Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA

41000 KLANG
SELANGOR

KERTAS KERJA

MENAIKTARAF PUSAT SUMBER SEKOLAH


2016

“ PUSAT SUMBER SEKOLAH KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA


ILMU ”

DISEDIAKAN OLEH:
PN. BALQIS BT MOHAMAD ISAHAK
GPM SMK KG. JAWA
1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah merupakan gedung ilmu bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang
berilmu, beretika, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, membuat keputusan berasaskan
ilmu pengetahuan dan menyumbang ke arah pembangunan negara. Selain itu menyediakan
maklumat bagi membolehkan warga sekolah berfungsi secara berkesan dalam masyarakat maju
berasaskan maklumat dan pengetahuan. PSS melengkapkan murid dengan kemahiran pembelajaran
sepanjang hayat untuk hidup sebagai rakyat yang bertanggungjawab. Keadaan fizikal bilik PSS
menuntut suasana yang kondusif dan selesa nagi menggalakkan proses pembelajaran yang lebih
berkesan. Justeru itu program menaiktaraf PSS perlu dipertingkatkan selaras dalam menjayakan visi
dan misi sekolah.

2.0 MATLAMAT

2.1 Menggalakkan murid dan guru menjadi pengguna Pusat Sumber Sekolah yang
efektif dan kreatif dalam mendapatkan maklumat
2.2 Menggalakkan sekolah meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan PSS / sumber pendidikan
2.3 Menggalakkan warga sekolah mengamalkan budaya ilmu yang berkualiti dan berfungsi
selaras dengan konsep pendidikan bestari serta pembudayaan media dan teknologi
pendidikan masa kini
2.4 Memberi keselesaan kepada guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2.5 Aktiviti-aktiviti perpustakaan (NILAM dan Minggu PSS) dapat dijalankan dengan lebih
baik .

3.0 OBJEKTIF

Di antara objektif Program Menaiktaraf PSS ialah :

3.1 Menaiktaraf pintu pusat sumber


3.2 Menaiktaraf tingkap nako kepada tingkap sliding .
3.3 Memasang penghawa dingin di bilik PSS dan Bilik APD.
3.4 Memasang sistem pengautomasian PSS.
3.5 Membaik pulih meja dan rak buku pusat sumber.
3.6 Membaik pulih papan kenyataan.

4.0 NAMA PROGRAM

”Program menaiktaraf PSS SMK KAMPONG JAWA.”

5.0 VISI

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

6.0 MISI

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat penyebaran ilmu dan maklumat
7.0 JAWATANKUASA INDUK PSS

Pengerusi : Tn. Hj Mohammed Nashan bin Singgan( Pengetua )


Timb. Pengerusi : Pn. Latipah bt Ahmad ( GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi : Pn. Puziah bt Tuban ( GPK HEM )
Tn. Hj Muzikir ( GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn.Balqis bt Mohamad Isahak(GPM )
AJK : Pn Ter Ber Ser( GKMP VOTEK )
: En. Razak bin Supajan( GKMP Kemanusiaan )
: Pn. Paridah bt Mokhtar( GKMP Sains & Matematik )
: Semua ketua panitia

8.0 HURAIAN PROJEK

BIL. PERKARA CADANGAN / MASALAH ANGGARAN


1. Menaiktaraf pintu pusat 1. Pintu pusat sumber sudah uzur dan
sumber tombol nya sudah rosak RM 1,000.00

Cadangan: Mengecat kembali pintu


pusat sumber dan menambah padlock
mangga

2. Menaiktaraf tingkap 1. Keadaan tingkap yang uzur (pecah


dan berkarat) menyebabkan haiwan- RM 1,000.00
haiwan seperti tupai, kucing dan
burung mudah untuk masuk ke dalam
PSS.

Cadangan : Menggantikan tingkap nako


kepada tingkap sliding

3. Memasang penghawa dingin 1. Keadaan PSS dan bilik APD yang


kurang pengudaraan dan pencahayaan RM 5,000.00
sedikit sebanyak mempengaruhi
semangat pelajar untuk belajar dan
mengulangkaji pelajaran.

Cadangan : Memasang penghawa dingin

4. Penyelenggaraan mesin 1. Pelajar menggunakan peralatan ICT di


pencetak dan komputer dalam pembelajaran. Oleh RM 2,100.00
itu,komputer dan mesin pencetak
sering digunakan secara aktif oleh
semua pelajar. Terdapat beberapa
komputer dan mesin pencetak yang
rosak dan memerlukan
penyelenggaraan
Cadangan : Menyelenggara komputer
dan mesin pencetak di bilik akses
5 Membaik pulih dan 1. Terdapat beberapa rak dan meja di
menyelenggara rak dan meja di pusat sumber yang sudah uzur dan RM 500.00
pusat sumber goyang sekaligus mengundang bahaya
kepada pengguna

Cadangan : Membaik pulih rak dan meja


6. Membaik pulih papan 1. Papan kenyataan di luar pusat sumber
kenyataan. sudah rosak dan tiada cermin akibat RM 500.00
pecah
Cadangan: membaik pulih papan
kenyataan dan menggantikan cermin yang
telah pecah

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA JUMLAH

1 Penyelenggaraan pintu RM 1,000.00

2 Tingkap “Sliding” RM 1,000.00

3 Penghawa dingin RM 5,000.00

4 Penyelenggaraan mesin pencetak dan komputer RM 2,100.00

5 Penyelenggaraan rak dan meja pusat sumber RM 500.00

6 Penyelenggaraan papan kenyataan RM 500.00

JUMLAH RM 10,100.00
10.0 SUMBER PENDAPATAN

10.1 LPBT
10.2 Memohon sumbangan derma daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta
10.3 PIBG
10.4 PCG Pusat Sumber
10.5 Yuran Khas

11.0 PENUTUP

Akhir kalam, dengan sumbangan yang telah diberikan dapat menyediakan suasana yang
kondusif dan memberangsangkan serta meningkatkan penggunaan PSS di kalangan warga sekolah
selaras dengan hasrat Kementerian bagi mewujudkan modal insan yang berdaya saing dan berilmu
pengetahuan tinggi. Juga dengan wujudnya sistem automasi di perpustakaan maka segala urusan
pentadbiran dan juga urusan perkhidmatan kepada pengguna dapat berjalan dengan baik dan
berkesan. Beban kerja yang ditanggung oleh kakitangan perpustakaan di dalam sistem manual dapat
dikurangkan dan kerja-kerja pengendalian bahan-bahan perpustakaan dapat berjalan dengan
sistematik.

Sekian , Wassalam .

Disediakan oleh ,                                                               Diluluskan/Tidak Diluluskan oleh :

…....................................                                                 …..............................  
( PN. BALQIS BT MOHAMAD ISAHAK) ( TN HJ MOHAMMED NASHAN BIN SINGAN)
GPM Pengetua

You might also like