Peraturan Pertandingan Kejuaraan Silat Terbuka Kulai

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

PENGANJURAN KEJUARAAN SILAT TERBUKA KULAI

PIALA PEGAWAI DAERAH KULAI 2019

PENGANJURAN
KEJUARAAN SILAT TERBUKA KULAI
PIALA PEGAWAI DAERAH KULAI 2019

TARIKH
28 hingga 31 Disember 2019

TEMPAT
Dewan Raya Putra, Bandar Putra, Kulai

ANJURAN
Pejabat Daerah Kulai
Majlis Sukan Daerah Kulai

DENGAN KERJASAMA
Majlis Perbandaran Kulai
Pesaka Kulai
Pesaka Johor

MAJLIS SUKAN DAERAH KULAI


PENGANJURAN KEJUARAAN SILAT TERBUKA KULAI
PIALA PEGAWAI DAERAH KULAI 2019

PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN SILAT TERBUKA KULAI


PIALA PEGAWAI DAERAH KULAI 2019

1. PERATURAN AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan
mengikut Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT).

1.2 Sekiranya berlaku sebarang perselisihan dari segi penafsirannya, maka undang-undang dalam
Bahasa Inggeris yang terkini (1.1.2017) akan dipatuhi.

1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti
berikut :-

1.3.1 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN
PERTANDINGAN KEJUARAAN SILAT TERBUKA KULAI PIALA PEGAWAI DAERAH KULAI
2019.

1.3.2 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Kejuaraan Silat
Kebangsaan Peringkat Negeri Johor adalah muktamad.

2. TARIKH PERTANDINGAN

28 hingga 31 Disember 2019

3. TEMPAT PERTANDINGAN

Dewan Raya Putra, Bandar Putra, Kulai

4. PENYERTAAN DAN KELAYAKAN PESERTA

4.1 Penyertaan bagi kejuaraan ini dibenarkan melalui Persatuan / Kelab / Perguruan / Pertubuhan
yang berada di dalam Negeri Johor

4.3 Setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftar lebih dari satu pasukan.

4.5 Setiap pasukan akan dikenakan yuran penyertaan sebagaimana berikut :-

i. Kategori Usia Dini, Terbuka & Master - RM 35.00 seorang

4.6 Tiap – tiap pasukan dikehendaki membuat pendaftaran secara online kepada pihak pengelola
tidak lewat dari 20 DISEMBER 2019.

MAJLIS SUKAN DAERAH KULAI


PENGANJURAN KEJUARAAN SILAT TERBUKA KULAI
PIALA PEGAWAI DAERAH KULAI 2019

5. PENDAFTARAN

5.1 Pendaftaran dan Waktu serta Masa :-

Tarikh, Masa dan Tempat melapor diri serta Undian adalah seperti berikut :-

Tarikh : 28 Disember 2019


Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Raya Putra, Bandar Putra, Kulai

6. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

6.1 Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan selepas selesai sesi Pendaftaran

6.2 Pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta bersama dengan kad
pengenalan yang asal untuk disahkan. Sebarang penambahan tidak di benarkan kecuali
pertukaran sahaja di benarkan.

6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah muktamad

7. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN


7.1 Silat Olahraga Kategori Usia Dini ( 10 hingga 12 Tahun )

PUTERA PUTERI

KATEGORI KATEGORI
KELAS KELAS
BERAT ( KG ) BERAT ( KG )
26 – 28 A 26 – 28 A
28 – 30 B 28 – 30 B
30 – 32 C 30 – 32 C
32 – 34 D 32 – 34 D
34 – 36 E 34 – 36 E

7.2 Silat Olahraga Kategori Terbuka ( 17 hingga 35 tahun )

PUTERA PUTERI

KATEGORI KATEGORI
KELAS KELAS
BERAT ( KG ) BERAT ( KG )
45 – 50 A 45 – 50 A
50 – 55 B 50 – 55 B
55 – 60 C 55 – 60 C
60 – 65 D 60 – 65 D
65 – 70 E 65 – 70 E
70 – 75 F
75 – 80 G
80 – 85 H
85 – 90 I
90 KE ATAS BEBAS

MAJLIS SUKAN DAERAH KULAI


PENGANJURAN KEJUARAAN SILAT TERBUKA KULAI
PIALA PEGAWAI DAERAH KULAI 2019

7.3 Silat Olahraga Kategori Master ( 36 tahun hingga 45 tahun )

PUTERA PUTERI

KATEGORI KATEGORI
KELAS KELAS
BERAT ( KG ) BERAT ( KG )
50 – 55 B 55 – 60 C
55 – 60 C 60 – 65 D
60 – 65 D 65 – 70 E
65 – 70 E
70 - 75 F
75 – 80 G
80 – 85 H

8. PEMERIKSAAN KESIHATAN

10.1 Semua Pesilat diwajibkan menjalani Pemeriksaan Kesihatan dan mengemukakan Surat
Akuan Kesihatan.

10.2 Pesilat yang disahkan oleh pihak doktor mempunyai tahap kesihatan yang baik sahaja
dibenarkan menyertai pertandingan .

10.3 Pihak penganjur akan menyediakan pegawai perubatan untuk tujuan tersebut dan akan
dikenakan bayaran RM 3.00 bagi setiap seorang peserta yang ingin membuat pemeriksaan
kesihatan tersebut.

10.4 Pesilat yang gagal dalam mengemukakan Surat Akuan Kesihatan dan disahkan oleh doktor
yang bertauliah serta cergas maka ianya tidak layak bertanding dan menyertai kejuaraan ini.

9. PENIMBANGAN BERAT BADAN

9.1 Semua pesilat hendaklah ditimbang dan direkodkan berat badannya bagi menentukan
kelayakkan bertanding mengikut kategori berat pertandingan hanya sekali sahaja pada
pertandingan pertama.

9.2 Pada penimbangan pesilat putra/putri hendaklah dengan memakai pakaian pencak silat
lengkap bertanding tanpa body protector, Rujuk Peraturan PERSILAT dan bagi penimbangan
tiada toleransi keatas berat lebihan dan kurangan .

10. PAKAIAN SILAT

10.1 Setiap peserta bagi acara tanding pesilat hendaklah memakai pakaian seragam silat berwarna
hitam yang polos dengan potongan melayu dan tiada warna lain dari hitam.

10.2 Setiap pesilat hendaklah memakai pelindung kemaluan yang diperbuat daripada bahan plastik
keras yang telah ditetapkan.

10.3 Setiap pesilat hendaklah memakai pelindung badan.

MAJLIS SUKAN DAERAH KULAI


PENGANJURAN KEJUARAAN SILAT TERBUKA KULAI
PIALA PEGAWAI DAERAH KULAI 2019

10.4 Pelindung lengan dan tulang kering yang nipis ( ada sponge ) hanya satu lapis sahaja dengan
bersesuaian pada fungsinya. Pelindung sendi dibenarkan dengan kelulusan PESAKA Johor
dan dibenarkan oleh Ketua Teknikal Deligat.

11. KAEDAH SISTEM PERTANDINGAN

11.1 Sistem pertandingan yang dijalankan akan diputuskan didalam Mesyuarat Jawatankuasa
Teknikal Kejuaraan.

11.2 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang dan Peraturan Pertandingan Pencak
Silat Olahraga yang dikeluarkan oleh Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa( PERSILAT ).

11.3 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati dan setiap perlawanan akan mengandungi
tiga( 3 ) pusingan. Tempoh setiap pusingan adalah dua( 2) minit dan masa rehat diantara
pusingan(1)minit sahaja.

Nota : “Ketua teknikal Deligat berhak memutuskan had tempoh masa setiap babak
pertandingan dan rehat sekiranya difikirkan perlu.”

11.4 Semua Pesilat hendaklah melaporkan diri di gelanggang pertandingan iaitu lima belas (15)
minit awal sebelum pertandingan dimulakan. Jika didapati gagal hadir selepas panggilan yang
ketiga oleh ketua pertandingan , Peserta yang berkenaan akan dikira kalah dan kemenangan
akan diberikan kepada pihak lawan.

12. PEGAWAI, WASIT DAN JURI PERTANDINGAN

12.1 PESAKA Johor akan melantik Ketua Teknikal Deligate, Pengarah Pertandingan, Setiausaha
Kejuaraan, Ketua Pertandingan, Dewan Wasit-Juri , Wasit-Juri , Petugas Gelanggang dan
Urusetia teknikal kejuaraan dan Pasukan Doktor.

12.2 Setiap pertandingan dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang diiktiraf oleh PESAKA Johor /
PESAKA Malaysia.

12.3 Semua keputusan yang dibuat oleh pengadil-pengadil adalah muktamad dan sistem bendera
akan digunakan kepada pemenang

13. BANTAHAN /TATATERTIB

13.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya pengurus pasukan sahaja dibenarkan
membuat bantahan . Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan dengan
wang bantahan sebanyak RM300.00 (Ringit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

13.2 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Ketua Pertandingan dalam masa sepuluh (10)
minit selepas keputusan diumumkan.

13.3 Wang bantahan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

13.4 Bantahan boleh dibuat dan diproses oleh JURI BANTAHAN serta Pegawai Teknikal Delegaat
Kejuaraan.Keputusan adalah muktamad setelah dinilai semula.

MAJLIS SUKAN DAERAH KULAI


PENGANJURAN KEJUARAAN SILAT TERBUKA KULAI
PIALA PEGAWAI DAERAH KULAI 2019

14. KESELAMATAN DAN GANTIRUGI

14.1 Setiap pasukan yang menyertai Kejuaraan ini disarankan mengambil insurance perlindungan
sendiri seperti Insurance Takaful.

14.2 Jawatankuasa pengelola dan mana-mana badan yang bekerjasama di dalam kejuaraan ini
tidak bertangungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelekaan yang mungkin berlaku
keatas mana-mana peserta atau pegawai di sepanjang tempoh kejuaraan berlangsung ini
atau dalam perjalanan pergi atau balik dari rumah/ pusat dan tempat pertandingan.

15. KEKECOHAN/KEROSAKAN HARTA BENDA AWAM

15.1 Jawatankuasa Pengelola akan membatalkan penyertaan mana-mana pasukan yang


melanggar etika sebagaimana termaktub didalam borang aku janji seperti membuat kecoh
dengan menganggu proses perjalanan Kejuaraan ini atau menyerang wasit/juri atau apa-apa
perkara yang difikirkan boleh merosakkan perjalanan dan harta benda awam.

15.2 Surat Aku Janji akan ditandatangani oleh pengurus pasukan didalam mesyuarat pengurus
pasukan.

15.3 Pihak penganjur mempunyai kuasa membatalkan penyertaan satu pasukan dan
menggunakan kuasa undang-undang jika didapati seseorang dikalangan mereka boleh
memudaratkan kejuaraan dan pasukan.

16. PENANGGUHAN

16.1 Tarikh, Tempat dan masa pertandingan yang telah ditetapkan oleh Urusetia Kejuaraan adalah
sama sekali tidak boleh ditangguh atau diubah.

16.2 Jawatankausa pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau mengubah sesuatu
pertandingan dengan terlebih dahulu diberitahu kepada pengurus-pengurus pasukan.

16.3 Meminda tarikh, tempat dan masa jika difikirkan perlu dan apa-apa yang berkenaan dengan
peraturan tetapi tidak dinyatakan didalam peraturan ini maka pihak penganjur mempunyai
kuasa untuk menentukan kedudukan dan keputusan sesuatu perkara tersebut.

17. HADIAH

17.1 Hadiah-hadiah untuk akan disediakan oleh Pihak Penganjur adalah seperti berikut:-

17.1.1 Medal kepada semua pemenang


17.1.2 Johan Keseluruhan - RM 1,000.00 dan Piala
17.1.3 Naib Johan Keseluruhan - RM 500.00 dan Piala

MAJLIS SUKAN DAERAH KULAI


PENGANJURAN KEJUARAAN SILAT TERBUKA KULAI
PIALA PEGAWAI DAERAH KULAI 2019

18. PENDAFTARAN SECARA ONLINE

18.1 Setiap pasukan yang ingin menyertai kejuaraan ini, hendaklah mendaftara secara online.
Salinan kad pengenalan dan Surat Akuan Kesihatan hendaklah di bawa kepada urusetia
kejuaraan semasa hari pendaftaran.

18.2 Tarikh akhir menghantar borang penyertaan selewat-lewatnya adalah 20 Disember 2019.

18.3 Semua borang penyertaan hendaklah dihantar ke alamat yang dilampirkan.

18.4 Pertukaran nama boleh dibuat semasa mesyuarat pengurus pasukan dan akan dikenakan caj
sebanyak RM 10.00 bagi satu nama.

19. KEMUDAHAN

19.1 Makan/Minum ,pengangkutan dalaman dan penginapan tidak disediakan oleh pihak
penganjur.

Disediakan oleh :
Urusetia
Penganjuran Kejuaran Silat Terbuka Kulai
Piala Pegawai Daerah Kulai 2019

MAJLIS SUKAN DAERAH KULAI


PENGANJURAN KEJUARAAN SILAT TERBUKA KULAI
PIALA PEGAWAI DAERAH KULAI 2019

TENTATIF PROGRAM
KEJUARAAN SILAT TERBUKA KULAI PIALA PEGAWAI DAERAH
TAHUN 2019

Hari Pertama 28 Disember 2019, Sabtu

9.00 pagi – 12.00 tengahari : Pendaftaran Pasukan

2.30 petang : Mesyuarat Pengurus Pasukan dan Pengundian

08.30 malam – 10.00 malam : Pembukaan Gelanggang dan Pertandingan Bermula

Hari Ke 2 29 Disember 2019

09.00 pagi – 01.00 petang : Silat Olahraga (Pusingan Awal)

02.00 petang – 06.30 petang : Silat Olahraga (Pusingan Awal)

08.00 malam – 12.00 malam : Silat Olahraga (Pusingan Awal)

Hari Ke 3, 30 Disember 2019

09.00 pagi – 01.00 petang : Silat Olahraga (Pusingan Suku Akhir)

02.00 petang – 06.30 petang : Silat Olahraga (Pusingan Separuh Akhir)

08.00 malam – 12.00 malam : Silat Olahraga (Pusingan Separuh Akhir)

Hari Ke 4, 31 Disember 2019

09.00 pagi – 12.15 tengah : Silat Olahraga (Pusingan Akhir)

03.00 petang – 5.00 petang : Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan

MAJLIS SUKAN DAERAH KULAI


PENGANJURAN KEJUARAAN SILAT TERBUKA KULAI
PIALA PEGAWAI DAERAH KULAI 2019

BORANG AKUAN KESIHATAN

1. BUTIRAN PERIBADI (HURUF BESAR)


No. Kad Pengenalan: Nama :

Jantina : Umur : Berat Badan : Sejarah Alahan:


A.Tiada alahan C. Makanan :_______________
B. Ubat :_____________ D. Lain-lain :_______________

2. PERAKUAN KESIHATAN
A) Tandakan ( ) pada petak ADA,TIADA atau TIDAK PASTI, Jika ADA, sila nyatakan rawatan
dan ubat-ubatan yang diterima serta tahun dalam ruang catatan.

BAHAGIAN 1 ADA TIDAK TIDAK PASTI CATATAN


1. Adakah anda sedang menerima rawatan? Jika ADA, sila nyatakan

2. Adakah anda pernah dimasukkan ke hospital atas apa-apa penyakit?

BAHAGIAN 2 ADA TIDAK TIDAK PASTI CATATAN


(Pernahkah anda mengalami situasi berikut?)
1. Masalah pening,pitam atau pengsan.
2. Sawan dan kelumpuhan.
3. Sakit kepala/ migraine.
4. Gangguan mental/ sakit jiwa.
5. Tekanan darah tinggi/ tekanan darah rendah
6. Penyakit jantung dan saluran darah
7. Batuk kering/ Tibi/ Radang Paru-paru
8. Masalah buah pinggang
9. Angin pasang
10. Pernah menjalani pembedahan?
11. Patah tulang anggota badan.
BAHAGIAN C (Untuk Wanita) ADA TIDAK TIDAK PASTI CATATAN
13. Adakah anda menghadapi masalah haid.
14. Adakah anda dirawat penyakit puan
15. Adakah anda seorang WANITA.
16. Tarikh haid yang lepas Tarikh :

*NOTA : Jika anda mempunyai penyakit yang tiada dalam jadual diatas sila nyatakan _____________

3. PEMERIKSAAN DOKTOR

i. Tekanan Darah : ______________________


ii. Tekanan Jantung :_______________________

Adalah dengan ini disahkan, saya telah memeriksa tahap kesihatan pesilat yang tersebut dan beliau didapati
SIHAT / TIDAK SIHAT. Dengan ini saya akui beliau BOLEH / TIDAK BOLEH menyertai pertandingan .

Saya Mengaku Benar , Pengesahan Doktor,

__________________ ______________________________
Nama Peserta : (Tandatangan Doktor/cop rasmi)
No. I/C : Tarikh :

MAJLIS SUKAN DAERAH KULAI


PENGANJURAN KEJUARAAN SILAT TERBUKA KULAI
PIALA PEGAWAI DAERAH KULAI 2019

SURAT AKUAN DAN KEBENARAN

Kepada : PESAKA KULAI / MAJLIS SUKAN DAERAH KULAI


(Nama Penganjur)

Adalah saya ___________________________________________________________________________

Kad Pengenalan No ____________________________________________ Ibu / Bapa / Penjaga

kepada anak yang bernama ___________________________________________________________

Kad Pengenalan / No surat Beranak __________________________________________ dengan ini

memberi pengakuan bahawa saya membenarkan anak saya /anak jagaan saya seperti

nama tersebut di atas untuk menyertai KEJUARAAN SILAT TERBUKA KULAI PIALA PEGAWAI

DAERAH KULAI 2019 yang berlangsung pada 28 hingga 31 Disember 2019. Saya sedar tentang

risiko yang akan dihadapi dan faham bahawa pihak penganjur program akan mengambil segala

langkah dan tindakkan yang diperlukan dan wajar bagi memastikan keselamatan peserta semasa

mengikuti program ini. Saya akan menasihati dan mengingatkan anak jagaan saya supaya

mematuhi arahan yang di berikan oleh pegawai dan jurulatih program ini.

Tandangan : _____________________________________

Nama : _____________________________________

No. Kad Pengenalan : _____________________________________

Tarikh : _____________________________________

MAJLIS SUKAN DAERAH KULAI

You might also like