Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SK FELDA KEMASUL

28310 TRIANG, PAHANG

KERTAS KERJA

_______________________________________________

PROGRAM PENAMBAHBAIKKAN INFRASTRUKTUR


SURAU SAIDINA UTHMAN
2019 \ 2020

_______________________________________________
OLEH:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
0|P e n a m b a h b a i k k a n I n f r a s t r u k t u r S u r a u S a i d i n a U t h m a n
SK FELDA KEMASUL

1.0 NAMA PROGRAM


Program Penambahbaikkan Infrastruktur Surau Saidina Uthman, SK Felda Kemasul

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Surau SK Felda Kemasul merupakan tempat pelbagai aktiviti sekolah
dan daerah diadakan samada dari segi akademik atau ko kurikulum selain
daripada solat yang memang sebagai fungsi asalnya. Dari segi akademik surau ini
digunakan oleh guru dan pelajar untuk aktiviti amali, sebagai kelas jika terdapat
acara sekolah yang memerlukan kelas maka pelajar dan guru akan bergerak ke
surau untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti persatuan dan
acara tahunan iaitu ceramah, solat hajat, qiamullail, Iftar jama’i, solat terawih,
tadarus Al Quran dan Khatam Al-Quran yang diadakan sekurang-kurangya sekali
setahun.
2.2 Kekurangan peruntukan kewangan menyebabkan infrastruktur surau ini tiada
penambahbaikan. Peralatan tidak mencukupi menyebabkan terdapat sedikit
kekangan untuk menjalankan aktiviti murid di surau ini. Selain itu, surau ini juga
digunakan oleh tetamu dan pelawat yang hadir ke sekolah untuk solat. Jadi
sewajarnyalah, surau ini lebih selesa dan mesra pengguna.
2.3 Aspek keselesaan kepada semua warga sekolah merupakan satu elemen
terpenting dalam kemenjadian seseorang pelajar. Aspek keselesan yang disokong
oleh aspek kebersihan dapat meningkatkan motivasi dan daya usaha semua
orang sama ada dalam kalangan murid , guru dan staf sokongan.

3.0 RASIONAL
3.1 SK Felda Kemasul mempunyai sejumlah 204 orang murid pada sesi 2019\2020
dan jumlahnya dijangka meningkat pada tahun-tahun berikutnya. Daripada jumlah
tersebut, murid Islam yang menggunakan surau untuk pelbagai aktiviti keagamaan
pula berjumlah 204 orang murid dan seramai 23 orang guru.
1|P e n a m b a h b a i k k a n I n f r a s t r u k t u r S u r a u S a i d i n a U t h m a n
3.2 Kawasan tempat wuduk didapati kurang selamat kerana terdapat jubin yang
pecah dan dibimbangi mendatangkan kecederaan kepada murid.
3.3 Surau SK Felda Kemasul hanya mempunyai beberapa pili air untuk wudhuk dan
aliran ainya tidak lancar. Tempat wuduk perempuan pula tidak bertutup
sepenuhnya dan tidak sempurna untuk melindungi aurat murid perempuan dan
guru perempuan.

4.0 MATLAMAT
4.1 Membangunkan semula Surau Saidina Uthman adalah penting sebagai
kelansungan usaha pihak PIBG dan guru-guru terdahulu yang berusaha mencari
dana untuk membina surau ini. Surau ini adalah hasil sumbangan warga Felda
Kemasul sekitar tahun 90 an.
4.2 Memberi keselesaan kepada warga sekolah untuk berasa seronok berada di
Surau dan seterusnya meningkatkan motivasi untuk menunaikan ibadat dalam
keadaan khusyuk dan bersungguh-sungguh.
4.3 Membentuk jiwa dan nurani murid kepada cintakan masjid dan dapat membentuk
keperibadian Islam dalam kalangan murid SK Felda Kemasul.

4.0 OBJEKTIF :
4.1 Memberi keselesaan kepada pelajar dan guru untuk aktiviti PdP dan amali
solat;
4.2 Menimbulkan rasa seronok ketika menjalani sebarang aktivit di surau;
4.3 Mewujudkan suasana yang kondusif dan tenang ketika melakukan amal ibadat;

5.0 TEMPOH PROGRAM


5.1 Tempoh pelaksanaan program ini adalah dari bulan September 2019 hingga
September 2020.

2|P e n a m b a h b a i k k a n I n f r a s t r u k t u r S u r a u S a i d i n a U t h m a n
6.0 CADANGAN AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN
Antara program yang dijalankan bagi memenuhi matlamat dan objektif yang ditetapkan
ialah;

6.1. Membaiki tempat wuduk supaya mesra lelaki dan wanita.


6.2 Melengkapkan surau dengan perabot untuk al-Quran, perpustakaan mini, sudut
inivasi, sejadah, telekung dan kain pelekat.

7.0 SASARAN
1.1. Penambah baikkan tempat wudhuk lelaki dan perempuan

3|P e n a m b a h b a i k k a n I n f r a s t r u k t u r S u r a u S a i d i n a U t h m a n
8.0 IMPLIKASI KEWANGAN
8.1 Anggaran kos kerja-kerja naik taraf surau yang diperlukan adalah seperti yang
tertera dalam jadual di bawah;

BAHAN MENTAH Harga Seunit (RM) ANGGARAN


Simen 15.00 30 kampit
Batu Blok 300.00 3 bundle
Pasir 300.00 2 trip
Batu 60.00 3 trip
Pintu 300.00 2 daun
Jubin 2.00 500 keping
Longkang 20.00 30 set
Paip 10.00 100 kaki
Kepala Paip 5.00 10 set
Tangki Air 300.00 1 set
Lampu Kalimantang 15.00 3 set
Atap Asbestos 60.00 20 keping

9.0 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan yang digunakan bagi tujuan pelaksanaan program ini diperolehi
daripada ;
9.1. Sumbangan awam
9.2. Sumbangan wang pihak zakat
9.3. Sumber-sumber lain
9.4. Sumbangan pihak swasta \ badan berkanun
4|P e n a m b a h b a i k k a n I n f r a s t r u k t u r S u r a u S a i d i n a U t h m a n
10.0 JADUAL GERAK KERJA
BIL TARIKH AKTIVITI GERAK KERJA
1. September 2019 Selenggara Bumbung Surau
2. Oktober 2019 Mengumpul dana dan sumbangan
3. Nov- Dis 2019 Mengumpul dana dan sumbangan
4. Nov-Dis 2019 Mengumpul dana dan sumbangan
5. Januari 2020 Mengumpul dana dan sumbangan
6 Februari 2020 Mengumpul dana dan sumbangan
7. Mac 2020 Mengumpul dana dan sumbangan
8. April 2020 Mengumpul dana dan sumbangan
9. Mei 2020 Mengumpul dana dan sumbangan
10. Jun 2020 Pembinaan & Baik Pulih Tempat Wudhuk
11. Julai 2020 Mengecat Bangunan Surau
12. Ogos 2020 Pemfailan dan dokumentasi
13. September 2020 Perasmian & Aktiviti Imarah Surau

11.0 PENUTUP

10.1. SK Felda Kemasul terlibat dalam Program Transformasi Pendidikan (TS25).


Justeru, sekolah bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
bermakna kepada murid. Usaha ini tidak akan sempurna jika tidak mendapat sokongan
yang padu daripada pelbagai pihak.
10.2. Namun kerja-kerja penyelenggaraan ini memerlukan kos kewangan yang tinggi.
Oleh itu pihak sekolah hanya menentukan baik pulih yang benar-benar memerlukan
sahaja ( sebagaimana dinyatakan di atas) yang akan dilaksanakan. Pada masa yang
sama,pihak sekolah sentiasa mengingatkan semua warganya agar melaksanakan
perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta berhati-hati semasa
menggunakan semua kemudahan yang terdapat di surau sekolah.

11.0 ULASAN (PIHAK BERKENAAN)

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
5|P e n a m b a h b a i k k a n I n f r a s t r u k t u r S u r a u S a i d i n a U t h m a n
________________________________________________________________________

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.......

........................................... ........................................

6|P e n a m b a h b a i k k a n I n f r a s t r u k t u r S u r a u S a i d i n a U t h m a n

You might also like