Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA KEMASUL

28310 TRIANG,

PAHANG.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS SEKOLAH (SPBT) KALI KEDUA 2020

TARIKH : 15 MEI 2013 (RABU)

MASA : 1.30 PETANG

TEMPAT : BILIK BOSS SK FELDA KEMASUL

KEHADIRAN:

Pn. Noraini bt Ramli

Semua guru kelas

Guru Penasihat Kelab SPBT

AGENDA:

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi


2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Perlaksanaan Aktiviti Mengikut Takwim
5. Laporan Kewangan
6. Hal-hal lain

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS SEKOLAH (SPBT) KALI KEDUA 2020


Agenda :

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan kata aluan dan terima kasih kepada Pn. Noraini dan
mengalu-alukan kehadiran guru-guru SPBT.
1.2 Ucapan terima kasih juga kepada unit SPBT kerana telah memberi kerjasama
dalam melaksanakan tugas berkaitan Unit SPBT.
Tindakan : Semua guru

2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat lalu


Dicadang: Zamnah bt Yusof
Disokong: Farah Izyan bt Jamaluddin
Tindakan: Setiausaha
3. Perkara Berbangkit
Tiada

4. Perlaksanaan Aktiviti Mengikut Takwim

4.1 Pn. Husna bt Abd Wahab memaklumkan bahawa spot-check buku teks telah
dijalankan dan dibantu oleh pengawas SPBT seperti jadual yang diberi.
4.2 Jadual pemulangan buku teks pada tahun ini akan dikeluarkan pada bulan
Oktober 2020.
4.3 Bilik SPBT telah dijaga dan diselenggara dengan baik dengan bantuan pengawas
SPBT. Bilik ini juga telah dibuka setiap hari mengikut jadual yang telah disediakan.
4.4 Pemesanan buku teks bagi kegunaan 2021 telah disempurnakan secara manual
dan online. Salinan borang pemesanan telah difailkan.
Tindakan: Setiausaha

5. Laporan Kewangan

Pengerusi memaklumkan tiada kehilangan buku teks dan gantian wang.

Tindakan : Makluman
6. Hal-hal lain

6.1 Pn. Husna bt Abd Wahab memaklumkan tugas pemulangan dan peminjaman
buku teks akan dilakukan tanpa melibatkan guru kelas. Pengawas SPBT akan
melibatkan diri secara aktif. Taklimat akan diberi kepada pengawas SPBT bagi
memudahkan mereka menguruskan operasi pemulangan dan peminjaman buku
teksbuku teks.
6.2 Mana-mana guru yang ingin meminjam buku teks boleh berurusan di bilik BOSS.
6.3 Operasi merampas buku teks yang ditinggal dijalankan 2 kali. Amaran telah
diberikan kepada murid terlibat.
Tindakan : Makluman

7. Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua
guru-guru SPBT dalam melancarkan dan melicinkan pengurusan buku teks sekolah
SK Felda Kemasul. Mesyuarat ditangguhkan pada Jam 2.20 Petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

…………………………………… ………………………............
(Husna Binti Abd Wahab) (Noraini bt Ramli)
Penyelaras Unit SPBT GPK HEM
SK Felda Kemasul SK Felda Kemasul

You might also like