Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN MEMASAK MAKANAN TRADISIONAL


DAN REKACIPTA DARIPADA BAHAN TERBUANG
ANJURAN PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
SK PAYA RESAK, MARANG, TERENGGANU
TAHUN 2019

PENGENALAN

Pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat para murid dalam bidang
masakan. Oleh itu, para murid memperolehi kemahiran dalam praktikal kehidupan kendiri.
Pertandingan ini menguji daya pemikiran kreativiti para murid untuk menghasilkan masakan
tradisional supaya mereka tidak lupa akan makanan yang menjadi warisan yang bukan
sahaja sedap untuk dimakan dan menarik dari segi hiasannya malah masakan yang
dimasak juga seimbang dari segi nutrisi pemakanan. Peserta sasaran bagi program ini
adalah murid tahap 2 perempuan. Manakala reka cipta bahan terbuang pula ialah menguji
daya kreativiti murid untuk mereka cipta sesuatu yang boleh digunapakai atau dijadikan
bahan pameran.

OBJEKTIF

Objektif utama Pertandingan Memasak Makanan Tradisional dan Pertandingan Reka Cipta Bahan
Terbuang ini diadakan adalah untuk:

1) Menyerlahkan bakat semula jadi yang terpendam dalam diri murid dalam bidang
masakan dan reka cipta.
2) Mewujudkan semangat kerjasama dan kesatuan hati di antara ahli kumpulan.
3) Menimbulkan kesedaran terhadap makanan tradisional mengitar semula bahan terbuang.
4) Mewujudkan murid yang mahir dalam praktikal kendiri .

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

5.1 Tema : HARI KEBANGSAAN KE-62 “MALAYSIA BERSIH”


5.2 Tarikh : SELASA
5.3 Hari : 27 OGOS 2019
5.4 Masa : 10.45 pagi Hingga 1.00 Tengah Hari
5.5 Tempat : Bengkel RBT dan Anjung Surau

Sasaran peserta.

Semua murid tahap 2.

STRUKTUR ORGANISASI PANITIA RBT

Penasihat
CG. AHMAD BUSTAMAN BIN RAIS (GURU BESAR)

Penyelaras
CG. AZALINA BINTI MOHD RANI

Setiausaha
CG. ROZIMI BIN MAHAMAD

AJK
CG. MOHD EFFENDI BIN IBRAHIM
CG. SUMAIZA BINTI IDRIS
CG. MOHD KHALID BIN MOHD AKIL

ANGGARAN PERBELANJAAN
Hadiah = 3 X RM 10 X 2 (kategori) = RM 60

PERBELANJAAN
i) Perekat panas = RM 2.10
ii) Kelapa parut = RM 10.00

KEPERLUAN PERALATAN
1) Pistol perekat panas
2) Perekat panas
3) Dapur gas

LAPORAN
PERTANDINGAN MEMASAK MAKANAN TRADISIONAL
DAN REKACIPTA DARIPADA BAHAN TERBUANG
ANJURAN PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
SK PAYA RESAK, MARANG, TERENGGANU
TAHUN 2019

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

5.1 Tema : HARI KEBANGSAAN KE-62 “MALAYSIA BERSIH”


5.2 Tarikh : SELASA
5.3 Hari : 27 OGOS 2019
5.4 Masa : 10.45 pagi Hingga 1.00 Tengah Hari
5.5 Tempat : Bengkel RBT dan Anjung Surau

Sasaran peserta.

Semua murid tahap 2. Murid perempuan menyertai pertandingan masakan tradisional dan murid lelaki
menyertai pertandingan reka cipta bahan terbuang.

STRUKTUR ORGANISASI PANITIA RBT

Penasihat
CG. AHMAD BUSTAMAN BIN RAIS (GURU BESAR)

Penyelaras
CG. AZALINA BINTI MOHD RANI

Setiausaha
CG. ROZIMI BIN MAHAMAD

AJK
CG. MOHD EFFENDI BIN IBRAHIM (Hakim reka cipta bahan terbuang)
CG. SUMAIZA BINTI IDRIS (Hakim pertandingan masakan)
CG. MOHD KHALID BIN MOHD AKIL

Program pertandingan masakan tradisional dan rekacipta bahan terbuang telah


berlangsung dengan jayanya pada 27 Ogos 2019. Program ini dilaksanakan
bersempena aktiviti sambutan bulan kemerdekaan.

Semua aktiviti tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Semua
pertandingan dikendalikan oleh penyelaras RBT. Memandangkan jumlah murid
yang terlibat hanya murid tahun 4 dan 5 sahaja, pelaksanaan aktiviti dan
pertandingan dapat dikendalikan dengan lebih mudah dan objektif program
tercapai.

Pada tahun ini, murid lebih berkeyakinan ketika membuat persembahan, banyak
menghasilkan hasil kerja yang kreatif dan melibatkan diri secara aktif sepanjang
pertandingan berlangsung. Perancangan yang teliti menerusi pertandingan dan
aktiviti yang dijalankan dapat mengasah bakat murid selain membina keyakinan
diri untuk tampil ke hadapan dan bersaing secara sihat bersama rakan-rakan
yang lain. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua tempat iaitu bengkel RBT
untuk pertandingan masakan tradisional dan anjung surau untuk pertandingan
rekacipta bahan terbuang.

Kelemahan:
1. Faktor murid yang kurang bersedia dari segi pengetahuan.
2. Murid tidak membawa cukup bahan.
3. Murid tidak merancang terlebih dahulu sebelum pelaksanaan.

Kekuatan:
1. Murid dapat memberi kerjasama yang baik sepanjang program.
2. Murid dapat melibatkan diri dengan aktif

Cadangan:
1. Murid perlu diberi masa yang cukup untuk memboleh mereka membuat
persediaan.

Disediakan oleh,

…………………………………
(AZALINA BINTI MOHD RANI)
Ketua Panitia RBT

LAMPIRAN BERGAMBAR

You might also like