Minit Mesyuarat Kurikulum SAGA 1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG GALAU, RAJANG

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2020

Tarikh : 6 Januari 2020

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Akses SK Abang Galau Rajang

Pengerusi : Encik Yussof@ Damak Bin Abas

Kehadiran(Bilangan) :16 orang

Turut Hadir : 1. Aishah Binti Baha


2. Yussof@ Damak Bin Abas
3. Sara Binti Bustamam
4. Juriah Binti Hakim
5. Joliha Binti Hossen
6. Ramlie Bin Shari
7. Faridah Binti Amin
8. Charisma Crystal anak John
9. Faridah Binti Ahmad
10. Mohamad Rizzal Bin Wahab
11. Siti Zaleha Binti Za’ba @ Jaba
12. Salleh Bin Sa’bi
13. Hairul Hairi Bin Hasnan
14. Ramli Bin Hasan
15. Abdul Malek Bin Abdul Wahap
16. Teh Laili Binti Mohamad Daud

Tidak Hadir : Norhabibah Binti Jamil (Urusan Keluarga)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kahadiran semua guru pada hari ini.
Pengerusi memberitahu bahawa tiada isu berbangkit di dalam minit mesyuarat pada
tahun lepas. Pengerusi turut mengingatkan kepada semua guru agar mengedarkan
minit mesyuarat selepas 3 hari mesyuarat diadakan. Ini sebagai salah satu prosedur
dalam pelaksanaan sesuatu mesyuarat.
TINDAKAN : Makluman semua

2 UCAPAN GURU BESAR


Guru besar berharap agar semua mesyuarat dijalankan pada waktu petang sahaja.
Beliau mengharapkan kerjasama daripada semua guru sepanjang sesi 2020. Beliau
turut mengucapkan terima kasih di atas kedatangan para guru.

TINDAKAN : Makluman semua

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Sarawak


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

3 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KURIKULUM SESI 2020


Pengerusi : Aishah Binti Baha
Naib Pengerusi : En. Yussof@ Damak Bin Abas
Setiausaha Peperiksaan : Cik Teh Laili Mohamad Daud
SPLKPM/ LADAP : Cik Teh Laili Mohamad Daud
Kewangan : Puan Nurfazilah Bt Wahed
Jadual Sit-In : En. Yussof@Damak Bin Abas
Makmal Komputer/ ICT : En. Hairul Hairi Bin Hasnan
Jadual waktu dan Jadual peperiksaan : En. Yussof @ Damak Bin Abas
Pn. Sara Bt Bustamam
Aset/ Pembangunan : En. Abd Malek Bin Abd Wahap
PBPPP : Pn. Faridah Bt Ahmad
Pentaksiran Bilik Darjah & Pentaksiran Sekolah : Cik Charisma Crystal anak John
Penyelaras Pemulihan : En. Ramli Bin Hassan

Ketua Panitia :
Rekabentuk Teknologi : Cik Teh Laili Mohamad Daud
Sains : En. Ramlie Bin Shari
Bahasa Melayu : Pn. Joliha Binti Hossen
P. Jasmani dan Kesihatan : En. Ramli Bin Hasan
Bahasa Inggeris : En. Abd Malek Bin Abd Wahap
P. Agama Islam : En. Salleh Bin Sa’bi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Cik Teh Laili Bt Mohamad Daud
Matematik : Pn. Norhabibah Bt Jamil
P. Muzik, P. Seni & Kesenian : Cik Charisma Crystal anak John
Bahasa Arab : Cik Siti Zaleha binti Za’ba @ Jaba

3.2 Pengerusi menjelaskan bahawa setiap kali peperiksaan dijalankan, keputusan PBD
Tahap 1 juga mesti dibuat sama seperti Tahap 2. PBD akan dikeluarkan 2 kali setahun.
Pengerusi juga akan mengedarkan contoh template pelaporan PBD yang lengkap
kepada Cik Charisma, selaku Penyelaras PBD bagi sesi 2020.

Lantikan Guru Kelas sesi 2020

Tahun 1 : Guru Kelas – Pn. Faridah Bt Amin


Penolong – En. Ramlie Bin Shari
Tahun 2 : Guru Kelas – Cik Charisma Crystal anak John
Penolong – Pn. Joliha Binti Hossen
Tahun 3 : Guru Kelas – Pn. Norhabibah Bt Jamil
Penolong – En. Ramli Bin Hasan
Tahun 4 : Guru Kelas – Cik Siti Zaleha Bt Za’ba @ Jaba
Penolong – En. Hairul Hairi Bin Hasnan
Tahun 5 : Guru Kelas – En. Abd Malek Bin Abd Wahap
Penolong – Cik Juriah Binti Hakim
Tahun 6 : Guru Kelas – Cik Teh Laili Bt Mohamad Daud
Penolong – En. Salleh Bin Sa’bi

TINDAKAN : Makluman semua

4 PENGURUSAN PANITIA
4.1 Mesyuarat Panitia akan diadakan sekitar 6 hingga 10 Januari 2020. Segala

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Sarawak


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

mesyuarat panitia akan diadakan pada waktu rehat. Segala dokumen akan disimpan
sebagai eviden. Laporan mestilah dilengkapkan pada hujung tahun 2020. Ketua panitia
perlu menetapkan sasaran akhir tahun 2020. Setiap kali selepas peperiksaan, ketua
panitia mestilah membuat analisis untuk meningkatkan prestasi murid-murid. Ketua
panitia juga hendaklah membuat pelbagai aktiviti dan program setiap kali selepas
peperiksaan. Setiap panitia perlu menulis tarikh yang lengkap untuk dimasukkan ke
dalam Takwim Utama.
Tindakan: Ketua
Panitia

5 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/ DOKUMEN PERSEDIAAN MENGAJAR


5.1 Semua guru diminta menandatangani Buku Rekod Penghantaran Rekod
Pengajaran Harian.
5.2 Semua guru perlu menghantar Rekod Pengajaran Harian pada setiap hari Jumaat.
5.3 Bahagian Objektif dan Refleksi akan dilihat pada Rekod Pengajaran Harian.

Tindakan : Semua
guru

6 PELAPORAN PBD (TAHAP 1) & PENTAKSIRAN SEKOLAH (TAHUN 6)


6.1 Pelaporan PBD dan PS perlu dijalankan dan dibuat analisis sama seperti Tahap 2 setiap
kali peperiksaan.
Tindakan : Guru-guru Tahap 1

7 PROGRAM TRANSISI TAHUN 1


7.1 Program Transisi akan dijalankan selama 3 minggu.
7.2 Program transisi ini akan berakhir pada 17 Januari 2020.

Tindakan : Guru matapelajaran tahun 1

8 KELAS DAN PROGRAM PEMULIHAN


8.1 En. Yussof @ Damak selaku Penolong Kanan Kurikulum meminta agar En. Ramli Bin
Hasan menyusun dan mengatur jadual bagi kelas pemulihan.
8.2 Sasaran pada tahun ini, ada murid yang berjaya dikeluarkan dari kelas pemulihan.

Tindakan : Guru pemulihan

9 PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN MAKMAL KOMPUTER


9.1 Diminta guru penyelaras Pusat Sumber dan Makmal Komputer menyediakan jadual
penggunaan agar dapat mengelakkan pertindihan antara kelas.
9.2 Pn. Norhabibah Bt Jamil dilantik sebagai guru penyelaras PSS manakala En. Hairul
Hairi bin Hasnan pula sebagai Penyelaras Makmal Komputer.

Tindakan : Guru penyelaras PSS & Makmal Komputer

10 PERANCANGAN PENINGKATAN PRESTASI TAHUN 6


10.1 Jadual Program/ Aktiviti Tahun 6 - Rujuk Lampiran disediakan
10.2 Program Motivasi Tahun 6 akan diadakan dengan kerjasama Unit HEM (Hal Ehwal
Murid)
10.3 Kelas Tambahan Tahun 6 akan dikecualikan semasa bulan puasa bermula 25 April
2020 hingga 25 Mei 2020.
10.4 En. Yussof@ Damak meminta agar guru kelas tahun 6 mengedarkan jadual kelas
tambahan kepada para ibu bapa.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Sarawak


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

10.5 Beliau turut mengingatkan kepada semua guru matapelajaran UPSR tahun 6
melakukan pembelian buku kerja tahun 6 dengan kadar segera sebelum kelas
tambahan bermula.
10.6 Beliau turut mengusul cadangan/ idea agar murid beralih ke tempat yang lebih sesuai
dan selesa semasa kelas tambahan, seperti dari kelas ke makmal komputer.

Tindakan : Guru matapelajaran tahun 6

11 HAL EHWAL KEWANGAN


11.1 Guru besar mengingatkan agar setiap panitia tidak menyalahgunakan peruntukan
kewangan yang diterima.
11.2 Beliau turut menjelaskan bahawa PCG adalah mengikut enrolmen murid pada tahun
semasa.
11.3 Bagi Tahun 2020, Panitia BM mempunyai peruntukan.
11.4 Kerani kewangan menjelaskan tentang baki peruntukan bagi setiap Panitia sehingga 6
Januari 2020 seperti berikut :
Bahasa Malaysia : RM39.62
Bahasa Inggeris : RM21.00
Matematik : RM0.65
Sains : RM19.31
P. Agama Islam : RM0.08
Sejarah : RM141.55
Rekabentuk Teknologi : RM273.44
Teknologi Maklumat dan Komunikasi : RM125.47
P. Jasmani dan Kesihatan : RM25.88
Kesenian : RM340.42
Bahasa Arab : RM21.40
Tindakan : Semua Ketua Panitia

12 HAL-HAL LAIN
12.1 Borang Keberhasilan PBPPP mestilah disiapkan pada 10 Februari 2020. En.
Yussof@ Damak meminta agar semua guru tidak meletakkan sebarang maklumat di
bahagian Pencapaian Awal PBPPP.Guru hanya perlu mengisi maklumat di bahagian
Sasaran sahaja. Penghantaran borang PBPPP sebanyak dua kali iaitu Februari dan
bulan Oktober bagi penghantaran kali kedua.
12.2 Analisis Pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun (PAT), murid Tahun 5 dan Tahun 6
turut dibincangkan bersama. Pencapaian yang diperolehi murid tahun 5 agak
membimbangkan. Kerjasama dan kerja keras para guru matapelajaran amat
diharapkan bagi meningkatkan prestasi terutamanya murid tahun 5.
12.3 Ketua Panitia bagi setiap matapelajaran diminta memberi sasaran akhir tahun
2020 kepada En. Yussof@ Damak sebelum 10 Februari 2020.
12.4 Mesin fotostat tiada peruntukan pada tahun ini. Para guru yang ingin membuat
sebarang cetakan/ salinan diminta ke SK Abang Buyuk bersama kertas putih. Guru
besar turut menjelaskan bahawa mesin fotostat itu dikongsi bersama SK Abang
Buyuk.
12.5 Kem Bestari Solat (KBS) akan dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan
Februari dan Jun.
12.6 Majlis Khatam Al-Quran juga akan diadakan pada hujung tahun ini. Guru besar
meminta Ustazah Siti Zaleha mengikuti pencapaian murid-murid dari semasa ke
semasa. Guru besar turut menyasarkan sekurang-kurangnya 20 orang murid khatam
al-quran pada tahun ini. Guru besar turut meminta para guru bersama-sama
berusaha dan bekerjasama agar program ini terlaksana pada tahun ini.
12.7 Guru besar turut menegaskan sekali lagi tentang kehadiran pada guru ke sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran bermula pada pukul 7.30 pagi pada setiap hari. Guru-
guru dminta hadir sebelum pukul 7.20 pagi.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Sarawak


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

12.8 Guru besar melantik Puan Norhabibah Binti Jamil untuk menjaga dan mengurus
Pusat Sumber Sekolah.
12.9 Surat panggilan mesyuarat mestilah disusun mengikut tarikh.
12.10 Puan Sara meminta jasa baik para guru untuk memberi senarai nama ketua kelas
dan penolong ketua kelas bagi setiap kelas untuk dilekatkan di papan kenyataan Unit
Hal Ehwal Murid (HEM).

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.05 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..........................................……… ……...............................……….
(Teh Laili Bt Mohamad Daud) (En. Yussof@Damak Bin Abas)
Setiausaha Kurikulum, Pengerusi,
SK Abang Galau Rajang. Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2020,
SK Abang Galau Rajang,
Tarikh : 7 Januari 2020

Tarikh : 8 Januari 2020

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Sarawak


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like