Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

1.

0 Pengenalan

1.1 Komponen perbelanjaan agregat (AE) dan penawaran agregat (AS)

Perbelanjaan agregat (AE) merupakan jumlah perbelanjaan yang dibuat oleh isi rumah,
firma dan kerajaan. Komponen perbelanjaan agregat (AE) dalam ekonomi tiga sektor
terdiri daripada perbelanjaan penggunaan (C), pelaburan firma (I) dan juga perbelanjaan
kerajaan (G).

AE = C + I + G

Perbelanjaan penggunaan (C) ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor isi rumah ke
atas barang akhir dan perkhidmatan. Dalam ekonomi tiga sektor, perbelanjaan penggunaan
ialah perbezaan antara pendapatan negara dengan tabungan dan cukai. ( C=Y-S-T )

Pelaburan firma (I) merujuk kepada perbelanjaan firma terhadap barang modal untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

Perbelanjaan kerajaan (G) ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor kerajaan yang
terdiri daripada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan
mengurus ialah perbelanjaan untuk membayar pendapatan kepada isi rumah seperti gaji
kakitangan awam. Perbelanjaan pembangunan ialah pembayaran kepada sektor isi rumah
terhadap pelaburan awam yang dilakukan seperti hospital dan kolej matrikulasi.

Penawaran agregat (AS) sama dengan pendapatan negara (Y). Di mana, AS = Y. Dalam
ekonomi tiga sektor, sebahagian dibayar kepada kerajaan dalam bentuk cukai dan bakinya
akan ditabungkan. Oleh itu, komponen penawaran agregat iaitu pendapatan negara terdiri
daripada penggunaan (C), tabungan (S) dan cukai (T), iaitu

Y=C+S+T

Tabungan (S) ialah sebahagian daripada pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan
atau disimpan di institusi kewangan.

1.2 Syarat umum keseimbangan pendapatan negara berdasarkan pendekatan AE-AS

Dalam ekonomi tiga sektor, penawaran agregat (AS) sama dengan pendapatan negara
(Y). Perbelanjaan agregat (AE) terdiri daripada penggunaan (C), pelaburan (I) dan

1
perbelanjaan kerajaan (G) . Keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila jumlah
penawaran agregat sama dengan jumlah perbelanjaan agregat, iaitu:-

AS=AE

Y = AE

Y= C + I + G

2.0 Jelaskan proses keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor dengan
menggunakan pendekatan penawaran agregat dan perbelanjaan agregat (AS-AE)

2.1 Keseimbangan ekonomi tiga sektor

Dalam ekonomi tiga sektor, terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan
tingkat keseimbangan pendapatan negara dengan menggunakan pendekatan AS-AE iaitu
kaedah jadual , pengiraan (persamaan) dan rajah (keluk).

Kaedah jadual

Diberikan dalam ekonomi tiga sektor, penggunaan (C), pendapatan boleh guna (Yd),
pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan (G) dan cukai (T) adalah seperti berikut. (Dalam RM
juta)

C = 500 + 0.8 Yd, Yd = Y – T, I = 200, G = 180, T = 100

Fungsi penggunaan (C) selepas cukai :

Ct = 500 + 0.8 ( Y – 100 )

Ct = 500 + 0.8Y – 80

Ct = 420 + 0.8Y

Pendapatan Penggunaan Pelaburan Perbelanjaan Perbelanjaan Keadaan


Negara (Y) (Ct) (I) kerajaan (G) agregat (AE)
AE=Ct+I+G
(RM juta) (RM juta) (RM juta) (RM juta) (RM juta)
0 420 200 180 800 AE > AS
1000 1220 200 180 1600
Lebihan AE
2000 2020 200 180 2400

2
3000 2820 200 180 3200
4000 3620 200 180 4000 Keseimbangan
5000 4420 200 180 4800 AS > AE
6000 5220 200 180 5600
Lebihan AS
7000 6020 200 180 6400
8000 6820 200 180 7200
Jadual 1: Keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tiga sektor dengan pendekatan
penawaran agregat dan perbelanjaan agregat.

Lajur 1 pada jadual di atas merupakan pendapatan negara, lajur 2 menunjukkan


penggunaan selepas cukai lump-sum, lajur 3 menunjukkan pelaburan dan lajur 4
menunjukkan perbelanjaan kerajaan. Dalam ekonomi tiga sektor, perbelanjaan agregat (AE)
terdiri daripada perbelanjaan penggunaan selepas cukai, pelaburan dan perbelanjaan kerajaan.
Jadi lajur 5 diperolehi dengan menjumlahkan lajur 2, 3 dan 4.

Berdasarkan jadual 1, tingkat keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tiga


sektor ialah RM 4000 juta di mana perbelanjaan agregat (AE) sama dengan pendapatan
negara (Y).

Pada tingkat pendapatan Y kurang dariapda RM 4000 juta, AE lebih besar daripada AS
(AE > AS), berlaku ketidakseimbangan pendapatan negara , berlaku lebihan AE
menunjukkan berlaku kekurangan inventori. Hal ini menyebabkan penawaran industri
bertambah. Peningkatan keluaran menyebabkan pendapatan negara meningkat. Proses ini
akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada tingkat pendapatan RM 4000 juta.
Contohnya, pada tingkat pendapatan negara RM 3000 juta adalah tidak seimbang kerana
perbelanjaan agregat melebihi pendapatan negara sebanyak RM 200 juta (RM 3200 juta –
RM 3000 juta). Lebihan AE menunjukkan berlaku kekurangan inventori. Hal ini
menyebabkan penawaran industri bertambah. Peningkatan keluaran menyebabkan
pendapatan negara meningkat. Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan
pada tingkat pendapatan RM 4000 juta.

Pada tingkat pendapatan Y lebih dariapda RM 4000 juta, AS lebih besar daripada AE
(AS > AE), berlaku ketidakseimbangan pendapatan negara , berlaku lebihan AS
menunjukkan berlaku lebihan inventori. Hal ini menyebabkan penawaran industri berkurang.
Pengurangan keluaran menyebabkan pendapatan negara menurun. Proses ini akan berterusan
sehingga mencapai keseimbangan pada tingkat pendapatan RM 4000 juta. Contohnya, pada
tingkat pendapatan negara RM 5000 juta adalah tidak seimbang kerana pendapatan negara
melebihi perbelanjaan agregat sebanyak RM 200 juta (RM 5000 juta – RM 4800 juta).

3
Lebihan AS menunjukkan berlaku lebihan inventori. Hal ini menyebabkan penawaran
industri berkurang. Pengurangan keluaran menyebabkan pendapatan negara menurun. Proses
ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada tingkat pendapatan RM 4000 juta.

Kaedah pengiraan

Diberikan dalam ekonomi tiga sektor, penggunaan (C), pendapatan boleh guna (Yd),
pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan (G) dan cukai (T) adalah seperti berikut. (Dalam RM
juta)

C = 500 + 0.8 Yd, Yd = Y – T, I = 200, G = 180, T = 100

Fungsi penggunaan (C) selepas cukai :

Ct = 500 + 0.8 ( Y – 100 )

Ct = 500 + 0.8Y – 80

Ct = 420 + 0.8Y

Menghitung keseimbangan pendapatan negara tiga sektor dengan perdekatan (AS-AE),

AS = AE

Y = AE

Y = Ct + I + G

Y = 420 + 0.8Y + 200 + 180

Y = 800 + 0.8Y

0.2Y = 800

Y = RM 4000 juta

Keseimbangan pendapatan negara dapat dihitung melalui kaedah pengiraan apabila


penawaran agregat sama dengan perbelanjaan agregat iaitu RM 4000 juta.

4
Kaedah Rajah

Diberikan dalam ekonomi tiga sektor, penggunaan (C), pendapatan boleh guna (Yd),
pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan (G) dan cukai (T) adalah seperti berikut. (Dalam RM
juta)

C = 500 + 0.8 Yd, Yd = Y – T, I = 200, G = 180, T = 100

Fungsi penggunaan (C) selepas cukai :

Ct = 500 + 0.8 ( Y – 100 )

Ct = 500 + 0.8Y – 80

Ct = 420 + 0.8Y

Fungsi AE = Ct + I + G

= 420 + 0.8Y + 200 +180

AE = 800 + 0.8Y

Perbelanjaan agregat (AE)


(RM juta)
Y = AE

AE = 800 + 0.8Y

5600
E

2400

800

45°
Pendapatan Negara (Y)
0 (RM juta)
5
2000 4000 6000

Rajah 1

Berdasarkan rajah 1, garis 45° menunjukkan bahawa semua pendapatan negara


dibelanjakan (Y=AE). Keseimbangan pendapatan negara ditentukan pada RM 4000 juta
apabila fungsi perbelanjaan agregat AE = 800 + 0.8Y bersilang dengan 45° pada titik
keseimbangan E .

Pada tingkat pendapatan negara RM 2000 juta, perbelanjaan agregat melebihi penawaran
agregat (AE > AS) sebanyak RM 400 juta (RM 2400 juta – RM 2000 juta). Lebihan
perbelanjaan agregat menunjukkan berlaku kekurangan inventori. Hai ini akan menyebabkan
penawaran industri meningkat. Peningkatan keluaran menyebabkan pendapatan negara
meningkat. Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.

Pada tingkat pendapatan negara RM 6000 juta, penawaran agregat melebihi permintaan
agregat (AS > AE) sebanyak RM 400 juta (RM 6000 juta – RM 5600 juta). Lebihan
penawaran agregat menunjukkan berlaku lebihan inventori. Hai ini akan menyebabkan
penawaran industri menurun. Pengurangan keluaran menyebabkan pendapatan negara
menurun. Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.

2.2 Kesan perubahan perbelanjaan kerajaan (G) dan cukai sekali gus (T) terhadap
keseimbangan pendapatan negara.

Diberikan dalam ekonomi tiga sektor, penggunaan (C), pendapatan boleh guna (Yd),
pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan (G) dan cukai (T) adalah seperti berikut. (Dalam RM
juta)

C = 500 + 0.8 Yd, Yd = Y – T, I = 200 , G = 180 , T = 100

Ct = 420 + 0.8Y, AE = 800 + 0.8Y

Diberikan keadaan kerajaan meningkatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM 100 juta dan
pada masa yang sama cukai sekali gus juga dinaikkan sebanyak RM 50 juta.

△G = 100 , △T = 50

Keseimbangan asal (Pedekatan AS-AE)

Y = Ct + I + G

Y = 420 + 0.8Y + 200 + 180


6
Y = 800 + 0.8Y

Y = RM 4000 juta

Fungsi penggunaan (C) yang baru,


△C = - MPC x △T
Ct₁ = 500 + 0.8 ( Y – 150 )
= - 0.8 x 50
Ct₁ = 500 + 0.8Y - 120
= - RM 40 juta
Ct₁ = 380 + 0.8Y
△G + △C = 100 + (-40)
Keseimbangan baru (Pedekatan AS-AE)
= RM 60 juta
AS = AE

Y = AE

Y = Ct₁ + I + G

Y = 380 + 0.8Y + 200 + 280 ← G asal + △G = 180 + 100 = 280

Y = 860 + 0.8Y ← Fungsi AE baru


△S = - MPS x △T
0.2 Y = 860
= - 0.2 x 50
Y = RM 4300 juta
= - RM 10 juta

△S + △T = - 10 + 50
Keseimbangan asal (Pendekatan J-W)
= RM 40 juta
I + G = St + T

200 + 180 = -500 + 0.2 (Y – 100) + 100

Fungsi J asal → 380 = -420 + 0.2Y ← Fungsi W asal

Y = RM 4000 juta

Keseimbangan baru ( Pendekatan J-W)

I + G = St₁ + T

200 + 280 = -500 + 0.2 ( Y -150) + 150

Fungsi J baru → 480 = -380 + 0.2Y ← Fungsi W baru

7
Y = RM 4300 juta

Perbelanjaan agregat (AE)


(RM juta)
Y = AE

AE₁= 860 + 0.8Y


AE₀ = 800 + 0.8Y
E₁

E₀

△G + △C

860
800

45°
Pendapatan Negara (Y)
0 (RM juta)
4 000 4 300
J–W Rajah 2
W₁ = -380 + 0.2Y
(RM juta)
W₀ = -420 + 0.2Y
E₁ J₁ = 480
480

↑△G
E₀
380 J₀ = 380

↑△S + △T Pendapatan Negara (Y)


0 4 000 4 300 (RM juta)
-380

-420

Rajah 3
8
Pendekatan AS-AE

Pada rajah 2, E₀ ialah titik keseimbangan pendapatan negara asal apabila pendapatan
negara sama dengan perbelanjaan agregat asal (AE₀). Tingkat keseimbangan ditentukan pada
RM 4000 juta.

Pertambahan cukai sekali gus sebanyak RM 50 juta telah mengurangkan penggunaan


sebanyak RM 40 juta. Peningkatan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM 100 juta.
Pertambahan cukai sekali gus dan peningkatan perbelanjaan kerajaan telah menyebabkan
perbelanjaan agregat (AE) meningkat sebanyak RM 60 juta dan memindahkan fungsi
perbelanjaan agregat ke atas secara selari dari AE₀ ke AE₁. Pada tingkat keseimbangan asal
RM 4000 juta wujud lebihan perbelanjaan agregat, maka akan berlaku kekurangan
inventori. Hal ini menyebabkan firma menambahkan keluaran, menyebabkan pendapatan
negara meningkat. Proses ini akan berterusan sehingga pendapatan negara sama dengan
perbelanjaan agregat baru (AE₁) pada titik E₁. Kesannya, keseimbangan pendapatan negara
akan meningkat dari RM 4000 juta kepada RM 4300 juta, melalui proses pengganda.

Pendekatan J-W

Pada rajah 3, E₀ ialah titik keseimbangan pendapatan negara asal apabila suntikan asal
sama dengan bocoran asal ( J₀ = W₀ ). Tingkat keseimbangan ditentukan pada RM 4000 juta.

Pertambahan cukai sekali gus sebanyak RM 50 juta telah mengalihkan fungsi bocoran ke
atas secara selari dari W₀ ke W₁. Pertambahan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM 100 juta
memindahkan fungsi suntikan ke atas secara selari dari J₀ ke J₁. Pada pendapatan negara asal
RM 4000 juta, wujud lebihan suntikan yang menunjukkan berlakunya kekurangan inventori.
Hal ini menyebabkan firma meningkatkan keluaran. Peningkatan keluaran menyebabkan
pendapatan negara meningkat . Proses ini akan berterusan sehingga suntikan baru sama
dengan bocoran baru ( J₁ = W₁ ) pada titik E₁. Kesannya, keseimbangan pendapatan negara
akan meningkat dari RM 4000 juta kepada RM 4300 juta, melalui proses pengganda.

9
2.3 Kesan pengganda perbelanjaan kerajaan dan cukai terhadap lompang inflasi dan
lompang deflasi

Lompang Inflasi

Inflasi berlaku apabila perbelanjaan agregat melebihi penawaran agregat pada tingkat
pendapatan guna tenaga penuh. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan akan mengurangkan
perbelanjaan kerajaan sebanyak lompang inflasi. Ini menyebabkan perbelanjaan agregat
akan dikurangkan. Tingkat pendapatan negara akan kembali pada tingkat guna tenaga penuh
melalui proses pengganda. Akhirnya, masalah lompang inflasi dapat ditutup dan masalah
kenaikan harga barangan dapat dikawal.

Lompang inflasi juga boleh ditutup melalui penambahan cukai. Bocoran dalam ekonomi
akan bertambah. Pertambahan cukai akan mengurangkan pendapatan boleh guna masyarakat
dan seterusnya mengurangkan penggunaan. Perbelanjaan agregat turut berkurang, di mana
tingkat pendapatan negara akan jatuh sehingga mecapai pendapatan pada guna tenaga penuh
melalui proses pengganda. Maka masalah infasi dapat diatasi.

Perbelanjaan agregat (AE)


(RM juta)
Y = AE

AE = 800 + 0.8Y

L
Lompang
Inflasi I

800

45°

10
Pendapatan Negara (Y)
0 (RM juta)
3000 (Yf) 4000 (Ye)

Rajah 4 agregat yang melebihi pendapatan negara


Lompang inflasi merujuk kepada perbelanjaan
pada tingkat guna tenaga penuh. Dalam rajah 4, Ye iaitu RM 4000 juta ialah tingkat
keseimbangan pendapatan negara apabila AS=AE, manakala Yf ialah tingkat pendapatan
guna tenaga penuh. Disebabkan Ye lebih besar daripada Yf, telah menujukkan bahawa
keseimbangan pendapatan negara yang tercapai adalah lebih tinggi daripada tingkat
pendapatan guna tenaga penuh. Oleh sebab ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh,
jumlah keluaran tidak boleh ditambah untuk memenuhi lebihan perbelanjaan agregat. Maka
tingkat harga umum naik secara berterusan dan menimbulkan masalah inflasi. Pada Yf,
perbelanjaan agregat (LYf) lebih besar daripada pendapatan negara (IYf) dengan saiz sebesar
LI. LI dikenali sebagai lompang inflasi.

M = 1 / MPS
= 1 / 0.2
Lompang Inflasi = ( Yf – Ye ) / Pengganda
= 5 kali
= ( 3000 – 4000 ) / 5

= -1000 / 5

= - RM 200 juta

Untuk menutup lompang inflasi, kerajaan boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan


atau meningkatkan cukai.

2. Meningkatkan cukai
1. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
Pengganda cukai = - MPC/ MPS
Kerajaan boleh mengurangkan
perbelanjaan kerajaan sebanyak lompang = - 0.8 / 0.2
inflasi ( - RM 200 juta)
= - 4 kali
△Y = Mg x △G
△Y = Mt x △T
3000 – 4000 = 5 x △G
3000 – 4000 = - 4 x △T
-1000/5 = △G
-1000 / -4 = △T
△G = - RM 200 juta
△T = RM 250 juta
Kerajaan perlu mengurangkan
Kerajaan perlu meningkatkan cukai
perbelanjaan kerajaan sebanyak RM 200
sebanyak RM 250 juta untuk mencapai
juta untuk mencapai guna tenaga penuh.
guna tenaga penuh. 11
Lompang Deflasi

Deflasi berlaku bila mana perbelanjaan agregat kurang dari penawaran agregat pada
pendapatan guna tenaga penuh. Bagi mengatasi masalah lompang deflasi kerajaan boleh
bertindak melalui penambahan perbelanjaan kerajaan ataupun mengurangkan cukai.
Penambahan perbelanjaan kerajaan sebesar lompang deflasi akan menyebabkan pendapatan
negara naik sehingga mencapai pendapatan pada guna tenaga penuh melalui proses
pengganda, akhirnya lompang deflasi akan ditutup dan masalah pengganguran dapat dikawal.
Begitu juga melalui pengurangan cukai akan menyebabkan pendapatan boleh guna
masyarakat bertambah Seterusnya penggunaan juga turut bertambah. Tingkat pendapatan
negara bertambah sehingga mencapai pendapatan guna tenaga penuh melalui proses
pengganda. Kesannya, lompang deflasi dapat ditutup.

Perbelanjaan agregat (AE)


(RM juta)
Y = AE

L AE = 800 + 0.8Y
Lompang
Deflasi
D
E

800

45°
Pendapatan Negara (Y)
0 (RM juta)
4000 (Ye) 5000 (Yf )
Rajah 5

12
Lompang deflasi merujuk kepada perbelanjaan agregat (AE) yang tidak mencukupi untuk
mencapai ekonomi pada tingkat perbelanjaan agregat guna tenaga penuh. Pada rajah 5, Ye
iaitu RM 4000 juta ialah tingkat keseimbangan pendapatan negara apabila AS=AE, manakala
Yf iaitu RM 5000 juta ialah tingkat pendapatan guna tenaga penuh. Ye kurang daripada Yf
telah menunjukkan bahawa keseimbangan pendapatan negara yang tercapai adalah kurang
daripada tingkat pendapatan guna tenaga penuh. Hal ini menunjukkan faktor-faktor
pengeluaran tidak digunakan dengan sepenuhnya, maka masalah pengangguran berlaku. Pada
Yf, perbelanjaan agregat (DYf) adalah kecil daripada pendapatan negara (LYf) dengan saiz
sebesar LD. LD dikenali sebagai lompang deflasi.

M = 1 / MPS
Lompang Deflasi = ( Yf – Ye ) / Pengganda = 1 / 0.2
= ( 5000 – 4000 ) / 5 = 5 kali

= 1000 / 5

= RM 200 juta

Untuk menutup lompang deflasi, kerajaan boleh menambahkan perbelanjaan kerajaan


atau mengurangkan cukai.

2. Mengurangkan cukai
1. Menambahkan perbelanjaan kerajaan
Pengganda cukai = - MPC/ MPS
Kerajaan boleh menambahkan
perbelanjaan kerajaan sebanyak lompang = - 0.8 / 0.2
deflasi ( RM 200 juta)
= - 4 kali
△Y = Mg x △G
△Y = Mt x △T
5000 – 4000 = 5 x △G
5000 – 4000 = - 4 x △T
1000/5 = △G
1000 / -4 = △T
△G = RM 200 juta
△T = - RM 250 juta
Kerajaan perlu menambahkan
Kerajaan perlu mengurangkan cukai
perbelanjaan kerajaan sebanyak RM 200
sebanyak RM 250 juta untuk mencapai
juta untuk mencapai guna tenaga penuh.
guna tenaga penuh.
13
3.0 Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses keseimbangan dengan
menggunakan pendekatan permintaan agregat dan penawaran agregat (AD-AS)

3.1 Definisi AD

Permintaan agregat (AD) ialah jumlah keluaran negara benar yang diminta oleh semua
sektor ekonomi pada pelbagai tingkst harga umum.

3.2 Bentuk keluk AD

Keluk permintaan agregat (AD) menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan
keluaran negara benar yang diminta oleh para pengguna. Hubungan itu dapat digambarkan
berdasarkan rajah 6. Titik keseimbangan ekonomi asal di titik E₀ menunjukkan hubungan
antara tingkat harga asal P₀ dengan keluaran negara benar Y₀. Pada harga P₁ titik
keseimbangan yang baru di titik E₁. Bila titik E₀ dan E₁ disambung, terbentuklah keluk
permintaan agregat (AD). Keluk AD berbentuk mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
bermakna semakin tinggi harga, semakin sedikit barang dibeli oleh pengguna dan sebaliknya.

3.3 Faktor menyebabkan peralihan keluk AD

14
0

Rajah 7
Perubahan komponen Perbelanjaan Agregat (AE)

Pertambahan komponen AE (iaitu C, I, G atau X ) akan menyebabkan peralihan keluk


AD ke kanan. Sebaliknya, pengurangan komponen AE akan menyebabkan peralihan keluk
AD ke kiri. Rajah 7 menunjukkan kesan pengurangan perbelanjaan agregat (- △AE) terhadap
permintaan agregat. Pengurangan perbelanjaan kerajaan (-△G) mengurangkan
perbelanjaan agregat dan memindahkan keluk AE ke bawah dari AE₀ ke AE₁. Pengurangan
perbelanjaan agregat mengurangkan keluaran negara walaupun harga umum tetap pada P₀.
Kesannya, permintaan agregat berkurang dan keluk AD beralih ke kiri dari AD₀ ke AD₁.
Sebaliknya, keluk AD akan beralih ke kanan apabila perbelanjaan kerajaan bertambah.

Perubahan Bekalan Wang

a)

15
b)

c) d)

Rajah 8

Pertambahan bekalan wang oleh bank pusat semasa kemelesetan ekonomi menyebabkan
peralihan keluk AD ke kanan. Sebaliknya, pengurangan bekalan wang oleh bank pusat
semasa inflasi menyebabkan peralihan keluk AD ke kiri. Rajah 8 menunjukkan kesan
pertambahan bekalan wang terhadap pendapatan negara benar dan harga umum.

Rajah 8(a) menunjukkan bahawa pertambahan bekalan wang dari MS₀ ke MS₁
menurunkan kadar bunga dari r₀ ke r₁. Rajah 8(b) menunjukkan bahawa penurunan kadar
bunga menambahkan pelaburan daripada I₀ ke I₁ mengikut kecekapan modal sut (MEI).
Rajah 8(c) menunjukkan bahawa pertambahan pelaburan menambahkan perbelanjaan agregat
dari AE₀ ke AE₁ dan seterusnya menambahkan pendapatan negara daripada Y₀ ke Y₁. Rajah
8(d) menunjuk pertambahan AE mengalihkan keluk AD ke kanan dari AD₀ ke AD₁ dengan
harga umum tetap pada P₀. Kesimpulannya, pertambahan bekalan wang akan mengalihkan
keluk AD ke kanan, keadaan sebaliknya juga benar.

3.4 Definisi AS

Penawaran agregat (AS) ialah jumlah keluaran negara benar yang ditawarkan oleh semua
firma pada pelbagai tingkat harga umum.

3.5 Bentuk keluk AS

Harga umum 16
AS

P₁
Rajah 9
P₀

Keluaran Negara Benar


0 Y₁ Y₀

Keluk penawaran agregat menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan keluaran
negara benar yang ditawarkan oleh pengeluar. Keluk AS berbentuk menaik ke atas dari kiri
ke kanan, bermakna semakin tinggi harga, maka semakin banyak barang yang ditawar oleh
pengeluar.

Keluk AS berbentuk sedemikian disebabkan oleh:-

a. Hukum pulangan berkurangan

Hukum ini menyatakan bahawa semakin banyak buruh digunakan, maka semakin berkurang
keluaran buruh yang berikut. Dengan andaian upah buruh adalah sama, keluaran sut yang
merosot akan menaikkan kos sut pengeluaran. Penawaran KNB yang lebih banyak hanya
boleh berlaku apabila harga naik.

b. Keluk penawaran buruh menaik ke kanan

Ini bermakna semakin banyak buruh digunakan maka semakin tinggi upah per unit buruh
mesti bayar. Kos sut akan naik akibat daripada kenaikan upah apabila keluaran negara benar
naik. Pertambahan KNB hanya boleh terjadi apabila harga naik.

3.6 Faktor menyebabkan peralihan keluk AS

17
Rajah 10 Rajah 11

a) Perubahan harga input

Kenaikan harga input misalnya harga bahan mentah dan sewa kilang akan menaikkan kos
pengeluaran dan memaksa firma-firma dalam pasaran mengurangkan penawaran masing-
masing. Kesannya, penawaran agregat berkurang dan menyebabkan keluk AS beralih ke kiri,
iaitu dari AS₀ ke AS₁ (Rajah 10). Keadaan sebaliknya juga benar.

b) Perubahan kos buruh

Penurunan upah buruh akan menurunkan kos pengeluaran, seterusnya menambahkan


penawaran firma-firma. Kesannya, penawaran agregat meningkat dan keluk AS beralih ke
kanan dari AS₀ ke AS₂ (Rajah 11). Keadaan sebaliknya juga benar.

c) Perubahan teknologi

Kemajuan teknologi, misalnya penciptaan mesin yang cekap akan meningkatkan produktiviti
dan kuantiti keluran. Kesannya, penawaran agregat akan meningkat dan keluk AS beralih ke
kanan. Sebaliknya, kemusnahan peralatan teknologi akibat bencana alam/ peperangan akan
mengurangkan penawaran agregat dan menyebabkan keluk AS beralih ke kiri.

d) Perubahan harga barang

Kenaikan harga barang akan menambahkan keuntungan firma-firma. Keadaan ini akan
menggalakkan penawaran frma dan seterusnya menambahkan penawaran agregat. Kesannya
keluk AS beralih ke kanan. Sebaliknya, Penurunan harga barang akan mengurangkan
keuntungan firma-firma dan akhirnya mengurangkan penawaran agregat. Kesannya, keluk
AS beralih ke kiri.

18
e) Penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Pertambahan R&D untuk keluaran tertentu misalnya harga minyak kelapa sawit
menambahkan penawaran minyak kelapa sawit. Kesannya, penawaran agregat meningkat dan
keluk AS beralih ke kanan.

3.7 Kesan perubahan AD terhadap keseimbangan pendapatan negara

Rajah 12

Keseimbangan asal tercapai pada E₀ apabila AS=AD₀ pada harga asal P₀ dan pendapatan
negara benar Y₀. Pertambahan AD akan mengalihkan keluk AD dari AD₀ ke AD₁ apabila
berlaku:

a) Penggunaan bertambah / Tabungan berkurang b) Pelaburan bertambah

c) Perbelanjaan kerajaan bertambah d) Cukai dikurangkan

e) Eksport bertambah / Import berkurang f) Bekalan wang bertambah

g) Dasar fiskal berkembang

Kesannya, pendapatan benar dan harga naik. Keadaan sebaliknya juga benar apabila
permintaan agregat berkurangan. Rajah 12 menunjukkan bahawa pertambahan AD yang
memindahkan keluk AD dari AD₀ ke AD₁ menyebabkan harga naik daripada P₀ ke P₁ dan
KNB naik daripada Y₀ ke Y₁. Keadaan ini dinamakan inflasi. Sebaliknya, pengurangan
permintaan agregat akan menyebabkan kemelesetan ekonomi melalui proses perpindahan AD
ke bawah.

3.8 Kesan perubahan AS terhadap keseimbangan pendapatan negara

19
Rajah 13

Keseimbangan asal tercapai pada E₀ apabila AD=AS₀ dengan pendapatan negara asal Y₀
dan harga umum asal P₀. Pertambahan penawaran agregat mengalihkan keluk penawaran
agregat ke kanan dari AS₀ ke AS₁ apabila keadaan yang berikut berlaku:

a) Penurunan kos pengeluran b) Peningkatan kemahiran buruh / produktiviti

c) Kemajuan teknologi d) Penemuan sumber ekonomi baru

e) Pertambahan galakan kerajaan f) Kejayaan R&D menambahkan keluaran

Rajah 13 menunjukkan bahawa pertambahan AS yang memindahkan keluk AS ke kanan dari


AS₀ ke AS₁ menyebabkan harga umum turun daripada P₀ kepada P₁ tetapi pendapatan
negara naik daripada Y₀ kepada Y₁. Keadaan ini dinamakan pertumbuhan ekonomi. Keadaan
sebaliknya iaitu pengurangan penawaran agregat akan menyebabkan keluaran negara benar
turun. Stagflasi akan berlaku.

4.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor boleh


dihitungkan dengan pendekatan penawaran agregat – permintaan agregat (AS-AE) melalui
kaedah jadual, pengiraan dan rajah dan pendekatan suntikan – bocoran (J-W). Keseimbangan
pendapatan negara juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor dengan pendekatan permintaan

20
agregat dan penawaran agregat (AD – AS). Perubahan perbelanjaan kerajaan dan cukai sekali
gus juga akan memberi kesan kepada keseimbangan pendapatan negara melalui proses
pengganda. Lompang inflasi atau lompang deflasi juga boleh ditutup dengan perubahan
perbelanjaan kerajaan atau cukai melalui proses penggandaan.

5.0 Senarai rujukan

1. Chang, L. M. (2018). Teks Pra-U STPM Ekonomi (Makroekonomi) Semester 2. Sasbadi


Sdn. Bhd. : Petaling Jaya.

2. Chang, L. M., & Foong, H. Y. (2005). Teks Pra-U Makroekonomi STPM Matrikulasi.
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.: Petaling Jaya.

3. Nik Fadli Hansen bin Nik Mahmood. (n.d.). Bab 3: Penentuan Keseimbangan Pendapatan
Negara. Retrieved from http://mysirfadli.blogspot.com/p/bab-3-penentuan-keseimbangan-
pendapatan.html

4. Tan Hui Boon. (2002). Makroekonomi: Teori, Dasar dan Aplikasi. Thomson Learning:
Kuala Lumpur.

5. Tee Shong Pen. (2000). Strategi Kejayaan STPM: Makroekonomi. Federal Publications
Sdn. Bhd.: Shah Alam.

21

You might also like