Buku Skrap Wira Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra-Al

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

BUKU SKRAP

WIRA
KEMERDEKAAN
TUNKU ABDUL
RAHMAN PUTRA
AL-HAJ
NAMA :UMAR ZARITH BIN
AMAN MASDUQI
KELAS : 5 AL-KHAWARIZMI
NAMA GURU: PUAN SHARIFAH
ZALILA BINTI SY
MAHAMUD
PENDAHULUAN
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj ibni Almarhum Sultan Hamid Shah(8
Februari 1903-6 Disember 1990)merupakan
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu
dari 1955,dan Perdana Menteri pertama
sejak kemerdekaan pada tahun 1957-
1970.Pembentukan Malaysia pada tahun
1963 merupakan salah satu pencapaiannya
yang teragung. Biasanya dikenali sebagai
“Tunku’’,beliau juga dikenang sebagai “Bapa
Kemerdekaan’’dan “Bapa Malaysia’’.
BIODATA
NAMA:TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
AL-HAJ
TARIKH LAHIR:8 FEBRUARI 1903
TEMPAT LAHIR:ALOR SETAR,KEDAH
ADIK-BERADIK:20
AYAH:SULTAN ABDUL HAMID HALIM
SHAH
IBU:CIK MENYELARA
MENINGGAL:6 DISEMBER 1990
PASANGAN:
MERIAM CHONG(1933-1935)
VIOLET COULSON(1935-1946)
SHARIFAH RODZIAH SYED ALWI
BARAKBAH(1939-1990)
PEKERJAAN:PEGUAM
KERJAYA POLITIK
Selepas pemulangnnya ke Malaya pada tahun 1949,Tunku
ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Undang-undang di
Alor Setar.Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala
Lumpur dimana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan
selepas itu,dilantik sebagai Yang Dipertua Makhamah
Sesyen.Pada tempoh itu semangat nasionalisme bertambah
hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharaan
penubuhan Malayan Union oleh Britain.Datuk Onn Jaafar
mengetuai Pertubuhan Bangsa Melayu Bersatu(UMNO) untuk
menentangi Malayan Union dan Tunku meyertai partinya.Pada
Ogos 1951,suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn
meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik
sebagai presiden yang baru.Beliau memegang jawatan itu selama
20 tahun.
LALUAN KE KEMERDEKAAN
Pada tahun 1954,Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke
London untuk memperolehi kemerdekaan
Malaya.Bagaimanapun,percubaan sulung itu tidak berjaya.Pada
tahun berikut pilihan raya persekutuan yang pertama
diadakan.Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti
campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 kerusi daripada 52
kerusi yang ditandingi.Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri
Malaya yang pertama.MIC yang mewakili kaum India kemudian
menyertai Parti Perikata pada tahun 1955.Pada tahun 1955,Tunku
membuat satu lagi perjalanan ke London untuk berunding tentang
kemerdekaan Malaya.Pada kali ini,beliau berjaya,dan 31 Ogos
1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan.Sewaktu bendera
British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan Tunku
mengetuai orang ramai untuk menyorak “Merdeka’’.Gambar-
gambar Tunku dengan tangan diangkat naik,dan perakaman-
perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam
mengetuai sorakan,kini merupakan lambang Malaysia yang biasa.
SEBAGAI PERDANA MENTERI
Selepas kemerdekaan Tunku,mendominasikan politik Malaya dan
memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam
pilihanraya umum pada tahun 1959 dan 1964.Pembentukan
Malaysia pada tahun 1963 marupakan salah satu daripada
pencapaian Tunku teragung.Tunku pertama sekali mencadangkan
sebuah persekutuan Malaya,Singapura,Sabah,Sarawak dan
Brunei dalam ucapannya kepada”Persatuan Wartawan Asing Asia
Tenggara’’pada tahun 1961 di Singapura.Pada 16 September
1963,dengan persatuan negeri-negeri tersebut kecuali
Brunei,beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang
pertama.Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara
besar,dan pada 22 September 1970,beliau terpaksa meletakkan
jawatan sebagai Perdana Menteri.Tunku kemudian meletakkan
jawatannya sebagai presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-
tengah penentangan hebat oleh ‘Turki Muda’ yang terdiri daripada
penentang-penentang parti seperti Dr.Mahathir dan Musa
Hitam.Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana
Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
MENINGGAL DUNIA
Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di
Pulau Pinang.Apabila sakit beliau di Kuala Lumpur.Beliau
meninggal dunia pada 6 Disember 1990 pada umur 87.Jenazah
dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku dan esoknya disemadikan
di Makam Diraja Langgar, Alor Setar.

You might also like