Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

TIHANI FARWIZAHALWA BINTI JUUBRIT

SMK BELURAN

NOVEL SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR ( KERIS MAS )

Nilai kemanusiaan ialah nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak
asasi dan kemuliaan manusia. Nilai kemanusiaan merujuk kepada perihal manusia atau sifat-
sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang
unggul. Antara nilai kemanusiaan yang terdapat pada watak Lebai Maarup ialah pemurah,
prihatin, merendah diri, berilmu dan tabah.

Nilai kemanusiaan yang terdapat pada watak Lebai Maarup ialah pemurah. Sifat
pemurah ini dapat dilihat pada watak Lebai Maarup iaitu beliau sanggup mewakafkan tanah
pusakanya untuk keperluan masyarakat Kampung Pulai. Tanah pusaka tersebut telah didirikan
sebuah surau kerana kecintaan yang amat mendalam pada ajaran agama islam.

Selain itu, nilai kemanusiaan ialah prihatin. Menerusi sifat prihatin, terdapat pada watak
Lebai Maarup kerana beliau telah mengajar mengaji kepada kanak-kanak yang tinggal di
Kampung Pulai. Sifat prihatin untuk mengajar mengaji kepada kanak-kanak, akan menjadi
benteng agar dapat mencegah kemungkaran.

Seterusnya, nilai kemanusiaan pada watak Lebai Maarup ialah merendah diri. Lebai
Maarup mempunyai sifat meerendah diri apabila beliau tetap merendah diri walaupun dia
menguasai ilmu agama dalam diri. Beliau tetap menghormati Imam Saad dan Bilal Endurt

Di samping itu, nilai kemanusiaan yang terdapat pada watak Lebai Maarup ialah
berilmu. Lebai Maarup seorang yang berilmu apabila dia menguasai ilmu agama yang
dipelajarinya di Tanjung Karang sehinggakan dia telah dihormati dan disanjungi di Kampung
Pulai dengan ilmu agama yang diperolehinya.

Akhir sekali, nilai kemanusiaan pada watak Lebai Maarup ialah tabah. Sifat tabah yang
dapat ditonjolkan pada watak Lebai Maarup apabila dia tabah mengharungi dugaan walaupun
dia telah dipukul oleh Mat Akil dan rakan-rakannya di Balai raya. Walaupun dia dipukul oleh
mereka dia tidak pernah menyimpan dendam dan tidak akan membuat pembalasan terhadap
mereka.
Kesimpulannya, nilai kemanusiaan yang terdapat pada diri akan melahirkan manusia
yang berjiwa baik dan berhati mulia. Oleh itu, wajarlah bagi kita untuk mengamalkan sikap
yang baik untuk kepentingan negara.

You might also like