadakan pada 11 Oktober 2019. Kos keseluruhan
perkhemahan bagi seorang murid ialah RM 65 dan daripada kos
tersebut, sekolah memerlukan sumbangan RM20 daripada ibubapa.
5.4.2.4 Anggaran peruntukan untuk bahan masakan bagi aktiviti
perkhemahan ini adalah sebanyak RM 2000 untuk 90 orang peserta.
5.4.2.5 Sekolah memohon sumbangan daripada PIBG sebanyak RM 1000
untuk aktiviti perkhemahan.
5.4.2.6 Sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada pihak LKPP Lepar,
LKPP Meranti dan Agropolitan kerana membantu menyiapkan tapak
perkhemahan.
5.4.2.7 Peruntukan untuk Kempen Bulan Kemerdekaan Sekolah adalah
sebanyak RM 800.
5.4.2.8 Bagi Hari Anugerah Kecemerlangan, sekolah memohon sumbangan
daripada PIBG sebanyak RM2500.
5.4.2.9 Penubuhan Kelab Komunikasi dan Multimedia bertujuan untuk
mengasah bakat murid terutamanya dalam kemahiran komunikasi.
Oleh itu, pihak sekolah memohon sumbangan daripada PIBG sebanyak
RM480 bagi penyediaan baju kelab yang akan dipakai sewaktu Majlis
Anugerah Kecemerlangan Pelajar.

Tindakan dan Makluman : Bendahari dan Semua


AJK

5.4.3 YDP (En. Zulhilmee)


5.4.3.1 En. Zulhilmee memaklumkan jumlah kewangan dalam akaun PIBG
yang masih ada ialah sebanyak RM7692.
5.4.3.2 Sumbangan yang diluluskan kepada sekolah ialah sebanyak RM5060.
5.4.3.3 Baki yang masih tinggal ialah sebanyak RM2632.

Tindakan : Bendahari
PIBG
5.4.4 Tuan GB (En. Arman) – Program PPD Pekan
5.4.4.1 En. Arman menyatakan bahawa sekolah Kebangsaan Lepar adalah
sekolah TS 25.
5.4.4.2 Tiga ketetapan kemenjadian murid SK Lepar, iaitu:
i. bacaan doa
ii. beri salam
iii. menjadi pengacara majlis
5.4.4.3 Beliau menjelaskan amanat Tuan PPD Pekan, iaitu:
i. Program bacaan Bacaan Cepat Kawanku (BCK) iaitu murid
tahun 1 mesti berkebolehan membaca iaitu melepasi konstruk
4.
ii. Program BCK di peringkat prasekolah perlu melepasi konstruk
1.

4
iii. Murid tahun satu perlu melepasi Iqra’ tiga untuk enam bulan
pertama (Januari hingga Jun).
iv. Solat berjemaah pada waktu zohor (mengikut kelas).
v. Penetapan nilai murni dan kesedaran sivik dari prasekolah
lagi.
5.4.4.4 Calon-calon SK Lepar yang telah mendaftar Ujian Penilaian Kelas KAFA
(UPKK) adalah hanya seramai 38 orang daripada 50 orang murid yang
beragama Islam.
5.4.4.5 Sekolah akan promosikan kelas KAFA bagi memberikan galakan
kepada murid untuk sertai kelas KAFA.
5.4.4.6 Sekolah akan berbincang dengan KAFA untuk membuat bayaran yang
paling minima
5.4.4.7 Sekolah mencadangkan untuk membuat skima pinjaman buku teks
KAFA.
5.4.4.8 Bagi bantuan Yayasan Pahang pula, seramai 24 orang murid diluluskan
dan setiap orang akan dapat bantuan sebanyak RM300.
5.4.4.9 Bagi murid Pendidikan Khas, AJK PIBG membuat ketetapan agar murid
membuat pemeriksaan doktor bagi mendapatkan kad OKU. Kad ini
digunakan untuk kemasukan ke kelas PKI.
5.4.4.10 Bangunan Pendidikan Khas Inklusif (PKI) juga mendapat peruntukan
sebanyak RM 50,000 bagi pengubahsuaian bilik PKI.

Makluman : Semua AJK

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 En. Roslan menyatakan sumbangan untuk membeli papan target sebanyak RM700
ditangguhkan ke tahun hadapan.
6.2 Pn. Azlina mempertikaikan tentang masalah pemilihan tender kantin. Beliau
mempersoalkan sekolah yang mengekalkan pemegang tender kantin yang terlalu lama
iaitu sudah hampir lapan tahun.
6.3 En. Arman dan Ustaz Shaifuddin menjelaskan pemilihan calon tender kantin kantin
sekarang masih menepati kriteria yang ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu dari segi
harga yang berpatutan dan kualiti makanan mengikut standard KKM.
6.4 En. Arman juga mencadangkan agar temuduga akan dibuat pada tahun hadapan untuk
pemilihan tender kantin sekolah.
Makluman : Semua AJK

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

...................................... ..........................................
NORSIAH BINTI MORSHIDI ZUL HILMEE BIN SIRAN
Setiausaha Kehormat Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Lepar Sekolah Kebangsaan Lepar

5
6

You might also like