Agensi Yang Terlibat Dalam Pusat Dalam Komuniti Pendidikan Khas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

KBK3063 SOKONGAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN KHAS

AGENSI YANG TERLIBAT DENGAN PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

1.0 PENGENALAN

Kerajaan Malaysia sememangnya amat komited terhadap kebajikan dan kemajuan


pembangunan orang kurang upaya (OKU). Ini dapat dilihat melalui pelaksanaan pelbagai
program untuk membolehkan golongan OKU menikmati kesejahteraan hidup yang sempurna
dan bermakna. Penggubalan seterusnya pelancaran Dasar Kebajikan Negara pada tahun 1990
adalah merupakan satu langkah ke arah matlamat ini melalui penubuhan Program Dalam
Komuniti (PDK). Program Dalam Komuniti adalah satu program yang diwujudkan oleh
Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM). Program Dalam Komuniti (PDK) merupakan satu strategi yang dijalankan oleh
kerajaan dalam pembangunan komuniti setempat yang menyediakan perkhidmatan
pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial terhadap orang
kurang upaya (OKU) yang mengalami ketidakupayaan serius sehingga tidak melayakkan diri
mereka ke sekolah. Pembangunan komuniti bagi orang kurang upaya (OKU) dijayakan
melalui bantuan dan sumbangan daripada beberapa pihak sama ada daripada Badan Kerajaan
atau Bukan Badan Kerajaan.

Program Dalam Komuniti (PDK) dilaksanakan melalui usaha bersepadu orang kurang
upaya (OKU), keluarga, komuniti dan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan
sosial yang bersesuaian. Program ini dikendalikan di seluruh negara dengan penglibatan aktif
komuniti sama ada di pusat PDK atau di rumah. Program Dalam Komuniti (PDK) merupakan
salah satu pekhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat selain daripada
perkhidmatan untuk kanak-kanak, warga tua dan sebagainya. Semua orang kurang upaya
perlu mendaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di mana Jabatan kebajikan
Masyarakat (JKM) memainkan peranan yang penting dalam Pusat Dalam Komuniti (PDK)
untuk mengurus dan membuat pemantauan terhadap golongan kurang upaya.

1
KBK3063 SOKONGAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Kewujudan Program Dalam Komuniti (PDK) dilihat sebagai asas kepada


pembangunan komuniti yang didorong oleh anggota komuniti itu sendiri. Entiti tersebut
diiktiraf memainkan peranan penting dalam membangunkan komuniti setempat menerusi
promosi penglibatan komuniti dan tindakan kolektif ahli komuniti dalam menangani masalah
setempat serta memenuhi defisit keperluan komuniti dan seterusnya menyumbang kepada
peningkatan kesejahteraan hidup bagi orang kurang upaya (OKU). Sehubungan dengan itu
PDK ternyata merupakan salah satu media yang penting pada peringkat komuniti yang
menghubungkan dan memobilisasikan pelbagai sumber atau perkhidmatan yang boleh
dinikmati oleh orang kurang upaya daripada agensi kerajaan dan NGO. Kemenjadian dan
kejayaan sesebuah PDK sudah semestinya memerlukan dorongan, bantuan dan sumbangan
daripada pelbagai pihak yang dikenali sebagai Khidmat Pelbagai Disiplin iaitu penglibatan
daripada pelbagai sumber yang berbeza seperti ibu bapa, komuniti, Kementerian Kesihatan,
Ahli Terapi dan lain-lain.

2.0 DEFINISI AGENSI KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN

Agensi dapat didefinisikan sebagai suatu organisasi yang mengendalikan


perkhidmatan atau pekerjaan tertentu sama ada daripada agensi Badan Kerajaan atau agensi
bukan Badan Kerajaan. Agensi Badan Kerajaan berperanan memastikan semua program
kerajaan berjalan dengan lancar. Agensi Kerajaan merupakan pelaku yang paling hampir
dengan masyarakat termasuk orang kurang upaya (OKU) di mana pemimpin negara akan
mengagih-agihkan peranan tertentu kepada agensi kerajaan untuk dijelmakan dalam bentuk
program kepada semua golongan masyarakat termasuk golongan OKU. Pegawai-pegawai
agensi kerajaan akan merangka pelbagai program berdasarkan harapan pemimpin negara.
Selain itu, agensi kerajaan juga berperanan untuk memberikan penerangan dan bantuan
teknikal kepada orang kurang upaya (OKU). Secara amnya, agensi kerajaan membantu
meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Malaysia melalui semua program yang diatur oleh
agensi kerajaan.

2
KBK3063 SOKONGAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Antara agensi badan kerajaan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung
dalam PDK ialah Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan
Pengangkutan Jalan. Tamsilnya, Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan
penilaian awal terhadap orang kurang upaya yang melibatkan pasukan multidisiplin,
pemulihan carakerja, pemulihan anggota atau fisioterapi, pemulihan pertuturan, pemulihan
pendengaran, rawatan susulan, penilaian pemakanan, dan rawatan psikologi. Penilaian awal
ini melibatkan beberapa langkah yang perlu diikuti oleh pihak yang terlibat bagi
mengenalpasti dan memastikan kelayakkan orang kurang upaya sebelum diterima masuk
dalam Program Dalam Komuniti (PDK).

Istilah Badan Bukan kerajaan atau Non-governmental Organization (NGO) didapati


telah mula digunakan sejak tahun 1945 apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
ditubuhkan. Agensi bukan kerajaan ditakrifkan sebagai suatu organisasi yang ditubuhkan
tanpa penglibatan daripada badan kerajaan. Umumnya NGO merujuk kepada hampir semua
pertubuhan yang diwujudkan di luar dari lingkungan kerajaan dan ianya bercirikan sukarela
serta menganjurkan aktiviti yang sah menurut undang-undang negara. Oleh yang demikian,
Salamon dan Anheier (1995) menggunakan tujuh ciri utama bagi menerangkan tentang NGO
dan sekaligus membezakannya dengan kumpulan pertubuhan yang lain. Tujuh ciri tersebut
adalah Formal iaitu berdaftar secara rasmi dan mempunyai peraturan pertubuhan, Private
iaitu berasingan daripada kerajaan dan bersifat persendirian, Non-profit distributing yang
bermaksud tidak menjadikan keuntungan sebagai motif penubuhan, Self-governing iaitu
diurus secara persendirian, Voluntary iaitu diusahakan secara sukarela, non-religious yang
dikatakan sebagai bukan bermotif untuk berdakwah dan non-political iaitu tidak terlibat
secara langsung dalam mempromosi calon dalam pilihanraya.

Agensi bukan kerajaan atau NGO berperanan menyedarkan ibu bapa dan masyarakat
tentang keperluan golongan orang kurang upaya, memberikan perkhidmatan profesional
seperti perkhidmatan terapi kepada golongan orang kurang upaya, membantu dari segi
kepakaran tentang proses pemulihan golongan orang kurang upaya dalam kalangan petugas
PDK dan memberikan bantuan kewangan serta peranan-peranan lain yang mampu membantu
orang kurang upaya di PDK mendapatkan latihan, pemulihan, pendidikan, penyamaan
peluang dan integrasi sosial antara masyarakat. Kerjasama dengan pihak luar seperti badan

3
KBK3063 SOKONGAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN KHAS

NGO dapat meningkatkan lagi tahap keupayaan orang kurang upaya dan pengurusan PDK.
Agensi-agensi bukan kerajaan mampu membantu orang kurang upaya dalam menyediakan
latihan vokasional. Latihan vokasional ini memberi peluang kepada golongan OKU yang
berkebolehan bekerja.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pengeluaran makanan kering (IKS), Bumi
hijau (berkebun), kraftangan dan kemahiran-kemahiran yang lain. Selain itu, agensi-agensi
bukan kerajaan juga boleh menyediakan perkhidmatan profesional seperti perkhidmatan
terapi kepada golongan orang kurang upaya. Perkhidmatan profesional ini boleh dilakukan
secara sukarela dimana golongan orang kurang upaya di PDK boleh menerima perkhidmatan
terapi daripada petugas-petugas sukarela yang ditugaskan oleh NGO. Malah, kursus
perkhidmatan terapi juga boleh dijalankan kepada petugas-petugas PDK agar mereka dapat
meningkatkan kemahiran sedia ada tentang perkhidmatan terapi dalam memulihkan golongan
orang kurang upaya di PDK. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kewujudan dan gabungan
daripada sgensi kerajaan dan bukan kerajaan memberikan impak yang mendalam terhadap
keberkesanan dan kejayaan penubuhan dan pengorganisasian sesebuah PDK.

3.0 DEFINISI KUMPULAN PELBAGAI DISIPLIN

Ibu bapa
K u m p u la n P e lb a g a i D is ip lin

Sekolah

Pakar Perubatan

Jabatan Kebajikan

Bahagian Pendidikan
Khas

Komuniti

4
Badan Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO)
KBK3063 SOKONGAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Kumpulan Pelbagai Disiplin atau juga dikenali sebagai Kumpulan Multidisiplin


merupakan satu kepelbagaian kumpulan perkhidmatan kepada murid-murid khas yang mana
mereka bukan hanya terbatas kepada tenaga guru sahaja. Menurut Kamus Dewan (2002) ahli
bermaksud anggota sesuatu pertubuhan atau persatuan dan kumpulan bermaksud satu
kelompok orang. Pelbagai pula membawa pengertian bermacam-macam dan disiplin
bermaksud satu bidang atau lapangan kajian. Dalam Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya
atau (IDEA) 1997, Kumpulan Multidisiplin ini adalah kumpulan yang diberi mandat atau
kepercayaan. Kumpulan multidisiplin dikehendaki mengikut beberapa garis panduan semasa
menilai seseorang kanak-kanak tertentu iaitu pertama dipilih dan ditadbir supaya tidak
mendatangkan perbezaan perkauman budaya atau diskriminasi seksual. Kedua, menggunakan
bahasa yang dituturkan oleh murid atau orang kurang upaya.

Ketiga menganalisis ujian dan penilaian yang dilakukan telah disahkan. keempat,
ujian perlu dilakukan oleh seseorang yang terlatih selaras dengan arahan yang dikeluarkan.
Kelima, tidak boleh menggunakan prosedur tunggal untuk dijadikan sebagai kriteria dalam
menentukan program pendidikan yang sesuai bagi murid. Keenam ialah murid perlu dinilai
dalam semua bidang yang berkaitan dengan kecacatan yang ada. Ketujuh ialah ahli pelbagai
disiplin perlu arif tentang penilaian sesuatu kecacatan murid yang mempunyai
ketidakupayaan tertentu. Seterusnya, kumpulan pelbagai disiplin perlu mmperincikan
masalah asal atau spesifik kanak-kanak khas. Selain itu, kumpulan multidisiplin juga perlu
mengkaji semula intervensi yang telah dicuba oleh guru khas dan mengenal pasti
keberkesanan strategi tersebut. Ahli multidisiplin juga perlu mengenal pasti keperluan khas
pelajar dan merekodkannya serta membuat pemilihan penyelesaian melalui pendekatan yang
paling sesuai untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak khas dan akhir sekali
bertanggungjawab untuk menjalankan dan memantapkan rancangan pendidikan bagi murid
atau orang kurang upaya yang telah diberikan rawatan.

5
KBK3063 SOKONGAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Pihak atau individu yang terlibat sebagai ahli kumpulan pelbagai disiplin ialah ibu
bapa, komuniti, badan kerajaan dan badan bukan kerajaan. Setiap kumpulan pelbagai disiplin
mempunyai peranannya yang tersendiri di mana ibu bapa Ibubapa dan keluarga OKU
memainkan peranan penting dalam PDK. Ibubapa dan keluarga boleh membantu menjayakan
dan melancarkan perjalanan PDK dengan cara memberikan bantuan kepada tenaga-tenaga
pengajar untuk melaksanakan tugas-tugas di PDK. Hal ini kerana pelatih mempunyai
hubungan kekeluargaan yang dekat dengan ahli keluarganya dan hanya ibu bapa dan ahli
keluarga orang kurang upaya atau pelatih sahaja yang faham dan mengetahui cara
menguruskan dan mengendalikan mereka. Dengan melibatkan diri didalam PDK, ibu bapa
boleh belajar kaedah-kaedah membantu mengawal dan mengasuh anak-anak supaya dapat
diintegrasikan di dalam masyarakat. Mereka juga boleh bergaul sama dengan ibu bapa anak-
anak OKU yang lain untuk sama-sama berkongsi perasaan, pengalaman dan cerita berkenaan
dengan anak-anak OKU dan juga bertukar-tukar idea dan pendapat untuk membantu anak-
anak OKU. Kehadiran ibu bapa juga adalah untuk sama-sama belajar atau mendapat latihan
daripada tenaga-tenaga pengajar untuk melaksanakan atau meneruskan sesi pembelajaran dan
latihan yang di jalankan di PDK setelah pulang ke rumah. Untuk memajukan PDK ibu bapa
boleh membantu menghebahkan fungsi-fungsi PDK kepada masyarakat.

Komuniti pula berperanan memberikan motivasi kepada mereka yang mempunyai


anak yang berkelainan upaya, tidak memandang serong kepada kepada golongan orang
kurang upaya, tidak meminggirkan golongan orang kurang upaya, memberi khidmat secara
sukarela untuk membantu golongan orang kurang upaya di PDK dan membantu
memperkembangkan potensi yang ada dalam diri golongan orang kurang upaya. Penglibatan
masayarakat dalam Program Dalam komuniti mampu membuka minda dan fikiran
masyarakat berkainan orang kurang upaya sekaligus membuka ruang penerimaan golongan
ini dalam masyarakat. Penglibatan masyarakat juga membantu orang kurang upaya dari aspek
sosialisasi pelatih di PDK supaya terbiasa dengan kegiatan luar yang melibatkan penglibatan
bersama komuniti supaya pelatih tidak merasa terasing daripada kehidupan bersama
masyarakat setempat. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan jurang antara masyarakat dan
orang kurang upaya dan melahirkan masyarakat yang lebih berfikiran terbuka.

6
KBK3063 SOKONGAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Selain itu, agensi bukan kerajaan atau NGO juga termasuk dalam kumpulan pelbagai
disiplin di mana NGO memberikan sumbangan dari aspek memberi kesedaran kepada ibu
bapa dan masyarakat tentang keperluan golongan orang kurang upaya, memberikan
perkhidmatan profesional seperti perkhidmatan terapi kepada golongan orang kurang upaya,
membantu dari segi kepakaran tentang proses pemulihan golongan orang kurang upaya dalam
kalangan petugas PDK, memberikan bantuan kewangan. Contoh NGO atau persatuan yang
terlibat dengan PDK ialah Persatuan Kanak-Kanak Spastik, Pusat Bimbingan Sinaran
Matahari, Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa dan Yayasan Sindrom Down Kiwanis. Setiap
NGO ini mempunyai peranannya yang tersendiri dalam PDK yang bermatlamat untuk
membantu orang kurang upaya dalam mengurus diri dan memperoleh kehidupan yang lebih
bermakna sebagaimana masyarakat biasa.

4.0 AGENSI YANG TERLIBAT DENGAN PDK GEDANGSA

Masjid

Persatuan Felda Gedangsa


A g e n si

Persatuan Alam Sekitar

Klinik Kesihatan

Ahli Terapi

7
KBK3063 SOKONGAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Kejayaan dan kemenjadian sesebuah organisasi sememangnya memerlukan bantuan


dan sokongan daripada pihak lain. Begitu juga dengan kejayaan bagi sebuah PDK di mana
PDK juga memerlukan sokongan dan sumbangan daripada agensi-agensi yang berlapang
dada untuk bekerjasama dengan PDK bagi membantu orang kurang upaya dalam
kemenjadian diri mereka. Seperti yang telah dinyatakan dalam penulisan ini bahawa terdapat
beberapa agensi yang terlibat dalam menjayakan program di PDK sama ada agensi daripada
kerajaan atau bukan kerajaan. Oleh yang demikian, antara agensi yang terlibat secara
langsung mahu pun tidak langsung dalam membantu meningkatkan pencapaian dalam
pelbagai aspek di PDK Gedangsa ialah masjid Felda Gedangsa, Persatuan Alam Sekitar,
Persatuan Felda Gedangsa, Felda Gedangsa, Klinik Kesihatan dan Ahli Terapi. Kesemua
agensi yang terlibat ini memberikan sumbangan yang berbentuk pelbagai dan berbeza
mengikut setiap kemahiran atau kebolehan yang mampu disediakan oleh setiap agensi. Secara
sedar mahupun prasedar, setiap agensi yang membantu PDK Gedangsa dalam pembangunan
dan keberkesanan serta kejayaan pelatih di PDK itu sangat memberikan impak kepada guru
dan pelatih sama ada terhadap diri pelatih, kesihatan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh
guru mahu pun pelatih di PDK Gedangsa.

Antara sumbangan yang diberikan oleh masjid Felda Gedangsa dan Persatuan Felda
Gedangsa ialah sumbangan kewangan dan keperluan yang diperlukan oleh pelatih di PDK.
Sumbangan yang diberikan diguna pakai dengan sebaik mungkin dan pihak pengurusan PDK
memastikan setiap sumbangan kewangan dan keperluan lain diberikan sepenuhnya kepada
pelatih. Namun begitu, menurut penyelia PDK Gedangsa, masjid dan persatuan Felda
Gedangsa bukan sahaja memberikan sumbangan berbentuk kewangan, agensi ini juga bergiat
aktif dalam setiap aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di PDK bersama pelatih bagi
mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat setempat dan pelatih di samping
membantu mewujudkan masyarakat yang berfikiran terbuka dan menerima golongan kurang
upaya ini. Selain itu, Persatuan Alam Sekitar turun memberikan sumbangan kepada PDK
Gedangsa iaitu sumbangan yang diberikan adalah lebih kepada keceriaan PDK. Persatuan
Alam Sekitar membantu pihak pengurusan PDK dengan memberikan sumbangan bahan yang
diperlukan untuk menceriakan persekitaran PDK seperti bunga atau tumbuh-tumbuhan yang
lain serta bahan-bahan lain yang mampu meningkatkan keceriaan PDK. Keceriaan
persekitaran PDK penting bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada pelatih
sepanjang berada di PDK di samping memberikan kehamiran tanaman dan berkebun kepada

8
KBK3063 SOKONGAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN KHAS

pelatih. Hal ini kerana pelatih melibatkan diri dalam aktiviti keceriaan yang dijalankan
bersama Persatuan Alam Sekitar.

Agensi seterusnya yang terlibat dengan PDK Gedangsa ialah Klinik Kesihatan. Klinik
kesihatan memberikan sumbangan berbentuk perkhidamatan di mana pihak klinik
memberikan dan mengadakan program kesihatan kepada pelatih seperti program pemeriksaan
gigi pelatih dan sebagainya. Perkhidmatan yang disediakan dan dijalankan oleh pihak klinik
kepada pelatih membantu meningkatkan tahap kesihatan pelatih terutamanya yang tidak
mempunyai kebergantungan hidup daripada orang lain iaitu anak yatim piatu atau pelatih
yang masih mempunyai adik-beradik atau saudara mara akan tetapi tinggal berjauhan dengan
pelatih. Perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh klinik kesihatan sedikit sebanyak
membantu pelatih bagi mengurus diri dalam aspek kesihatan mereka. Agensi yang seterunya
ialah ahli terapi. Ahli terapi merupakan salah satu agensi yang termasuk dalam kumoulan
multidisplin. Ahli terapi menyumbangkan perkhidmatan terapi kepada pelatih yang
memerlukan seperti pelatih yang terdiri daripada cerebral palsi, kemalangan atau sebagainya.
Terapi yang diberikan oleh ahli terapi adalah melalui persetujuan daripada pihak PDK dan
keluarga pelatih. Tambahan, menurut penyelia PDK Gedangsa, terapi yang diberikan tidak
terhad bagi pelatih yang datang ke PDK sahaja, ada juga beberapa orang pelatih yang
menerima terapi di rumah akibat daripada beberapa kekangan yang dihadapi oleh pelatih dan
keluarganya.

Penglibatan ahli terapi bersama PDK merupakan satu kerjasama yang bagus di mana
pelatih yang tidak berkeupayaan dan memerlukan terapi memperoleh perkhidmatan terapi
secara terus atau langsung dan diharapkan terapi yang diberikan sedikit sebanyak membantu
pemulihan terhadap ketidakupayaan yang dialami oleh pelatih. Oleh yang demikian,
diharapkan lebih banyak agensi yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung
dengan PDK bagi meningkatkan kemenjadian diri pelatih di PDK di samping mengurangkan
beban yang dialami oleh pelatih mahu pun keluarga pelatih. Penglibatanpelbagai agensi
dengan PDK sangat membantu pihak pwngurusan PDKdalam menjayakan dan mencapai
sesuatu kemahiran yang ingin diterapkan dalam diri pelatih bagi membantu pelatih supaya
dapat menyesuaikan diri mereka dalam kehidupan bermasyarakat bersama komuniti setempat
seiring dengan peningkatan dan kehidupan pada masa kini.

9
KBK3063 SOKONGAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN KHAS

10
KBK3063 SOKONGAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN KHAS

6.0 RUMUSAN

Tuntasnya, secara amnya dapat disimpulkan bahawa tidak berjaya sesebuah organisasi
secara sendirinya tanpa bantuan, sumbangan atau sokongan daripada pihak lain. Setiap
organisasi yang dibina memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak atau agensi sama ada
daripada agensi kerajaan mahu pun bukan kerajaan selagi setiap sumbangan yang diberikan
mendatangkan impak positif terhadap organisasi atau terhadap individu yang terlibat dalam
organisasi tersebut. Oleh yang demikian sudah terang lagi bersuluh, sudah terang lagi nyata
di mana seperti yang telah dinyatakan bahawa PDK Felda Gedangsa turut memerlukan
sumbangan, sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak bagi membantu pihak pengurusan
membangunkan dan menjayakan PDK yang ditubuhkan supaya mampu membantu
kemenjadian golongan kurang upaya sehingga mampu mengurus diri sendiri dan bersedia
dalam kehidupan sosial bersama masyarakat setempat.

11
KBK3063 SOKONGAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN KHAS

7.0 RUJUKAN

Asnarulkhadi.et al. (2015). Peranan Organisasi Berasaskan Komuniti (OBK) dalam


pembangunan komuniti: Suatu pemerhatian awal. Journal of Society and Space, 53-60

Ghani, M. Z., & Ahmad, A. C. (2011). Pengantar pendidikan khas. Dipetik daripada


https://books.google.com.my/books/about/Pengantar_Pendidikan_Khas_Penerbit_US
M.html?id=HBCoCgAAQBAJ&redir_esc=y (20 November 2019)

Lester M. Salamon dan Helmut K. Anheie. (1995). The Emerging Non-Profit Sector: An
Overview, Manchester: Manchester University Press.

Peter Willets. (2002). “What is Non-Governmental Organisation?” Kertas kerja yang


dihasilkan dari Research Project on Civil Society Networks in Global Governance,
London: City University

Ranjini & Wan Kamisah. Peranan Kumpulan Multidisiplin (Pelbagai Disiplin). Diperoleh
daripada http://pendidikankhaskbk6014.yolasite.com/resources/Peranan
%20Multidisiplin....pdf
(20 November 2019)

12

You might also like