Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

International Journal on Quranic Research (IJQR) © 2013 Centre of Quranic Research

Vol.3, No. 4, June 2013, Pp. 79-94 (CQR), University of Malaya, Malaysia

PENGAJARAN AL-QURAN BRAILLE: ISU DAN CABARAN


SEMASA

(The Teaching of Quranic Braille: Its Issues and Current Challenges)

Hj. Norakyairee Hj. Mohd Raus,


Mohd Nur Adzam Rasdi,
Norazman Alias,
Norhasnira Ibrahim,
Norullisza Khosim, dan
Noornajihan Jaafar
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Prof. Madya Dr. Ab. Halim Tamuri,


Norshidah Mohamed Salleh, dan
Hajarul Bahti Zakaria
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ABSTRACT

Special Education Program nowadays offers religious education to


students with special needs for the visually impaired, hearing, and
learning specifically Quranic study. In the context of the visually
impaired student, the existence of Braille Quran gives the children an
opportunity to this special culture of the Quran in their daily lives. The
main objective of this study is to clarify the scenario of teaching Braille
Quran in Malaysia. In addition, it aims to identify the issues and
challenges of Islamic Education Teachers in teaching Braille Quran.
This study employs a qualitative method to make observations and
interview to obtain data. The findings of this study indicate a number of
issues and challenges for the teachers in teaching Braille Quran that
require support and action for the students success.

Keywords: al-Quran Braille, Guru Pendidikan Islam, Murid


Berkeperluan Khas
IJQR, 3, (4) 2013 ……. Pengajaran al-Qur’an Braille ….. Mohd Nur Adzam Rasdi et al. | 80
ABSTRAK

Program Pendidikan Khas masa kini menawarkan peluang pendidikan


agama kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Masalah Penglihatan,
Pendengaran, dan Pembelajaran khususnya pengajian al-Quran. Dalam
konteks MBK Masalah Penglihatan, kewujudan al-Quran Braille
memberi peluang dan ruang kepada anak istimewa ini membudayakan
al-Quran dalam kehidupan harian. Objektif utama kajian ini adalah
untuk menjelaskan senario perkembangan pengajaran al-Quran Braille
di Malaysia. Selain itu, ia bertujuan untuk mengenal pasti isu dan
cabaran Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam pengajaran al-Quran
Braille. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan
menjadikan protokol pemerhatian dan temu bual untuk mendapatkan
data. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan beberapa isu dan cabaran
GPI dalam pengajaran al-Quran Braille yang memerlukan sokongan dan
tindakan semua pihak bagi menjayakan konsep indahnya hidup
beragama dalam kalangan MBK Masalah Penglihatan.

Kata Kunci: al-Quran Braille, Guru Pendidikan Islam, Murid


Berkeperluan Khas.

PENDAHULUAN

Aspek amalan pengajaran guru telah banyak dibincangkan oleh para


sarjana pendidikan bagi mencorak budaya pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dalam sistem pendidikan (Ahmad Yunus dan Ab. Halim
2010). Perbincangan ini telah membentuk beberapa model dan teori
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di mana ia dikembangkan dari
semasa ke semasa untuk mengenal pasti pengajaran berkesan yang turut
mengambil kira faktor yang mempengaruhi sesuatu pengajaran. Dalam
konteks ini, guru perlu belajar meneroka ilmu sedalam-dalamnya dan
mengemas kini pengetahuan agar lebih terkehadapan daripada anak
muridnya. Peningkatan pengetahuan dan pengalaman amat perlu bagi
menjadikan pengajaran lebih berkesan lebih-lebih lagi dalam aspek P&P
bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam arus Pendidikan Khas
Negara. Melihat kepada peranan guru Pendidikan Islam (GPI),
keterlibatan mereka dalam arus Pendidikan Khas tidak dilihat sekadar
pelengkap lompangan kurikulum sedia ada, bahkan peranan mereka
sangat signifikan dalam konteks indahnya hidup beragama. Ini berikutan
81 | IJQR, 3, (4) 2013 …..Pengajaran al-Qur’an Braille ……Mohd Nur Adzam Rasdi et.al

cabaran Guru Pendidikan Islam Pendidikan Khas (GPI PK) memerlukan


pengetahuan dan kemahiran yang luar biasa bagi menyesuaikan elemen
tersebut semasa berinteraksi dengan murid istimewa ini. Justeru, kajian
ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh
golongan pendidik ini dalam menyampaikan isi kandungan Modul al-
Quran berbantukan al-Quran Braille.

PERMASALAHAN KAJIAN
Secara amnya, isu dan cabaran yang wujud dalam pengajaran guru
Program Pendidikan Khas di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas, Malaysia
terdiri daripada aspek kelayakan akademik dan ikhtisas guru-guru,
pengetahuan tentang ciri-ciri keperluan khas pelajar dan kebolehan serta
keyakinan guru menyampaikan isi kandungan Pendidikan Islam kepada
pelajar-pelajar berkeperluan khas (Mohd Mokhtar & Aliza, 2004), serta
keperluan kepada infrastruktur yang menyokong pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam (Mohd Hanafi et. al, 2009). Guru-guru
yang mengajar MBK perlu mempunyai kemahiran mengajar yang sesuai
dengan keperluan pembelajaran pelajar mengikut kategori kurang upaya
(Wood J.W, 2002).
Dalam konteks MBK Masalah Penglihatan, mereka menggunakan mesin
Braille untuk menulis dan membaca bahan dalam Braille, termasuklah al-
Quran dalam tulisan Braille. Oleh itu, guru-guru yang mengajar
Pendidikan Islam untuk pelajar-pelajar buta dan masalah penglihatan
yang teruk perlu mempunyai kemahiran menggunakan mesin Braille dan
membaca tulisan Braille, khususnya al-Quran Braille (Mohd Mokhtar &
Aliza, 2004). Dari aspek pemahaman, pelajar-pelajar bermasalah
penglihatan tidak menghadapi masalah kerana mereka berkebolehan
memahami konsep abstrak agama menerusi deria pendengaran. Malah
ada di antara mereka mampu menghafaz al-Quran dengan hanya
mendengar sahaja, berbanding pelajar-pelajar bermasalah pendengaran.
Justeru, penerokaan terhadap isu dan cabaran GPI dalam pengajaran
Modul al-Quran berbantukan al-Quran Braille dijalankan bagi
menjelaskan situasi dan realiti semasa golongan pendidik ini. Ini
bertujuan untuk membantu pihak berwajib mengatasinya di samping
membuat penambahbaikkan khususnya dalam membina kualiti
pengajaran GPI dalam program Pendidikan Khas Negara.
IJQR, 3, (4) 2013 ……. Pengajaran al-Qur’an Braille ….. Mohd Nur Adzam Rasdi et al. | 82
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mensasarkan beberapa objektif utama, iaitu:
1. Menghuraikan perkembangan pengajaran al-Quran Braille di
Malaysia; dan
2. Mengenal pasti isu dan cabaran GPI dalam pengajaran al-Quran
Braille.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menjadikan
protokol pemerhatian dan protokol temu bual untuk mendapatkan data
dan maklumat. Responden kajian terdiri daripada enam orang GPI PK di
beberapa buah Sekolah Pendidikan Khas semenanjung Malaysia.
DAPATAN KAJIAN
Berikut merupakan hasil dapatan kajian berkaitan isu dan cabaran GPI
dalam pengajaran al-Quran Braille di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas,
Malaysia:-
1. PERKEMBANGAN PENGAJARAN AL-QURAN BRAILLE
DI MALAYSIA
al-Quran Braille merujuk kepada gabungan dua perkataan iaitu al-Quran
dan Braille. al-Quran merupakan sumber rujukan utama ajaran Islam
yang lengkap terkandung di dalamnya dasar utama agama Islam iaitu
Akidah, Syariat dan Akhlak. Dari sudut bahasa, al-Quran bermaksud
bacaan dan perkataan al-Quran itu berasal daripada perkataan Arab
Qira’ah yang membawa maksud menghimpun huruf-huruf dan kata-kata,
satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi (al-Zarqani
1994). Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-
Qiyamah:75:16-19 yang menuntut kepada Muslim membaca, menghafaz,
memahami dan seterusnya mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam
kehidupan seharian (Norakyairee dan Ab. Halim 2011). Manakala dari
sudut istilah pula, bolehlah kita simpulkan bahawa al-Quran adalah
Kalam Allah SWT yang merupakan mukjizat diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW dengan perantaraan Saidina Jibril AS, ditulis dalam
Mushaf, diriwayatkan secara Mutawatir dan dikira sebagai satu ibadah
bagi mereka yang membacanya.
Manakala istilah Braille pula diambil sempena nama Louis Braille,
seorang warga Perancis yang mengalami masalah penglihatan, pengasas
tulisan berasaskan penggunaan titik timbul bagi menggantikan huruf dan
nombor sekitar abad ke sembilan belas yang dipanggil sebagai sel (cell)
yang mempunyai enam titik dan dikenali juga sebagai kod Braille.
Penggunaan kod ini menggantikan penggunaan buku berhuruf timbul
83 | IJQR, 3, (4) 2013 …..Pengajaran al-Qur’an Braille ……Mohd Nur Adzam Rasdi et.al

berasaskan wayar tembaga yang ditekan pada kertas yang diperkenalkan


oleh Valentin Haüy, pengasas National Institute for Blind Youth di Paris
dan kod penulisan rahsia yang dinamakan Sonography bermaksud sistem
penulisan malam yang diasaskan oleh seorang pegawai tentera bernama
Charles Barbier pada tahun 1821.
Jika digabungkan al-Quran dan Braille iaitu al-Quran Braille, maka ia
merujuk kepada Mushaf al-Quran Braille yang menggunakan asas kod
Braille Bahasa Arab yang mewakili huruf-huruf Hijaiyyah, tanda baris
seperti fathah, dammah, dan kasrah, serta simbol-simbol seperti shaddah,
sukun, mad dan sebagainya (Noornajihan dan Kauthar 2008).
Penghasilan al-Quran Braille merupakan salah satu alternatif bagi OKU
masalah penglihatan untuk berinteraksi dengan mushaf ini. Di Malaysia,
senario perkembangan al-Quran Braille yang dipelopori oleh Persatuan
Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah mendapat
pengiktirafan diperingkat kebangsaan. Ini terbukti dengan penerbitan
edisi al-Quran Braille (kod Braille Bahasa Arab Gred 1) yang
bersumberkan al-Quran Braille terbitan Indonesia merupakan satu-
satunya al-Quran Braille yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menurut kajian Ahmad Kamel et al. (2009), berdasarkan perkembangan
pelbagai kod Braille yang direkodkan oleh UNESCO di bawah
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), didapati kod Braille Bahasa
Arab yang seragam sudahpun mantap dan diaplikasikan menjelang tahun
1960-an. Perkara ini dapat diandaikan bahawa aplikasi al-Quran Braille
yang bersandarkan kod Braille Bahasa Arab di beberapa buah negara
Islam di Timur Tengah telah bermula seawal tahun 1950-an. Pernyataan
ini turut disokong oleh PERTIS yang menyatakan bahawa naskhah
Mushaf al-Quran Braille yang terawal sampai di Malaysia adalah pada
sekitar tahun 1952 yang dihadiahkan oleh negara Jordan ke Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth, Johor Bahru.
Ia terdiri daripada 6 Jilid (30 Juzuk) dan setiap jilid mengandungi 5 juzuk
al-Quran yang dicetak secara double sided (Hampshire 1981; Zakaria
2008). Selain dari Jordan, PERTIS juga turut memperoleh al-Quran
Braille dari Mesir (1964), Tunisia (1976), dan Indonesia (1970-an).
Di indonesia, terdapat lebih dari satu badan atau organisasi yang
mengeluarkan dan menerbitkan al-Quran Braille. Antaranya ialah Badan
Wiyataguna yang berpusat di Bandung dan juga Yayasan Kesejahteraan
Tunanetra Islam, Indonesia (Yaketunis) yang berpusat di Yogyakarta.
Kedua-dua badan ini saling lengkap-melangkapi antara satu sama lain
dalam konteks memenuhi keperluan al-Quran Braille bagi mereka yang
cacat penglihatan di Indonesia.
IJQR, 3, (4) 2013 ……. Pengajaran al-Qur’an Braille ….. Mohd Nur Adzam Rasdi et al. | 84
Di Malaysia, naskhah al-Quran Braille yang dihantar oleh pihak yang
tidak dikenali telah sampai ke tangan ustaz Sulaiman, salah seorang
tenaga pengajar normal di SKPK Princcess Elizabeth. Merasakan ianya
satu anugerah buat MBK masalah penglihatan, ustaz Sulaiman berusaha
untuk memahami kod al-Quran Braille tersebut secara kendiri sehingga
mampu menguasainya dan seterusnya mengajarkannya. Setelah itu,
PERTIS telah mengambil inisiatif dalam membuat semakan dan
menyalin semula al-Quran Braille dalam bentuk soft copy seawal tahun
1990-an oleh dua sahabat iaitu Cikgu Zakaria Yahya dan Ustaz
Muhammad Lee Abdullah yang kedua-duanya merupakan mereka yang
mengalami masalah penglihatan (http://besiwaja.blogspot.com,
8/10/2012).
Berdasarkan analisis dokumen yang telah dijalankan, dapatlah
disimpulkan beberapa tarikh penting dan catatan berkaitan kronologi
sejarah perkembangan al-Quran Braille di Malaysia. Secara amnya,
kronologi ini bolehlah dibahagi kepada 4 fasa iaitu:
1. Fasa Penyalin al-Quran Braille;
2. Fasa Pencetakan al-Quran Braille;
3. Fasa Penerbitan al-Quran Braille; dan
4. Fasa Inovasi al-Quran Braille.
Jadual 1.1: Kronologi Perkembangan al-Quran Braille di Malaysia
TAHUN CATATAN
Permulaan fasa proses penyalinan al-Quran Braille telah
1980
bermula
Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran al-Karim
1983 pada 9 September 1983 oleh KPM bertujuan
menghasilkan Kod Braille al-Quran grade 2
al-Quran Braille pertama yang lengkap berjaya disalin
oleh Zahari Ghani dengan mengambil masa hampir tiga
tahun berpandukan al-Quran Braille dari Indonesia.
Kemudian dicetak menggunakan teknologi Termoform
1985
pada kertas Braillion. Satu salinan mengambil masa
selama seminggu untuk disiapkan. Namun terdapat
beberapa jilid telah hilang dalam simpanan setelah beliau
kembali kerahmatullah
Usaha menyalin al-Quran Braille berkomputer oleh
1990-an Muhammad Lee Abdullah dan Zakaria Yahya, masing-
masing mengalami masalah penglihatan
85 | IJQR, 3, (4) 2013 …..Pengajaran al-Qur’an Braille ……Mohd Nur Adzam Rasdi et.al

Fasa proses pencetakan al-Quran Braille telah bermula


1994
oleh PERTIS sebelum proses semakan dijalankan
Kerjasama PERTIS dan JAKIM dalam menyemak al-
1996
Quran Braille
Proses semakan selesai dan didokumenkan dalam satu
1997 Laporan Jawatankuasa Kerja Penyemakan al-Quran
Braille, Darul Quran JAKIM bertarikh 15 Oktober 1997
Fasa proses penerbitan bermula dengan pengiktirafan al-
1998 Quran Braille cetakan PERTIS oleh JAKIM dan
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
1998 Penerbitan al-Quran Braille (grade 1) oleh PERTIS
Penerbitan buku Kod Wasilah Kod Braille al-Quran (grade
1998
2) oleh KPM
Pada 7 Disember 1999, penerbitan al-Quran Braille (6
jilid) cetakan PERTIS dengan kerjasama Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah
1999 dilancarkan. Projek penerbitan ini yang bernilai
RM50,000 telah dilancarkan oleh Menteri Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka
Zaleha Ismail
Pengedaran al-Quran Braille cetakan PERTIS ke seluruh
2006
sekolah di Malaysia
Fasa inovasi al-Quran Braille bermula dengan
termeterinya MoU antara PERTIS dan kumpulan
penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM),
2009
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam
membangunkan Panel al-Quran Braille Elektronik
(eBraille al-Quran)
Pembangunan software ‘Smart Hafaz’ untuk 10 juzuk
pertama al-Quran oleh Sekolah Kebangsaan Pendidikan
Khas (SKPK) Alma, Pulau Pinang. Software ini
2009
membantu Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah
penglihatan di sekolah tersebut dalam menghafaz al-Quran
menggunakan teknik audio (dengar dan ulang)
Panel al-Quran Braille Elektronik (eBraille al-Quran) yang
mendapat dana daripada Kementerian Sains, Teknologi
2011
dan Inovasi (MOSTI) selesai dibangunkan dan panel
tersebut diberi kepada PERTIS untuk kegunaan persatuan
IJQR, 3, (4) 2013 ……. Pengajaran al-Qur’an Braille ….. Mohd Nur Adzam Rasdi et al. | 86
Penubuhan Institut Quran Braille (IQBraille) sebagai salah
satu Pusat Kecemerlangan (CoE) oleh USIM. Langkah
2012 pertamanya adalah menjalinkan hubungan kerjasama
(MoU) dengan PERTIS dan Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal UTM yang dimeterai pada 2 Mac 2012
Penerbitan buku Iqra (1-6) versi Braille oleh kumpulan
penyelidik USIM dengan kerjasama PERTIS dan
2012
Bahagian Buku Teks, KPM. Naskhah ini telah diedarkan
ke sekolah berkaitan di Malaysia

Pada tahun 1994, Cikgu Zakaria Yahya dan Muhammad Lee Abdullah
telah berjaya melakar sejarah baru dalam dunia OKU masalah
penglihatan di negara ini apabila berjaya menghasilkan al-Quran Braille
dengan menggunakan kod Braille komputer. Usaha murni ini merupakan
kesinambungan perjuangan yang belum selesai oleh beberapa rakan yang
senasib dengan mereka untuk memastikan keperluan mereka terhadap
pengajian al-Quran tidak dipinggirkan.
Usaha ini bermula seawal tahun 1990-an di mana teknologi komputer
mesra OKU mula dihasilkan sekali gus membolehkan mereka mencipta
kod Braille al-Quran berbantukan komputer. Menurut ustaz Muhamad
Lee, beliau mempelajari sendiri kaedah menukarkan kod aksara papan
kekunci komputer kepada kod Braille menggunakan perisian Duxbury
Translator (DBT) sebelum dicetak menggunakan mesin pencetak Braille
yang dikenali sebagai Embosser. Beliau telah mengambil masa selama
hampir tiga bulan untuk menukarkan kod Braille al-Quran dari Indonesia
kepada kod Braille berkomputer. Kemudian, mereka mengambil masa
hampir empat tahun untuk menyemak bacaan dan tanda bacaannya
bersama JAKIM sehingga diluluskan penerbitannya pada tahun 1998.
Pada tahun yang sama, sebuah buku yang bertajuk “Kod Braille Wasilah
Bacaan al-Quran” telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buku ini dihasilkan oleh Jawatankuasa Kod Braille al-Quran al-Karim di
bawah seliaan KPM di mana usaha murni ini telah bermula sejak tahun
1983. Kod Wasilah merupakan satu sistem penulisan di mana kalimah-
kalimah al-Quran itu ditulis dengan cara meringkaskan. Berdasarkan
sistem Kod Wasilah ini, huruf dan baris tidak lagi ditulis secara
berasingan, tetapi disatukan menerusi tanda-tanda khas. Sistem ini juga
dikenali sebagai penulisan Braille al-Quran grade 2. Namun, sehingga
kini buku ini masih belum dipraktikkan penggunaannya sama ada
diperingkat sekolah mahupun badan-badan kebajikan OKU masalah
penglihatan. Ini kerana terdapat beberapa kekangan yang menyebabkan
87 | IJQR, 3, (4) 2013 …..Pengajaran al-Qur’an Braille ……Mohd Nur Adzam Rasdi et.al

warga OKU masalah penglihatan sukar untuk menguasainya berbanding


dengan al-Quran Braille terbitan PERTIS grade 1.
3. ISU DAN CABARAN PENGAJARAN AL-QURAN BRAILLE
Berikut merupakan hasil dapatan berkaitan isu dan cabaran GPI dalam
pengajaran al-Quran Braille:-
1. Kemahiran penggunaan al-Quran Braille
Isu dan cabaran utama yang sering dihadapi oleh guru, terutamanya guru
yang baru mula mengajar ialah mereka tidak menguasai kod Braille al-
Quran. 5 orang guru yang ditemubual menyatakan bahawa mereka tidak
ada asas langsung untuk membaca al-Quran menggunakan al-Quran
Braille pada peringkat awal menjadi guru kerana tidak pernah mendapat
pendedahan semasa mengikuti latihan perguruan. Walau bagaimanapun,
apabila ditempatkan di sekolah pendidikan khas, mereka terpaksa belajar
sendiri bagi memastikan pengajaran dapat dilaksanakan dengan
sebaiknya. Seorang guru sahaja pernah mendapat pendedahan asas
tentang al-Quran Braille walaupun tidak secara mendalam. Beliau
mendapat pendedahan tersebut semasa mengikuti latihan perguruan
dalam bidang Pendidikan Islam, Pendidikan Khas. Hasil temu bual
mendapati tiga orang guru tidak mengajar al-Quran menggunakan al-
Quran Braille, hanya tiga guru sahaja yang mengajar menggunakan al-
Quran Braille.
2. Masa Pengajaran Terhad
Berdasarkan pemerhatian dan temu bual, GPI tidak dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya untuk mengajar al-Quran Braille secara khusus
disebabkan masa yang agak terhad. Ada di antara mereka yang memberi
fokus terhadap menghabiskan sukatan pelajaran bagi menghadapi
peperiksaan. Penekanan terhadap Tilawah al-Quran agak kurang,
penumpuan lebih kepada komponen yang lain. Ini menyebabkan
sebahagian daripada mereka mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas
tambahan pada waktu petang bagi memantapkan kefahaman murid
terhadap kemahiran penggunaan al-Quran Braille. Perkara ini hanya
berlaku kepada sekolah yang berasrama penuh sahaja. Manakala sekolah
harian terpaksa melalui sistem persekolahan seperti murid tipikal, iaitu
tertumpu pada waktu persekolahan sahaja.
3. Kekurangan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Kajian ini bahawa GPI tidak mempunyai BBM dari sumber yang luas
dalam pengajaran al-Quran. Pengajaran hanya tertumpu kepada
penggunaan al-Quran Braille dan Mesin Perkins Brailler sahaja. Ini
berikutan tidak banyak bahan-bahan pendidikan al-Quran berbentuk kod
IJQR, 3, (4) 2013 ……. Pengajaran al-Qur’an Braille ….. Mohd Nur Adzam Rasdi et al. | 88
Braille yang boleh dijadikan rujukan seperti bahan ilmu Tajwid, buku
teks Pendidikan Islam, Tafsir al-Quran, dan sebagainya.
4. Tiada Panduan Khusus berkaitan Modul Pengajaran al-
Quran Braille
Berdasarkan kajian ini, GPI tidak mendapat panduan khusus berkaitan
pengajaran al-Quran Braille sama ada semasa mereka berada dalam
latihan perguruan mahupun setelah memasuki alam pengajaran di
Sekolah Pendidikan Khas. Pada tahun 1998, sebuah buku yang
mengandungi kaedah membaca al-Quran Braille telah diterbitkan oleh
KPM. Buku tersebut yang telah diberi nama “Kod Braille Wasilah
Bacaan al-Quran”, merupakan hasil usaha yang telah dimulakan sejak
tahun 1983 lagi. Penghasilan buku ini merupakan suatu perkembangan
terkini dalam bidang Pendidikan Khas, bukan sahaja bagi negara kita,
bahkan dunia keseluruhan (Noornajihan dan Kauthar 2008). Namun,
penghasilan buku ini tidak diaplikasikan oleh GPI kerana buku ini adalah
panduan kepada bacaan al-Quran Braille Gred 2, sedangkan proses
pengajaran sedia ada menggunakan al-Quran Braille Gred 1, terbitan
Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS). Justeru,
proses pembelajaran kendiri, pengalaman, dan perkongsian dengan GPI
senior merupakan panduan asas yang perlu diadaptasi oleh golongan
pendidik ini untuk mencapai matlamat pengajaran al-Quran.
5. Kekurangan Kursus atau Bengkel Kemahiran P&P
Amnya, proses P&P bagi MBK dalam apa jua matapelajaran memerlukan
perancangan yang teliti dan perhatian yang sewajarnya dari guru-guru
yang terlibat. Pengetahuan guru mengenai ciri keperluan khas murid tidak
dapat dinafikan keperluannya dalam membantu guru merancang dan
melaksanakan sesi pengajaran (Wood J.W, 2002). Sehubungan itu, bakal
GPI yang akan ditempatkan di sekolah pendidikan khas atau program
integrasi pendidikan khas perlu diberi pendedahan asas tentang
pendidikan khas semasa dalam latihan perguruan. Ini termasuklah
memperkenalkan asas bacaan serta tulisan Braille khususnya al-Quran
Braille untuk mengajar pelajar-pelajar bermasalah penglihatan. Sistem
latihan perguruan perlu dicantumkan di antara Pendidikan Islam dengan
Pendidikan Khas agar bakal guru mempunyai gambaran yang jelas
tentang pelajar-pelajar yang akan mereka hadapi, tidak sebagaimana yang
berlaku sekarang latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) khususnya mengasingkan di antara Pendidikan Islam dengan
Pendidikan Khas. Guru-guru Pendidikan Islam hanya mempelajari
tentang pedagogi Pendidikan Islam tetapi tidak ada pendedahan tentang
Pendidikan Khas, manakala guru-guru Pendidikan Khas pula hanya
mempelajari pedagogi untuk pelajar-pelajar khas dan tidak mempunyai
asas yang kukuh untuk mengajar Pendidikan Islam. Apabila hal ini
89 | IJQR, 3, (4) 2013 …..Pengajaran al-Qur’an Braille ……Mohd Nur Adzam Rasdi et.al

berlaku, akan terjadilah guru Pendidikan Islam tidak mempunyai


kemahiran pedagogi untuk MBK, dan guru khas tidak mempunyai asas
pengetahuan tentang Pendidikan Islam yang sebenar (Hajarul Bahti et al.
2010). Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada responden
dipanggil untuk menyertai kursus pengajaran al-Quran Braille oleh
Jabatan Pelajaran Negeri. Namun, tiada penyelarasan dalam penganjuran
kursus ini atau dalam kata lain, ia dijalankan secara tidak berkala.
6. Masalah MBK Masalah Penglihatan
Dapatan kajian juga mendapati terdapat beberapa masalah yang dihadapi
oleh MBK masalah penglihatan sewaktu mempelajari al-Quran, iaitu
mereka tidak menguasai Jawi dan huruf-huruf Hija’iyyah Arab, kurang
mahir mengenal kod-kod al-Quran Braille, lambat mengikuti pengajaran
guru, dan tiada asas al-Quran yang kukuh. Selain itu, MBK yang rabun
lebih lemah daripada MBK buta kerana mereka sukar untuk mengenal
dan membaca huruf-huruf dalam al-Quran apabila ia ditulis secara
bersambung. Ini menyebabkan mereka merasa bosan dan tidak berminat
untuk mempelajari al-Quran yang menyebabkan kebanyakan mereka
tidak dapat membaca langsung al-Quran berbanding MBK buta
sepenuhnya.
7. Komitmen Ibu Bapa
Dalam konteks peranan ibu bapa, kajian mendapati bahawa terdapat
sebahagian ibu bapa menyerahkan sepenuhnya tugas pengajaran kepada
guru di sekolah tanpa pemantauan apabila berada di rumah semasa cuti
persekolahan. Ini menjadikan tugas GPI lebih sukar dan beban yang
ditanggung lebih berat terutama dalam bidang pengajaran al-Quran.
Menurut kajian Saidi (2006), MBK yang mendapat pengajaran tambahan
selain di sekolah, didapati dapat membantu mereka lebih menguasai
sesuatu bidang mata pelajaran. Sehubungan itu, para ibu bapa boleh
menubuhkan kumpulan sokongan ibu bapa (parents support group) bagi
membantu pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang
dirancang. Selain itu, kumpulan ini mampu memberi idea dan sumbangan
kewangan ke arah meningkatkan tahap penguasaan anak-anak istimewa
mereka dalam sesuatu mata pelajaran.
8. Komitmen Pihak Sekolah
Sokongan pihak pentadbiran sekolah dan rakan sejawat merupakan antara
faktor utama dalam meningkatkan kualiti dan motivasi dalam kalangan
GPI, MBK, dan seterusnya kepada ibu bapa yang dianugerahkan anak
istimewa ini. Dalam hal ini, pihak sekolah perlu memberi galakkan dan
dorongan sama ada sokongan moral mahupun kewangan kepada GPI
dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti, kajian tindakan, dan inovasi dalam
P&P. Pihak sekolah boleh mengadakan satu bilik gerakan di mana
IJQR, 3, (4) 2013 ……. Pengajaran al-Qur’an Braille ….. Mohd Nur Adzam Rasdi et al. | 90
kumpulan sokongan ibu bapa (parents support group) boleh memainkan
peranan mereka dalam membantu dan memberi sumbangan terhadap
aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.
CADANGAN DAN SARANAN
Ringkasnya, isu cabaran yang dikemukan seperti di atas menuntut kepada
profesion keguruan khususnya GPI PK dalam menghayati bidang tujahan
pendidikan bagi anak istimewa ini. Menurut Norakyairee et al. (2012),
penerapan empat elemen asas personaliti GPI PK, iaitu penguasaan ilmu
pengetahuan, sahsiah positif, motivasi, dan kemahiran yang tinggi
merupakan asas pembinaan personaliti GPI dalam program Pendidikan
Khas. Selain itu, saranan dan cadangan berikut dilihat mampu
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan penambahbaikkan
penawaran kurikulum Modul al-Quran, Pendidikan Islam dalam program
Pendidikan Khas negara, antaranya:
1. Pelaksanaan latihan, kursus dan kemahiran dalam memperkasa GPI
PK dari sudut personaliti dan pengajaran yang berkesan perlu
dijalankan dari semasa ke semasa khususnya kepada GPI yang tidak
mempunyai latar belakang bidang Pendidikan Khas;
2. Penilaian terhadap kurikulum Pendidikan Islam dalam program
Pendidikan Khas sedia ada perlu disemak dan diberi nafas baharu ke
arah memberi peluang dan ruang kepada MBK ini mempelajari al-
Quran dan mempraktikkan Ibadah dalam kehidupan seharian mereka;
3. Penerapan Terapi al-Quran bersandarkan bacaan al-Ruqyah al-
Shar`iyyah (ayat-ayat penawar) yang bertepatan dengan syariat turut
diketengahkan dalam memberi ketenangan dan suntikan penawaran
penyembuhan Qurani kepada anak istimewa ini;
4. Pembinaan model pengurusan pentadbiran program Pendidikan Khas
di sekolah. Model ini dikemukan oleh Fleet dan Peterson (1994) yang
memberi tumpuan kepada operasi dalaman organisasi. Tujuan
utamanya adalah untuk menyediakan prosedur pentadbiran atau
prosuder operasi piawai (SOP) yang efisien dengan mencari kaedah
berkesan dalam menyelaras dan memantau sesebuah
organisasi. Model ini dapat memenuhi keperluan pihak pentadbir di
samping membolehkan pihak pentadbir menilai produktiviti
organisasinya di samping memperbaiki setiap kelemahan yang
timbul;
5. Penglibatan ibu bapa dalam menjayakan program ini sebagai parents
support group. Pihak sekolah boleh menyediakan sebuah bilik
gerakan atau operasi bagi membolehkan ibu bapa yang tidak bekerja
atau mempunyai masa membantu GPK dalam pelbagai aspek;
91 | IJQR, 3, (4) 2013 …..Pengajaran al-Qur’an Braille ……Mohd Nur Adzam Rasdi et.al

6. Penglibatan GPI PK dalam penyelidikan ke arah penambahbaikan


sistem penyampaian, isi kandungan, mempelbagaikan bahan bantu
mengajar (BBM) yang releven, dan sebagainya; dan
7. Penglibatan MBK dengan program sosial berpusatkan masjid
(Norakyairee dan Ab. Halim 2011). Aktiviti seperti ini secara tidak
langsung membuka mata masyarakat terhadap keperluan mendesak
golongan istimewa ini terhadap pengajian Islam.

PENUTUP
Konsep pendidikan merupakan satu usaha ke arah menyuburkan diri
seseorang dengan ilmu pengetahuan bagi membentuk insan sempurna
yang mampu melaksanakan tanggungjawabnya (Ibn Qayyim al-
Jawziyyah t.th). Pembentukkan insan sempurna ini dizahirkan melalui
personaliti unggul sebagaimana ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW
dalam konteks al-Rasul al-Mu`allim (Norakyairee et al. 2012). Konsep
ini selaras dengan matlamat utama pendidikan itu sendiri, iaitu
membentuk sahsiah murid melalui perubahan tingkah laku mereka di
mana refleksi personaliti guru adalah faktor utama bagi mencapai tujuan
tersebut (Ab. Halim dan Mohamad Khairul Azman 2010; al-Nahlawi
1996; Falsafah Pendidikan Guru, KPM; Falsafah Pendidikan Negara,
KPM).
Justeru, keperluan model GPI PK berkesan perlu dibina dan dimasukkan
dalam modul-modul latihan perguruan, latihan dalam perkhidmatan dan
kursus berkala agar gambaran awal mengenai bidang ini jelas selain
mampu melahirkan produk guru yang terlatih (Mohd Ali 1979). Model
ini juga selaras dengan hasrat Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM
dengan terlaksananya model Standard Guru Malaysia (SGM) di mana
tiga standard dalam memperkasa profesionlisme keguruan adalah
merujuk kepada amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan
kefahaman, dan kemahiran P&P. Manakala elemen motivasi guru
termasuk dalam ciri-ciri Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan
kebanyakan model pengajaran guru berkesan. Model ini boleh juga boleh
digarap dan diadaptasi dalam konteks guru Pendidikan Khas secara
keseluruhannya, cuma sedikit modifikasi dari sudut pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian program Pendidikan
Khas yang lain iaitu MBK Masalah Pendengar dan Masalah
Pembelajaran.
IJQR, 3, (4) 2013 ……. Pengajaran al-Qur’an Braille ….. Mohd Nur Adzam Rasdi et al. | 92
BIBLIOGRAFI
`Abd al-Hafiz Muhammad Nur bin `Abd al-Hafiz Sawir. (1999). Manhaj
al-Tarbiyyah al-Nabawiyyah li al-Tifl ma`a Namazuji Tatbiqiyyah
min Hayat al-Salaf al-Salih. Beirut: Dar Ibn al-Kathir.
Ab. Halim Tamuri dan Mohamad Khairul Azman Ajuhary. (2010).
Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan
konsep al-Mu`allim . Journal of Islamic and Arabic Educcation 2 (1)
, 43-56.
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2011). Guru Sebagai Pendorong
dalam Darjah. Edisi Kemas Kini. Selangor: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad Kamel, Muhammad Mustaqim Mohd Zarif, Khairul Anuar
Mohamad dan Mohd Alwi Yusoff. (2008). Metod Pengajaran Braille
al-Quran. Bandar Baru Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.
Ahmad Yunus Kasim dan Ab. Halim Tamuri. (2010). Pengetahuan
Pedagogikal Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah: Kajian Kes Guru
Cemerlang Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic
Education 2 (2) , 13-30
al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad Muhammad. (1939). Ihya' `Ulum al-
Din. Mesir: Matba`ah Mustafa al-Bab al-Halabi.
al-Kaylani, Majid `Arsan. (2005). Ahdaf al-Tarbiyyah al-Islamiyyah.
Dubai: Dar al-Qalam.
al-Syaibani, Umar Muhammad al-Toumi. (1979). Falsafah al-Tarbiyyah
al-Islamiyyah. Libya: al-Mansya`ah al-Sya`biyyah li al-Nasyr wa al-
Tawzi` wa al-I`lan.
al-Zarqani, Muhammad Abd al-`Azim. (1994). Manahil al-`Irfan fi Ulum
al-Qur’an. . Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi.
Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim. (2011). Bagaimana
Memotivasikan Pelajar: Teori, Konsep dan Kepentingan. Selangor:
PTS Professional.
Catherine M Bergeron and Marie-Chantal Wanet-Defalque. (2013).
Psychological Adaptation to Visual Impairment: The Traditional
Grief Process Revised. British Journal of Visual Impairment, vol. 31,
1: pp. 20-31.
Ferrell, K. A. (2005). The effects of NCLB. Journal of VisualImpairment
and Blindness, 99, 681-683.
93 | IJQR, 3, (4) 2013 …..Pengajaran al-Qur’an Braille ……Mohd Nur Adzam Rasdi et.al

Hajarul Bahti Zakaria dan Mohd Huzairi Awang. (2010). Isu dan Cabaran
Guru dalam Pendidikan al-Quran Pelajar Bermasalah Penglihatan.
Seminar Pendidikan Guru Peringkat Antarabangsa kali ke-4 (UPI &
UPSI). Bandung: Indonesia. Perak: UPSI.
K.A. Razhiyah. (2010). Menjadi Guru Pendidikan Khas. Selangor: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Kamarul Azmi Jasmi. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam
Sekolah Menengah di Malaysia: Satu Kajian Kes. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Khadijah Abdul Razak dan Norshidah Mohamad Salleh. (2010).
Pengajaran Tilawah al-Quran dalam kalangan Kanak-kanak
Bermasalah Penglihatan. In J. S. Dharta Ranu Wijaya, Praktik-
praktik Terbaik Pendidikan untuk Semua: Isu-isu Pendidikan Khusus
di Indonesia dan Malaysia (pp. 252-267). Bandung: Rizqi Press.
Kirchner, C., & Smith, B. (2005). Transition to what? Education and
employment outcomes for visually impaired youth after high school.
Journal of VisualImpairment and Blindness, 99, 499-504.
Mohammad Shattar, Jasni Sabri dan Azali Mohamed. (2006). Tips
Pendidik Cemerlang. Selangor: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Mohd Ali Ibrahim. (1979). Perubahan dan Pembaharuan Dalam Latihan
Perguruan di Malaysia. Seminar Penilaian Kurikulum Maktab-
maktab Perguruan Malaysia, 12-22 Mac 1979. Pulau Pinang: KPM
Mohd Huzairi Awang @ Husain. (2010). Peranan Masjid Dalam
Pendidikan: Tumpuan Khusus Terhadap Golongan Pekak. Seminar
Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran di Masjid. Bangi: UKM
Noornajihan Jaafar dan Kauthar Abdul Kader. (2008). Pengajaran Braille
al-Quran di Malaysia. Seminar Warisan Quran dan Hadith
Nusantara. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Norakyairee Mohd Raus & Ab. Halim Tamuri. (2011). Program Tilawah
al-Quran di Masjid Bagi Golongan Bermasalah Penglihatan: Realiti
dan Cabaran Semasa. Seminar Pengurusan Masjid Inovatif Peringkat
Antarabangsa, 23-25 April 2011. IAIN ar-Raniry, Banda Aceh, Aceh.
Norakyairee Mohd Raus, Ab. Halim Tamuri, dan Norshidah Mohamed
Salleh. (2012). Pengajaran Al-Quran Braille: Penglibatan Institusi
Pengajian Tinggi Islam Di Malaysia. Seminar Serantau Institusi
Pengajian Tinggi Islam. Nilai: USIM.
Norakyairee Mohd Raus, Ab. Halim Tamuri, dan Norshidah Mohamed
Salleh. (2012). Asas Kesediaan Pengajaran Guru Berkesan dalam
IJQR, 3, (4) 2013 ……. Pengajaran al-Qur’an Braille ….. Mohd Nur Adzam Rasdi et al. | 94
Modul al-Quran Berbantukan al-Quran Braille. The International
Conference on Research in Islamic and Arabic Language Education
2012 (ICRIALE2012). Saudi Arabia: Mekah.
Norakyairee Mohd Raus, Ab. Halim Tamuri, dan Norshidah Mohamed
Salleh. (2012). Asas Kesediaan Pengajaran Guru Berkesan Dalam
Program Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Berdasarkan Konsep
al-Rasul al-Mu`allim. Seminar Warisan Nabawi (SWAN2012). Nilai:
USIM.
Norakyairee Mohd Raus, Abdoul Karem Toure, Abdul Muhaimin
Ahmad, Noornajihan Jaafar, Nurul Asiah Fasihah Mohamad dan
Mohd Nur Adzam Rasdi . (2011). Faktor yang Mempengaruhi
Pencapaian Pelajar Berkeperluan Khas (Penglihatan) dalam
Menghafaz al-Quran: Kajian Kes di Darul Quran, JAKIM. Seminar
Wahyu Asas Tamadun. Bandar Baru Nilai: USIM.
Norshidah Mohd Salleh, Aliza Allias dan Zalizan Mohd Jelas. (2009).
Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia. In Z. M. Jelas, Pendidikan
Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan Amalan (pp. 1-14).
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rohaty Mohd Majzub. (2002). Identiti Guru: Isu, Cabaran dan Hala Tuju.
Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan. Bangi: UKM.
Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangorl:
Pearson Prentice Hall.
Subhi al-Soleh. (1972). Mabahith fi Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-`Ilm.
Zakaria Yahya. (2008). Perkembangan dan Isu Terkini dalam Penulisan
al-Quran Braille: Satu Tinjauan Umum. Seminar Perkembangan dan
Isu Terkini Dalam Penulisan al-Quran Braille (p. 14). Kuala
Lumpur: PERTIS

You might also like