Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Soalan 3 – Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]
Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

(i) gering
(ii) santap
(iii) bersiram
(iv) beradu
(v) berangkat
(vi) bersemayam
[6 markah]

(b) Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

i) Saya membaca buku itu di bawah pokok jambu.

ii) Dia memaklumkan bahawa nama Malaysia masyhur di luar negara kepada kami.

iii) Saya terpijak paku yang berkarat pagi tadi.

[ 6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kami terpaksa menungkah arus sungai yang deras untuk menuju ke kawasan
pendalaman itu

(ii) Ombak laut yang semakin mengila telah menyukarkan kami untuk merialisasikan
cita-cita sebagai rakyat pertama negara menyeberangi selat tersebut.

(iii) Saya amat sukar untuk memahami kata-kata yang diujarkan kerana beliau
membicara dengan menggunakan dailek pantai Timur.

[ 6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Maisarah berasa terlalu sedih sekali apabila dimarahi oleh kakaknya kerana
melimpahkan air di atas lantai itu.

(ii) Wanita tua itu jatuh terjelepuk sebaik sahaja menerima tentang berita kemalangan
helikopter yang melibatkan menantunya.

(iii) Lukisan-lukisan yang cantik-cantik di galeri itu telah musnah dijulang api
dalam kebakaran yang berlaku lewat malam tadi.

[6 markah]

(e) Isi tempat kosong di bawah ini dengan peribahasa yang sesuai.

(i) Nasib Rudai seperti _____________________________ kerana setelah


mengalami kemalangan jalan raya, keretanya pula dicuri orang.

(ii) Nazmi bekerja dengan bertungkus lumus untuk bekalan masa depan kerana
baginya ____________________________________ .

(iii) Percakapannya yang lemah lembut itu membuktikan bahawa dia seorang yang
baik kerana __________________________________ .
[ 6 markah ]

You might also like