Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

Bincangkan faktor-faktor yang

mempengaruhi Kesultanan Melayu


Melaka sebagai lambang kemuncak
kepada pluraliti di Nusantara
Ahli Kumpulan:
Evezeline Kong Sie Yi
Lai Yun Yi
Sia Bick Dien
Wong Chu Seung
Definisi Pluraliti
• Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat
pada satu masa secara semula jadi.

• Kepelbagaian sosial yang wujud secara semula jadi merujuk


kepada pertembungan sosial tersebut berlaku disebabkan
faktor semula jadi seperti mencari rezeki atau kekayaan
tetapi bukan dibawa paksaan sesautu kuasa atau pihak
Faktor 1: Kedudukan Melaka yang Strategik
• Kedudukan Melaka yang strategik untuk menjadi
tempat pelabuhan dan perdagangan telah menarik
minat pedagang dari seluruh dunia.

• Contohnya, pedagang dari China, India, Arab dan


sebagainya memilih Melaka sebagai tempat
berdagang.

• Hal ini disebabkan Melaka terletak di tengah jalan


antara Barat dan Timur.

• Kedudukan Melaka yang terlindung daripada Angin


Monsun juga menjadikannya sesuai dibina sebagai
pelabuhan.
Faktor 2: Perdagangan
• Pedagang dari China, India, Arab dan sebagainya
memilih Melaka sebagai tempat berdagang
kerana melaka merupakan pelabuhan entreport
pada zaman tersebut.

• Contohnya, pedagang China membawa tembikar


manakala pedagang India membawa rempah
ratus ke Melaka untuk berdagang antara satu
sama lain.

• Perdagang yang dijalankan dengan sistem


pemerintahan terbuka dan pentadbiran
pelabuhan yang cekap.
Faktor 3: Pemerintahan yang sistematik
• Pemerintahan yang sistematik, bersikap
penuh diplomasi dan terbuka telah menarik
kedatangan asing.

• Contohnya, para pegawai istana bukan


sahaja terdiri daripada kalangan orang
Melayu tempatan tetapi juga terdapat orang
India.

• Perkahwinan campur dengan bangsa asing


juga mengakibatkan pluraliti di Kesultanan
Melayu Melaka.
Faktor 4: Kependudukan
• Pendudukan Kesultanan Melayu Melaka terdiri
daripada pelbagai bangsa disebabkan
penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa
paksaan.

• Contohnya, pedagang Cina yang berasal dari


China berkahwin dengan Melayu asal di Melaka.
Keturunan mereka digelar sebagai Baba Nyonya.
Golongan ini memanggil diri mereka sebagai
"Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan
mereka, yang berasal daripada warisan tradisi
Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh
kebudayaan Melayu.
Faktor 5: Kebudayaan
• Pluraliti Kesultanan Melayu Melaka wujud
juga disebabkan kepelbagaian budaya.

• Interaksi antara pelbagai budaya seperti


Arab-Islam, Hinduisme, Buddhisme dan
Eropah wujud di Kesultanan Melayu Melaka
disebabkan aktiviti perdagangan.

• Contohnya, Hukum Kanun Melaka terdapat


pengaruh Islam dan Hindu
Kesimpulan
• Antara faktor yang mempengaruhi Kesultanan Melayu Melaka sebagai
lambang kemuncak kepada pluraliti di Nusantara ialah faktor
kedudukan Melaka yang strategik, perdagangan, pemerintahan,
kependudukan dan kebudayaan.

• Hal ini telah menjadi bukti bahawa aktiviti perdagangan antarabangsa


telah memberi kesan yang besar kepada Kesultanan Melayu Melaka
terumatanya dari segi sosial dan budaya.

You might also like