Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SULIT

SMK DATO’ SERI MAHARAJA LELA


36800 KAMPONG GAJAH

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 1103/2


BAHASA MELAYU
Kertas 2
FEBRUARI
2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


SULIT 2 1103/2
1. Kertas peperiksaan ini mengandungi empat soalan.
Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah memberi
belah dalam talian dan risikonya kepada pengguna. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan,

Hari demi hari, belian barangan dapat dilakukan dengan mudah secara online atau
dalam talian sama ada di dalam mahupun di luar negara. Buku, baju, barangan elektronik dan
barangan lain sudah ada dijual dalam talian. Barang kali yang masih belum terjual Secara
dalam talian di negara ini ialah daging mentah dan sayur-sayuran.
Membeli-belah dalam talian merupakan kaedah paling mudah buat golongan
shopaholic untuk mendapatkan barangan yang diidamkan tanpa perlu terburu-buru ke pasar
raya. Malah, mereka yang menggunakan kaedah ini tidak perlu mengeluarkan kos tambahan
seperti bayaran petrol, tol, letak kereta dan tidak perlu beratur bagi mendapatkan barangan
yang diingini. Hanya semudah menekan butang tetikus, barangan tersebut akan dihantar
kepada si pembeli dengan hanya dikenakan caj penghantaran yang minimum atau percuma.
Selain mudah berurusan secara dalam talian, kaedah membeli-belah itu juga membolehkan
pengguna Internet memanfaatkan masa lawatan ke dalam enjin carian seperti Yahoo! ataupun
Google tanpa perlu melawat stor ataupun butik-butik barangan yang dikehendaki.
Walau bagaimanapun, ramai pengguna yang bimbang tentang maklumat peribadi
mereka dicuri oleh penggodam laman sesawang kerana realitinya kes kecurian dalam talian
masih menghantui pengguna. Seperti yang diketahui ramai, membeli-belah dalam talian
secara secara tidak langsung memudahkan pembeli dan penjual berurusan pada bila-bila
masa, di mana-mana sahaja dan lebih cepat. Sejak kemunculan World Wide Web (WWW),
para peniaga boleh menjual produk-produk mereka kepada orang ramai yang melayari laman
sesawang secara mudah. Buku, pakaian, peralatan rumah, permainan, perkakas dapur,
perisian komputer dan pelbagai keperluan lain merupakan antara ribuan barangan yang dijual
secara dalam talian. Selain daripada itu, barangan yang dijual lebih murah daripada harga
pasaran juga memainkan peranan yang penting.
Urus niaga secara online menjadi kaedah terkini yang digunakan di seluruh dunia.
Tanpa perlu ke luar negara, pengguna mampu membeli apa-apa jua barangan dari mana-mana
pelosok dunia. Kaedah niaga secara dalam talian semakin berkembang dari semasa ke semasa
tetapi para pengguna masih lagi terdedah kepada isu-isu penipuan. Selaku pengguna
berhemah, para pengguna perlu menyelidik tentang maklumat barangan yang ingin dibeli
terlebih dahulu sebelum membelinya bagi mengelakkan penipuan seperti syarikat jualan yang
tidak wujud atau mendapat barangan lain daripada yang dipesan. Syarat penjual dan pembeli
juga perlu diteliti selain memastikan isi kontrak penghantaran sesuatu barangan terlebih
dahulu bagi mengelakkan daripada pembeli mendapat barangan yang berbeza daripada yang
dipesan seperti kes pengguna mendapat lesung batu dan berus cat. Jual beli dalam talian
memudahkan pengguna yang sibuk kerana di mana-mana sahaja mereka boleh membeli-
belah tanpa had dan sempadan.

1103/2 SULIT
SULIT 3 1103/2

Oleh itu, para pengguna perlu lebih bijak melayari laman sesawang kerana terdapat
sesetengah daripada laman tersebut dibina secara khusus untuk memperdayakan pengguna.
Apabila kita melayari sesuatu laman sesawang, kita perlu lebih berhati-hati. Pastikan laman
sesawang tersebut bermula daripada http yang merupakan laman sesawang yang sebenar.
Sebagai pengguna, kita perlu menyelidik barangan yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum
memesannya kerana ada sesetengah pemilik laman sesawang menjual barangan yang tidak
tulen.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada
‘Beli-belah dalam Talian Trend Terkini’. Utusan Malaysia, 2012 )

Soalan 2 : Pemahaman
[ 35 markah ]

Soalan 2(a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata memperdayakan pengguna. [ 2 markah ]

(ii) Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pengguna supaya


tidak menjadi mangsa penipuan? [ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah penipuan urus niaga secara


dalam talian sukar dibuktikan?
[ 4 markah ]

SULIT 4 1103/2
1103/2 SULIT

SULIT 5 1103/2
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan
burung di situ. Pakaiannya hanya kain kapas yang nipis. Tudungnya ditarik menutupi
sebahagian mukanya yang merah kesejukan. Kakinya berstoking lusuh. Kasutnya, aku tidak
pasti sama ada aku sedang melihat warna stoking kehijauan di hujung kasutnya yang koyak,
atau warna kasutnya.
Aku membeli tiga piring makanan burung dan memberinya LT5 walaupun harga satu
piring Cuma LT1. Wanita tua itu menyusun sepuluh jari sebelum mengarahkan jarinya ke
dada sebagai tanda terima kasih. Aku menaburkan bijirin. Beratus-ratus burung merpati
berterbangan turun dari kubu tinggalan kerajaan Uthmaniah. Nasib burung itu jauh lebih baik
daripada nasib wanita tua itu, dapat makanan percuma dan gambarnya diabadikan dalam
kemera sedangkan wanita tua itu seakan-akan figura hidup yang tidak disedari
kewujudannya.
“Black market, black market. Good price”. Aku teringat akan pesanan Encik Yuksel
tentang bahaya membeli barang di tepi jalan. Aku menggelengkan kepala tanda tidak
berminat. Remaja itu menghampiri Kak Chah dan Shahmeen. “Perfume, Wallet, Jacket,
Pleace!

(i) Berdasarkan petikan tersebut, bagaimanakah keadaan wanita tua yang yang
menjual makanan burung di situ? [3 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita tidak digalakkan membeli barang-barang
yang dijual di pasar gelap ? [3 markah ]

(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat di dalam petikan tersebut.

[4 markah]
1103/2 SULIT

SULIT 6 1103/2

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca Petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam. Dari zaman
dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di bawah
angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya. Telah kedengaran ke
benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka
Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar
Shah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu
menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka: Awi Cakri nama panglimanya, membawa
rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang.
Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh
menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak
membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang
berdatang sembah kepada Sultan. “Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya
menghadap dengan laki-laki juga: akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan
perempuan sekali.”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’
Dalam antologi Sejadah Rindu.
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud rangkai kata “menyuruh berlengkap” [2markah]


(ii)
(iii) Pada pendapat anda, bagaimana wanita berperanan untuk membantu kejayaan
seseorang lelaki? [3 markah]
Soalan 2(d) – Puisi Tradisional

Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
nmenggunakan ayat anda sendiri.
Berbuat Istana Zaman Dahulu

Baginda menitahkan orang besar empat, Berbunga sawa mengelempai,


Membuat istana puri berkota, Bertakuk bersedelinggam,
Lalu dipanggil Pawang Raja, Berjenang berbatu kawi,
Pawang mengerah orang bekerja, Berselimpat ukir Jawa,
Empat puluh empat tukang dan utas, Lilit-melilit akar Cina,
Siang malam tidak berhenti. Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Tujuh bulan tujuh purnama, Layang-layang di pintu Raja.
Istana siap dengan alatnya,
Besar tersergam sembilan ruang, Istana siap tukang pun mati,
Sepuluh dengan rembat guntung, Tiada orang dapat meniru:
Sebelas dengan pancung serong, Dipersembahkan kepada
Dua belas dengan anjung tinggi. Baginda suami isteri.

Tiga sudut menteri delapan,


Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti,
Galang-galang ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.

(i) Berdasarkan seloka di atas, kemukakan dua contoh ukiran yang terdapat dalam
istana tersebut seperti yang digambarkan dalam rangkap empat. [2markah]

(ii) Sejak zaman dahulu hingga kini istana tetap tersergam indah di negara yang
mengamalkan sistem beraja. Pada pendapat anda ,apakah fungsi istana pada
zaman dahulu? [3markah]

(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalan seloka. [4markah]

Soalan
SULIT3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
8 1103/2
1103/2 [ 30 markah ] SULIT

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
1103/2 SULIT
Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) pandangan - pemandangan


(ii) perasa - perasaan
(iii) urusan - pengurusan
[6 markah]

(b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat yang
berikut.

(i) Harimau yang sangat ganas itu telah membaham seekor anak kambing.
(ii) Atlet itu begitu gigih menjalani latihan sehingga berjaya menjadi johan.
(iii) Adik sedang bermain di padang ketika rakan-rakannya sibuk menelaah buku.
(iv) Juara pertandingan itu sekolah kita.
(v) Mangsa banjir di negeri pantai timur itu telah mendapat bantuan yang
sewajarnya.
(vi) Ibu menasihati adik agar tidak leka melayari laman sembang di internet.
[ 6 markah]
( c) Dalam setiap setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap ayat , anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Kakak bersalah membeli losyen yang tidak sesuai dengan kulit tangannya.
(ii) Pelbagai acara telah dirandangkan bersempena sambutan ulang tahun
kemerdekaan kali ke 58.
(iii) Penduduk kampong bergotong-royong memperdalamkan parit untuk
memudahkan pengaliran air hujan.
( d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sungai yang terpanjang sekali di Malaysia ialah Sungai Rajang yang duduknya di
negeri Sarawak.
(ii) Nenek sedang menyulam tikar mengkuang di anjung rumahnya demi dihadiahkan
kepada anak-anaknya.
(iii) Amin merasa letih kerana mengulang kaji pelajaran dari malam hingga ke pagi.
(e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.
(i)

(ii)

(iii)
Bahagian 4 (Novel)
[ 15 markah ]

Jawab soalan-soalan ini berdasarkan novel yang berikut:


(i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(ii) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip(

( a) Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan dua contoh peristiwa tentang
nilai kebijaksanaan.
1103/2 SULIT
SULIT 9 1103/2

1103/2 SULIT
SULIT 10 1103/2
Soalan 4 : Novel
[ 15 markah ]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

1103/2 SULIT

You might also like