Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PETEMPATAN DI MALAYSIA

JENIS PETEMPATAN DI MALAYSIA

 PETEMPATAN BANDAR

·         Merujuk kepada kawasan petempatan yang mempunyai jumlah penduduk yang padat.

 CIRI-CIRI

·         Jumlah penduduk melebihi 10 000 orang.


·         Mempunyai kemudahan asas yang pelbagai.
·         Kawasan kediaman berciri moden.
·         Kegiatan ekonomi melibatkan;

 Perindustrian
 Perniagaan
 Pembinaan
 Pentadbiran
 Perkhidmatan 
PETEMPATAN LUAR BANDAR

 ·         Merujuk kepada kawasan petempatan yang mempunyai  kepadatan penduduk


yang rendah.

      CIRI-CIRI

·         Jumlah penduduk kurang daripada   10 000 orang.


·         Kemudahan asas yang minimum.
·         Kawasan kediaman sedarhana dan berciri tradisional.
·         Kegiatan ekonomi terhad kepada;
1. Pertanian
2. Penternakan
3.  Industri desa

POLA PETEMPATAN DI MALAYSIA


PETEMPATAN BERPUSAT

 Rumah / bangunan dibina secara rapat di sesuatu kawasan yang menjadi tumpuan
penduduk.
 Terdapat di kawasan persimpangan jalan raya / taman perumahan. Cth: Bandar Tun
Razak, Kuala Lumpur.
 Terdapat kemudahan yang melibatkan pusat perniagaan, pelabuhan, dan rumah ibadat.

PETEMPATAN BERKELOMPOK

 Susun atur rumah adalah secara berkelompok dan terancang di sesuatu kawasan.
 Terdapat juga kawasan petempatan Rancangan Pembangunan Tanah Persekutuan seperti
Felda Trolak (Perak), Felda Air Tawar (Johor), dan Felda Sahabat (Sabah).

PETEMPATAN BERJAJAR

 Rumah / bangunan dibina di sepanjang jalan raya dan tepi pantai.


 Kelihatan tersusun secara deretan dan hampir seragam.
 Terdapat di kawasan pinggir laut dan sepanjang sungai.
 Cth: sepanjang Sungai Rajang (Sarawak), dan persisir pantai Kuala Besut (Terengganu).

PETEMPATAN BERSELERAK

 Rumah dan bangunan dibina secara berselerak dan berjauhan antara satu sama lain.
 Kelihatan bertaburan dan tidak seragam.
 Terdapat di kawasan kampung, kebun kecil getah dan sayur.
 Cth: Bukit Tinggi (Pahang) dan Kundasang (Sabah).

FUNGSI PETEMPATAN BANDAR DAN LUAR BANDAR

BANDAR

Ø  Ekonomi

           Bandar perindustrian
- Bandar yang mempunyai pelbagai kegiatan industri.
- Kebanyakan penduduk bekerja dalam bidang pengeluaran, kejuruteraan, dan
teknikal.
- Sebagai contoh, Shah Alam (Selangor) dan Perai (Pulau Pinang)
-

          Bandar pelabuhan

- Bandar yang melibatkan urusan import dan eksport.


- Penduduk terlibat dalam sektor perkapalan dan penguatkuasaan maritim.
- Sebagai contoh, Pasir Gudang (Johor), Klang (Selangor), Bintulu (Sarawak),
Sepanggar (Sabah).

           Bandar perlombongan

- Bandar yang berkembang akibat penerokaan sumber mineral.


- Menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kegiatan perlombongan dan cari gali.
- Sebagai contoh, Bintulu (Sarawak) dan Kerteh (Terengganu) yang berfungsi
sebagai bandar perlombongan petroleum dan gas asli.

           Bandar pelancongan

- Bandar yang terkenal dengan pelbagai aktiviti pelancongan.


- Menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dalam sektor  perniagaan dan
sektor pelancongan.
- Sebagai contoh, Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Bandaraya Melaka
(Melaka).

           Bandar Teknologi Maklumat

- Bandar yang berperanan mengembangkan teknologi dan  telekomunikasi (ICT).


- Terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang melibatkan    pengguanaan ICT
termasuklah pemasaran dan   pengaturcaraan komputer.
- Sebagai contoh, Cyberjaya (Selangor) dan Taman Teknologi  Malaysia (Kuala
Lumpur).

Ø  Sosial

           Bandar pendidikan

 Terdapat institusi pendidikan tinggi yang menawarkan  peluang pendidikan.


 Wujud peluang pekerjaan sebagai pensyarah atau kakitangan institusi pendidikan tinggi.
 Sebagai contoh, Unuversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  Tanjung Malim (Perak).

          Bandar satelit

 Berperanan sebagai bandar sokongan kepada Bandar  utama.


 Peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.
 Sebagai contoh, Petaling Jaya (Selangor) dan Senawang  (Negeri Sembilan).

           Bandar diraja

o Bandar yang menjadi tempat terletaknya istana, iaitu  kediaman rasmi bagi sultan
atau raja.
o Wujud peluang pekerjaan sampingan kepada penduduk setempat disebabkan
aktiviti pelancongan.
o Sebagai contoh, Pekan (Pahang), Kuala Kangsar (Perak)  dan Arau (Perlis).
Ø  Kerajaan / Governan

           Bandar pentadbiran

                - Berfungsi sebagai ibu negeri, ibu negara atau pusat  pentadbiran.


                - Menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan kepada  penduduk.
                - Sebagai contoh, Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran  Kerajaan Persekutuan manakala
Kota Kinabalu (Sabah), Kuantan (Pahang) dan Kangar (Perlis) berperanan sebagai 
            ibu negeri.

           Bandar pertahanan

                - Menempatkan pangkalan tentera yang menjadikan bandar   ini berkembang sebagai


kawasan petempatan yang lebih 
                  besar.
               - Sebagai contoh, Lumut (Perak) dan Port Dickson (Negeri 
                  Sembilan).

           Bandar sempadan

                 - Berfungsi sebagai pintu keluar masuk negara.


                 - Kegiatan pelancongan dan perdagangan yang rancak.
                 - Sebagai contoh, Rantau Panjang (Kelantan) dan Padang 
                   Besar (Perlis).

LUAR BANDAR

Ø  Ekonomi

          Penglibatan penduduk dalam kegiatan pertanian, penternakan, perlombongan


dan industri desa.

Ø  Sosiaal

         Terdapat kemudahan seperti rumah ibadat, klinik, pejabat pos, perkhidmatan


telefon, bas dan teksi.

Ø  Kerajaan / Governan

           Terdapat kemudahan urusan pentadbiran seperti pejabat penghulu dan balai


raya.

You might also like