Contoh Karangan Berita

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

CONTOH KARANGAN BERITA

SOALAN : Seorang kanak-kanak yang menderita penyakit jantung berlubang memerlukan derma
daripada orang ramai.Sebagai pemberiata,anda telah diarahkan menulis berita tentang
penderitaan kanak-kanak itu.Tulis berita itu selengkapnya.

JAWAPAN:

KULAI,Jumaat-Sumbangan orang ramai amat-amat diperlukan bagi membantu Nurul Suhana,tiga


tahun,kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung berlubang bagi meringankan penderitaan yang
ditanggungnya.Puan Maznah Ahmad,35 tahun,ibu kepada Nurul Suhana merayu sumbangan derma
daripada masyarakat Malaysia yang prihatin bagi menyelamatkan nyawa anaknya.

   Kanak-kanak malang itu memerlukan kos rawatan sebanyak RM150 000 bagi menjalani pembedahan
dan rawatan susulan.Jumlah yang diperlukan amat tinggi dan tidak dapat ditampung oleh
keluarganya.Ayah Nurul Suhana,Encik Jamaluddin Ahmad hanya bekerja sebagai pembantu makmal
sekolah dan Puan Maznah sendiri tidak bekerja.Nurul Suhana adalah anak kedua daripada tiga orang
adik-beradik.Anak sulung mereka bakal memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan.Keadaan ini
begitu merumitkan mereka.

   Nurul Suahan kinimasih dirawat di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru.Keadaannya dilaporkan


semakin serius dari sehari ke sehari.Menurut doktor pakar yang merawatnya,Nurul Suhana perlu
menjalani pembedahan segera bagi menyelamatkan nyawanya.Setakat ini,keluarga kanak-kanak malang
itu telah berjaya mengumpulkan dana kira-kira RM50 000 hasil derma dan sumbangan orang awam yang
prihatin.

   Menurut Encik Jamaluddin pula,penyakit anaknya itu mula dikesan ketika Nurul Suhana berusia dua
tahun.Beliau menyedari masalah kesihatan anaknya apabila anaknya sering menangis hingga ada kalanya
bibirnya menjadi kebiru-biruan.Setelah dibawa untuk menjalani rawatan,doktor mengesahkan bahawa
anaknya itu menghidap penyakit jantung berlubang.Sejak hari itu,Nurul Suhana sering berulang ke
hospital untuk menerima rawatan.Beliau sendiri sering mengambil cuti untuk menghantar anaknya
menjalani rawatan.

   Menurut beliau lagi,pada awalnya beliau agak keberatan untuk mendedahkan penderitaan puteri
mereka kepada pihak media.Namun,keadaan Nurul Suhana yang semakin kritikal menyebabkan beliau
terpaksa memohon simpati daripada orang ramai.Ketika berita ini ditulis,Nurul Suhana telah pun berada
di Kuala Lumpur untuk menerima rawatan daripada doktor pakar jantung di Institut Jantung
Negara(IJN).Nurul Suhana dijangka akan berada di IJN selama satu minggu.

   Orang ramai yang prihatin dan ingin memberikan sumbangan bolehlah menghubungi keluarga Encik
Jamaluddin di talian 017-7234567 atau melalui akaun Mybank,511-2765234.Derma ikhlas daripada anda
amatlah dialu-alukan demi menyelamatkan nyawa anak kecil ini.
CONTOH KARANGAN BERITA

SOALAN : Andaikan anda wartawan di sebuah syarikat akhbar. Anda telah diminta untuk menulis
berita tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku di tempat anda. Tuliskan berita anda itu
selengkapnya.

MERLIMAU(T), Khamis(M) – Sebuah rumah hampir ranap ditimbus tanah runtuh (A) di Bukit Serkam (T)
pagi tadi(M). Walau bagaimanapun tiada mangsa yang terkorban dalam kejadian pada pukul 6.00 pagi
itu(M).

Ali bin Hassan (S)memberitahu bahawa ketika baru bangun untuk solat Subuh, beliau terasa
seolah-olah rumahnya bergegar.(Bg)Dengan pantas beliau mengejutkan isteri dan membawa anak-
anaknya(S) keluar dari rumah. Beberapa saat selepas itu, beliau melihat batu-batu besar dan tanah
menggelonsor dari lereng bukit. Batu-batu dan tanah itu telah menimbus dan meranapkan bahagian
dapur rumahnya(Bg).

Pada masa yang sama juga, tanah di lereng sebelah kanan jalan ke kawasan perumahan itu pula
menggelonsor dan menimbun(Bg) di atas jalan ke Bemban(T). Tanah dan batu-batu yang menimbun itu
telah menghalang lalu lintas di kawasan tersebut(Bg). ”Saya bersyukur kerana sempat menyelamatkan
anak-anak dan isteri dalam kejadian ini(Mg).Entahlah apa yang akan berlaku sekiranya saya terlewat
sedikit untuk bangun bersolat Subuh pagi tadi,”kata Ali(S).

Sementara itu, pihak Jabatan Kerja Raya(JKR) dan Majlis Perbandaran Jasin(MPJ)(S) telah berjaya
membersihkan jalan raya yang ditimbuni batu-batu dan tanah itu(Bg). Jalan tersebut sudah mula dibuka
untuk lalu lintas(Bg) pada pukul 3.00 petang tadi(M).

Datuk Ghazalee Mohamad yang merupakan ADUN Kawasan Serkam berkata(S), beliau telah
mengarahkan pihak JKR(S) untuk membina tembok batu di sekitar bukit di kawasan perumahan itu(Bg).
Beberapa orang penduduk yang tinggal berhampiran dengan rumah mangsa kejadian(S) ini turut
diarahkan berpindah buat sementara waktu(Bg). Hal ini demikian kerana kejadian tanah runtuh dijangka
akan berlaku lagi, lebih-lebih lagi ketika musim hujan sekarang ini(Mg).

Pihak pemaju(S) turut disoal siasat untuk memberikan keterangan tentang punca kejadian
tersebut(Bg). Pemaju itu telah diberi amaran dan sekiranya mereka didapati bersalah kerana tidak
mementingkan keselamatan penduduk, mereka akan didenda dan dihadapkan ke mahkamah(Bg).

A = Kejadian T = Tempat M = Masa S = Siapa Mg = Mengapa Bg = Bagaimana

You might also like