Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Tugasan 1:

a) Bagi setiap satu konsep asas yang dipelajari, berikan contoh-contoh konsep yang wujud
dalam kalangan masyarakat Malaysia iaitu seperti :
i. Ras
Ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda
pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biological nyata, seperti warna
kulit, warna mata, wana rambut dan sebagainya. Ciri paling ketara yang
digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit

ii. Rasisme.
Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh
sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain
berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini
ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah
gabungan prejudis dan kuasa yang diartakulasi melalui diskriminasi berasaskan
warna kulit dan ciri-ciri fizikal biologikal.

Di Malaysia, rasisme telah wujud apabila British melaksanakan Dasar pecah


Perintah yang mengasingkan perkerjaan dan pendidikan mengikut kaum.
Contohnya, Kaum Melayu bekerja sebagai petani, Bangsa Cina bekerja sebagai
pelombong dan Bangsa India sebagai buruh.

iii. Prejudis
- Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain
- Lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak
diluahkan secara terbuka. Contohnya, bangsa cina yang dikaitkan dengan
penjagaan kebersihan yang buruk.
- Apabila prejudis disuarakan, ia menjadi stereotaip

iv. Stereotaip
- Kenyataan umum negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik.
- Gambaran berlebih-lebihan tentang perlakuan baik atau buruk sesuatu
kumpulan etnik.

v. Diskriminasi
- Perbuatan membanding bezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok
etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata
- Manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan kumpulan etnik dan mudah
berlaku apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat.

You might also like