Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BAHARU


45200 SABAK BERNAM, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PEWARIS


KALI PERTAMA

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bilangan Mesyuarat : Kali ke-1
Tarikh : 24 Februari 2017
Masa : 10.30 – 12.00 tengahari
Tempat : Kelas Prasekolah SK Kampong Baharu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. Pn. Siti Zuraiha binti Dahalan GPK Pentadbiran dan Kurikulum
2. Pn. Rohayu binti Bakri GPK Kokurikulum
3. Pn. Siti Munirah binti Roslan Guru Prasekolah
4. Pn. Misnah binti Darman Ibu Murid
5. Pn. Nor Aishah binti Nordin Ibu Murid
6. Pn. Norasekin binti Mat Saman Ibu Murid
7. Pn. Jamaiyah binti Ariffin Penjaga Murid

Tidak Hadir Bersebab

Bil Nama Jawatan


1. Pn. Misliyanti binti Sabirin Ibu Murid
2. En. Zamri bin Ibrahim Bapa Murid

Urus Setia Mesyuarat :

1. Pn. Siti Munirah binti Roslan Setiausaha semasa

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Dimulai dengan bacaan surah al-Fatihah


1.2 Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ibu dan penjaga dan guru
untuk menghadiri mesyuarat PEWARIS kali pertama ini untuk tahun ini.
1.3 Menjelaskan bahawa mesyuarat kali pertama ini adalah untuk melantik AJK
PEWARIS 2017 dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan
prasekolah.
1.4 Memaklumkan PK Hal Ehwal Murid tidak dapat bersama kerana hadir urusan luar
yang penting.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Pembentang : Puan Siti Zuraiha binti Dahalan


Pencadang : Pn. Misnah binti Darman
Disokong : Pn. Nor Aishah binti Nordin
3.0 PERKARA BERBANGKIT

1
SPSK PK 07/3

Tiada perkara berbangkit.

4.0 PERKARA BAHARU


4.1 Ucapan Penyelaras Prasekolah, Pn. Siti Munirah binti Roslan.

4.1.1 Berterima kasih kepada Guru Penolong Kanan dan juga para ibu dan
penjaga yang bersama dalam mesyuarat kali ini.
4.1.2 Memaklumkan bilangan murid prasekolah pada tahun ini ialah 6 orang.
4 orang berusia 6 tahun dan 2 orang berusia 5 tahun pada tahun ini.
Meminta para ibu dan penjaga yang hadir untuk maklumkan kepada beliau
jika tahu ada kanak-kanak yang layak tetapi tidak mengikuti pembelajaran
pada tahun ini.
4.1.3 Memaklumkan kanak-kanak berusia 4 tahun tidak boleh mengikuti
pembelajaran prasekolah KPM kerana tidak dilindungi insuran.
Tindakan : Makluman

4.1.4 Memberikan taklimat ringkas mengenai kurikulum semakan.


Memaklumkan bahawa setiap hari murid-murid akan keluar bermain
dengan pemantauan guru dan PPM. Mohon kerjasama ibubapa dan
penjaga untuk memastikan pakaian dan kasut anak-anak kemas untuk
keesokkannya.
Tindakan : Ibubapa dan Penjaga

4.1.5 Memberikan taklimat mengenai peraturan prasekolah, peraturan pakaian


murid-murid ke prasekolah, misi dan visi prasekolah dan barang-barang
yang dilarang di bawa ke sekolah oleh murid-murid.
Tindakan : Ibubapa dan Penjaga

4.1.6 Memaklumkan kepada yang hadir peruntukkan yang diberikan KPM


kepada setiap murid untuk aktiviti pembelajaran tahun ini.
4.1.7 Memaklumkan bahawa lebihan duit tabungan prasekolah yang dipersetujui
untuk tahun 2016 digunakan untuk membayar baki harga mesin cetak dan
diletakkan di prasekolah.
4.1.8 Berterima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga yang banyak
memberikan sokongan kepada pihak sekolah dan guru prasekolah
khasnya untuk mengajar dan mendidik anak-anak mereka. Diharapkan
komitmen ini berterusan.
4.1.9 Mengharapkan ibubapa atau penjaga dapat bersama membantu anak-
anak dalam pembelajaran. Ini bagi membantu guru prasekolah
menyediakan murid-murid yang menguasai membaca, menulis, dan
mengira dengan baik sebelum ke darjah 1.
Tindakan : Makluman

4.2 Pelantikan AJK PEWARIS 2017 diketuai oleh PK Pentadbiran.

2
SPSK PK 07/3

4.2.1 Memberi penerangan mengenai kepentingan Jawatankuasa PEWARIS


4.2.2 Menggugurkan ahli Jawatankuasa PEWARIS 2016 dengan rasminya.
4.2.3 Mengadakan perlantikan AJK PEWARIS bagi sesi 2017.
4.2.4 Mencadangkan pelantikan adalah secara sebulat suara memandangkan
bilangan ibubapa dan penjaga yang tidak ramai. Semua yang hadir
bersetuju.

AJK PEWARIS PRASEKOLAH SK KAMPONG BAHARU 2017:

Penasihat : Pemangku Guru Besar, Pn. Siti Zuraiha binti Dahalan


(PK Pentadbiran)

Pengerusi : Pn. Misnah binti Darman


Naib Pengerusi : Pn. Norasekin binti Mat Saman
Setiausaha : Pn. Siti Munirah binti Roslan (Guru Prasekolah)
Bendahari I : Cik Zubaidah binti Hashim (Pembantu Tadbir SKKB)
Bendahari II : Pn. Norazian binti Aswad (PPM Prasekolah)
AJK : 1) Pn. Nor Aishah binti Nordin
2) Pn. Jamaiyah binti Ariffin

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Makluman Guru Prasekolah
5.1.1 Memaklumkan pendaftaran prasekolah untuk sesi pembelajaran 2018 telah
dibuka. Guru akan berikan surat hebahan kepada murid-murid.
Tindakan : Guru Prasekolah.

5.1.2 Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web atau mengambil borang
pendaftaran di pejabat.
Tindakan : Ibubapa dan Penjaga
5.1.2 Beliau mohon ibubapa dan penjaga untuk membuat hebahan kepada
jiran-jiran yang mempunyai anak-anak yang berusia 4 atau 5 tahun pada
tahun ini untuk mendaftar anak-anak mereka.
Tindakan : Ibubapa dan Penjaga
5.1.3 Beliau mengharapkan semua ibubapa dan penjaga untuk memberikan
sokongan dalam apa jua bentuk kepada guru.
5.1.4 Beliau memaklumkan bayaran baju sukan sekolah boleh diserahkan
kepada beliau atau PPM.
Tindakan : Ibubapa dan Penjaga

5.2 Ucapan PK Kokurikulum

3
SPSK PK 07/3

5.2.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua ibu dan penjaga yang hadir
untuk mesyuarat pada kali ini.
5.2.2 Memaklumkan aktiviti sukan tahunan prasekolah dibuat bersama dengan
aliran perdana kerana bilangan murid sekolah ini yang sedikit.
5.2.3 Berterima kasih kepada para ibu bapa atas sokongan kepada pihak
sekolah dan juga prasekolah khasnya kerana memenuhi jemputan
menghadiri aktiviti yang diadakan di sekolah.
5.2.4 Memaklumkan belian baju sekolah. Setiap tahun murid-murid SK
Kampong Baharu perlu membeli baju sekolah, murid prasekolah juga tidak
terkecuali.

6. PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi atas kehadiran semua ibu dan
penjaga serta persetujuan daripada semua untuk bayaran baju sukan sekolah.
6.2 Beliau mengharapkan sokongan para ibubapa dan penjaga bagi bersama guru
mendidik dan membantu anak-anak SK Kampong Baharu untuk berjaya dan
menjadi orang yang baik.
6.3 Majlis disudahi dengan bacaan surah Wal-Asr’.
6.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.50 pagi.

Disediakan oleh,

Urus setia,
Mesyuarat PEWARIS,
Bilangan 1 Tahun 2017.

Tarikh : 2 Mac 2017.

You might also like