Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kes kakitangan kesihatan, SKMM salah guna kuasa

ditetapkan 28 September
KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, hari ini menetapkan 28
September depan bagi pengurusan semula kes membabitkan 20 pertuduhan
penyalahgunaan kedudukan bagi memperoleh suapan.

Henry Uning, 41, menggunakan kedudukan sebagai Penolong Pegawai Kesihatan


Persekitaran untuk mendapatkan kontrak pembekalan dan perkhidmatan di Pejabat
Kesihatan Daerah Papar berjumlah RM 30,793 menerusi syarikat miliknya sendiri.

Semua kesalahan terbabit dituduh di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Henry melakukan kesalahan berkenaan antara Jun 2013 sehingga Mac 2016.

Hakim, Abu Bakar Manat menetapkan sebanyak RM10,000 sebagai ikat namun tertuduh
boleh membayar deposit sebanyak RM5,000 bersama seorang penjamin tempatan.

Selain itu, tertuduh perlu menyerahkan pasport serta hadir lapor diri dua bulan sekali di
pejabat SPRM.

Bagaimanapun, penjawat awam yang masih bekerja dan tidak diwakili peguam itu
memohon jumlah jaminan terbabit dikurangkan kerana menjaga ibu yang sakit, selain dia
turut mengalami masalah jantung dan perlu membeli ubat-ubatan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu turut
menyatakan sebutan pengurusan semula kes membabitkan bekas Timbalan Pengarah
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah pada 28 September
depan.

Karmilla Amirkhan, 41, yang diwakili peguam, Mohammed Fareez Mohammed Salleh,
mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Antara Julai 2013 dan Ogos 2014, bertempat di pejabat SKMM, Menara MAA, tertuduh
dipercayai menggunakan dokumen palsu untuk menuntut perbelanjaan bernilai RM13,215
untuk program Klik Dengan Bijak peringkat negeri.

Abu Bakar menetapkan wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin
tempatan, pasport perlu diserahkan, selain melaporkan diri kepada pejabat SPRM dua bulan
sekali.

SPRM diwakili Pegawai Pendakwa, Rekhraj Singh.


Sumber: BeritaHarian Online
Berita > Kes
Tarikh: 26 Ogos 2020 (Rabu) | 3:51pm
Disediakan oleh: Yun Mikail
Website: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/08/724867/kes-kakitangan-
kesihatan-skmm-salah-guna-kuasa-ditetapkan-28-september

You might also like