Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

SEBAGAI GURU PENYELARAS BESTARI


WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

KRITERIA SEKOLAH YANG BOLEH MEMOHON JAWATAN GURU PENYELARAS


BESTARI (GPB)
1. Sekolah mempunyai Pusat Akses Sekolah KPM.
2. Bukan Sekolah Kurang Murid (SKM).

KRITERIA PEMOHON GURU PENYELARAS BESTARI


1. Gred Hakiki Pemohon DG41/42(KUP)/44(KUP)/48(KUP)
2. Telah disahkan dalam jawatan yang terkini.
3. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun sebagai guru.
4. Pemohon bukan terdiri daripada Opsyen Kritikal di sekolah.
5. Mempunyai :-

5.1 Diploma atau Ijazah dalam bidang IT/ICT.


Atau
5.2 Pernah menjadi Guru Penyelaras ICT (Lantikan Sekolah) selama 2 tahun.
Atau
5.3 Mempunyai minat yang mendalam dalam Pengurusan ICT di sekolah..

1
SENARAI TUGAS GURU PENYELARAS BESTARI
Peringkat : Sekolah Rendah / Menengah
Jawatan : Guru Penyelaras Bestari DG41/42(KUP)/44(KUP)
Waktu Bertugas: Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah 2 sesi, waktu bertugas
boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi.

1. Merancang dan mengajar matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.

2. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.

2.1 Guru Penyelaras Bestari menjadi sumber penting penyalur semua maklumat dan
maklum balas kepada semua perlakuan perisian yang dibekalkan.

3. Mengurus dan menyenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang


dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.

3.1 Memastikan kemudahan infrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal


dan kontraktor memenuhi spesifikasi seperti yang ditentukan oleh Kementerian
Pendidikan.

3.2 Mengurus dan memastikan rangkaian LAN (Local Area Network) dan WAN
(Wide Area Network) berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan
rangkaian seperi pelayan, modem, router, hub dan sebagainya.

3.3 Memastikan kesemua infrastuktur teknologi berada dalam keadaan baik.

3.4 Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan
infrastruktur teknologi ditempatkan.

4. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing
mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.1 Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang
diperlukan oleh pihak pengguna.

4.2 Mengurus keperluan infrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah dan
membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti-
aktiviti sekolah.

4.3 Mengurus kemudahan bahan-bahan Multimedia untuk kegunaan guru seperti


siding video, penggunaan LCD Projektor, TV Connector dan sebagainya.

5. Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan


penggunannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

5.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan


dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dalam
penggunaan system aplikasi seperti bahan pengajaran dan pembelajaran.

5.2 Memastikan audit penggunaan kemudahan ICT dijalankan untuk menentukan


keberkesanan penggunaan tersebut.
6. Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan
penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.

6.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan kemahiran


mengurus system computer (hardware & software) dan aplikasi perisian.

6.2 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dan kakitangan sekolah


dalam penggunaan sebarang system aplikasi.

7. Menyelaras penilaian perisian Pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah


ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.

7.1 Menilai perisian bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dan lain-lain yang
dibekalkan.

8. Sebagai pengurus e-mel.

8.1 Mengurus akaun dan e-mel warga sekolah.

9. Memastikan Intergriti dan keselamatan data.

9.1 Memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti
yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

9.2 Memastikan keselamatan kemudahan infrastruktur teknologi dengan langkah-


langkah berikut :-

9.2.1 Memastikan pemasangan jeriji besi untuk bilik-bilik yang ditempatkan


banyak computer.

9.2.2 Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi
kuasa sahaja.

9.2.3 Memastikan alat penghawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.
9.2.4 Memastikan alat pemadam api berada dalam keasaan baik dan berada di
tempat-tempat yang telah dikenal pasti.

9.3 Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah berikut :

9.3.1 memastikan konfigurasi system beroperasi dengan baik dan lancer.

9.3.2 Memastikan computer bebas daripada virus.

9.3.3 Membuat backup dan replikasi maklumat mengikut jadual yang disyorkan.

10. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource point) ICT sekolah dan sentiasa
mengikuti perkembangan ICT semasa.

10.1 Memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang menghadapi
masalah dengan system pengoperasian, perkakasan dan perisian seperti Windos,
MS-Office, E-Mel, Internet, Printer, dan lain-lain.

10.2 Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan
perkakasan, system pengoperasian, system rangkaian dan perisian-perisian, system
dan bahan pengajaran dan pembelajaran serta menyelesaikan masalah-masalah
yang dihadapi.
10.3 Menentukan kelancaran perjalanan system rangkaian secara keseluruhan dan
sentiasa memastikan bahawa pengguna (end user) dapat menggunakan sistem dan
aplikasi secara optimum.

11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah kepada pihak yang
berkenaan.

11.1 Menjalankan configuration management audit mengikut jadual yang ditetapkan.

11.2 Menjalankan pemantauan dan menyediakan laporan terhadap kecekapan


rangkaian, serta tahap penggunaan komponen supaya membantu perancangan
menaiktaraf kemudahan ICT sekolah.

11.3 Membantu menyediakan belanjawan keperluan ICT untuk sekolah.

12. Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah.

12.1 Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan


infrastruktur teknologi.

12.2 Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah.

13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke
semasa.

Saya No Kad Pengenalan


memahami tugas-tugas yang akan dibuat oleh saya di sekolah berdasarkan kepada senarai
tugas diatas apabila dilantik sebagai Guru Penyelaras Bestari sepenuh masa.

Tandatangan Pemohon

Nama :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh :

Di Sahkan Oleh :-

Tandatangan Ketua Jabatan


Pengetua / Guru Besar
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh :
Cop Sekolah :

Peringatan :
 Sila hantar borang ini bersama borang permohonan GPB lengkap diisi dan ditandatangan.
Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur

BORANG PENCALONAN GURU PENYELARAS BESTARI

Arahan Pengisian :-
* Gunakan Huruf Besar
* Sertakan gambar berukuran passport Gambar Ukuran
* Isi yang berkenaan sahaja Passport

* Tandakan / bagi ruangan yang berkenaan


* Sila baca syarat & senarai tugas GPB sebelum mula mengisi borang ini.
* Sila hantar borang ini bersama senarai tugas GPB lengkap diisi dan ditandatangan.

A. MAKLUMAT SEKOLAH

Kod Sekolah

Nama Sekolah

Alamat Sekolah

Poskod Bandar
No. Telefon -
No. Fax -
Pusat Akses Sekolah Ya Tidak

B. MAKLUMAT PERIBADI CALON GURU PENYELARAS BESTARI

Nama Pemohon

No. Kad Pengenalan - -

Jantina L P Tarikh Lahir / /

Tempat Lahir

Kaum / Bangsa Melayu Cina India Bumiputera Sabah/Sarawak

Lain-lain, nyatakan

Umur Tahun
No Telefon Bimbit -

Email

4
C. BUTIRAN PERKHIDMATAN PEMOHON

Jawatan Hakiki

No. Fail Jabatan


Gred
Tarikh Lantikan / /
Tarikh Sah Jawatan / /
Bil. Thn Berkhidmat Tahun

Jika memangku / menjalankan tugas / menanggung kerja, sila nyatakan :-

Jawatan

Mulai Ada Hingga


)
C. KELAYAKAN AKADEMIK & LAIN-LAIN

Ijazah

Diploma

Pengalaman Sebagai Guru Penyelaras Makmal / Pusat Akses (Jika

Kursus berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Komputer yang telah dihadiri
(senaraikan).
Tahun

Tahun

Tahun

Tahun

Tahun

Tahun

Saya mengaku bahawa keterangan yang diberikan di atas


adalah benar. Sekiranya saya berjaya dipilih sebagai Guru Penyelaras Bestari sepenuh masa, saya akan patuh kepada
arahan / peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Tarikh / /
Tandatangan Pemohon
D. UNTUK DIISI OLEH KETUA JABATAN / PENGETUA / GURU BESAR

1. Sepanjang pengetahuan saya, butir-butir pemohon adalah benar.

2. Permohonan ini * disokong / tidak disokong.

3. Ulasan Ketua Jabatan / Pengetua / Guru Besar.

Tarikh / /
Tandatangan Ketua Jabatan / *Pemohonan hendaklah dihantar ke:-
Pengetua / Guru Besar Ketua Penolong Pengarah
Sektor Sumber Dan Teknologi Pendidikan
Off BTPN WPKL
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Cop Rasmi Sekolah Jalan Seri Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri,
56000 Cheras.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

You might also like