Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RESAK

21400 MARANG, TERENGGANU

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


KALI PERTAMA 2016

Tarikh              : 27 Januari 2016 / Rabu


Masa                : 1.15 petang
Tempat            : Bilik Mesyuarat SKPR

Kehadiran       :
1) En. Azman bin Ali (GPK Pentadbiran)
2) Pn. Azalina binti Mohd Rani (Ketua Panitia)
3) Puan Hjh. Zainon binti Salleh (Setiausaha)
4) Pn. Noor Zalia binti Salleh

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan GPK 1
3. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
4. Perkara berbangkit
5. Perbincangan Profesional
6. Hal-hal lain
7. Ucapan penangguhan

Agenda 1: Ucapan Pengerusi

Ucapan dimulakan oleh Azalina binti Mohd Rani selaku Ketua Panitia Reka
bentuk dan Teknologi dengan mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran
En. Azman bin Ali GPK1 dan Ahli Jawatankuasa (AJK) ke mesyuarat Panitia yang
pertama. Pengerusi juga memohon kerjasama kepada beliau dalam menggerakkan aktiviti
panitia sepanjang Tahun 2016 ini. Pn Azalina juga menyentuh beberapa perkara yang
perlu diberi perhatian oleh AJK dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Reka
bentuk dan Teknologi .Antaranya seperti:

a) Guru yang menggunakan bengkel hendaklah mengisi borang penggunaan bengkel


RBT yang telah disediakan.
b) Guru juga hendaklah mengisi borang yang juga telah disediakan jika
menggunakan peralatan bengkel sama ada untuk kegunaan di dalam atau di luar
bengkel.
c) Keselamatan murid ketika berada di dalam bengkel perlu diutamakan untuk
mengelakkan sebarang masalah.
d) Selepas menggunakan bengkel pastikan kebersihan bengkel dijaga dan perlu
membuat AJK kecil dikalangan murid untuk membersihkan bengkel.
e) Pastikan buku kerja dan buku tulis disemak sepanjang tahun.
f) Pastikan murid berada di luar bengkel dan beratur sekiranya guru belum sampai
untuk memulakan sesi pembelajaran.

( Tindakan Guru Reka bentuk dan Teknologi)

Agenda 2: Ucapan PK Pentadbiran

Ucapan terima kasih oleh En. Azman bin Ali kerana kesudian menjemput beliau
hadir dalam mesyuarat Panitia RBT kali ini. En. Azman menyarankan agar Panitia RBT
sentiasa aktif sepanjang tahun dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. En. Azman
juga menyentuh tentang perubahan guru-guru yang mengajar RBT. Di akhir ucapan,
beliau akan sentiasa menyokong sebarang aktiviti Panitia RBT khususnya yang
melibatkan kemahiran murid.

Agenda 3: Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu.


Tiada

Agenda 4 : Perkara berbangkit


Tiada

Agenda 5: Perbincangan professional.

5.1 Perancangan jangka pendek dan jangka panjang.


5.1.1 Perancangan telah dibuat seperti mana lampiran.
5.2

Pengerusi telah merangka beberapa program panitia sepanjang tahun khususnya


untuk bulan Mei ini untuk mendapat persetujuan AJK yang lain. Antara program yang
dicadangkan bermula bulan Mei ini adalah:
a) mengadakan pertandingan Reka Cipta antara kelas dengan menggunakan bahan-
bahan terbuang. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan kreativiti
dikalangan murid-murid.
b) menukar Projek Laman KH dengan tanaman bunga kepada tanaman sayur-
sayuran kerana boleh mendatangkan hasil yang lebih berfaedah dan mendapat
pulangan jika dijual di kalangan guru-guru.
c) Pameran Berkala yang diadakan sepanjang tahun.
d) persediaan untuk pertandingan Reka Cipta daerah ( jika ada ).

Mesyuarat sebulat suara menyokong aktiviti ini dilaksanakan sepanjang tahun


ini.bagi projek tanaman sayur-sayuran akan dibincangkan bersama-sama Guru Besar
kelak untuk mendapatkan persetujuan beliau.
( Tindakan Guru Kemahiran Hidup )
Agenda 4: Rancangan Tiga Tahun atau Pelan Tindakan

Pengerusi menyatakan bahawa beliau dan setiausaha telah merangka Pelan Tiga
Tahun Panitia Kemahiran Hidup . Oleh itu guru-guru boleh menggunakan sebagai
rujukan jika mempunyai rancangan lain atau yang sedia ada dan disesuaikan mengikut
sukatan dalam buku teks.

Pengerusi juga mencadangkan supaya setiap guru yang mengajar dapat membuat
sekurang-kurangnya satu projek sama ada berbentuk pertukangan atau perkebunan seperti
menanam benih sayuran supaya menimbulkan minat murid untuk mendalami ilmu
Kemahiran Hidup. Ia juga dapat dijadikan kenangan kepada murid sepanjang tahun
mereka belajar Kemahiran Hidup.

Guru-guru juga boleh merujuk buku-buku manual penggunaan yang ada di dalam
bengkel Kemahiran Hidup. Pn Rohana juga bersetuju dengan pendapat dan cadangan Pn
Azlina murid dapat menjalan satu projek yang bersesuaian dengan mereka.

( Tindakan Guru Kemahiran Hidup)


Agenda 5: Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Penilaian

4.1 Encik Munzir memaklumkan kepada pihak pentadbir dan ahli jawatankuasa
bahawa penilaian yang berorientasikan peperiksaan masih boleh diteruskan
dimana panitia akan tetap mengadakan peperiksaan bertulis sebanyak dua kali
iaitu pada Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.
.
4.2 Penilaian untuk lima standard kandungan pula akan diadakan sepanjang tahun
dimana ia akan diukur melalui tahap penguasaan bermula dari yang paling rendah
iaitu TP1 dan yang paling tinggi iaitu TP2.

4.3 Ketua Panitia memberi tugasan untuk guru bagi membina kertas soalan
Peperiksaan Pertengahan Tahun mengikut senarai di bawah :
Tahun 4 – En. Mohd Ebni bin Mohd din
Tahun 5 – En. Munzir bin Othman
Tahun 6 – Pn. Azlina binti Mohd Ali
4.4 Markah akan dinilai melalui:
a) Ujian Bertulis – 60%
b) Hasil Kerja Murid – 40%
4.5 Hasil kerja murid akan di nilai di sepanjang tahun dimana murid diberi kebenaran
untuk memperbaiki tahap penguasaan awal yang diberikan guru. Namun, semua
guru dimaklumkan bahawa pembaikan hasil kerja ini hanya boleh dilakukan pada
waktu persekolahan sahaja. Murid tidak dibenarkan untuk membawa pulang hasil
kerja mereka di rumah.

Agenda 6: Hal-hal Lain

En Zamani menyatakan bahawa kerusi perlu disusun mengikut warna yang telah
ditampal pada setiap bangku supaya nampak kemas dan teratur.hal ini dipersetujui oleh
semua guru. En Munzir menambah iaitu murid-murid perlu memastikan kerusi dalam
keadaan baik dan sempurna.
( Tindakan Guru Kemahiran Hidup)

En Ebni mencadangkan Ketua Panitia menambah bahan-bahan untuk pertukangan


dan perkebunan yang semakin kurang kerana banyak projek yang telah dilaksanakan
sepanjang tahun lalu.
( Tindakan Ketua Panitia)

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.05 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh :


…………………….. ………………………
(MUNZIR BIN OTHMAN) (AZLINA BINTI MOHD ALI)
Setiausaha, Pengerusi,
Panitia Kemahiran Hidup Panitia Kemahiran Hidup
SK Jelapang. SK Jelapang.

You might also like