Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Nama Sekolah: SMK Datuk Abdullah

Nama guru: Siti Fatimah Binti Ariffin

Judul Buku: Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 2013

1) Ringkasan Isi Penting

1. Nama : Peraturan –Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas ) 2013.

2. Penggunaan: sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan yang melaksanakan pendidikan
khas.

3. Tafsiran :

“ Kurikulum Pendidikan Khas” :

(a) Kurikulum Kebangsaan

(b)Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai.

(c) Kurikulum yang direka bentuk khusus

(d) Kurikulum latihan kemahiran yang bersesuai dan bermanfaat

“Murid berkeperluan Pendidikan Khas”

- Murid diperakukan oleh pengamal perubatan,ahli optic, ahli audiologi dan ahli
psiokologi :

1) ketidakupayaan penglihatan

2) ketidakupayaan pendengaran

3)ketidakupayaan pertuturan

4)ketidakupayaan fizikal

5)masalah pembelajaran

6)mana-mana kombinasi ketidakupayaan.

“Pendidikan Khas” : pendidikan bagi murid berkeperluan khas di sekolah khas atau sekolah yang
melaksanakan PPKI atau PPI, pada peringkat:

1) pra sekolah

2) rendah

3) menengah

4) lepasan menengah

“Program Pendidikan Inklusif” atau PPI : program pendidikan bagi MBK bersama murid lain
dalam kelas yang sama.
“Program Pendidikan Khas Integrasi” atau PPKI : program pendidikan bagi MBK yang hanya
dihadiri MBK di kelas khas .

“Rancangan Pendidikan Individu” atau RPI : rekod yang mengandungi butiran tentang rancangan
pendidikan bagi setiap MBK.

4. Kehendak untuk menghadiri tempoh percubaan:

1)menentukan kesesuaian MBK ikuti pendidikan khas, hadiri tempoh percubaan tidak melebihi 3
bulan.

2)selepas tempoh 3 bulan, laporan tempoh percubaan diserah pada panel.

3)panel terdiri :

a) Pengetua, Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas.

b) Pegawai JPN atau Pegawai PPD.

c) Pegawai JKM atau Pegawai Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya.

5. Kesesuaian mengikuti Pendidikan khas

1) Laporan tempoh percubaan diterima, panel menentukan kesesuaian MBK untuk mengikuti
Pendidikan Khas.

2)Pihak sekolah memberitahu ibu bapa, keputusan panel.

6. Rayuan

1) rayuan boleh dibuat secara bertulis dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh penentuan,

7. Kod Amalan

1)Ketua Pendaftar menyediakan kod amalan yang mengandungi prosedur standarddalam


merancang, menyediakan dan melaksanakan program pendidikan khas bagi MBK.

2) Ketua Pendaftar boleh meminda Kod Amalan

3) Individu yang terlibat dalam pelaksanaan pendidikan khas mesti mematuhi Kod Amalan.

8. Pelaksanaan Pendidikan Khas

1) Individu yang terlibat dalam pelaksanaan Pendidikan Khas mesti menggunakan Kurikulum
Pendidikan Khas.

2) Guru mesti mengguna RPI

3) Guru boleh mengubahsuai kepada :

a)kaedah atau teknik PnP

b)masa aktiviti
c)susunan aktiviti

d)BBM

9. Kehendakan mengikuti kegiatan kokurikulum

MBK yang ditentukan oleh panel sebagai sesuai mengikuti Pendidikan Khas hendak mengikuti
kegiatan Kokurikulum mengikuti kesesuaian MBK.

10. Tempoh pendidikan bagi MBK

1)boleh dilanjutkan :

a)tidak lebih daripada 2 tahun di sekolah rendah

b) tidak lebih daripada 2 tahun di sekolah menengah atau

c) 1 tahun di sekolah rendah dan 1 tahun di sekolah menengah.

2) MBK yang mengikuti pendidikan vokasional di sekolah menengah pendidikan khas vokasional
boleh dilanjutkan setahun.

11. Pembatalan

Peraturan –Peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas) 1997 di mansuhkan.

2) Isu/ Masalah

1. Tidak memahami siapa yang dimaksudkan dengan Ketua Pendaftar

2. Peraturan ini hendaklah di baca bersama Kod Amalan pendidikan khas.

3) Rumusan

Buku ini menerangkan peraturan-peraturan yang mesti diikuti dalam merancang, menyediakan dan
melaksanakan pendidikan khas bagi murid berkeperluan khas supaya MBK dapat mencapai tahap
optimum dalam pendidikan formal. Setiap peraturan mesti dipatuhi agar pendidikan khas untuk MBK
terlaksana mengikut keperluan MBK.

You might also like