Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

4.

0 METODOLOGI

Pendahuluan

Menurut Hornby (1985) (dalam Nor Hidayahbinti Mohamed, 2004), metodologi


merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian
yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian,
batasan kajian, instrument kajian dan prosedur analisis data bagi menjawab persoalan-
persoalan kajian yang telah dikemukakan Iebih awal.

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu rangka rujuk
mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis data.
Kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran udara dan
mengenai pasti kesan-kesan pencemaran udara di kawasan Pending, Kuching, Sarawak
kepada persekitarannya.

Instrument Kajian

Instrument ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang
berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam kajian ini,
instrument yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang
temu bual, borang soal selidik dan kaedah rujukan.

Kaedah Instrument Kajian


Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Borang temu bual, rujukan

Cara Mendapatkan Responden

Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk dari kawasan Pending,
Kuching. Daripada jumlah keseluruhan penduduk adalah terdiri daripada 10 orang lelaki dan
20 orang perempuan dari penduduk di kawasan Pending akan diambil sebagai responden.
Responden terbatas kepada penduduk yang mendiami berhampiran kawasan Pending dan
mengisi borang soal selidik dengan lengkap pada hari kajian dijalankan. Bagi teknik
persampelan yahg digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan teknik persampelan
rawak mudah di mana dengan menggunakan prosedur persampelan ini, setiap penduduk di
Jalan Keranji mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai seorang responden.
Sampel kajian terdiri daripada 30 orang penduduk. 30 set borang soal selidik akan diberikan
kepada mereka secara rawak mudah untuk memperoleh data yang lebih tepat. Dalam
kualitatif pula, 3 orang akan dipilih untuk ditemu bual. Selain itu, kaedah rujukan akan
dilakukan oleh pengkaji sendiri.

Cara Mendapatkan Maklumat/Data Daripada Responden

Borang soal selidik yang sesuai telah pengkaji buat untuk mendapat dan mengumpul
maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan secara
rawak kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik terdiri daripada dua bahagian
iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden
manakala Bahagian B adalah soalan mengenai faktor yang menyebabkan pencemaran udara
dan kesan pencemaran udara kepada penduduk di kawasan Pending. Kajian ini menggunakan
skala pemarkahan likert lima mata yang mengandungi lima aras, iaitu 1 = sangat setuju, 2 =
setuju, 3 = kurang setuju, 4 - tidak setuju, dan 5 = sangat tidak setuju.

Jadual 4.1: Skala likert 5 aras digunakan

Sangat Setuju 1
Setuju 2
Kurang Setuju 3
Tidak Setuju 4
Sangat Tidak Setuju 5

Selain itu, kaedah temu bual digunakan. Dalam pada itu, pengkaji akan menemu bual
3 orang yang tinggal di kawasan Pending. Tujuan utama temu bual ini adalah untuk
mengetahui faktor yang menyebabkan pencemaran udara dan kesan pencemaran udara
kepada penduduk . Di samping itu, pengkaji akan meminta pendapat responden tentang temu
bual.

Seterusnya, kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui kaedah
rujukan. Pengkaji telah merujukkan surat khabar, majalah, internet dan Kamus Dewan Edisi
ke-4 daripada perpustakaan SMK Bandar Kuching. Pengkaji telah mencari banyak perkataan
dengan maknanya daripada Kamus Dewan sebagai sokongan hasil kerja.

Memproses dan Mempersembahkan Data

Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data yang berbentuk skala
Likert. Untuk memudahkan penganalisisan data, skala Likert akan dikategorikan seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 4.2

Jadual 4.2: Pengkelasan Skala Likert

Tidak Setuju Setuju


Selain itu, dalam 5 4 3 2 1 aspek
penganalisisan Sangat tidak Tidak Kurang Setuju Sangat data, pengiraan
manual akan setuju Setuju setuju setuju diguna pakai.
Oleh sebab itu, kekerapan dan
peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis. Data yang dikumpulkan akan
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan grafik iaitu graf bar dan carta pai.

Rumusan

Metodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan kesahan
dapatan kajian. Sehubungan dengan hal itu, pengkaji akan mengikut tatacara kajian yang
ketat dengan menepati prosedur kutipan data dan instrumen yang telah dikenal pasti
(LAMPIRAN A)

You might also like